>>test
Showing posts with label Travelog Syam. Show all posts
Showing posts with label Travelog Syam. Show all posts

Thursday, September 29, 2011

Angka 20


[Gambar kertas target markah setiap subjek bagi semester ini]


Saya bukan tak mahu update blog.
Sangat-sangat mahu!

Kalau boleh, nak bercakap, kemudian orang taipkan, boleh?

Heh, bajet bizi. Padahal, bila saya terbaca blog post terbaru orang kuat PERMAI, skorer pulak tu, istiqamah lagi dengan hafalan Al Quran, pastilah tertanya pada diri sendiri,

"Kau bajet bizi ape ha Syahida Majid oiiii"

Maka, jawabnya mudah. TAK TAHU MENGURUS DETIK. Noktah


Ya, saya dah naik ke tahun 2. Ha tengok, saya nak balas ucapan Faaein Talip Roy, Salsabila, Along di Tanta, di sini, dengan ucapan, trimas!

Punyalah pemalas saya nak menaip keyboard. Haih!

Friday, May 27, 2011

Eat, Pray, Love




Di hari lahir,
Ada orang mengharapkan ucapan,
Ada juga yang menanti kek berlilin,
Tak kurang yang bayangkan hadiah, berangan,

Tapi,
Baru aku sedar,
Hadiah terindah kita sebagai insan,
Adalah kawan-kawan



Al kisahnya, dah lama mengajak Nad makan di kedai steak kegemaran saya. Tapi tiap kali dia mengingatkan, pada waktu-waktu genting. Tengah malam lah, tengah exam lah.

26 Mei,

Saya : Nad, nak makan steak tu tak? Jom, lepas Asar
Nad : Boleh! Tapi lepas exam terus la, malas nak tunggu-tunggu

Nad datang rumah, saya ketiduran.. Batal kejadian hari itu.


27 Mei,

Saya : Sorry for yesterday.. Tindakan luar sedar. Hari ni jom?

(tanpa ada niat nak meraikan apa-apa. Sekadar memenuhi janji sekian lama)

Nad : Takpe je. Nak habiskan Al Kahfi kejap. Petang nanti kan?

Terdetik dalam hati, pernah cerita tentang niat ini ke Syaza. Dan teringat yang rumah mereka tu sangat kasihan. Kalau tak megi, pesan makanan luar.

'Ajak sekali lah Nana dengan Syaza'

Sudah ajak Nana dan Syaza, terfikir juga Bella dengan Asmat. Tapi, budak dua orang ini tak makan daging. Er, senyap-senyap ajelah.


Petangnya, hampir terpanjang lelap juga.

Nana telefon banyak kali.

"Kedai tu dekat mana? Saya dekat Tatoo ni"
"Bla.. bla.. bla (memberi arahan)"

Kiranya, saya bayangkan Nana dan Nad sudah ada di sana, sementara Syaza menanti saya solat Asar.


Bila tiba di kedainya, 'Eh, Bella. Nabil', getus hati, belum ada rasa apa-apa.

Saya minta tukar tempat duduk, duduk di bahagian dalam. Lebih privasi bagi saya. Saya mulakan langkah dahulu.

Setelah selesa duduk-duduk, seorang demi seorang datang, dan, mata melihat,

BUNGA! KEK!

Maka berlagulah 'Happy Birthday to youuu~'.

Ahaha! Tersegan seketika. Sungguh tak sangka.


Cerita Sebelah Mereka

Nana : Bella, hari ni birthday K.Syi.
(nana pun baru tahu sebab terbaca sesuatu)

Bella : Alah K.Syi selalu macam tu, lari-lari masa birthday dia.

Nana : Agak-agak dia tahu tak? (nak buat surprise)

Bella : K.Syi tu bukan budak-budak, mesti die dah boleh agak dah

.
.
.

Naif seketika hari ini.

Cuma, cantik sungguh, kan? Kalaulah saya tak tertidur lena semalam, pasti hari ini tak ke kedai makan sana. Pasti akan tidur lena (lagi) di rumah. Dan pastilah tiada apa yang berlaku hari ini.


Diorang dok kata muka saya matang waktu ni. Chait! Itu mengeji dalam pujian rasanya. Huu


Terima kasih atas doa-doa, facebook mahu pun doa dalam diam. Doa sebegitu selayaknya dipulangkan berganda-ganda lebih baik untuk kalian.

Dengan adanya kawan-kawan,
kita pasti,
rasa setiap hari dilahirkan!


Sunday, April 10, 2011

Usia dan Masa





Pagi Jumaat.

Hidup di Jordan, Jumaat sentiasa terasa lebih indah dari biasa. Ada baunya, warna, lain rasa.


Walau Jumaat kali ini dianehkan dengan perangai pemandu teksi kami. Dari Syarie' Jamiah ke Mujamma' Amman (stesen bas), bayaran biasanya hanya JD0.75. Bila dihulur sedinar (JD1.00), kami menanti baki.

"Shu hadza?" (Apa ini?)

Kami kerut muka sambil senyum senget, nak sahaja dikata 'Duitlah!' Kami jawab kembali,

"Shu?" (Apa??)

"Liraten ammu!" (Dua dinarlah!)

Mahu tak terkujat kami di pagi itu?

"Wallahi daiman khamsu sab'ien bass" (Wallah, biasa 75 sahaja)

"La wallah! Ba'ieed, min hek ila hek. Liraten!" (Tidak! Jauh, dari sana, sana)

"Iza dinar wa nuss bissir ammu. Wallah haram lirten" (Kalau 1.50 boleh lah, 2 dinar melampau!)


Akhirnya, kami bayar juga 2 dinar. Berat juga hati untuk meredhakan. Tapi cepat kembali pada prinsip


Always be kind, for all are fighting a hard battle



Itu pesan Plato. Buat baik dengan semua, kerana masing-masing ada masalah yang tersembunyi. Mungkin pakcik (bila disebut pakcik oleh pelajar sini, bukanlah pakcik pun, pangkat abang pun ada) bangun on the wrong side of the bed.




Duduk selesa dalam coster menanti penumpang memenuhkan ruang. Sambil borak-borak pagi dengan teman pemusafiran, mata melilau sana sini.

Muncul dua orang. Seorang lelaki dan perempuan. Keduanya sekitar 60-an. Tapi sang atuk nampak masih gagah persis lelaki biasa. Cuma sang nenek, fizikalnya agak lemah dihanyut usia.

Atuk meninjau dari pintu coster, memastikan masihkah ada ruang untuk mereka. Sementara si nenek membebel dari belakang, lemah, tapi berbunyi, kerana dia rasa sudah tiada tempat

"Ada, ada. Awak naiklah", kata si atuk

Nenek jelas menggagahi lutut dan pehanya untuk memanjat tangga coster yang rendah itu. Mulutnya masih bergerak-gerak, masih ada yang dikumat-kamitkan, entah apa gusar di hatinya, diluah pada atuk. Ya, lemah, telinga aku tak menangkap apa.

Sang atuk hanya diam, memastikan isterinya duduk.

"Awak duduk dulu. Mahu makan atau minum apa-apa? Mari saya belikan" Kata-kata atuk sangat jelas, sesuai dengan sihatnya dia.

Sang nenek, masih begitu. Mengomel mengeluh itu ini. Atuk berlalu dan 10 minit kemudian pulang dengan seplastik bekalan perjalanan.



Sketsa indah di pagi Jumaat.



Kalau dahulu, si bunga dipuja dirayu sang teruna, kerana cantiknya dia, kerana manjanya dia, kerana gemersik gelak tawanya. Segala keindahan itu, si bunga dilamar menjadi taman di hati teruna. Kembang menghias. Satu-satunya.

Hingga satu masa, si bunga hilang warna. Baunya sudah tak seberapa. Gelak tawa diganti dengan rugutan berjela. Kudratnya tak lagi berdaya.

Masihkah sang teruna, menjadikan dia ratu di hatinya?



Atuk itu, begitu sabar melayan isterinya. Bagaikan cintanya pada sang nenek, bagai tak pudar seiring usia. Walaupun mungkin, nenek sudah pun tawar rasa pada cinta.






Usia dan masa.



Agaknya, mampu atau tidak kita terus setia?


Thursday, September 30, 2010

Hujan Guruh Kilat


Kepala lebih berserabut dari ini


Berurusan perihal dokumen di negara ini, jarang-jarang jiwa tak tertekan. Bagaikan mustahil kalau tidak kecewa.

Entahlah.


Sebentar tadi rasa sangat marah. Sangat sangat. Hampir-hampir Cokia The Tut Tut dihempas ke dinding. Tapi merasionalkan akal, kalau dia rosak, siapa pula yang murah hati sangat hendak hulur buat ganti. Hampir juga mematahkan hawiyah (kad matrik). Juga cuba-cuba menstabilkan akal.

