>>test

Friday, December 9, 2011

The Road Not Taken



9 Disember. Hari untuk menghela nafas dengan lega, habis sudah peperiksaan pusingan kedua.

Tapi lega tak datang

Malah kertas terakhir yang saya duduki, saya masuk ke dewan peperiksaan dengan penuh rasa terpaksa, rasa terhutang budi pada insan-insan yang sentiasa menyokong saya.

Friday, November 25, 2011

Pencuri



Kunci syurgaku dibawa lari
Dan aku hanya melihat sepi
Menangis sendiri


Kunci syurgaku dibawa lari
Siapa yang curi?
Atau, akukah yang cuai menjaganya rapi?

Kunci syurgaku dibawa lari
Aku, tak daya merayunya kembali
Aku, tak daya mempertahankannya lagi


Sendiri, dengan cinta
Cinta yang direbut berkali-kali
Cinta yang tinggal serpihan barangkali
Cermin wajah yang retak
Bayang tubuh kusam hitam
Jiwa yang koyak
Ditutup dengan selendang
Kian nipis tapi warnanya cemerlang
Diintai sekalian orang
Antara membenarkannya pergi, bertarik tali

Kesetiaan yang ada pada jiwa
Dalam lagi membakar
Sering gagal diterjemah melalui anggota
Tinggal dalam laut kalam dan nota
Tapi, kau, mengerti, bukan?


Kunci syurgaku dibawa lari
Tolong, sebelum aku musnah dengan sendiri,
Tolong, kuatkan aku merampasnya kembali,
Tolong, lenyapkan dia yang asyik mencuri
Tolong! Kerana sungguh, aku tak ada daya lagi..

Tuesday, October 25, 2011

Kejayaan Yang Diraikan


Diskusi angka-angka. Menelaah bersama Biostatistik, hingga ke jam 3 pagi


Tahun 2 Perubatan, beza, memang berbeza.

Material exam sangat banyak,
Nak menyebut perkataan baru yang sangat membeliti lidah
Wajib juga menghafal segala benda alah, yang, faham pun entah pun tidak
Allah.

Thursday, September 29, 2011

Angka 20


[Gambar kertas target markah setiap subjek bagi semester ini]


Saya bukan tak mahu update blog.
Sangat-sangat mahu!

Kalau boleh, nak bercakap, kemudian orang taipkan, boleh?

Heh, bajet bizi. Padahal, bila saya terbaca blog post terbaru orang kuat PERMAI, skorer pulak tu, istiqamah lagi dengan hafalan Al Quran, pastilah tertanya pada diri sendiri,

"Kau bajet bizi ape ha Syahida Majid oiiii"

Maka, jawabnya mudah. TAK TAHU MENGURUS DETIK. Noktah


Ya, saya dah naik ke tahun 2. Ha tengok, saya nak balas ucapan Faaein Talip Roy, Salsabila, Along di Tanta, di sini, dengan ucapan, trimas!

Punyalah pemalas saya nak menaip keyboard. Haih!

Tuesday, September 20, 2011

Jalan Cinta Para Pejuang



Di sana, ada cinta dan tujuan
Yang membuatmu menatap jauh ke depan
Di kala malam begitu pekat
Dan mata sebaiknya dipejam saja
Cintamu masih lincah melesat
Jauh melampaui ruang dan masa
Kelananya menjejakkan mimpi-mimpi


Lalu di sepertiga malam terakhir
Engkau terjaga, sadar, dan memilih menyalakan lampu
Melanjutkan mimpi indah yang belum selesai
Dengan cinta yang besar, tinggi, dan bening
Dengan gairah untuk menerjemahkan cinta sebagai kerja
Dengan nurani, tempatmu berkaca tiap kali
Dan cinta yangs selalu mendengarkan suara hati

Teruslah melanglang di jalan cinta para pejuang
Menebar kebajikan, menghentikan kebiadaban,
Menyeru pada iman
Walau duri merentaskan kaki,
Walau kerikil mencacah telapak
Sampai engkau lelah, sampai engkau payah
Sampai keringat dan darah tumpah

Tetapi yakinlah, bidadarimu akan tetap tersenyum
Di jalan cinta para pejuang

-Salim A. Fillah-




Allah,
Kuatkan aku untuk melangkah
Jadi mujahidah
Jadi wanita hati kental lagi tabah
Yang tak pernah lelah, apatah lagi rebah


Selamat datang warga baru ke tanah Sham

Selamat datang wahai diri ke kisah yang baru, -- tahun 2 Perubatan, akhirnya


Sunday, August 21, 2011

Belasungkawa : Pak Azizi Abdullah




Facebook kurang mengancam akhir-akhir ini. Menjadikan saya kembali dekat dengan Yahoo Messenger

Offline message : al fatihah buat azizi abdullah

Segera saya buka blog rasmi Pak Azizi, http://aziziabdullah.blogspot.com/. Tak ada berita pun. 'Biar betul', getus hati saya.

Tapi, Bernama mengesahkannya.

Ada rintik sejuk di hati saya.

.
.
Saya tidaklah mengenali beliau lewat bicaranya. Tak seperti Pak Samad, yang telinga ini jelas tutur kata dari lidah saktinya.

Antara tulisan Pak Azizi yang saya awal kenali, adalah novel Seorang Tua di Kaki Gunung. Itu pun, saya baca bila saya jejak kaki ke bumi Urdun.

Aneh, Urdun tempat kami berkenalan.

Mungkin orang nilaikan ia sebagai biasa. Tapi pada saya, ia sangat berbau lelaki. Ya, begitulah saya melihat tulisan-tulisan Tuk Ya. Tajam, setajamnya matanya menilai. Tapi halus, hanya yang teliti jelas apa yang dimaksudkan.

Selain mengikuti tulisan-tulisan beliau dalam blog, (kerana berada jauh di tanah air, mana mungkin saya dapatkan naskhah beliau di tanah asing), saya sendiri punya pengalaman peribadi dengan Pak Azizi.

Ya, aneh. Baru kenal lewat novel, tiba-tiba boleh pula saling berhubung.

Saya cuma tinggalkan sekerat komen di blog beliau.

Tak sangka, beliau rupanya singgah balas ke rumah saya ini. Ya, inilah.

Membayangkan bahawa beliau membaca tulisan-tulisan dari tangan yang cukup hijau ini, adalah satu kenikmatan. Orang besar, meneliti hasil kerja orang kecil. Siapa yang tidak seronok?

Waktu itu, saya masih menggunakan nama pena Kelawar Hijau. Haha, bikin malu. Nampak sungguh masih belum matang

sdra kelawar hijau,
saya tertarik dengan artikel di sini. macam mana kalau sesekali saya angkat ke akhbar utusan pengguna saya yang terbit dua bulan sekali. ada faedahnya kalau cerita sang pengembara ini.
hubungi saya;
e-mail : tukya_azizi1426@yahoo.com.my

azizi



Ya, itu tulisan beliau buat saya, saya! Boleh lihat di sini

Jemputan itu, bagaikan satu jemputan dari langit.

Siapa yang tidak mahu, tulisan diangkat sebegitu tinggi.

Tapi saya tolak dengan penuh rasa kecewa. Kecewa pada diri. Kerana saya lebih tahu, lebih takut andai displin diri yang tulis ikut suka, menyusahkan team redaksi.



Pak Azizi,
dengan penuh hormat, saya mendoakan kesejahteraan Pak Azizi di dunia sana.

Tulisan bapak, akan terus kami baca.
Cerita bapak, akan kami ceduk hikmahnya.

Bapak tenanglah di sana.


Allahumma ighfirlahu, war hamhu, wa 'aafihi, wa'fu 'anhu


Kami telah kehilangan (lagi) lidah bangsa.



Tuesday, August 16, 2011

Raikan Sebuah Kehidupan




Ya ya, musim exam semangat pula update blog. Studi sambil cedok bahan bacaan dari internet lah katekan..

Video diatas adalah mengenai Anecephaly, satu birth defect kepada janin, yang mana janin tak mempunyai tempurung kepala yang menutup otaknya.

Anecephaly berlaku apabila hujung cephalic pada neural tube gagal untuk bertemu dan tutup (close), biasanya antara hari ke 23 hingga hari ke 26 kandungan.




Bayi yang lahir dengan keadaan begini biasanya buta, pekak, tidak sedar, dan tidak boleh merasai kesakitan.

Magiknya, bahagian lain badan terbentuk cantik, cuma tempurung tiada, yang mungkin juga menyebabkan otaknya tak menjadi.

Kebanyakkan besar janin sebegini tak akan hidup (terus mati bila dilahirkan), dan kebanyakkan doktor menyarankan termination dalam bahasa kejinya, janin perlu digugurkan sekiranya dikenal pasti awal. Doktor tak menggalakkan ibu teruskan kandungan.


"It's a waste of pregnancy", kata doktor.

Tapi,

Kalau jadi doktor nanti, apa yang kita akan buat?

Benar, kecacatan mengganggu sistem. Rawatan, sosial, masalah kepada pihak kerajaan (kena buat akta atau sekolah khas dan sebagainya). Tapi, tetap sebuah kehidupan!

Barangsiapa membunuh seseorang manusia bukan kerana orang itu membunuh orang lain atau membuat kerosakkan di muka bumi, maka dia seolah-olah telah membunuh manusia seluruhnya. Dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya - (al-Maidah : 32)


Mungkin kata, inilah hujah membolehkan pengguguran, kerana mereka 'membuat kerosakan'.

Iye ke?

Rasanya, lebih ramai orang normal dan cerdik pandai buat kerosakan di bumi ini, memecah belahkan orang, engkar pada agama (hah!), berbanding yang kurang upaya, kan?

Ambik!