Sudah seminggu berjuang untuk mendaftar subjek bagi semester satu. Seminggu!

Entahlah.

Ada juga hendak terkeluar, 'Kenapa malang sangat nasib aku? Kenapa orang lain senang?'. Kelmarin berYM dengan Ily, baru terperasan. Ya, tiap subjek yang selama ini diajar, natijahnya sendiri yang gagal. Sekolah menengah dulu menjadi tutor untuk kebanyakkan subjek sains (Biologi, Fizik, Kimia). SPM, kesemuanya dapat B3. Kali ini, Physio.

Tapi

Astaghfirullah. Terasa bahang pipi ditampar.

Banyak sangatkah amal yang dibuat, hingga rasa tak layak di'bala' oleh Allah? Bukan banyak, entah ada atau tidak amal yang pernah terangkat?!

Jauh sungguh jalan untuk menuju Allah

Allah, jadikan semua ini, bayaran untuk aku membeli syurga. Tiada satu pun perkara baik yang aku rasa melayakkan aku ke sana. Jadikanlah segala apa yang menimpa, sebagai satu tukaran dari neraka.

Terima kasih bekas classmate merangkap bekas satu batch yang tolong menguatkan. Wan, Najwa, Haniff dan Lan.

Demi Allah, berhentilah wahai air mata. Aku kan wanita gagah perkasa!

Saturday, September 11, 2010

Cerita Raya? [Updated]


Poof!! Gambar dah hilang


HARI PERTAMA RAYA

Malam sebelumnya,

Tertidur bukan main lama (tak ingat bangun bila). Bangun-bangun, kaki lenguh-lenguh. Dah tua sangat agaknya. Kesian diri sendiri. Mata memandang alatan menguih yang masih bersepah belum dikemas. Masih ada satu lagi doh belum disentuh. Cornflakes pula jeling-jeling minta simpati. Aiyoh, makcik dah malas, tak larat!

Singgah ke dapur, bertambah-tambah rasa 'seronok'. 'Lawo' sungguh dapur makcik. Mengemas? Belum datang seru.

Sunguh-sungguh tak ada rasa. Malas.

Akhirnya Susi dibuka, X Men Last Stand ditonton buat kali ke berapa. Dua orang lagi mula menyibuk nak tengok sama. Apa lagi, rancak la aku bercerita.

"X Men ni cerita paling umph dalam dunia. Fiqh Harakah, fiqh jihad, semua ada. Yang tak ada mungkin fiqh ibadah sahaja" - semangat datang tiba-tiba.

"Xavier bertindak sebagai murabbi bagi anak usrah die" - Bla bla bla, makin suka nampaknya. Tengok muka diorang, macam tak faham saja apa aku kata. Lantak korang lah, yang penting aku bahagia.

Habis tengok X Men, baru rasa semangat macam biasa. Selalunya macam itulah, nak semangat tengok X Men, G.I Joe, Batman Dark Night. Yang terbaru The A Team, tapi belum rasa 'feel' dengan mereka lagi. Tetap-tetap X Men terbaek. Agaknya spesis kelawar hijau, ada rasa ukhuwah dengan geng-geng termutasi ni.

Tengok jam, 'Mak aih 4 pagi!'. Bangun juga akhirnya, memeriuk dan mendapur.

Kepala sentiasa mencongak jam waktu Malaysia

"Semua dah ada ke?"
"Tengah buat apa tu? Bisingnya!"
"Makcik-makcik tu tengah bergosip depan bilik air"
"Bergosip? Nak join!!"

"Kesian la laki masing-masing, bini sibuk bergosip, tidur sorang la malam raye nampaknye. Haha.." - memang aktiviti malam raya, tapi kali ini lebih dahsyat, sampai ke 5 pagi! Melampau sungguh mak-mak sedara, waktu kita tak adalah mereka nak 'havoc' bergosip tak ingat. Cis.

Aku membayangkan, kalau aku ada di sana, esok paginya mesti aku jadi mangsa. Mangsa gosokkan baju-baju mereka seisi keluarga.

"Ala tolonglah Dida, engkau bukan ade anak-laki nak uruskan!" - ceh, riak ada anak laki.

Jadi, bersyukur raya di Jordan, hehe.


Bila takbir bergema-gema dari Masjid Yarmouk kesayangan hamba, baru hati terdetik, 'Oh, raya'. Sungguh macam tiada rasa. Cerita seterusnya, tak mahu cerita :D


Tahun ini pesan ke Umi baju raya warna ungu. Sebabnya, rumah7 dah syuro begitu. Awal hari tu, ada seseorang buat muka sedih lagi tabah, akan beraya di sini. Kasihan melihat ketabahannya, cakap dengan Umi suruh buatkan satu pasang untuknya. Baju kurung Pahang, jangan main-main. Semangat 1Malaysia.

Tup-tup, dia pergi meninggalkan kami. Bagus, ada 2 baju raya.

Satu pasang, komen saya pada Umi,
"Meriah jiddan Umi oi.."
"La, ko nak pakai kat mana? Pakai dalam rumah dah la" - (_ _!!) Ingat Malaysia ke..
"Pakai kat luar la jalan-jalan, sini bukan ade sanak saudara jiran tetangga nak datang rumah satu hari.. Sob sob.."

Maka jadilah baju tersebut, er, baju pakai di rumah. Nasib baik satu pasang lagi agak gelap warnanya, walaupun awal-awal segan juga.

Walaupun tak ada yang datang beraya, tapi memakai baju raya sepanjang hari tetap menjadi kewajipan, er, dulu keterpaksaan. Sebab dulu, balik beraya, sampai rumah terus tukar kemaja T, rugby punya. Kan lebih selesa? Bila hidang tetamu, mak sedara perli, "Dah macam orang gaji aku tengok ko". Cet

Perancangan beraya?

Tak rancang mana pun.

Diorang sibuk nak tengok movie siang raya. Aku pun bagi la The Lovely Bones. Mula-mula menghadap sambil kunyah Tat Nenas, lepas tu sibuk menyorok di sebalik bantal. Sungguh ceh mereka ini. Padahal cerita itu cukup best, tapi sangat pastilah tak boleh lawan X Men. Hehe

Petangnya baru kami bergerak (lagi) beraya.

Makan rendang, entah, belum feel raya juga. Tak faham.


RAYA ARAB

Melalui Syarie Jamiah di hari raya, sebenarnya sesuatu yang agak mencabar bagi wanita tabah seperti kami. Ramai sungguh manusia, yang jantina perempuannya boleh di kira dengan jari, tapi yang kromosom XY, raaamai!

Sudahlah mereka hanya pakai kemeja t sehari-hari. Paling semat pun bersut blazer. Kita? Penuh warna-warna Malaysia. Memang jadi tumpuan ramai. Terasa nak muraqib di siang hari.

Satu perkara lagi yang pelik, hari raya, banyak pasukan berkuda. Jangan bayang yang semat-semat, abang-abang biasa-biasa sahaja. Seronok ye berkuda di hari raya?


RAYA TERAKHIR ORANG BUJANG

Kami semua cuba menggembirakan seorang bakal tidak-bujang-lagi di raya ini. Untung raya 2010, akan diadakan majlis akad nikah di bumi Irbid. Esok (12 Sept) selepas Asar.

Semua pakat-pakat tolong membayangkan hari bahagia. Tolong bagi idea posisi duduk mendengar akad, siap cuba-cuba demonstrasi lagi. Hahaha, Kak Ain siap tanya esok si pengantin pakai baju apa, takut-takut orang lain terlebih seri dari pengantin.

Dan saat ini, sedang mendamaikan hati, untuk melepaskan sahabat tercinta ke gerbang yang sama. Teman sepergolekkan, sepertawaan, sepermainan, serta sepercomelan. Tahu-tahu berjodoh dengan naqib aku sendiri. Cis, senyap-senyap rupanya. Walaupun sejak 2007 aku dah terhidu, tapi buat tak tahu. Betul kata orang, perempuan ini sixth sensenya kuat.


Salihah Yaacob, Syi sayang anda sangat-sangat.

Walau nanti kita dah tak boleh bergolek sama-sama, walau nanti kita dah tak boleh minat orang yang sama (haha, cemanalah dulu boleh Sa minat orang lain, padahal sudah dipunya?), walau nanti dah segan nak koling-koling,

Abg Dzul yang suka berfantasia berkonvo. Konvo juga akhirnya

Tapi tak apa. Sebab Syi tahu Abg Dzul tu siapa. Sengal-sengal dia, walau selalu kedekut nak belanja, tapi jiwa dia mulia. Sayang seorang naqib pada anak-anak usrahnya sungguh-sungguh ada. Apatah lagi pada isterinya yang terchenta.

(Harap Abg Dzul tak baca blog ini. Kalau tak kantoi)

Selamat menuju alam bahagia. Dah bahagia tu, adik beradik sendiri jangan lupa. Kalau tak, Syi balik Sg Buloh tu, lesing dua-dua. Hish


Overall, raya tetap terasa. Tahun lepas di Mafraq, semangatnya waktu memasak. Berjenis-jenis hidangan dan kuih buat. Tapi bila tiba pagi raya semua dah longlai. Dan mungkin juga waktu itu kami duduk sakan beramai-ramai. Seronok lebih SIKIT. Ini, cuma bertiga. Seorang tidur, kan ke dah tinggal dua saja..

Ada 5 kali sahaja lagi raya di perantauan. Mesti tinggalkan kenangan yang indah-indah, biar dirindu-rindu waktu tua. Biar nanti banyak modal nak cerita pada anak cucu.

Selamat bergembira bersama keluarga. Dari kami, Sekuat Tabah



Sakit hati tengok Buletin Utama Raya. Rupanya YAB Dato Seri Najib live-stream dengan pelajar kebanyakkan negara. Kaherah pun ada. Jordan? Cis. Najib Daud pun kami tak ada.

Aktiviti raya ke 2 pun boleh tahan best. Lipat dan basuh baju, TIGA BAKUL. Dah macam anak cucu balik kampung. Memang rindu Batu Pahat T_T, sebijik aktivitinya!


Sunday, September 5, 2010

Re-Post : Jemu Yang Bertamu


Langit sakan yang memberi damai. Foto oleh Raja Maimunah


Post ini ditulis 12 May, setahun lepas. Banyak yang sudah berubah. Tapi entah kenapa hari ini rasa yang sama masih tergema-gema

Pukul 8 pagi aktiviti bermula. Beberapa minit sebelumnya, berlari-lari anak ke Markaz Lughah yang jaraknya lebih kurang 1 km dari sakan. Mengisi diri dengan ilmu bahasa Arab di sana, hingga matahari berada tegak di atas kepala. Tengahari, samada terus menjamah 'lunch' yang sudi dimasak oleh sesiapa, atau saya dan Ida menyediakannya. Tengoklah rezeki apa hari itu. Makaroni atau spegeti dibuat pasta, mahupun dicampak ke dalam sup cendawan. Mudah dan pantas.


Sambil-sambil perut memproses makanan, mata mengintai bilik internet untuk dicerobohi. Ya, dicerobohi. Kerana hanya yang menyewa sahaja sebenarnya diizin masuk. Tapi, kuota penyewa bagi pelajar Malaysia hanya TIGA, dinisbahkan dengan sejumlah 22 yang menetap di sakan. Pasti yang berjawatan kami dahulukan. Puas sudah berbalah dengan warden, akan keperluan kami untuk akses internet. Tapi berurusan dengan warga Arab sememang dijangka akan suatu kehampaan.

Jesteru, menceroboh sahajalah jalan kami untuk 'keluar' dari Jordan ini dan merisik kabar dari Malaysia. Untuk mengubat rindu akan penulisan berkualiti berbahasa Melayu.

Waktu petang, beramai-ramai meredah ladang zaitun dan bermujahadah berebut bas awam untuk keluar mengaji bersama Syeikhah. Belajar tajwid serta tasmi' hafalan. Selesai mengaji mulalah berpusing-pusing di pekan Mafraq membeli barang-barang dapur. Roti, laban dan sandwich falafil wajib masuk dalam senarai barangan. Menjelang maghrib baru kami sampai.

Malam waktu berhempas pulas dengan buku-buku. Saya yang masih berada di Markaz Lughah cuma, tidaklah seteruk sahabat-sahabat lain. Cemburu datang melihat mereka membaca kitab tafsir, fiqh dan sebagainya. Saya cuba ambil satu, Fiqh Manhaji. Aduh.. Sakit benar kepala, langsung tak mampu membacanya!

Sudah 5 bulan saya mendiami dunia asing ini. Itulah aktiviti saya sehari-hari.

Jemu mula menguasai diri. Tiada adventure selama 5 bulan.


KELAWAR YANG SUKA TERBANG

Awal-awal saya tiba ke sini dahulu, merupakan awal cuti semester mahasiswa di Jordan. Setelah berpenat lelah mereka memerah ilmu ke atas kertas peperiksaan, rehlah menjadi penawar tekanan. Saya sempat untuk menyertainya. Alhamdulillah, 3 hari cuma, tapi hingga ke selatan Jordan telah saya jelajahi.

Pantai Aqabah, selatan Jordan


Pulang dari jaulah Jordan, 2-3 hari berikutnya saya terbang pula ke Mesir. Jaulah-jaulah ini memberi 1001 nikmat buat saya. Bukan nikmat bersuka-ria, tapi nikmat BERFIKIR.

Di Malaysia, usah pelik kalau hari ini saya berada di Johor, esoknya di Pahang, lusa di Selangor.

Allah biasakan saya turun-naik bas merentasi negeri. Pertamanya, dengan mentaqdirkan saya bersekolah di lain-lain negeri (menengah di Melaka, matrik di Pahang dan universiti di Johor).

Ke dua, Allah taklifkan saya yang hina ini dengan pelbagai tugasan. Panggilan tugas membawa saya ke merata negeri. Samada di bawah universiti mahu pun yang lain.

Ketiga, Allah berikan saya ramai kenalan. Kalau bukan kerana tugas, biasanya saya akan ambil bas ke Johor Bharu dan turun di UTM Skudai. Kadang kala bila kuliah saya tamat pukul 3 petang, terus saya ambil bas dan 7 pagi esoknya baru saya pulang ke Batu Pahat. Masuk ke kuliah pada pukul 9 pagi. Perjalanan hanya 1 jam, sangat nikmat.


NIKMAT BERFIKIR DENGAN BERMUSAFIR

Setiap kali saya bermusafir, sebelum menaiki bas, saya pastikan diri saya memiliki sekurang-kurangnya sebuah buku. Samada buku yang telah saya miliki tapi belum sempat dihabiskan, atau biasanya akan saya beli di stesyen bas. Kegemaran saya adalah Milenia Muslim, Anis, Majalah I, dan Al Islam.

Jesteru, sepanjang perjalanan saya kenyang dengan bacaan. Kenyang dengan ilmu, dengan buah fikiran, dengan isu, dengan gaya penulisan.

Bermusafir memberikan ruang buat diri saya sendiri. Berada dalam keadaan senyap, membaca sambil menyuruh otak menganalisi, satu kepuasan. Apabila pulang menghadap buku akademik, saya tambah bersemangat. Dengan idea-idea baru, memotivasi diri untuk menjadi seseorang. Menghasilkan tulisan-tulisan yang boleh saya kongsi dalam blog ini.

Pulang dari UZLAH, sentiasa membuah sesuatu.

'Uzlah' sebegini juga memberi pengalaman yang berharga. Ia suatu 'adventure'. Masalah kehabisan tiket, kehilangan wang, tak tahu arah, semuanya sangat bernilai dalam mendewasakan saya. Membiasakan otak saya kuat bekerja dan cepat berfikir. Pulangannya, menghasilkan satu kualiti dalam kerja-kerja saya.


JORDAN YANG MENCABAR DIRI

Cabaran saya yang pertama adalah berpisah dari buku-buku.

Silap saya kerana sewaktu datang ke sini tidak bersedia dengan membawa bersama buku-buku serta majalah.

Sewaktu ke Mesir, girang benar saya kerana tujuan utama kami ke sana adalah disebabkan Pesta Buku Antarabangsa Mesir. Sejak kecil, umi dan abah akan membawa kami sekeluarga ke KLIBF. Minat membaca dipupuk sejak kecil. Saya bercita-cita untuk memborong buku-buku sebanyak mungkin. Pastinya buku berbahasa Inggeris, saya tahu keupayaan bahasa Arab saya sangat amat lemah.

Setibanya di sana, kepala saya pusing. Tapak pamerannya lebih besar dari sebuah stadium. Cubaan untuk membaca tajuk buku sahaja telah 'mencabar' otak saya. Bukan setakat tidak memahami maknanya, tapi butir hurufnya pun tak mampu saya lihat!

Hari pertama di pesta buku Mesir. Benar-benar buntu dan letih!


Kebanyakkan buku-bukunya berbahasa Arab. Bukan seperti di Malaysia, pesta buku kita bercampur dengan buku berbahasa Inggeris. Mungkin ada di pesta buku Mesir itu, tetapi nak mencarinya pula.. Aduhai. Akhirnya, demi melunaskan ketagihan, saya beli jua satu set buku cerita kanak-kanak. Itu pun hingga hari ini masih sukar untuk saya baca.