Hm...

Video di atas dibuat oleh seorang ayah, yang anaknya mengalami masalah yang saya sebutkan.

I made this slide show to remember my son and to raise awareness about open neural tube defects like anencephaly (which is fatal). My son lived for almost 4 hours after birth by the grace of God. The odds were against him because about 75% of children do not live full term or through the stress of labor and delivery. Taylor did and we took as many pictures as we could to document his short but meaningful and precious life.

To cupels that might be faced with the situation that you just found out you little baby that is in side of you has this birth defect. I encourage you to continue with the pregnancy. Celebrate the miracle that the baby was conceived. Find healing in the fact that the child has to opportunity to touch lives and give others strength. These children remind us all how precious each and every life is even if they don't get to take a breath.

All I can say is that I have found healing in how other mothers and fathers and people planing on have kids have been touched by my sons life. My son was loved and will always be remembered. I have found healing in helping other couples find a small sense of peace when faced with what could possibly be one of the worst things in life.

I am so glad that I got to see, hold and kiss my son even after he past.

I want to thank all of my family, friends, the tripler army hospital staff and scott from NILMDTS.

Thank you for taking the time to view this and share in remembering my son



Ibu bapa begini, pasti anaknya itu sentiasa mendoakan syurga buat keduanya. Menerima walau apa pun.


Hm..

Nak jadi bayi yang normal, masha Allah, macam sangat susah. Tiba-tiba kita lahir normal, sedangkan biasanya ibu tak ambil banyak langkah pencegahan pun. Hebat sungguh Allah, menjaga kita tanpa ada siapa yang suruh hingga kita jadi sempurna.

Sudah tu, dah Allah cipta kita cukup cantik, kita buat apa atas dunia ni? Sudahkah kita tunaikan tugas Allah hantar kita ke dunia? Sebagai khalifah, juga sebagai hamba.


*musim exam, nak ke tandas pun fikir banyak kali. Terasa seperti buang masa. Haha. Tapi update boleh pulak ye. Takut hilang rasa dan idea.. Ceh alasan

*exam Khamis ini!


Tuesday, August 2, 2011

Tragedi Aleesha @ Ashraf




Pertamanya, tulisan ini adalah respon saya sebagai orang biasa dalam agama. Saya menulis atas kefahaman saya yang cetek. Dan tulisan ini juga diharap dapat diperbetulkan oleh golongan yang arif mengenai perundangan Islam.

30 Julai, hari sepatutnya saya bertolak ke Kelantan untuk menyertai Hari Hiburan Islam Kelantan. Pagi itu hujan renyai-renyai. Saya batalkan perjalanan kerana ibu bapa saya lebih dahulu keluar rumah.

Saya bangun membuka berita, aktiviti biasa setiap pagi.

KUALA LUMPUR, 30 Julai — Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana selepas menjalani pembedahan jantina, meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu awal pagi ini - MalaysianInsider



Allah!

Malam sebelumnya, Buletin Utama memaklumkan bahawa beliau dimasukkan ke hospital berikutan mengalami kemurungan melampau.


Saya mengikuti isu ini sejak mahkamah menolak permohonan beliau untuk menukar namanya di MyKad.

Bila meneliti fakta-fakta kes, apa yang boleh saya katakan (sekali lagi, sebagai orang yang masih cetek ilmunya) adalah beliau layak dari sudut agama.

Kenapa? Laporan perubatan mengesahkan bahawa beliau mempunyai masalah hormon. Media tidak menjelaskan lanjut mengenai laporan perubatan ini. Boleh jadi beliau mempunyai lebih kromosom wanita (kromosom X) dalam gennya.

Ibunya turut memaklumkan bahawa alat kelamin beliau tidak berfungsi dengan normal.

Ini juga memungkinkan bahawa beliau boleh diklasifikasikan sebagai khunsa. Dan perbincangan kami beberapa pelajar perubatan bersama pelajar syariah, kami berandaian beliau mengidapi ambiguous genitalia atau pun Female Pseudohermaphrodite

Biasanya bila mana pesakit begini akil baligh, fizikal dan psikologinya akan berubah daripada lelaki kepada perempuan. Dalam Islam, pesakit berhak menentukan jantinanya berdasarkan penelitian daripada doktor pakar.

Teliti pula kenyataan dari Majlis Fatwa Kebangsaan berkenaan penyakit sebegini.

Berdasarkan bacaan dan perbincangan kami, Aleesha @ Ashraf LAYAK.

Cuma, ya, kami tidak mempunyai fakta kes yang solid. Semuanya berdasarkan maklumat media.



Saya tak berminat sebenarnya untuk berhujah. Lagi pun itu bukan bidang saya. Apa yang saya kesalkan,

1) Kenapa ilmuan di Malaysia TIADA yang tampil untuk membantu menyelesaikan kekeliruan ini? Sedangkan, ia mendapat liputan yang luas. Menyerahkan bulat-bulat kepada doktor dan peguam semata-mata menyempitkan ruang perbincangan. Lebih-lebih lagi, maaf kata lah, mahkamah kita di Malaysia ini memang sudah sewel


2) Rata-rata mengecam tindakan Aleesha @ Ashraf, dituduh membelakangkan agama, tidak menerima takdir Allah, ibu bapanya dituduh tidak pandai mendidik anak, mempertikaikan ciptaan Allah dan sebagainya. Saya yang membacanya terasa amat pedih. Padahal, permohonan arwah dibuat bukan atas dasar suka-suka. Berkali-kali juga saya cuba tembus ruang komen itu untuk memberi sedikit buah pandangan. Tapi komen saya tak muncul-muncul.

Bayangkan, seorang yang biologinya wanita, terpaksa hidup sebagai seorang lelaki. Memakai pakaian lelaki (disuruh buka baju di khalayak mungkin? Kerana badan bukan aurat bagi lelaki), hidup cara lelaki (kerja berat-berat), malah duduk (tinggal) bersama lelaki.

Hal ini sama dengan kes mak nyah, yang pernah saya baca laman web mereka. Mereka sangat marah dengan petugas agama yang menyerbu, meraba dada mereka dengan sengaja, kerana mereka adalah lelaki. Ya, kes mak nyah kes lain. Tapi siapa tahu, mereka juga adalah sebenarnya mengalami masalah genetik seperti Aleesha @ Ashraf? Dan kalau pun mereka itu memang suka-suka jadi mak nyah, tolonglah, show some respect! Jangan berakhlak bagaikan orang tak ada Tuhan.


3) Orang akan melihat kononnya agama Islam ini sangat menakutkan bagi golongan begini. Kita sangat sensitif pada agama, terlalu fokus pada syariah hingga mengenepikan sunnatullah (saintifik). Kenapa ini boleh berlaku, kerana masyarakat kita dididik untuk malas berfikir. Kejahilan itu merata-rata, dan tidak pula dilenyapkan dengan cahaya ilmu dari bijak pandai, walaupun katanya sudah 50 tahun sebagai sebuah negara Islam contoh.



Kematian Aleesha @ Ashraf adalah satu tragedi yang amat besar bagi saya. Betapa sentimen agama sememangnya boleh membunuh nyawa. Lebih-lebih lagi beliau adalah saudara kita seagama, yang sepatutnya kita jamin nyawanya.

Kalau pun Aleesha tidak patut membuat permohonan begitu, seharusnya sokongan moral diberikan kepadanya. Terapi, kaunseling dan sebagainya oleh jabatan agama dan pakar. Dengan mengecam, disuruh bertaubat, hanya memberikan tekanan kepada golongan sebegini.

Membaca kenyataan Aleesha bahawa beliau sanggup dibunuh jika mengundang kucar-kacir, sudah pun membunyikan siren amaran, yang sepatutnya diambil serius oleh pihak bertanggungjawab.


Sungguh. Saya sangat kecewa dengan masyarakat kita. Kecewa dan marah. Hari ini sahaja saya terkejut dengan kaedah 'motivasi' pencegahan jenayah, dengan memasukkan pelajar ke dalam penjara. Yang akhirnya pelajar tersebut membuat laporan mereka telah dibelasah sewaktu dalam penjara.

Juga seorang lelaki buta sebelah matanya kerana penyokong Harimau Malaya menyalakan mercun dalam stadium.

Aduhai, sudah gilakah orang kita?

Masalah sikap.



Pendidikan. Agar masyarakat kita ada rasa hormat dengan orang lain, ada kesedaran sivik dan common sense. Itu kuncinya.



Saturday, July 23, 2011

Ketika Kader Menyintai Dakwahnya





foto : Amirah Labibah. Bulatan-bulatan cinta batch kami


Luahan hati seorang kuli dakwah
Yang mulanya aku kongsikan kerana ayatnya yang memikat
Tapi kini aku kongsikan
Dengan menahan sendu yang dalam

Jalan dakwah,
Nampaknya masih ramai yang belum terpikat


Kata-kata "Sang Murabbi" KH Rahmat Abdullah

Aku rindu zaman ketika halaqah adalah keperluan,
Bukan sekadar sambilan apalagi hiburan

Aku rindu zaman ketika membina adalah kewajiban,
Bukan pilihan apalagi beban dan paksaan

Aku rindu zaman ketika daurah menjadi kebiasaan,
Bukan sekadar pelangkap pengisi program yang dipaksakan

Aku rindu zaman ketika tsiqah menjadi kekuatan,
Bukan keraguan apalagi kecurigaan

Aku rindu zaman ketika tarbiyah adalah pengorbanan,
Bukan tuntutan, penghujahan dan perdagangan

Aku rindu zaman ketika nasihat menjadi kesenangan,
Bukan su’udzan atau menjatuhkan


Aku rindu zaman ketika
Kita semua memberikan segalanya untuk da’wah ini

Aku rindu zaman ketika
Nasyid ghuroba manjadi lagu kebangsaan

Aku rindu zaman ketika
Hadir liqa adalah kerinduan
Dan terlambat adalah kelalaian

Aku rindu zaman ketika
Malam gerimis pergi ke puncak mengisi daurah
Dengan wang yang cukup-cukup
Dan peta yang tak jelas

Aku rindu zaman ketika
Seorang ikhwah benar-benar berjalan kaki 2 jam di malam buta
Sepulang menyampaikan da’wah di desa sebelah

Aku rindu zaman ketika
Pergi liqa selalu membawa infaq, alat tulis, buku catatan dan Quran terjemah
Ditambah sedikit hafalan

Aku rindu zaman ketika kader menangis karana tak bisa hadir di liqa

Aku rindu zaman ketika
Tengah malam pintu diketuk untuk mendapat berita kumpul di subuh harinya

Aku rindu zaman ketika
Seorang ikhwah berangkat liqa
Dengan duit dibahagikan buat belanja esok hari untuk keluarganya

Aku rindu zaman ketika seorang murobbi sakit dan harus dirawat,
Para kader yang bersamanya mengumpulkan dana apa adanya

Aku rindu zaman itu..