Maka duduklah saya selama 5 bulan ini tanpa buku disisi. Berbeza dan siksa sungguh rasanya. Di Malaysia setiap minggu saya beli buku baru. Di sini, kadang kala saya beli jua buku, tapi setakat untuk diselak-selak.

Rasa menyesal pun ada terhadap kecintaan membaca ini. Jadi gila buku.

Cabaran kedua, melupakan 'uzlah' saya. Siswi pergi berjaulah seorang diri sesuatu yang sangat dilarang. Tentulah, Jordan bukan Malaysia. Dengan bahasa amminya, mudah untuk mereka menipu. Jangankan ammi, fushah sekali pun tidak saya fahami. Maka, wajib untuk siswi membawa mahramnya walaupun untuk keluar membeli barang dapur. Seandainya perjalanan hingga ke malam, wajib diiringi oleh muraqib.

Tambah lagi dengan matawang disini yang 5 ganda dari ringgit Malaysia, menjadikan aktiviti saya seperti di Malaysia itu, sesuatu yang tidak mungkin!

Akhirnya, jemu jua yang bertandang..

Saya gagahi menulis entri ini. Ramai dikalangan sahabat meminta saya mengemaskini cerita, malah risikan penulis terkenal Azizi Abdullah, menggigit-gigit hati saya. Saya bagaikan hilang upaya menulis. Hilang struktur kata.

Memang internet menjadi sumber bacaan saya. Tapi membaca pada skrin komputer, jauh bezanya dengan memegang sebuah buku. Kerana sesiapa sahaja menulis di web atau blog, dengan gaya bahasa bermacam rupa. Tetapi menulis buku, ah, buku, pasti kalian tahu nilainya. Nilai tulisan dan bahasanya.

Ketiadaan pembacaan menyebabkan ayat saya berserabai, kehilangan 'uzlah' menyebabkan saya kurang berfikir.

Maka jadilah saya seorang yang tidak dinamik, hingga keluar frasa-frasa "Awak memang macam ni ke dari Malaysia? Kualiti kerja awak teruk sangat!"

Aduh.. Tuhan, ampunkan aku atas keluhan ini. Saya tahu, dihantarNya saya ke Jordan agar saya menjadi sesuatu. Cuma, janganlah SESUATU itu adalah manusia yang lembab otaknya, tidak kreatif ideanya, dan menyusahkan orang dalam gerak kerjanya.

Tidak lama lagi sesi saya di Markaz Lughah bakal tamat. Kalau permohonan ibu saya untuk saya ditukar ke jurusan perubatan ditolak, saya akan menghabiskan 4 tahun di tanah Mafraq ini.

Moga Allah menemukan saya dengan hikmah, agar jemu ini menghasilkan maju!


Glosari:
1. Markaz Lughah : Pusat Bahasa; perhentian wajib buat pelajar asing mahasiswa Al Bayt
2. Sakan : Asrama universiti
3. Laban : Susu masam, semacam yogurt
4. Sandwich Falafil : Campuran bebola kacang+sayur yang digoreng, terung, kentang, tomato dan sosnya, dibalut dengan roti pita.
5. Bahasa ammi : Bahasa arab rojak yang mengikut masyarakat setempat
6. Bahasa fushah : Bahasa arab baku
7. Muraqib : Pengiring lelaki; di Mesir dikenali sebagai musyrif


Monday, August 30, 2010

Tanpa Suara - Ketabahan


There's no place like home




Selamat jalan Romeo, Pak Tam


Ramtha City di Irbid rupanya...


Tiga jiwa kental. Apalah sangat nak sibuk beraya di Malaysia.. Nabil tak masuk!


Mengutip anak buangan. Lihat pada lantai


Anak kutip yang dibuang ibu yang tak bertanggungjawab


Mini Library Byt7. Dua orang punya koleksi. Bisa mengalahkan Librari Permai. Bosan cuti?


Zoom tajuk. Sila fokos lebih pada 'Berdialog Dengan Jin', perhatikan siapa penulisnya. Dan kemudian sila terkejut. Seterusnya sila cari dan beli. Oh banyaknya arahan dalam kapsyen gambar


Wednesday, August 11, 2010

Ramadan Hari Raya Buat Ahli Quran


30 Hari Kami Akan Jumpa Cinta. Heh. Gen 5 Az Zikr -asobiah itu pengikat ukhuwah-


Saya memang benar-benar beruntung. Sungguh-sungguh.

Dapat menikmati macam-macam keadaan puasa. Puasa sekolah, puasa di universiti di Malaysia, puasa di Mafraq, kini puasa di Irbid.

Masing-masing berbeza. Masing-masing cukup rasa.


Seperti baru semalam saya menulis tentang Bulan Itu Bulan Yang Memudahkan, bercerita tentang Ramadan di matrik.

Macam baru tadi menulis cerita Qutayf (قطيف) Sebagi Juadah Ramadhan. Macam masih terasa-rasa moreh dengan drama Nur Kasih (hot!).

Rupanya sudah setahun meninggalkan Mafraq.


Ramadan di Irbid


Kedai-kedai berseri dengan 'tanglung' yang tertulis 'Ramadan Kareem'. sumber

Secara peribadi, kemeriahan Ramadan lebih terasa di sini. 2-3 hari sebelum tibanya bulan ini, sepanjang deretan kedai silau dengan lampu-lampu menyambut Ramadan. Sana sini kedengaran (dan kelihatan) anak-anak Arab bermain bunga api (fireworks).

Nada dering henset juga banyak bermain lagu Ramadan. Facebook, macam-macam video dipostkan.

Sebelum bertolak untuk Magrib di masjid, menyambut mulanya 1 Ramadan, saya sendiri memilih baju yang biasanya dipakai untuk majlis-majlis (mungkin tak lawa bagi orang lain, tapi bagi saya lawa :D), memakai wangian.

Umpama satu perayaan!

Sana sini kelihatan orang Arab berzikir, bertasbih dan membaca mushaf Al Quran. Tak kira walau sedang menjaga kedai, dalam bas, mana-mana. Di masjid, bila Imam membacakan ayat-ayat magfirah (keampunan) dan ayat azab, bersungguh-sungguh mereka menangis.

Dan yang paling bermakna, kali ini tahun pertama saya merayakan diri sebagai penuntut Akademi Tahfiz Az Zikr. Tahun pertama Ramadan sebagai ahli Quran.

Dulu, saya sering mengeluh, dan kadang menangis, menyumpah diri bila mendengar Imam membaca surah yang panjang. Kerana satu pun tak mampu saya faham.

Hari ini, saya boleh mengenal pasti kesalahan bacaan Syeikh Makmun. Masya Allah, suaranya memang cantik. Dengan bunyi Arabnya yang jelas, memang teruja! Tiap bacaannya dapat saya faham isi kandung, terasa terbang meninggalkan bumi bila berterawikh dengannya. Tak lagi rasa lenguhnya kaki mendengar ayat-ayat panjang. Terasa seperti dia berada di depan mata, memperdengarkan bacaannya buat saya seorang.

Alhamdulillah!

Itu satu nikmat yang besar bila Quran mula lancar di lidah.

Dulu saya rasa syiok bila satu hari boleh habiskan sejuzuk. Hari ini, dua juzuk boleh selesai selepas Subuh.

Ramadan, bagaikan satu hadiah buat kami. Bagaikan satu pengiktirafan dari Allah, hah, bulan ini, kalian mabuklah dengan ayat-ayatKu!

Terima kasih Allah, kerana izinkan kami melisankan firmanMu yang mulia. Tiada daya upaya kami, melainkan Engkau yang menjadikan kami begini..

Tapi.. Malam ini Syeikh Makmun hampir menghabiskan juz dua. Bermakna esok lusa, saya akan kembali melopong seperti dulu. Juz seterusnya belum sempat hafal lagi. Tak apalah, sekurangnya, kualiti Bahasa Arab yang makin meningkat, patut dapat saya faham apa yang dibaca. Moga-moga.


Ramadan di Rumah?

Saat Malaysia mula berterawikh, Abah hantar SMS ucapan Ramadan, sambil tanya 'Makan apa untuk sahur?'

Jawapan saya, haha, entahlah. Kot-kot tak makan. Soifi ini, beras pun hampir tak pernah beli. Bila saja lapar, singgah kedai minum sekotak air susu. Selesai, kenyang. Malas nak ambil masa untuk makan, dan lagi malas kalau perut berat bila kenyang. Soifi satu fatrah berkerja, dek siangnya yang panjang.