Ya Rabb
Jangan Kau buang kenikmatan berdakwah dari hati-hati kami

Ya Rabb
Berikanlah kami keistiqamahan di jalan dakwah ini




Erti hidup pada memberi?
Hampir sahaja saya berputus asa dari slogan ini!



Monday, July 18, 2011

3 Bulan Yang Penuh Semangat




Hm.. Apa nak ditulis?

Sudah hampir 2 bulan di Malaysia.

Satu tempoh yang sangat, ah, indah terlalu!!



Saya pulang di kala Malaysia sedang meriah dengan pengisian. Pengisian ilmu, fikrah, juga gerak kerja menuju pilihanraya umum ke 13.

Awal-awal sampai, memang mengeluh kebosanan. Belum start enjin lah katekan..

Untung saya menjadi anak orang yang aktif berprogram. Boleh join sekaki. Bermula dengan usrah peringkat kawasan, yang akhirnya membuka jalan untuk ke program-program lain.

Menariknya pada malam usrah itu, saya mengangkat tangan untuk bertanya soalan. Lantas moderator itu, "Ya, err... Syi!".

Rupanya, kami kenalan di facebook. Malah panel forum juga tersenarai dalam rakan facebook saya.

Malam itu juga, ada seorang mak cik menghulurkan RM300 untuk saya. 'Buat belajar', katanya.


SIRIH PULANG KE GANGGANG

Cuti kali ini memberikan saya peluang untuk kembali dekat dengan orang kampung.

Selama ini, sejak menjadi budak sekolah asrama, hingga ke universiti, balik ke rumah terlalu jarang. Waktu cuti biasanya banyak program yang mengisi dan perlu diisi. Kalau balik pun, selalunya terperap di rumah. Ini, zaman sekolah lah. Sejak masuk matrikulasi, memang dah tak terperap di rumah.

Emak dan ayah maklum tentang minat saya dengan program-program. Jadi mereka selalu ajak bila ada program terdekat.

Ceramah umum :)


Malam itu, saya bagaikan benar-benar sirih pulang ke ganggang.

Bila bersalam dengan makcik- makcik, kawan-kawan emak, sungguh hati saya sayu.

Tangan dan raut wajah itu, kali terakhir saya tatap masih anggun, memimpin kami adik beradik di program-program.

Tapi rupanya, hampir 10 tahun telah berlalu. Urat-urat semakin kasar, kedut makin ketara, tapi yang jelas, semangat mereka masih seperti dahulu.

10 tahun dahulu merekalah yang menyusun kerusi di dewan untuk ceramah. Hari ini, mereka masih melakukan kerja yang sama. Ada yang menjaga trafik, ada yang menjaga PA system, mengangkat kipas. Penuh ikhlas.

Terdetik di hati, 'Mana saya yang kononnya nak berjuang untuk masyarakat?'. Sedih.

Diri masih asyik menelaah buku (sudahlah tak menelaah sangat, apalah yang aku buat?), masih belum waktunya turun ke medan ini.

"Siapa ni? Anak Liza ke? Ya Allah dah besar panjang!"

Malah ada jiran yang tak mengenali saya!

Terukkan? Apa yang dibuat di luar sana, hingga tak bersua dengan orang sendiri entah!

Yang lucu, bila dah panjang lagi besar ini, mulalah ada ayat-ayat seperti,

"Kenal Iman?"
"Iman...?"
"Tu, yang pakai baju merah tu. Ha tu la Iman.."
"Er..."

Anaknya Iman, lelaki! Adesss

Juga bila berusrah dengan makcik-macik,
Makcik A : "Baru nampak muka, hari tu pakai purdah tak nampak muka. Putih!"
Makcik B : "Cepat-cepat, siapa nak booking buat menantu"

Adei!


BERSIH 2.0

"Jadi AJK Publisiti BERSIH ke? Tahniah!!"

Sampai ada yang beranggapan begitu, berikutan aktifnya wall fb saya dengan BERSIH.

Nak BERSIHkan fikrah orang, kena la rajin sikit, hehe.

Agaknya, saya ni memang jiwa teroris. Suka benar pada demonstrasi. Hehe.

Entah, seronok beramai-ramai bagai berani mati.

Kali ini diberi peluang untuk menjadi petugas keselamatan BERSIH. Tugasnya ialah, meleraikan provokasi sekiranya dibuat oleh peserta.

Bila bersama dengan demo kali ini, terasa diri terlalu tua, apabila duduk dengan pelajar IPT. Semuanya comel-comel, muka suci semangat tinggi!

Padahal, diri sendiri pun mahasiswi lagi.

Tapi bila rakan-rakan sebaya semuanya dah bekerja, malah ada anak, atau paling kurang meneruskan pengajian di peringkat lebih matang (hehe), pastilah diri ini terasa kerdil sungguh.

Cerita BERSIH panjang, sangat.

Tapi cukuplah kalau saya katakan, saya sangat rindu melihat pengorbanan dan perjuangan tulus orang kita.

Mengaji tak tinggi, tapi lebih faham dari kita yang dok bertamren sampai bengkak mata.

Sungguh, rindu dengan jiwa-jiwa ini. Pakcik makcik, anak muda. Kerana masing-masing berada dalam medan sebenar, tak sempat mempelajari fiqhnya, teorinya, terus praktiskan.

Tidur berlantaikan simen,
Habiskan beratus ringgit untuk satu hari,
Sanggup kongsi, beri apa sahaja untuk orang lain,
Duit minyak, letih memasak, semuanya bagaikan tidak wujud

Kita, teorinya naik mabuk, suruh buat pengorbanan redah hujan pun sudah tak mampu.


BENGKEL PERLEMBAGAAN


Suatu hari, senior saya menjemput kami alumni ke satu bengkel perlembagaan, yang dikendali sendiri oleh Prof Aziz Bari.

Siapa yang tak mengenali Prof Aziz Bari, memang sah tak ambil tahu tentang politik. :)

Sudahlah bengkelnya percuma.

Sangkaan saya, peserta akan dibentangkan perlembagaan Malaysia, dan dijelaskan satu persatu.

Tapi tidak. Kaedahnya ialah Q&A. Peserta tanya, Prof akan jawab dan jelaskan. Tentang apa-apa isu politik semasa, bagaimana Prof melihat ia dari sudut perlembagaan.

Seperti, fungsi Agong, hak orang Melayu, dan sebagainya.

Jujur saya kata, saya lost dalam bengkel ini. Terlalu banyak isu yang saya terlepas.

Yang menyertai bengkel ini, sememangnya bukan calang-calang orang. Hanya 40 peserta sahaja dihadkan. Mereka terdiri dari aktivis politik, badan pemikir, malah peguam.

Saya? Heh!

Ada juga sebenarnya yang hendak disuarakan, tapi saya diam mati dalam bengkel.

Benarlah telahan, "Syi balik dari Jordan makin pendiam, pemalu"

Pendiam dari sudut menyuarakan perkara yang patut, pemalu yang bukan ditempatnya.

Pendek kata, makin penakut! Telefon teksi pun suruh orang lain yang cakapkan.


Sebelum cuti, di Irbid hari tu, entah macam mana saya terbuka cd lama, mengandungi gambar dan video saya sewaktu di UTHM.

Ada satu ucapan saya dalam cd itu.

Sungguh, saya tak percaya dengan orang yang bercakap itu. Benarkah itu saya?? Jauh sungguh dengan sekarang!

Hm.. Apa sudah jadi?


MUJIB OH MUJIB

Ini, sememangnya manis :)

Mujib adalah adik bongsu saya. Begitu istimewa. Autistic kid.

8 tahun, masih menggunakan lampin pakai buang, tidak mampu bercakap. Tapi suaranya, bising!!

Memandikan, menidurkannya, adalah sesuatu yang cukup menenangkan jiwa.

Satu benda yang saya tak pernah tahu, bahawa sentuhan sangat memberi kesan, memberi satu rasa yang sangat damai.

Mujib suka 'melepek' dekat orang. Sebesar-besar katil, dia kan baring atas badan kita.

Kadang-kadang tangan saya diambil, dilekap dibadannya. Suruh peluk.

Tapi, bab nakal pun memang boleh tahan.

Tinggal 5 minit, balik semula, katil penuh sos cili.

Cawan pecah,
Air sirap disimbah,
Sabun mandi sebotol kosong, habis disapu di badan yang berbaju, konon mandi!

Nak dimarah, bukan dia faham. Mengeluh sahaja lah..