Lalu, lepas pulang dari terawikh, nak tak nak, terpaksa minta izin muraqib untuk singgah kedai. Borong makanan untuk sahur.

Kononnya nak memasak untuk anak-anak di Parit Sakan Kuning ni. Nak kenalkan pada mereka resepi Arab yang sangat mudah lagi sihat. Sahur lepas resepi ini juga yang dijamu buat adik-adik baru di Mafraq. Dinamakn Bandurah Maqli (Tomato Goreng). Orang Turki menggelarkannya Menemen, seperti Ust Hasrizal pernah tulis di sini

Ni waktu beraya di rumah kawan Arab dulu


Bahan :
1. Bawang untuk menumis
2. Tomato dalam 5-6 biji untuk 8 orang (perut perempuan)
4. Telur sebiji dua

Cara Masak:
1. Tumis bawang
2. Masukkan tomato yang telah dicincang kecil-kecil. 'Koseng-koseng' (bahasa saya dan Umi, tak tahu nak terjemahkan kepada apa) hingga masak
3. Buat lubang di tengah kuali, pecahkan telur. 'Godek-godek' kejap, kemudian ratakan dengan tomato.
4. Tambah garam, lada sulah

Boleh makan dengan roti. Sebenarnya lain sedikit dengan resepi sebenar Arab. Sipi-sipi la ni. Tak berapa ingat.

Tapi... Disebabkan aura Ramadan kuat sangat agaknya, saya tak mampu untuk tidur. Akhirnya orang lain jadi chef. Tak apa, resepi ni dah diturunkan kepada Cik Nuramalisa (hah??). Tengok esok pagi dia buat macam mana..


Umi dan Mujib tak sihat hari pertama. Tak tahu lah kenapa. Eh, tahu je kenapa. Malas nak cerita.

Dan semoga saya sendiri sihat untuk menjalani pesta ibadah kali ini. Tak mahu jadi seperti tahun lepas lagi. Menyusahkan orang, patutnya orang lain dapat pergi masjid berterawikh, tapi terpaksa pula jaga orang sakit ni.


Raya, mungkin saya cemburukan orang di Malaysia. Tapi puasa, heh, silalah cemburu dengan kami ;)

p/s : Nak tangkap gambar suasana, tapi, tak ada kamera. Henset pun jenama Cokia dengan nada dering tut tut sahaja..

Friday, July 16, 2010

Pasca Pembuangan Undi

E = mc2


Jam sekarang menunjukkan 5.30 petang. Bermakna 30 minit pusat mengundi telah ditutup.

Alhamdulilllah, rekod orang Kampung Parit Kuning setakat ini, gemilang juga. Hanya seorang yang gagal hadir ke pusat pengundian atas asbab yang saya kira munasabah.


Matlamat saya berkempen pada kali ini sebenarnya bukanlah hendak mempengaruhi sangat ahli PERMAI mengundi calon-calon yang saya kempenkan, tapi supaya ahli cakna akan politik semasa Irbid. Kalau cuma memikirkan 'siapa aku hendak undi pun' saya kira sudah cukup bagus. Daripada pergi ke pusat mengundi, main pangkah suka suki macam tikam judi.

Kalau sengaja tak mahu mengundi? Oh inilah ahli yang malang. Nasihat saya, lain kali, hm, tak mahulah nasihat.

Melihatkan kepada kempen, saya gembira kerana rata-rata ahli sudah faham akan kepentingan pilihanraya. Masing-masing mencadangkan nama-nama tertentu, berdasarkan kewibawaan calon. Dan yang paling penting, kerana mereka yakin calon tersebut bakal mengemudi kapal PERMAI ke arah redha Allah.

'Sahaja aku mengundi kerana Allah taala'


Pun begitu, saya pelik seandainya ada di kalangan yang berkempen ini, menjadi sepi bila di Malaysia nanti. Pilihan raya umum, katanya demokrasi itu tidak syar'ie.

Apa beza pilihan raya di jamieah dan juga PERMAI ini?

Mesej ini untuk orang di Alabama sana. Orang Irbid tak ada yang berfikiran macam ini, insha Allah :D

Apa pun, marilah kita sama-sama berhajat pada Allah, agar Allah sendiri yang memilih pemimpin yang akan membawa agamaNya pada PERMAI sesi depan. Walau siapa pun dia, doa kita itulah dia pilihan Allah, Islam akan permai di bawah naungannya. Ameen.

Kami sayang PERMAI!


Lagi berita hari pembuangan undi

Lagi berita hari pembuangan undi II

Thursday, July 15, 2010

Kabinet Bayangan PERMAI 10/11



My hope and change towards PERMAI 2010/2011


Presiden
Zaid Bin Daud
Fiqh Usul Tahun 3
Universiti Yarmouk

Timb Presiden
Muhd Arif Hakimi Bin Mohd Nor
Perubatan Tahun 2
Jordan University of Science and Tech

Ketua HELWI
Farhanah Binti Tajuruddin
Perubatan Tahun 2
Jordan University of Science and Tech

Timb. Ketua HELWI
Anisatul Qalbi Binti Mohd Sofiyuddin
Fiqh Usul Tahun 2
Universiti Yarmouk

Pengerusi Majlis Mahasiswa JUST, MMJ
Muhd Hashemi Dahaln Bin Md Razif
Perubatan Tahun 2
Jordan University of Science and Tech

Pengerusi Majlis Mahasiswa Yarmouk, MMY
Azlan Shah Bin Nabees Khan
Ekonomi dan Perbankan Islam Tahun 3
Universiti Yarmouk

Setiausaha
Ahmad Hidayat Hasni Bin Mad Isa
Perubatan Tahun 2
Jordan University of Science and Tech

Timb. Setiausaha
Nur Hamizah Binti Md Fuzi
Perubatan Tahun 2
Jordan University of Science and Tech

Bendahari
Ammar bin Ismail
Usuluddin Tahun 2
Universiti Yarmouk

Timb Bendahari
Nadiha Sakina Binti Ismail
Ekonomi dan Perbankan Islam Tahun 3
Universiti Yarmouk




Wednesday, July 14, 2010

Pilihanraya Mahasiswa Malaysia Irbid, Jordan



Antara banyak-banyak pelajar, saya rasa saya yang paling beruntung. Kerana dapat menyaksikan pelbagai warna pilihanraya kampus. Dari kampus Malaysia hingga ke Jordan ini.

Kali ini giliran Persatuan Mahasiswa Malaysia Irbid Jordan, PERMAI.


Satu perkara yang menyebabkan saya sangat selesa berada di bawah PERMAI adalah, ahli-ahlinya sangat matang dalam apa jua perkara. Selain dari kelebihan kami yang mempunyai kepelbagaian bidang seperti perubatan, pergigian, perngajian Islam, dan ekonomi. Ok, tak lupa fizik juga. Alhamdulillah, kepelbagaian ini dijadikan satu sinergi yang sangat optimum.

Berbalik kepada kematangan ahli PERMAI, kali ini ia dipamerkan pada pilihanraya sesi ini.

Melihatkan kepada kempen serta perang poster, saya dan rakan-rakan ketawa girang melihat fenomena ini.

Zaman ini zaman laju dan pantas. Kempen-kempen tak perlu lagi dari rumah ke rumah, berlelah memaku poster di pokok-pokok. Sekarang zaman berkempen melalui Facebook, Twitter dan Yahoo Messenger.

Poster kempen 'sabab'. Gah-gah belake!





Poster kempen 'akhrowat'. Kami memang zuhud


Calon-calon yang bertanding bukan calang-calang. Walaupun di pihak akhawat terbitnya calon freshie dari tahun pertama pengajian, tapi bila ditinjau latar belakang mereka, ah, memang layak menjadi calon.

Ikutkan saya rambang juga mata untuk mengundi, mereka semua layak! Dan bagi tukang kempen pula, kerambangan ini bagaikan satu bonus untuk mereka untuk memeningkan lagi pengundi lantas memberi pengaruh untuk mengundi calon faveret mereka.

Alhamdulillah, ini tiada di Irbid.

Sedih melihat kempen-kempen yang bagi saya adalah satu kekejian, dengan meletak gambar calon tersebut di Facebook lalu tag orang lain, sambil memburuk-burukkan calon.

Tak dapat dinafikan, pilihan raya di Malaysia ada yang sebegitu. Mempermainkan isu peribadi calon untuk menghilangkan pengaruh.

Apa kata kita sebagai mahasiswa menunjuk qudwah kepada mereka. Katakan YA, MAHASISWA matang dalam berpolitik!


p/s : Buat rakyat Malaysia yang boleh sudah berumur 21 tahun, pastikan mendaftar sebagai pengundi Pilihan Raya Umum. Sibuk berkempen di Jordan, harapnya di Malaysia pun begitu juga

p/s lagi : Ini bukan satu kempen, cuma mempamerkan kerancakan perang poster sahaja. Oh yang calon Ketua Hewi tu benar saya mengempen. Undi Farhanah!