"Anak-anak muda la yang kami harap.. Kami ni, lutut nak berdiri pun dah tak larat! Tapi sebab tak ada orang nak buat.."

5 tahun lagi makcik.. 5 tahun..

Umur sebegini, saya rasa sudah sepatutnya kembali berbakti di sini.

Tapi nampaknya, Allah masih belum mengizinkan.

Argh, seksa sungguh jiwa. Rasa penuh tenaga bila berada di sini, sama-sama menghulur kudrat yang masih banyak ini untuk masyarakat.

Malaysia,
Akan ku lepaskan dalam dakapan paling erat
Bersabarlah menanti kepulanganku,
Kerana aku sendiri akan berjuang untuk sabar,
Untuk kembali ke pangkuanmu!




p/s : kelawar hijau masih hidup. Payah nak bunuh spesis ni. Memang jenis payah mati. Tapi sayang tak pernah ditawar bersama X Men di kaca tv


Friday, May 27, 2011

Eat, Pray, Love




Di hari lahir,
Ada orang mengharapkan ucapan,
Ada juga yang menanti kek berlilin,
Tak kurang yang bayangkan hadiah, berangan,

Tapi,
Baru aku sedar,
Hadiah terindah kita sebagai insan,
Adalah kawan-kawan



Al kisahnya, dah lama mengajak Nad makan di kedai steak kegemaran saya. Tapi tiap kali dia mengingatkan, pada waktu-waktu genting. Tengah malam lah, tengah exam lah.

26 Mei,

Saya : Nad, nak makan steak tu tak? Jom, lepas Asar
Nad : Boleh! Tapi lepas exam terus la, malas nak tunggu-tunggu

Nad datang rumah, saya ketiduran.. Batal kejadian hari itu.


27 Mei,

Saya : Sorry for yesterday.. Tindakan luar sedar. Hari ni jom?

(tanpa ada niat nak meraikan apa-apa. Sekadar memenuhi janji sekian lama)

Nad : Takpe je. Nak habiskan Al Kahfi kejap. Petang nanti kan?

Terdetik dalam hati, pernah cerita tentang niat ini ke Syaza. Dan teringat yang rumah mereka tu sangat kasihan. Kalau tak megi, pesan makanan luar.

'Ajak sekali lah Nana dengan Syaza'

Sudah ajak Nana dan Syaza, terfikir juga Bella dengan Asmat. Tapi, budak dua orang ini tak makan daging. Er, senyap-senyap ajelah.


Petangnya, hampir terpanjang lelap juga.

Nana telefon banyak kali.

"Kedai tu dekat mana? Saya dekat Tatoo ni"
"Bla.. bla.. bla (memberi arahan)"

Kiranya, saya bayangkan Nana dan Nad sudah ada di sana, sementara Syaza menanti saya solat Asar.


Bila tiba di kedainya, 'Eh, Bella. Nabil', getus hati, belum ada rasa apa-apa.

Saya minta tukar tempat duduk, duduk di bahagian dalam. Lebih privasi bagi saya. Saya mulakan langkah dahulu.

Setelah selesa duduk-duduk, seorang demi seorang datang, dan, mata melihat,

BUNGA! KEK!

Maka berlagulah 'Happy Birthday to youuu~'.

Ahaha! Tersegan seketika. Sungguh tak sangka.


Cerita Sebelah Mereka

Nana : Bella, hari ni birthday K.Syi.
(nana pun baru tahu sebab terbaca sesuatu)

Bella : Alah K.Syi selalu macam tu, lari-lari masa birthday dia.

Nana : Agak-agak dia tahu tak? (nak buat surprise)

Bella : K.Syi tu bukan budak-budak, mesti die dah boleh agak dah

.
.
.

Naif seketika hari ini.

Cuma, cantik sungguh, kan? Kalaulah saya tak tertidur lena semalam, pasti hari ini tak ke kedai makan sana. Pasti akan tidur lena (lagi) di rumah. Dan pastilah tiada apa yang berlaku hari ini.


Diorang dok kata muka saya matang waktu ni. Chait! Itu mengeji dalam pujian rasanya. Huu


Terima kasih atas doa-doa, facebook mahu pun doa dalam diam. Doa sebegitu selayaknya dipulangkan berganda-ganda lebih baik untuk kalian.

Dengan adanya kawan-kawan,
kita pasti,
rasa setiap hari dilahirkan!


Sudilah, Untuk 23 Tahun Lagi




Saya jarang meluahkan ini. Maka dengarlah.

Sewaktu melihat kawan-kawan menelaah Respiratory System untuk exam, aku pun, meraba tangan ke dada, merasakan adanya udara. Lantas aku bertanya, apakah yang mengisi jasad ini hingga aku bernyawa?


Terlintas depan mata, video-video mayat yang ditoreh-toreh, keras kaku, sewaktu pembelajaran anatomi.

Yang keras itu, dahulunya seperti aku. Tapi sewaktu dadanya dibelah, di manakah 'dia'?

Dan itulah juga, bakal diriku.

Lantas aku bertanya lagi, Tuhan, kenapa kau beri aku nyawa? Tidakkah aku ini sia-sia? Tidak menghamba, tidak juga memberi makna pada dunia. Ada atau tiada, bukankah sama?

Atau, akukah dulu yang beriya, merayu dihantar ke dunia, berjanji suatu yang hebat, hingga terbelakang nyawa-nyawa, hingga aku yang Engkau pilih masuk ke rahim ibuku?

Menyesalkah aku pada permintaan aku dahulu itu?


Di saat usia mencecah 23, entah apa yang aku buktikan.



Dalam keluarga, aku satu-satunya puteri. Sering juga aku tertanya, adakah aku istimewa?

Perempuan, biasanya dia lebih warna. Lebih beri ceria, lebih juga beri derita. Rencah pelbagai diadun segala rasa, itu yang menyebabkan dia lebih berharga.

Budak perempuan, kecil-kecil dah pandai mengada, memeningkan kepala.

Merajuk sedikit, gedegangggg! Habis pintu dihempasnya. Aku lah tu.

Bergaduh dengan Umi, itu selalu.

Kena buli dengan abang, menangis, Abah kurung abang di luar rumah, menangis pula merayu bagi abang masuk. Complicated feelings

Dalam ramai-ramai, akulah yang sering naik pentas. Oh, bukan banyak anugerah, tapi segala pertandingan aku sertai.

Bermula dari bercerita, solo nasyid, drama, debat, public speaking, mewarna peringkat negeri, hingga Abah berkata 'Banyak sangat sijil kakak ni, penat photostet'.

Dalam ramai-ramai, mungkin kerana aku perempuan, akulah yang terpilih untuk memilih hidup dalam dakwah. Yang mana, satu legasi Umi Abah. Ya aku, satu-satunya yang mewarisi.

Dalam ramai-ramai, aku jugalah yang suka buat masalah. Along yang blur-blur, paling kurang habis belajar. Angah yang merempit, paling kurang rajin di kuliah. Pandai bawa kereta, memudahkan mak ayah. Mimi yang emo, keputusan peperiksaannya boleh menghilangkan segala gundah. Azrul yang, er, dia dengar kata kan? Mujib, tak payah cerita lah.

Aku?

Masuk matrik buang duit. Habis matrik bergaduh besar dengan Umi. Masuk universiti lari kuliah tanpa sebab sebulan lamanya. Sudah berada di sini tak lepas-lepas juga. Paling memeningkan kepala, lagi menipiskan poket.

Kan?

Itu belum masuk bab nak menikah (uhukk). Nasib baik.

In short, aku tak selayak jadi anak pada dua insan, anugerah terindah.

Selama 23 tahun, masih sabar dan setia. Masih sudi untuk menjaga dan memelihara. Walaupun bila berhadapan, **** (nama panggilan di rumah, seganlah nak cakap di sini *.*) keras, pemalas, macam tak ada perasaan, kejam, bila cakap semua yang lawan balik, er, jarang (macam tak pernah pun ada) bercakap kat rumah, busuk; tapi sungguh, **** sangat sayang Umi Abah.


*er Along, pinjam gambo grad. Boleh la mencapap sekali

Selaut, segunung cinta dan terima kasih atas segala yang tak terbalas.

Sudilah lagi kiranya 23 tahun mendatang, bersabar, berpening, mengeluh, tersenyum yang kejap, menerima **** sebagai anak.

Redha kalian, itulah syurga terindah buat ****.

Semoga, rasa kalian hari ini, adalah rasa sewaktu menerimaku 23 tahun dahulu. 27 Mei, 11.30 pagi, Batu Pahat, Johor.

Er.. harap rasa itu bahagia lah kan. hoho

*kenapa kata jarang meluahkan benda begini? Sebab sebenarnya, seboleh mungkin sorokkan tarikh hari lahir. Selalu-selalu orang salah wish, sebab saya main tukar-tukar tarikh. Awal tahun hari tu dah check kalender, 27 Mei hari Jumaat, 'Yes! Boleh lari tempat lain, menyorok!'.

Saya boleh kata, tak pernah wish orang, jadi tak mahulah orang buat sweet dekat saya. Eleh, macam lah ade kan? Seganlah, heh.

Tahun ini berjaya! Hanya seorang yang wish lewat malam tadi, dan seorang lagi baru sekejap tadi. Tahun depan, kita tengok nanti. Hehe.

*selalu berharap lupa akan tarikh ini, supaya tak mengelabah tak memasal seperti malam semalam dan sekarang ni. Haha



Wednesday, May 25, 2011

Marvelous Mouth-Melting


Terima kasih ^^,


It's not just that,
It's marvelous heart-melting too


*dah, itu aje nak post. Tak reti lah nak buang Read More bawah ni kalau post pendek. Hish buat segan!