Saturday, June 26, 2010

Kita Berbahasa Orang Berbudi



Kita Berbahasa, Orang Berbudi

Tiada yang salah pada peribahasa di atas.

Itu yang kami peroleh sepanjang berdiam di Aqabah.


Jujur, awalnya berat sungguh rasa hati untuk ke sana di musim panas yang membunuh ini. Berkata YA pada undangan ini sama ertinya memanggar kulit sendiri. Sampai saya bergurau, "Jom letak blackpaper dan sedikit rempah pada muka. Mana tahu nanti masak!"

Tapi, bila dinilai setitis ukhuwah, yang boleh menempah syurga, saya turutkan juga. Ini bukan perjalanan biasa, walaupun ia tak sehebat rehlah-rehlah lain yang penuh infomatif. Rehlah ini satu tautan cinta kami sekeluarga.

Kami bertolak pukul 3 pagi. Bila coster keluar ke Syarie3 Jamie3ah, azan Subuh menyambut kami. Tapi janji tetap janji, kita akan berSubuh diperjalanan nanti.

Sepanjang perjalanan aku melihat ufuk langit. Bimbang kalau ia cerah, bermakna kami bergajah Subuh itu.

Saat itu terkeluar satu frasa. "Semua Orang Wajib Merasa Dia Adalah Tentera Allah!". Kenapa? Kerana andai ammu pemandu coster itu merasa demikian, tak perlulah kami berkali-kali warning padanya tentang langit yang semakin mengejek itu! Terasa nak jerkah mukanya 'Hoi! Kau tak solat kah?!'.

Subuh kami adalah di kala bumi sudah terlalu terang. 6 pagi di Jordan, layaknya sudah pukul 8.

Menyumpah juga pada diri, sesal kerana tak mahir bab fiqh. Kelam kabut bila terfikir hendak solat dalam kenderaan. Bolehkah main i3tiqad pada qiblat?

Jentikan Dari Neraka

Siang perjalanan aku tidur panjang. Tapi terbangun-bangun bila dikejut hawa. Hawa yang bukan dari Syurga peneman Adam, tapi hawa panas dari neraka. Tak dapat dibayangkan bagaimana angin itu terlalu haba. Ah, yang sedikit ini sudah mengeluh, masih teruja membuat dosa?

Bila tiba di Aqabah, yang pertama kami mahu adalah terlentang dalam hotel dengan penyaman udara. Tapi malang, kami masih tiada tempat dituju. Coster ditambat dibawah rimbun, tapi hawa masih mampu masuk ke pintu.

Alhamdulillah, lega mengisi dada. Biarpun hotel itu tak layak bergelar hotel, dengan penyaman udaranya hilang baju, menampakkan tulang-temulang, tapi ia mampu menyejukkan kami. Hawa mencebik dari tingkap.

Penat atau tidak, solat tetap diutamakan. Semuanya malas ke bilik air. Yang merasmikannya memberi amaran, "Siapa yang mampu tahan air di bilik itu, memang tip top!". Air yang boleh merebus maggi. Aduhai.

Hanya Kerana Santun

Usai mengisi perut, singgah sekejap di kedai kasut. Entah sejak bila aku mula gila pada kasut, lagi-lagi beg tangan.

Masuk sahaja kedai, pakcik itu berbunyi, "Malizi? Kullu dinarain" (Malaysia? Semuanya dua dinar a.k.a RM10). Melopong.

Kasut raya (sandle) yang dipos Ummi tahun lepas sudah lama tidak berbasuh. Oh, itu masih lagi sandle kesukaan. Tapi sekarang mula mahu meninggalkan zaman sandle. Mata meliar pada baris kasut yang dahulunya terasa dijolok tekak bila memandang. Kasut perempuan.

Satu, dua, tiga, empat, lima, dicuba-cuba. Wawa Aiman nampaknya minat yang sama. Maka aku lepaskan ia ke Wawa Aiman.

Azan Magrib berbunyi. Dua dinar telah pergi. Kasut cokelat aku miliki.


"Saya suka orang Malaysia, sangat berbudi bahasa!"

Kata pembawa bot kaca. Pernah belajar di UUM Sintok. Sekali lagi, harga murah kami peroleh. Jumlah kami dalam 30 orang. Maka pasti 3 bot paling kurang. Kelihatan pakcik itu terpaksa bernagosiasi dengan pembawa bot lain. Setuju dengan harga yang dia tawarkan.

Laut itu nama Aqabah. Dalam sejarah ianya Laut Merah. Entah di ceruk mana bersemadinya manusia angkuh berlagak Tuhan bernama Firaun.

Nun jauh dihujung laut sebuah pembangunan, Ilat namanya. Jajahan Israel yang angkuh. Di tepian sana yang terlalu jauh adalah Mesir.

Laut ini laut 3 negara. Palestin, Jordan, Mesir.

Walaupun ini kali kedua berada di atas air biru itu, masih terasa bagai kali pertama. Pertama dengan cerita-cerita.

Habis berpusing-pusing, duit dihulur. Sedang aku bermain di gigi air, nampaknya pakcik tadi sedang bertekak dengan pembawa bot yang lain. Mereka meminta ditambah bayar. Kata mereka, tak berbaloi bayaran itu.

Arab ini pendiriannya kukuh. Apa yang dia percaya, dia pegang sungguh-sungguh. Yang lain percaya bahawa mereka layak dibayar begini-begini, maka mereka pertahankan kepercayaan mereka. Pakcik tadi percaya bahawa kami harus diraikan.

Tapi akhirnya dia mengalah.

Dia buka dompet, hulur duitnya sendiri kepada pakcik lain.

Terkedu.

Jesteru ada diantara kami yang menghulur duit pula pada dia. "Make more money so you can done your phD in Malaysia"

Orang kita, jangan sesekali pudarkan pekerti. Biar ia sebati, tak mungkin terpisah lagi.

Saturday, January 30, 2010

Perjalanan Tiga Hari


Masjid Hussein, Amman

Usai peperiksaan, masing-masing teruja untuk jalan-jalan di Amman. Sedar tak sedar dah satu semester Amman tak jumpa kami. Matlamat utama adalah untuk membeli buah tangan buat keluarga di Malaysia. Wohoo, balik Malaysia!

Tapi, poket agak nipis, dah Ummi pun dah bagi warning jangan beli barang-barang. Jubah yang dulu dikirim pun tak dipakai lagi. Beli jubah untuk adik-beradik yang lelaki, semua tak mahu pakai. Akhirnya terpaksa jual. Cet


"PANDAI YA AWAK MENGAJI?"

Saya sebenarnya bertindak menjadi tourist guide buat adik-adik Geng Dulang yang tak pernah ke sana. Lagi-lagi saya tahu ada satu kedai jubah, yang semua jubahnya berharga hanya JD5 (RM25)!! Memang terujalah mereka ni.

Selesai beli jubah dan sedikit alas meja, Fasya nak melepak pula di Mecca Mall. Alah, tempat yang Aidil dalam NurKasih selalu shoping tu.

Niat di hati, mahu pulang, malas pula nak meronggeng sana-sini. Tapi raikan sajalah kawan-kawan. Sudahnya saya melepak di surau sambil memantapkan hafalan.

Sedang asyik membaca, ekor mata menangkap akan seorang mak cik yang memandang-mandang saya. Saya teruskan membaca, dengan suara rendah. Saya sedar dia bangun, tapi tak perasan pula ke mana.

Tiba-tiba Tiqah yang duduk di depan saya ditegur. Tiqah berkerut semacam, macam tu lah dia bila disapa orang Arab. Jadi saya cuba membantu, mana tahu mak cik itu perlukan apa-apa.

Rupanya dia nak beritahu Tiqah, bahawa dia beralih tempat ke situ (sebelah saya) untuk mendengar saya mengaji. Oh, mak cik tadi! Terus, segan rasanya untuk meneruskan bacaan.

Di Jordan, kejadian orang Arab terpikat dengan bacaan Al Quran pelajar Melayu memang sering terjadi. Satunya, yang saya perasan orang Arab tak berapa mahir melagukan bacaan. Bukan lagu taranum, tapi dari sudut lenggoknya. Rata-rata kita kalau baca Al Quran tak berlagu, memang tak masyuk.