Sunday, May 15, 2011

Ibuku Guru




Siapa guru kita?

Kalau disenaraikan orang yang mendidik kita, berapa panjangkan senarai itu?

Saya melalui 2 sekolah tadika. Bilangan subjek tak ingat.
2 sekolah rendah. Bilangan subjek mungkin 8. Tapi ada 6 tahun.
Satu sekolah menengah. Bilangan subjek berbelas, 5 tahun.
Setahun matrikulasi, 5 subjek.
Setahun setengah diploma IT, tiga semester, 5-6 subjek
Setahun di Al Bayt, 3 subjek
Dan kini tahun ke dua di JUST

Berapa?


Belum dikira yang memberi kita ilmu, samada akademik atau pun ilmu tentang hidup.
Yang kita jumpa tepi jalan
Rakan-rakan di alam maya
Termasuk alam, gunung, pokok dan burung yang memberi makna

Betapa, terlalu ramai guru kita!

Maka layakkah, untuk kita berlagak sombong atas sesuatu?

Ada satu kata-kata, yang saya lupa dinukilkan oleh siapa,


"Hebatnya saya yang anda kenal dan lihat hari ini, adalah 100% hasil 'ciptaan' orang-orang yang hebat"





Hari Guru kali ini saya tujukan buat ibu, guru yang paling lama, paling setia.

Sejak belum melahirkan, malah pasti sejak beliau belum menikah sekali pun, beliau telah mendidik, kan?

Umi lulusan Fizik Gunaan UKM, bergelar graduan di usia seawal 21 tahun. Terus berkahwin dan menemani Abah ke Jepun bagi bidang Fizik Nuklearnya.

Pulang ke Malaysia Umi menjadi guru PASTI.

Kamilah anak muridnya yang pertama. Along ke PASTI, kami semua join sekaki. Hatta persembahan pentas pun kami sertai. Maka berPASTIlah kami adik beradik bertahun-tahun.

Tak lupa, didikan di PASTI dibawa balik ke rumah.

Teringat, adik saya Hilmi tidak ditadikakan. Hanya Umi yang mengajar di rumah. Menampal abjad dan gambar di lelangit katil dua tingkat kami, mengajar flash kad, membeli video-video Bahasa Inggeris. Ah, sampai kini buku bersiri awal bacaan novel Bahasa Inggeris tersusun di almari. Juga Hikayat Rakyat, Ensiklopedia Sains, semua!

Kalau mengajar mengaji, saya selesa mengaji dengan Abah. Kerana Abah cool lebih tentang bacaan. Tapi tidak pada Umi, tajwid, cara sebut, kalau salah, siaplah!


Dalam selamba-selamba Umi, terlalu banyak yang saya pelajari, tanpa beliau sedar.

Cuma satu, yang tak dapat saya kuasai, ilmu masaknya!


Umi, setiap hari adalah harimu!






Pagiku cerahku matahari bersinar
Ku gendong tas merahku di pundak
Slamat pagi semua ku nantikan dirimu
Di depan kelasku menantikan kami..

Guruku tersayang
Guru tercinta
Tanpamu apa jadinya aku
Tak bisa baca tulis mengerti banyak hal
Guruku terima kasihku

Nakalnya diriku kadang buatmu marah
Namun segala maaf kau berikan

Guruku tersayang
Guru tercinta
Tanpamu apa jadinya aku
Tak bisa baca tulis mengerti banyak hal

Guruku terima kasihku...





Wahai Allah, Tuhan segala Rahmah, pulangkan segala kebaikan, pada insan-insan yang pernah memberi faham dan erti pada diri. Mudahkan mereka jalan, dunia dan akhirat. Seterang ilmu di hati kami, seterang itu juga rumah mereka di syurga nanti.


*eh exam lagi 3 hari, sempat update ya? Doakanlah!

Tuesday, April 26, 2011

Masih Belum Terlambat





Luka yang lama belum kita lupakan
Hangat terasa bahang yang menyakitkan
Harapan dan keyakinanmu membutakan segalanya
Hanyut dalam genggaman memusnahkan kita

Segala yang berlaku bukanlah niatku
Maafkanlah diriku keterlanjuran lalu

Masih belum lewat untuk kita bertaubat
Menilai dosa walau diri terhina
Redha dan keampunan-Nya mengatasi segalanya
Sirna dalam gelita
Harapan terbina


Dosa itu lebih baik seandainya ia membuatkan engkau merendah, berbanding pahala yang menjadikan rasa lebih bagus - Syeikh Hamza Yusuf



Tapi sampai bila nak merendah, harus ada juga kehormatan kita untuk dipersembahkan pada Allah bukan?


Sunday, April 10, 2011

Usia dan Masa





Pagi Jumaat.

Hidup di Jordan, Jumaat sentiasa terasa lebih indah dari biasa. Ada baunya, warna, lain rasa.


Walau Jumaat kali ini dianehkan dengan perangai pemandu teksi kami. Dari Syarie' Jamiah ke Mujamma' Amman (stesen bas), bayaran biasanya hanya JD0.75. Bila dihulur sedinar (JD1.00), kami menanti baki.

"Shu hadza?" (Apa ini?)

Kami kerut muka sambil senyum senget, nak sahaja dikata 'Duitlah!' Kami jawab kembali,

"Shu?" (Apa??)

"Liraten ammu!" (Dua dinarlah!)

Mahu tak terkujat kami di pagi itu?

"Wallahi daiman khamsu sab'ien bass" (Wallah, biasa 75 sahaja)

"La wallah! Ba'ieed, min hek ila hek. Liraten!" (Tidak! Jauh, dari sana, sana)

"Iza dinar wa nuss bissir ammu. Wallah haram lirten" (Kalau 1.50 boleh lah, 2 dinar melampau!)


Akhirnya, kami bayar juga 2 dinar. Berat juga hati untuk meredhakan. Tapi cepat kembali pada prinsip


Always be kind, for all are fighting a hard battle



Itu pesan Plato. Buat baik dengan semua, kerana masing-masing ada masalah yang tersembunyi. Mungkin pakcik (bila disebut pakcik oleh pelajar sini, bukanlah pakcik pun, pangkat abang pun ada) bangun on the wrong side of the bed.




Duduk selesa dalam coster menanti penumpang memenuhkan ruang. Sambil borak-borak pagi dengan teman pemusafiran, mata melilau sana sini.

Muncul dua orang. Seorang lelaki dan perempuan. Keduanya sekitar 60-an. Tapi sang atuk nampak masih gagah persis lelaki biasa. Cuma sang nenek, fizikalnya agak lemah dihanyut usia.

Atuk meninjau dari pintu coster, memastikan masihkah ada ruang untuk mereka. Sementara si nenek membebel dari belakang, lemah, tapi berbunyi, kerana dia rasa sudah tiada tempat

"Ada, ada. Awak naiklah", kata si atuk

Nenek jelas menggagahi lutut dan pehanya untuk memanjat tangga coster yang rendah itu. Mulutnya masih bergerak-gerak, masih ada yang dikumat-kamitkan, entah apa gusar di hatinya, diluah pada atuk. Ya, lemah, telinga aku tak menangkap apa.

Sang atuk hanya diam, memastikan isterinya duduk.

"Awak duduk dulu. Mahu makan atau minum apa-apa? Mari saya belikan" Kata-kata atuk sangat jelas, sesuai dengan sihatnya dia.

Sang nenek, masih begitu. Mengomel mengeluh itu ini. Atuk berlalu dan 10 minit kemudian pulang dengan seplastik bekalan perjalanan.



Sketsa indah di pagi Jumaat.



Kalau dahulu, si bunga dipuja dirayu sang teruna, kerana cantiknya dia, kerana manjanya dia, kerana gemersik gelak tawanya. Segala keindahan itu, si bunga dilamar menjadi taman di hati teruna. Kembang menghias. Satu-satunya.

Hingga satu masa, si bunga hilang warna. Baunya sudah tak seberapa. Gelak tawa diganti dengan rugutan berjela. Kudratnya tak lagi berdaya.

Masihkah sang teruna, menjadikan dia ratu di hatinya?



Atuk itu, begitu sabar melayan isterinya. Bagaikan cintanya pada sang nenek, bagai tak pudar seiring usia. Walaupun mungkin, nenek sudah pun tawar rasa pada cinta.






Usia dan masa.



Agaknya, mampu atau tidak kita terus setia?


Sunday, April 3, 2011

Orang Berjuang Patutnya Begini




Analisa siapa kita


Sudah Sunnah Orang Berjuang
Mengembara dan berkelana
Miskin dan papa jadi tradisi
Berenggang dengan anak dan isteri

Sudah Sunnah Orang Berjuang
Mengembara dan berkelana
Miskin dan papa jadi tradisi
Berenggang dengan anak dan isteri

Biasanya para pejuang
Rumah mereka merata-rata
Rezekinya tidak menentu
Tidur baringnya tidak berwaktu

Rezekinya tidak menentu
Tidur baringnya tidak berwaktu

Orang lain membuat harta
Tapi dia membuangnya
Orang lain kawan terbatas
Tapi pejuang kawan merata

Orang lain musuhnya kurang
Pejuang musuhnya tidak terbilang

Sudah Sunnah Orang Berjuang
Mengembara dan berkelana
Miskin dan papa jadi tradisi
Berenggang dengan anak dan isteri

Tidak kurang yang sayang padanya
Orang lain mati dilupa
Para pejuang tetap dikenang
Sejarahnya ditulis orang
Makamnya sentiasa diziarahi
Walau perjuangan tak berjaya

Sudah Sunnah Orang Berjuang
Mengembara dan berkelana
Miskin dan papa jadi tradisi
Berenggang dengan anak dan isteri



-terima kasih buat adik Balqis Samsudin yang memberi lagu ini. Kalau tidak, seperti tak teringat langsung pada jawatan hakiki ini. Masih terbayang raut muka Balqis waktu detik pertama akak tengok muka awak. Juga di malam hari menculik awak dari bilik, hu. Selamat berjuang di bumi Kiwi!