Kedua, kerana mereka kagum pada orang bukan Arab tapi tahu membaca, malah mahir dan bertajwid. Kerap mereka bertanya, "Pandai ya awak baca Al Quran?". Dan kerap juga saya menjawab, "Di Malaysia, kami diajar mengaji sejak anak-anak lagi". Mungkin sangkaan mereka, hanya Arab yang boleh mengaji lancar kerana itu bahasa meraka.


MUSTAJABNYA DOA

Bila mak cik itu berlalu, saya teruskan semula bacaan. Dalam beberapa minit, saya disapa semula olehnya, "Boleh saya berborak dengan awak?"

Di Amman, kelibat orang Melayu sangat asing kerana kuantiti warga Malaysia di sana sangat minor. Jadi soalan yang ditanya agak tipikal, seperti 'orang Indonesia?, 'kerja atau belajar di sini', 'kenapa pilih Jordan', dan yang paling selalu mereka akan memuji orang Melayu, kata mereka Muslim Melayu bagus-bagus dari Muslim Arab. Kalaulah kalian tahu......

Dia tanya lagi, "Kenapa nak belajar di sini, bukankah pendidikan di Malaysia lagi bagus?". Kalau soalan begini, saya lebih suka jawab 'untuk cari pengalaman negara luar', tapi sampai hari ni tak tahu perkataan 'pengalaman' dalam bahasa Arab.

Yang saya jawab, pelajar Malaysia memilih Timur Tengah untuk mendekati dan memahami budaya dan bahasa Arab. Saya tambah lagi, bukankah Nabi Muhammad itu orang Arab, pasti melihat kalian bagai melihat susuk Nabi itu sendiri. Bagai. Selain untuk merasa negara yang bermusim-musim.

Dan yang selalu dikata, "Tambahan pula, sinikan Bumi Anbiya. Doa makbul di sini".

Tiba-tiba dia mencantas,
"Siapa kata doa di sini makbul?"

"Err.. Ramai yang kata. Kerana selain dari bumi para Nabi, ramai juga syuhada' di sini"

"Anakku, tempat yang paling didengar doanya pastilah di Kaabah. Tapi sebenarnya, bukan tempat yang menyebabkan doa itu terangkat"

"Maksudmu?"

"Yang menjadikan doa itu diterima, adalah akhlak pendoanya, bukan tempat. Kalau berdoa di hadapan Kaabah sekali pun, tapi dia tak melunasi tuntutan agama, menyakiti hati manusia, secara logik, layakkan doanya dimakbulkan begitu sahaja? Berbanding dengan seseorang yang menjaga agamanya, akhlaknya, di mana sahaja dia tadahkan tangan ke langit, Allah pasti ada jawapan untuk dia"

Saya termati di situ. Naam, kalam sahihah!


MALAYSIA, PERKHIDAMATAN TERBAIK DI DUNIA!




Esoknya saya bertolak ke Malaysia, menaiki penerbangan Egypt Air. Jutaan terima kasih buat sahabat-sahabat yang menaja tiket ini, moga kalian dibalas dengan ganjaran yang lebih baik!

Bila berada di luar negara, kita semakin menghargai negara sendiri. Dulu selalu menyumpah orang Melayu pemalas, lambat dan sebagainya. Tapi bila berdepan dengan kerenah perkhidmatan Arab, baru tahu!

Sebelum kami masuk ke perut kapal terbang, masing-masing mengisi perut terlebih dahulu kerana takut dan maklum akan perkhidmatan makanan di atas sana nanti. Dahulu semasa saya ke Mesir menaiki pesawat yang sama, dagingnya keras sejuk membatu! Baru sebentar makanan dihidang, makanan mula dikutip.

Kali ini, Bella sempat mengerling pada pramugarinya, "Pramugari dia tua-tua. Lawa pun tak". Yang paling terasa, seorang pun tak menghulur tangan untuk kami mengangkat beg ke dalam kabin kapal. Apa punya servis. Dan akhirnya keluar dari mulut, "Teringinnya naik MAS.."

Tapi yang saya suka pada lapangan kapal terbang di Arab, mereka menyediakan ruang khas untuk pemeriksaan wanita. Bukan seperti di Malaysia, diraba satu badan (walaupun oleh pegawai wanita) dan semua mata boleh memandang. Tambahan pula ramai wanita Arab yang berpurdah dan berhimar (mata pun tak nampak). Jadi ruangan itu sangat perlu bagi membolehkan mereka menampakkan wajah. Saya pun.


SEPANJANG PERJALANAN

Ramai juga warga Irbid yang pulang cuti ini. Sempat berkenalan dengan K.Fifi, pelajar Pergigian tahun 3, yang menjadi teman saya dalam kapal. Walaupun kedua-duanya orang Irbid, belajar di universiti yang sama, tapi itulah pertama kali kami bertemu dan bertukar-tukar cerita.

Banyak juga yang kami borakkan. Awalnya saya tak mahu membuka cerita yang saya ini dahulunya Mafraqian, nanti makin panjang pula cerita. Tapi K.Fifi sendiri bertanya, "Awak ye yang dulu Muktah tu". Eh, Mafraqlah kakak. "Oo, awaklah yang diorang selalu cerita tu..". Erk.

Akhirnya, mulalah cerita penglipur lara, dari matrik, uthm.. bla bla bla. Cerita yang sama.

"Awak, tak pernah akak dengar cerita orang macam awak ni. Terharunya.."

Haha. Kelakar betullah akak ni. Nak saja saya jawab, 'Tu la, lain kali masuk la blog saya, mesti akak bosan dengar cerita ni. Berjuta kali dah ulang'.

Dalam perjalanan, saya berusaha tak mahu tidur, supaya sampai Malaysia nanti tak mengalami jet lag. Transit dari Amman ke Mesir boleh juga saya mengulang-ngulang Al Quran. Tapi dari Mesir, saya duduk bersebelahan dengan warga Australia. Sempat juga berborak dengannya. Saya bimbang untuk mengaji, takut dia menyangka saya ekstrim. Tambahan pula saya berpurdah. Huh, alasan.

Akhirnya, memang tak tidur pun. Kapal pun menjamu saya dengan cerita yang sangat amat kena dengan jiwa dan sudah lama diidam-idam. Cerita yang boleh merangsang hormon adrenaline.

G.I Joe Rise of The Cobra (2009)


Memang minat saya lebih kepada cerita perang-perang. Yang paling suka adalah X-Men The Last Stand. Seronok melihat cerita sebegini, melihat kepada perlunya seorang kapten cepat berfikir dan bertindak, pada anak buah yang sangat setia berkorban, kerjasama dan patuh pada arahan.

Bagi saya, inilah manifestasi Arkanul Baiah. Menontonnya, akan menyegarkan kembali semangat jihad dalam jiwa, dan membuahkan rasa 'Aku nak jadi macam ni'. Dari dulu berangan nak masuk dalam skuad perang.

Oh ya, juga berjaya menamatkan bacaan buku Dr Zhivago semasa perjalanan Mesir-Kuala Lumpur. Ini pun cerita perang di zaman 1912 Rusia. Wahai PERMAI, ketahuilah saya menyahut kempen membaca kalian.

CUACA MALAYSIA

Tiba di Malaysia jam 3 petang waktu Malysia. Puasnya berada di tanah sendiri, melihat wajah-wajah Malaysia.

Dan yang kelakarnya, saya dan Bella teruja bila mendengar pengumuman di lapangan terbang, "Eh, bahasa Melayu!"

Banyak yang berubah. Suhu pun. Rasanya dahulu tak sepanas begini. Tak tahulah kalau benar dakwaan Zakwan, 'Orang balik oversea, negara dia ada salji..'.

Mujib sudah besar. Gigi pun sudah tumbuh yang baru. Tapi perangai masih sama, masih belum boleh bercakap.

Dan rumah, adoi, bersepahnya! Terasa macam pulang ke rumah nenek! Barang-barang melata sana sini. Masuk ke bilik sendiri, terkejut bila buka almari. Baju-baju saya sudah berkulat, bertompok tom hitam. Melampaunya, baru setahun tak balik!

Abah pun tak berhenti melanggan HBO, Star Movie dan sebagainya. Malah National Geographic, Discovey Channel pun tak dilanggan lagi. Sedihnya, semua gara-gara Azrul, adik saya (kini Tingkatan 1) yang suka tengok tv hingga tak mahu ke sekolah. Cis!

Masing-masing sudah merasa halawiyat Jordan. Dan komen yang mereka bagi, "Manisnyaaa!!!". Haha

Hm, perlu merancang dengan baik sepanjang 2 minggu lebih di Malaysia ini. Banyak perkara perlu diselesaikan.

Harap orang-orang Jordan tak kesepian. Kalau boring tu, bawak-bawaklah jalan ke ruman senior-senior..