Hampir semuanya tak kena dengan siapa saya hari ini.

Berjuang di tanah orang, pasti jauh bezanya di tanah sendiri. Perbezaan budaya, bahasa dan cara, bukanlah sesuatu yang dirisaukan sangat.

Tapi berbeza keselesaan, itu membahayakan.


Tidur kita harus bertilam, kerana katanya nanti sakit dengan simen dan cuaca sejuk.

Tiada keperluan untuk 'membuang harta', kerana semuanya orang kaya-kaya.

Rezeki tak menentu? Menangis kerana lapar? Sungguh ajaib jika ia berlaku di sini

Musuh? SIapa yang mahu bermusuh dengan kita?


Tapi, semua di atas relevan di tanah air.


Tidur beralaskan sehelai kain nipis. Itu pun kalau cukup baik.

Pergi ke program-program musafir antara negeri. Tiket bertukar, kadang di tengah jalan kehabisan duit, terpaksa buat muka tebal telefon sahabat untuk masukkan duit ke atm. Sampai ke tapak program, bayar lagi untuk pendaftaran.

Jangan kata di tengah bulan, di awal bulan pun duit dah tiada. Ya, pernah menangis kerana kelaparan, tapi selalunya tak sempat kerana diisi dengan makanan sahabat.


Lama lagi akan berkelana di sini.

Bakal jadi manusia bagaimanakah aku?

Takut, risau. Entah pulang ke tanah sendiri, lembik dengan hujan dan matahari. Entah pulang nanti, semangat pemudi yang ada hilang dengan usia.

Ujian yang datang bukan lagi kepayahan, tapi ujian kesenangan.

Allah.. bantu kami, ikat kaki, badan dan tangan kami dalam perjuangan ini!


Malaysia, tetaplah menantiku, kerana aku sedang sabar kembali kepadamu.




p/s : Pilihanraya Umum dah dekat sangat sangat sangat.

Thursday, February 24, 2011

Perindu



KMPh di bawah sayap malaikat subuh



Di malam penuh bintang
Di atas sejadah yang ku bentang
Sedu sedan sendiri mengadu
Betapa, naif diriku
Hidup tanpa ingat pada Mu
Urat nadi pun, tahu aku hampa

Di malam penuh bintang
Di bawah sinar purnama
Ku pasrah semua
Keluh kesah yang aku rasa
Sesak dadaku menangis pilu
Saat aku urai dosa-dosaku
Di hadapan Kamu,
Aku, tiada ertinya

Doa qalbu tak bisa aku bending
Deras
Bak hujan di gurun
Hatiku yang gersang
Biar ia rasa sedikit tenteram

Hanya Engkau yang tahu siapa aku
Tetapkan aku seperti malam ini
Sucikan aku
Selamanya
Walau saat paru-paru tak lagi hembus-hirup udara






Aku ini, siapa?
Malam jadi perindu
Siang berubah perilaku




Wednesday, February 23, 2011

Kita. Dia.



Jiwa kita memang pada Dia



Ajari jiwamu untuk terbang tinggi
Nescaya ia benci sesuatu yang remeh
Ajari jiwamu erti kemuliaan
Agar ia benci kehinaan
Berilah peluang jiwamu merasai kelazatan rohani yang agung
Nescara ia benci kelazatan kecil yang sementara


Abdul Wahhab Azzam,
entah siapa





Jangan berhenti berlari menuju Tuhan


Monday, February 21, 2011

Memilih Sistem Hidup




"Kenapa Abang Bob sertai PAS?"
"Sebab, anak saya ada masalah dengan sistem kehidupan"


Badan-badan dakwah tumbuh bak cendawan hari ini. Pelbagai cara dan latar.

Tapi saya sangat kagum (dan kaget) bila pelawak terkenal, Bob Lokman secara terang mengumumkan penyertaannya dalam satu badan dakwah yang paling digeruni. Bukanlah sangat digeruni musuh, tapi gerun untuk memberitahu yang kita bersamanya. PAS.

Saya fikir dalam jawapan Bob Lokman. 'Anak saya ada masalah dengan sistem kehidupan'.

Ia, sebenarnya, juga jawapan saya kenapa saya memilih Islam.

Ya, pilih Islam!

Selama 18 tahun saya bernama Muslim, berpakaian seperti Muslim, belajar subjek agama. Tapi apabila umur mencecah 18, saya mula berfikir akan nilai hidup.

Selama ini, sungguh, saya jujurnya meragui agama Islam. Yang dicanang-canang hebat, indah, lengkap. Tapi di mata (dan hati saya) merasakan itu sekadar slogan. Hakikat yang berada di hadapan semuanya hidup jauh dari beragama.

Saya selalu cemburu dengan penganut Kristian, yang maju, yang nampak bangga dengan agama mereka, beragama tapi masih bebas.

Perkara ini dipendam lama, sejak sekolah menengah. Tapi dek tiada rakan se'jiwa' yang boleh diajak mengupas idea, ia kekal dalam lembaran-lembaran journal saya waktu itu. Yang saya coretkan cita-cita, mahu menjadi Menteri Pendidikan. Atau sebagai penggubal isi pembelajaran. Mujur, di matrikulasi lambakan pelajar agama memberi sedikit cerah buat saya. Ada rakan yang sanggup bersengkang mata tengah malam berbincang dengan saya di sudut tangga.

Yang silap bukan pada agama. Tapi pada rangka yang mewajahkannya.

Kita cuma belajar rukun Islam dan rukun iman. Belajar syarat sah dan tertib solat. Rangka mengajar kita menjadi muslim cukup syarat.

Tapi, tak cukup iman.

Saya bertudung dalam tak rela. Solat dalam tak memahami kenapa. Bertuhan, tapi tak rasa menghamba. Tahu ada syurga neraka, tapi tak rasa apa-apa.

Soal tauhid LANGSUNG tidak ditanam pada kita.

Mujur, mujur! Allah beri peluang pada saya untuk kenal kembali Islam. Apa itu hakikat beragama. Apa istimewanya. Mana asal-usulnya. Kenal apa erti menjadi muslim seluruhnya.



Mana tidak di sini tumpahnya sayang. Masjid Al Muttaqin KMPh Gambang


Julai 2006 saya melafazkan ikrar baru, menjadi muslim baru. Mungucapkan 'Aku redha Allah sebagai Tuhanku, Islam sebagai agamaku, dan Muhammad itu Nabi juga Rasulku' dengan penuh jiwa.

Selesai. Yang tinggal adalah menyempurnakannya. Juga bukan satu tanggujawab mudah, kerana masih berada dalam dunia fitnah.


Sekiranya tiada rakan yang rajin menjawab soalan, tiang-tiang yang penuh dengan majlis usrah, dan saya kekal berada dalam sistem yang asal itu, siapa agaknya saya hari ini?

Allah.






Mungkin ada yang sinis, PAS terlalu mahukan kemenangan pilihanraya, dan menganggap itulah kemenangan hakiki. Umpama segi tiga terbalik, bermula dari Daulah Islamiah dan turun ke Fardu Muslim.

Terpulang pada corak pemikiran individu. Apa yang saya faham (dan nampak), kemenangan dalam pilihanraya adalah satu langkah untuk menyediakan landasan maratib amal yang lebih baik. Menang pilihan raya bukan noktah segalanya. Bukan bermakna kita sudah sempurna. Di situlah tempat bermula segala kerja.

(Tapi tidaklah saya menidakkan cara kerja badan dakwah lain. Kita bergerak atas landasan berbeza, tapi pasti jalan akhir yang mahu kita tuju tetap sama)

Saya cemburu dengan Kelantan, kerana mempunyai ruang yang sangat mesra iman. Dalam PRU lepas, Kelantan diasak dengan hebat. Barisan Nasional beriya-iya mahu merampas Kelantan. Hinggakan Tuan Guru Nik Aziz sendiri lelah, akhrinya hanya mampu menadah tangan pada langit, minta dipeliharakan.

Walau ditekan begitu kuat, Kelantan tetap mengekalkan pemerintahan. Sebaliknya berlaku pada negeri-negeri sasaran. Kenapa?

Kerana rakyat Kelantan mahukan sistem beragama. Mereka mengundi bukan kerana isu naik harga, bukan kerana payahnya mencari sesuap nasi, tapi kerana mahu mempertahankan pondok-pondok dan pengajian sedia ada. Itu, saya dengar sendiri bila wartawan di media massa menemuramah rakyat sana.

Cemburu.




Kita ada kuasa untuk memilih sistem hidup. Malah itu adalah hak kita sebagai manusia. Kalau bukan untuk kita, untuk anak-anak yang kita tak tahu cabaran apa yang menanti mereka.

Jangan jadi hamba pada yang tak selayaknya.


Friday, February 18, 2011

Bahasa Cinta



Tanyalah sesiapa, sayangkah dia pada keluarga, rakan taulan? Pasti jawapannya YA.

Tapi bila ditanya pada kebanyakkan orang, mereka tidak rasa disayangi. Tak rasa ada yang mengasihi. Malah tidak tahu ada yang prihatin tentang diri.

Kerana kita semua senang menyimpan segala rasa itu dalam hati, dengan anggapan 'Dia juga akan merasai'


Bila menolak untuk meluahkannya secara jujur dan tepat terus pada maksud, kita ekspresikan cinta dengan pelbagai cara. Antaranya ialah menegur dan memperbetulkan.

Saya sedang belajar untuk menggunakan bahasa cinta dengan lebih tepat. Err, atau menyampaikan maksud tanpa perlu mengungkapkan? Untuk itu saya mulakan dengan membaca karya Dale Cornigie, How To Win Friends and Influence People.



Dibawah ini adalah tulisan yang sangat mahsyur, malah telah diterjemah kepada berbilang bahasa. Asalnya ia dimuatkan dalam majalah Reader's Digest. Kalau nak edisi bahasa Melayu ada di sini




FATHER FORGETS
W. Livingston Larned

Listen, son : I am saying this as you lie asleep, one little paw crumpled under your cheek and the blond curls stickily wet on your damp forehead. I have stolen into your room alone. Just a few minutes ago, as I sat reading my paper in the library, a stifling wave of remorse swept over me. Guiltily I came to your bedside.

There are the things I was thinking, son: I had been cross to you. I scolded you as you were dressing for school because you gave your face merely a dab with a towel. I took you to task for not cleaning your shoes. I called out angrily when you threw some of your things on the floor.

At breakfast I found fault, too. You spilled things. You gulped down your food. You put your elbows on the table. You spread butter too thick on your bread. And as you started off to play and I made for my train, you turned and waved a hand and called, “Goodbye, Daddy!” and I frowned, and said in reply, “Hold your shoulders back!”

Then it began all over again in the late afternoon. As I came up the road I spied you, down on your knees, playing marbles. There were holes in your stockings. I humiliated you before your boyfriends by marching you ahead of me to the house. Stockings were expensive, and if you had to buy them you would be more careful! Imagine that, son, from a father!

Do you remember, later, when I was reading in the library, how you came in timidly, with a sort of hurt look in your eyes? When I glanced up over my paper, impatient at the interruption, you hesitated at the door. “What is it you want?” I snapped.

You said nothing, but ran across in one tempestuous plunge, and threw your arms around my neck and kissed me, and your small arms tightened with an affection that God had set blooming in your heart and which even neglect could not wither. And then you were gone, pattering up the stairs.

Well, son, it was shortly afterwards that my paper slipped from my hands and a terrible sickening fear came over me. What has habit been doing to me? The habit of finding fault, of reprimanding—this was my reward to you for being a boy. It was not that I did not love you; it was that I expected too much of youth. I was measuring you by the yardstick of my own years.

And there was so much that was good and fine and true in your character. The little heart of you was as big as the dawn itself over the wide hills. This was shown by your spontaneous impulse to rush in and kiss me goodnight. Nothing else matters tonight, son. I have come to your bedside in the darkness, and I have knelt there, ashamed!

It is a feeble atonement; I know you would not understand these things if I told them to you during your waking hours. But tomorrow I will be a real daddy! I will chum with you, and suffer when you suffer, and laugh when you laugh. I will bite my tongue when impatient words come. I will keep saying as if it were a ritual: “He is nothing but a boy—a little boy!”

I am afraid I have visualized you as a man. Yet as I see you now, son, crumpled and weary in your cot, I see that you are still a baby. Yesterday you were in your mother’s arms, your head on her shoulder. I have asked too much, too much.




Undang-undang #1, berhenti mengkritik, walaupun kritikan itu benar!

Instead of condemning people, let’s try to understand them. Let’s try to figure out why they do what they do. That’s a lot more profitable and intriguing than criticism, and it breeds sympathy, tolerance and kindness. “To know all is to forgive all.”

As Dr. Johnson said, “God himself, sir, does not propose to judge man until the end of his days.”

Why should you and I?



Dan ada satu pesan pada saya,
"Have faith on people. You'll amazed on how great they actually are"

Mari belajar meraikan kelemahan!

Saturday, February 12, 2011

Husnul Khatimah




Terangkanlah.. Terangkanlah..
Hati yang mengeluh saat hilang arah
Detik waktu yang memburu
Detik, yang tak pernah kembali padaMu



Tumpah lagi air mata semalam, yang sebenarnya menyesak dada berminggu-minggu. Jiwa damai di bawah sayap-sayap malaikat yang merehatkan.

Rindu, terlalu. Dengan rakan, sahabat yang saling menghulur tangan menampung hati yang memberat. Dalam gelak tawa, terlepas segala rasa.



"Rasa membazir kalau belajar medik kemudian jadi surirumah"- ujarnya, yang sedikit terkesan.

"Jangan kata begitu. Jangan bilang membazir. Bila wanita berpendidikan hebat hidup di lingkungan anak-anaknya, bukankah anaknya mendapat pendidikan terbaik? Modal buat ummah"



"Tidakkah rasa penampilan yang digariskan Islam itu terlalu sukar? Ia bukan sekadar penampilan, tapi bagaikan itulah muslim yang lengkap. Penampilan Islami merangkumi akal, ilmu, akhlaq", tambah seorang lagi.

"Apa kata kita tukar 'susah' itu kepada betapa cantiknya penampilan yang digariskan Islam. Bukan sekadar imej pakaian, tapi disentuh juga sudut dalaman. Yang payah itulah tinggi kualitinya"






Penuhi jiwa ini dengan satu rindu

Terima kasih Allah

Biar dipatah tulang dihempap gunung. Tapi jangan sekali dijauhkan aku dari hambaMu yang memperingatkan aku tentang Engkau hai Allah.


dan masih lagi aku menangis bila tidak dapat apa yang aku mahukan?

Maka, nikmat yang manakah AKU dustakan?


Monday, January 31, 2011

Perjuangan Anak-anak Musa




Siapa yang tak tahu Mesir sedang bergolak? Kalau tak tahu, gelarkan diri anda katak!

Saat ini, terbayang filem The Terminal, Viktor Navorski lakonan Tom Hanks yang terkandas di Lapangan Terbang US. Sebab? Tibanya saja dia di sana, rusuhan sedang berlaku di negara asalnya, Krakozhia. Kerajaan Krakozhia tumbang, negaranya tidak diiktiraf, natijahnya, dia bukan penduduk mana-mana negara. Pasportnya tidak sah!

Juga teringat modul-modul yang dapat zaman, er, zaman bila ya, lupa sudah. Kes yang diberikan, berlaku darurat dan kapal yang akan membawa mangsa keluar terhad. Disuruh fikir dengan rasional, siapa yang lebih layak untuk dibawa naik. Kanak-kanak, orang tua, ibu mengandung, lelaki cedera, dan lain-lain kriteria.

Kini, semuanya menjadi nyata.


Deklarasi di bawah diambil dari blog Nurul Nadia.

SAYA NURUL NADIA, SALAH SEORANG PELAJAR PERUBATAN DI MESIR,
MEMOHON JASA BAIK RAKAN-RAKAN BLOGGERS DAN PEMBACA DI LUAR SANA UNTUK MENYOKONG KAMI MENDAPATKAN PERHATIAN DARIPADA KERAJAAN MALAYSIA TENTANG SERIUSNYA PERGOLAKAN YANG BERLAKU DI MESIR.

PARA PELAJAR DAN RAKYAT MALAYSIA YANG BERADA DI MESIR KINI BERADA DI DALAM KEADAAN YANG SANGAT BAHAYA. KEPERLUAN MAKANAN SEMAKIN BERKURANGAN, DAN KESELAMATAN MEREKA TERANCAM SETIAP DETIK.

PELBAGAI INSIDEN BURUK TELAH BERLAKU.

BILA LAGI KITA MAHU BERTINDAK?

FIKIRKANLAH PERASAAN AHLI KELUARGA MEREKA.

ALL OF US ARE THE ASSETS OF OUR OWN COUNTRY. SAVE THEM. PRAY FOR THEIR SAFETY.

HELP US TO MAKE THE OTHER MALAYSIANS REALIZE THE ACTUAL FACT.

TERIMA KASIH PADA YANG SUDI MEMBANTU.

SOKONG KAMI DI : SELAMATKAN PELAJAR DAN RAKYAT MALAYSIA DI MESIR

ANYTHING, CAN CONTACT ME DIRECTLY : 0173193923
OR FACEBOOK : NUVUL NADIVA DIZAVCH
OR TWEETER : DYYADIZARCH
OR YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com

SAMA-SAMALAH KITA BERDOA.

LIVE UPDATES: KrisisMesirNasibRakyatKita.blogspot.com/



Jumlah rakyat kita yang mencencah 10 ribu, merata di seluruh negara, menyulitkan usaha menyelamatkan mereka.

Allah, pada engkau kami mohon dipermudahkan.



Apa yang berlaku di Mesir, bukan sekadar terhadap kerajaan. Tapi sekiranya mereka berjaya, ia memberi cerah pada gelapnya Gaza, yang selama ini ditutup rapat oleh Hosni Mubarak. Wajar kita memberikan sokongan padu

Selamat berjuang anak-anak Musa. Biar nanti terbelah laut kali ke dua!



Thursday, January 20, 2011

The Yellow Cow


Dear son and daughters,

I Will tell you a wonderful story. Its act are so strange and exciting. It happened a long time ago, and it is mentioned in the Holy Quran. All that happened at the time of the Messenger of Allah Moosa, son of Imran

The main character of this story from animal was the cow, and the Soorah was named by its name, Al Baqarah


In fact, what happened was an example which should be taken into consideration, and a miracle which shows us the Power of Allah. We shall read the verses first and then tell what happened. Allah says


Al Baqarah 67-73



The story of the cow reveals the nature of the Jews, and what they are molded from (eg love of heated argument, stinginess, lying, deception, and cheating)

It was early in the morning when people found the body of a dead man in front of one of the house

The man was called Ameel, and he was very rich. Ameel never had any relatives or heirs except her only nephew who was shocked when he heard the news and he immediately asked for his revenge from the owner of the house where his uncle was found

However, the man denied the accusation and insisted on denying until the problem reached its climax when a war seemed to begin.