Wednesday, January 27, 2010

Bukan Tak Ada, Cuma Sedikit Lambat



"Hidup kita ni Tiqah, memang betul-betul unik. Tiap orang ada rezeki masing-masing"

"Em..."

"Yelah, dulu waktu kat Matrik, tengok kawan-kawan dapat result UPU, teruja cek SMS dapat universiti mana, memang terasa sangat. Patah hati!"

"Tapi siapa sangka, kan? Dari budak fail matrik macam K.Shie ni, masuk universiti pun separuh jalan, macam tak ada masa depan, tup tup dapat medik. Sekarang ni K.Shie rasa, Allah bagi rezeki yang lebih baik!"

Ah, sudah tamat satu semester!


KANVAS MASING-MASING LAIN GAMBARNYA

Ya, bila hari ini tiba, berakhirnya penggal pertama sebagai pelajar Perubatan, hati ini berasa bercampur gaul.

Betapa, macam-macam warna yang Dia lakarkan atas kanvas hidup kita. Gambar yang awalnya gelap tak berbayang, tak berbentuk, malah nampak sedikit buruk. Mata cemburu melihat kanvas orang lain yang lebih ceria.

Tapi berus terus menari, menambah warna-warna lain. Tahun yang berlalu bukan mudah, hati yang patah bukan sedikit, air mata yang mengalir bukan setitis. Tapi berus itu terus menari mengikut rentak masa. Mengikut bentuk taqdir.

Akhirnya mulut tersenyum puas. Gambar yang dibentuk menunjukkan rupa, memberi ceria. Malah terasa, lebih berwarna dari yang lain.

Dari pelajar yang agak cemerlang di MRSM, kemudian gagal di matrikulasi, patah hati ke universiti, tiba-tiba terbang ke Jordan menadah ilmu agama, akhirnya telah pun bergelar pelajar Perubatan. Siapa sangka?

HARI-HARI PERTAMA



"Akak tahun berapa?", tanya Madihah, pelajar cemerlang SPM Malaysia.

Saya dan Tim tergelak besar!

"Eh, akak batch awak la.. Ape la awak ni"
"Ooo.. Akak mesti terer kan?"
"Kalau akak terer, tak de la awak keluar paper, akak yang keluar. Hehe"

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx




"Syie nak duduk rumah siapa? Zue cadangkan duduk rumah, senang. Nak rumah yang sebaya dengan Syie ke, nak rumah yang 2nd year?"

"Em, Syie rasa nak duduk sakan je, duduk dengan satu batch. Yelah, Syie dah la private, nanti makin payah rapat dengan adik-adik ni kalau duduk luar. Nanti apa-apa hal tentang bacth sure terlepas"

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


"Syie, macam mana hari pertama?", tanya Weam, teman Arab di Mafraq dahulu.

"Ya Allah, ta3ban jiddan jiddan. Al yom tobakhtu buka-an (Penat sangat! Hari ni saya masak sambil menangis)"

"Leisy habebti..? (Kenapa sayangku?)"

"A-shan, hia akbar min jami3-atuna wa ba3id minas sakan (Universiti ini jauh lebih besar, tambah pula ia jauh dari asrama saya"

"Ya Allah, miskin enti. Insha Allah kher.. Birbalik a3la halik. (Kesiannya kamu, insha Allah semuanya akan baik-baik sahaja)"

"Insha Allah. Ana mushtaq laki. Abadan, mafi Arabiyat zai enti ya sodiqati (Saya rindu pada kamu. Sekali-kali tak ada teman Arab seperti kamu"

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


"Rajinnye K.Shie baca buku"

"Mestilah. Takut kot nak lawan best student macam korang ni. Terpakse la usaha lebih!"

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


"Syie, K.Bun nok mari Irbid nih."

"Doh mari ah. Tido sakan aku. Buleh tolong masok skali, aku ekzeng besoknye. Tapi mitok maapla, dok dang nok layang nanti"

"Dakpe-dakpe, K.Bun nok tumpang tido je"

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


"K.Shie, bila nak mari melawat Tirah...."

"Alamak sayang, K.Shie hujung minggu memang exam.. Hari Jumaatnye pun bukan cuti sangat, ada kelas tafaquh siang tu. Tirah la datang sini.."

"Ala, K.Shie, hirom (selimut tebal) K.Shie Tirah guna. K.Shie nak semula tak?"

"Guna je lah. Ntah bila K.Shie nak singgah sana.."

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx




"Nak masak hari apa?"

"Kite tak kesah, tapi Kimah tiap hari kot balik lambat"

"Letak je lah mana-mana, K.Shie balik awal hari Ahad, Selasa, Khamis"

Geng Dulang!

Entah macam mana kita jadi geng ye?

Ayam Palembang, memang masakan rasmi kita!

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


"K.Shie, nah"

"Ape ni K.Bie, saspen je.."

Sampul surat dibuka, dan isinya dibaca.

"Aaaa!! Rasa macam dapat masuk AF!!"



PERTENGAHAN JALAN, PANCIT DAH!

"Dulukan, selalu tengok K.Shie baca buku Campbell tu.."

(***Sengeh je la***)

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx




"Syie datang sini tak raya Haji nanti?"

"Tak rasanya, Syie raya sini lah K.Aina.. Hari tu Raya Puasa dah kat sana, kita kena la adil, dulu kampung belah sana, sekarang kampung belah sini la pulak kan.. Hehe"

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx




"Nur, kemari"

"Alamak, Dokter nak marah aku ke...."

"Nur, awak sudah tak hadir 2 kali. Macam mana kesihatan awak?"

"Alhamdulillah, kadang-kadang sakit semula. Maaf doktor, markah saya pun tak berapa bagus kan?"

"Eh, ok ni. Cukup baik bagi orang yang jarang hadir ke kelas. Tak mengapa, saya tahu awak kurang sihat"

PENGHUJUNG YANG PENUH DEBAR



".........."

"K.Shie, jangan risau.. Dulu Fizik saya teruk. Belas-belas je. Second exam boleh je dapat fullmark. Insha Allah, kena usaha lagi.."

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


"K.Shie, K.Shie tau tak kitorang risau sangat dengan K.Shie. Mase K.Shie demam tu K.Shie sedar tak keadaan K.Shie? Daripada bising-bising macam ni, tiba-tiba teruk sangat sakit"

"Ke K.Shie rindu rumah sampai sakit-sakit ni?"

Bila bangun dari tidur, tiba-tiba nampak Qalbi sedang baca buku di penjuru katil.

"K.Shie lapar?"

"Mana semua orang? Qolbi...?"

"Semua pergi program API tu. Tu yang Qolbi datang jaga akak"

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


"Syi nanti cuti nak pergi mana?"

"Saya tak pergi mana-mana la kak. Duit tak ada. Baik saya duk sini hafal Quran. Oh ya, masukkan je nama saya untuk apa-apa kerja sepanjang cuti ni. Sedia berkhidmat"

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


"Eh korang? Oh, nak sambut birthday Husna ye. Sambut la ye, K.Shie tengah tension ni. Sory ye?"

"Eh, apa ni Bibot?"




"K.Shie, kitorang semua sayang K.Shie. Bukan kitorang nak halau K.Shie balik, tapi nak suruh K.Shie pulihkan balik semangat K.Shie. Lepas tu balik Malaysia cek kesihatan tu.."

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


"K.Shie, saya tak bawa calculator!"

"Hah?? Biar benar Nana! Dah macam mana Fizik ni?"

"Saya pinjam-pinjam je lah. Nanti saya minta taw"

"Orait, mintak je. K.Shie rasa K.Shie tak guna sangat pun. Hehe....."

Lepas exam.

"Cemana?"

"Ntah la. Susah juga. Fasya tak ingat rumus!?

"Same la. Ade yang dah ingat rumusnye, tapi tengah jalan lupa rumus lain. Adoi.. K.Shie kena bawa balik buku Fizik ni ke Malaysia. I have to get ready for MAKE UP exam!"

"Hm.. Dah, jom celebrate. Dah habis sem!"



"Huh, tak rasa apa-apa pun!"



Hidup ini, banyak perkara yang menanti kita. Jika di pertengahan jalan, terasa sudah seperti tak mampu melangkah, bertatihlah sikit-sikit. Jangan pernah berhenti, jangan pernah rasa diri itu malang dan tak beruntung. Kerana tiap manusia di dunia ini, ada rezekinya tersendiri. Mungkin bukan hari ini, siapa tahu ia akan menjadi sesuatu yang JAUH lebih baik. Pokok pangkalnya, SABAR.

Kita bukan tak bertuah, cuma tuah itu menanti waktu yang tepat untuk muncul!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright 2009 Terbang | Lihat | Tafsir. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates | Blogger Styles | WP by Masterplan