At that time and in order not to cause a civil war between people, some rational man inverted and said to the two opponents: "How dare you fight and Moosa is still alive; we shall go now and ask him to talk to Allah inn order to discover the real murderer who shall get his punishment severely"

They then went to Moosa and the whole stituation was presented to him, as he was asked to talk to Allah and reveal the name of the mann who killed Ameel

Moosa then returned with an order, for them to sacrifice a cow. Unfortunately, they mocked at him, they didn't believe it was serious.

They do not obey Moosa and had they slaughtered any cow, that would have been enough; they began to argue in order to evade payment of the cow they had to slaughter, they said "Ask your Lord, make plain description for us"

The argue for three times, the more they argued, the more specific the cow's description given. Thus they have to search hardly. However, it was owned by an orphan who refused to sell it unless they paid to him as much as it weights in gold.

The Jews then were sad and frustrated, but they were forced to collect money and buy that cow. Now they felt sorry for arguing too much before. If not they would have any cow then.

After the slaughtering, they asked Moosa how they are going to know the killer.

Moosa said : "Strike the dead man with a piece of meat from the cow". And when they did, Allah brought the man to life to tell them the killer, and he died again.

It turned out that it was his nephew himself whose name was Ohayha al-Jallah. It seemed then that the reason was, he is going to inherit his properties, but he never did.

That was the first time when the killer is totally disinherited (tidak dapat warisan) from the properties of his victim, and when Islam came, that rule was confirmed.


Sumber : Stories For Children : Birds & Animals Mentioned in the Holy Quran. Dibeli pada 11 Jan 2011, Maktabah An Nur

*dah bacakan bed time stori ini ke Farah Aisyah*


Lepas baca cerita ini, memudahkan saya untuk ingat susunan ayat. Sebab dah tahu susunan cerita, hoyeh!



Kisah soal-jawab Yahudi ini juga merupakan 'asbab nuzul' hadith ke 2 Matan Arbain Imam Nawawi, tentang persoalan Iman Islam Ihsan.

Bila Yahudi banyak soal-jawab macam sengal begitu sekali, para sahabat jadi takut untuk bersoal-jawab dengan Nabi. Bimbang itu adalah perlakuan biadab lagi sombong. Terlalu lama para sahabat diam, hingga Allah datangkan Jibril untuk bersoal-jawab dengan Nabi SAW. Khabarkan aku tentang iman, islam dan ihsan. Jibril datang mendidik para sahabat, bagaimana adab melontarkan soalan. Pakai pakaian bersih, duduk dengan sopan lagi bersungguh (lutut ke lutut dengan Baginda, dan tangan Jibril diletakkan atas peha baginda).

Sumber : Ceramah Ust Hasrizal di Jepun. Buka www.ipij.info.com, cari link ceramah. Tapi tajuk asal ceramah ialah berkenaan Apa Ertinya Aku Berintima' (menyertai) Islam, yang dijelaskan di atas sebagai joke supaya peserta tak takut utk tanya soalan :D



*Sebenarnya nak menulis sesuatu, sungguh! Tapi terlalu letih, (mengkopi pasta ini pun mata sudah separuh tertutup), jadi saya ambil yang pernah saya kongsikan dengan rakan-rakan. Boleh la untuk jamu makan sikit-sikit

*Cuba untuk tak cemburu pada yang pergi berjalan-jalan. Al Hambra dan Cordova, memang sudah lama diidam kalbu. Cis!! Tak mengapalah, cuti saya pun boleh tahan sesak juga. Terasa tak cukup 24jam yang ada



Tuesday, January 11, 2011

Dia Sebaik-baik Murabbi




Saya tersenyum seorang

Sedang menyelesaikan (membantu) tugasan, tiba-tiba terperasan. Bukan terperasan cantik dan cool, sebab itu sudah pasti lah kan ;)? Tapi, terperasan bagaimana Allah mahu mendidik saya.


Sekiranya Dia mahu ajarkan saya satu kalimah, kalimah Bahasa Arab mahupun Bahasa Melayu yang asing buat saya, saya akan selalu 'terserempak' dengan kalimah itu.

Pertama kali jumpa buat tak tahu. Kali kedua kadang diberitahu apa maknanya. Seterusnya kadang terbaca di mana-mana, terdengar di telinga, macam-macam.

Ia akan berulang-ulang hingga melekat.

Begitu juga dengan perkara-perkara lain.



Hari itu kali pertama menguruskan Explorace untuk pelajar Tahun 1. Separuh gila juga mencari modul-modulnya. Tanya serata alam, nasib baiklah ramai kenalan yang jenis begitu juga. Jenis ajk aktiviti-aktivi.

Hari ini, saya sedang mencari lagi modul-modulnya. Memikirkan kadar waktu, menimbangkan kesan. Walaupun sekadar membantu, tapi kerana membantu sungguh-sungguh, bagaikan ia memang kerja sendiri. Terfikir sesaat, ah, Dia taqdirkan aku dipilih untuk bantu kawan yang satu ini.

Kelmarin dulu rasa susah, kali ini rasa makin mudah. Makin cerah.



Begitulah.

Tarbiyah ada di mana-mana, entah bila masa.

Soalnya, adakah kita mahu menyediakan diri?



Senyum penuh cinta buat Pencipta. Sungguh, Kau Maha segala.


Didikan Rabbani, Didikan Manusiawi




Tenang hati mendengar kalimat rabbani

Tapi tetap galau bila meneliti kerut di dahinya, merah matanya
Hai Tuan Guru, lenakah tidur malam mu?
Dicucuk dipaku tiap penjuru
Dari musuh hinggalah pengikut sendiri


Memamg ulama bukan Nabi
Memang ulama bukan maksum
Memang ada hadith Nabi, bahawa yang bukan Nabi boleh ditolak idea, ditolak kata-katanya

Tapi itu bukanlah tiket untuk tidak beradab
Bukan tiket untuk biadab!

Kalau sungguh pun sang murabbi itu besar salah lakunya
Kalau sungguh pun sang murabbi itu tak layak berada di atas sana
Kenapa
Kenapa tega untuk mengeluarkan kata yang terlalu mendera, terlalu nista

Mungkin selama ini kita dididik dengan isi
Mungkin selama ini kita dididik dengan liqa itu ini
Dengan segala demonstrasi
Teguh melalui segala tribulasi
Tapi rupanya
Kita lupa untuk mendidik menjadi lebih manusiawi
Lupa menjadikan ia sebagai material paling tinggi


Aduhai anak-anak harakah
Penyakit apakah yang melanda kita ini




Melihat wajah tua mereka, terasa mahu berkata,
"Rehatlah Tuan Guru, rehatlah. Biar kami galas tempatmu"

Tapi telinga ini seakan mendengar,
"Hai anakku, apakah dunia ini tempat untuk aku bersantai-santai?"



Wednesday, January 5, 2011

Rumpun Melayu Akarnya Iman




(Pertamanya, maafkan saya. Video ini ada penari wanita. Sudah mencari versi lain, tapi rentaknya kurang asli)

Indah dan cantik lagu ini. Tenang telinga senang hati.


Cinta Dulu Cinta Sekarang - Dato' SM Salim

Hai cinta dulu-dulu
Cinta malu-malu
Cinta dulu-dulu
Memang susah nak bertemu

Bila sudah dapat bertemu
Nak cakap apapun tak tahu
Tegak berdiri tersipu-sipu
Seram sejuk kaku membisu

Sejak kecil sudah diasuh
Pantang larang dipegang teguh
Mulia sungguh cinta dulu
Adat resam budaya Melayu

Alah cinta zaman sekarang
Sudah terlupa pantang larang
Cinta zaman sekarang
Di khalayak ramai dia pegang-pegang

Kalau ditegur dia meradang
Macam harimau nak menerkam
Maruah bangsa sudah terancam
Kerana perbuatan segelintir orang

Hidup penuh berpoya-poya
Kalau kahwin pun tak kekal lama
Bila dah dapat yang di idam
Habis manis sepah dibuang

Hai cinta dulu-dulu
Ikut nasihat ayah dan ibu
Cinta dulu-dulu
kalau nak kahwin bertanyalah dulu

Berisik-risk bertanya-tanya
Ayah dan ibu dan anak siapa
Bila sudah berumah tangga
Kekal hingga sampai ke tua

Cinta dulu cinta mulia
Ikut aturan budaya bangsa
Hidup mereka sungguh bahagia
Cangkul dan tanah memisahkannya




Kalaulah bangsa Melayu tulen MELAYUnya, pasti Islam di Kepulauan Melayu (termasuk Indonesia, Thailand, Kemboja, dan lain-lain yang Melayu) terang benderang dari negeri akhirat.

Kerana adat budaya bangsa kita, terlalu hampir dengan Islam. Terlalu sangat sungguh! Malah bila duduk di negara Arab, saya semakin yakin dengan bangsa sendiri.

Melayu itu malu. Malu itu iman.
Melayu itu bersopan. Sopan itu akhlak.

Kerana Melayu asli itu bangsa yang hebat, maka Inggeris si musuh Islam tahu, harus bagi mereka menghapuskan keaslian ini. Keaslian mutu yang mampu membungkus dunia dengan agama. 10 Mei 1511, Kerajaan Islam Melaka jatuh. Lebih awal, jauh lebih awal dari jatuhnya Khalifah Turki Uthmaniah pada 1942.

Hari ini, setelah 500 tahun, yang tinggal banyaknya Melayu yang layu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright 2009 Terbang | Lihat | Tafsir. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates | Blogger Styles | WP by Masterplan