>>test

Thursday, December 18, 2008

Titipan Permata Buat Semua Amilin Islam



Dilantunkan oleh K.H. Rahmat Abdullah pada Deklarasi Parti Keadilan

Lapangan Masjid Agung Al-Azhar Jakarta, 09 Ogos 1998, yang diiringi oleh titisan air mata hadirin.


Ya ALLAH, berikan taqwa kepada jiwa-jiwa kami dan sucikan dia.
Engkaulah sebaik-baik yang, mensucikannya.
Engkau pencipta dan pelindungnya

Ya ALLAH, perbaiki hubungan antara kami
Rukunkan antara hati kami
Tunjuki kami jalan keselamatan
Selamatkan kami dari kegelapan kepada terang
Jadikan kumpulan kami jama'ah orang muda yang menghormati orang tua
Dan jama'ah orang tua yang menyayangi orang muda
Jangan Engkau tanamkan di hati kami kesombongan dan kekasaran terhadap sesama hamba beriman
Bersihkan hati kami dari benih-benih perpecahan, pengkhianatan dan kedengkian

Ya ALLAH, wahai yang memudahkan segala yang sukar
Wahai yang menyambung segala yang patah
Wahai yang menemani semua yang tersendiri
Wahai pengaman segala yang takut
Wahai penguat segala yang lemah
Mudah bagimu memudahkan segala yang susah
Wahai yang tiada memerlukan penjelasan dan penafsiran
Hajat kami kepada-Mu amatlah banyak
Engkau Maha Tahu dan melihatnya

Ya ALLAH, kami takut kepada-Mu
Selamatkan kami dari semua yang tak takut kepada-Mu
Jaga kami dengan Mata-Mu yang tiada tidur
Lindungi kami dengan perlindungan-Mu yang tak tertembus
Kasihi kami dengan kudrat kuasa-Mu atas kami
Jangan binasakan kami, karena Engkaulah harapan kami
Musuh-musuh kami dan semua yang ingin mencelakai kami
Tak akan sampai kepada kami, langsung atau dengan perantara
Tiada kemampuan pada mereka untuk menyampaikan bencana kepada
kami

"ALLAH sebaik baik pemelihara dan Ia paling kasih dari segala kasih"

Ya ALLAH, kami hamba-hamba-Mu, anak-anak hamba-Mu
Ubun-ubun kami dalam genggaman Tangan-Mu
Berlaku pasti atas kami hukum-Mu
Adil pasti atas kami keputusan-Mu

Ya ALLAH, kami memohon kepada-Mu
Dengan semua nama yang jadi milik-Mu
Yang dengan nama itu Engkau namai diri-Mu
Atau Engkau turunkan dalam kitab-Mu
Atau Engkau ajarkan kepada seorang hamba-Mu
Atau Engkau simpan dalam rahasia Maha Tahu-Mu akan segala ghaib
Kami memohon-Mu agar Engkau menjadikan Al Qur'an yang agung
Sebagai musim bunga hati kami
Cahaya hati kami
Pelipur sedih dan duka kami
Pencerah mata kami

Ya ALLAH, yang menyelamatkan Nuh dari taufan yang menenggelamkan dunia

Ya ALLAH, yang menyelamatkan Ibrahim dari api kobaran yang marak menyala

Ya ALLAH, yang menyelamatkan Musa dari kejahatan Fir'aun dan laut yang mengancam nyawa

Ya ALLAH, yang menyelamatkan Isa dari Salib dan pembunuhan oleh kafir durjana

Ya ALLAH, yang menyelamatkan Muhammad alaihimusshalatu wassalam dari kafir Quraisy durjana, Yahudi pendusta, munafik khianat, pasukan sekutu Ahzab angkara murka

Ya ALLAH, yang menyelamatkan Yunus dari gelap lautan, malam, dan perut ikan

Ya ALLAH, yang mendengar rintihan hamba lemah teraniaya
Yang menyambut si pendosa apabila kembali dengan taubatnya
Yang mengijabah hamba dalam bahaya dan melenyapkan prahara

Ya ALLAH, begitu pekat gelap keangkuhan, kerakusan dan dosa
Begitu dahsyat badai kedzaliman dan kebencian menenggelamkan dunia
Pengap kehidupan ini oleh kesombongan si durhaka yang membuat-Mu murka
Sementara kami lemah dan hina, berdosa dan tak berdaya

Ya ALLAH, jangan kiranya Engkau cegahkan kami dari kebaikan yang ada pada-Mu karena kejahatan pada diri kami

Ya ALLAH, ampunan-Mu lebih luas dari dosa-dosa kami
Dan rahmah kasih sayang-Mu lebih kami harapkan daripada amal usaha kami sendiri

Ya ALLAH, jadikan kami kebanggaan hamba dan nabi-Mu
Muhammad SAW di padang mahsyar nanti
Saat para rakyat kecewa dengan para pemimpin penipu yang memimpin dengan kejahilan dan hawa nafsu
Saat para pemimpin cuci tangan dan berlari dari tanggung jawab
Berikan kami pemimpin berhati lembut bagai Nabi yang menangis
dalam sujud malamnya tak henti menyebut kami, ummati ummati, ummatku ummatku
Pemimpin bagai para khalifah yang rela mengorbankan semua kekayaan demi perjuangan
Yang rela berlapar-lapar agar rakyatnya sejahtera
Yang lebih takut bahaya maksiat daripada lenyapnya pangkat dan kekayaan

Ya ALLAH, dengan kasih sayang-Mu Engkau kirimkan kepada kami da'i penyeru iman
Kepada nenek moyang kami penyembah berhala
Dari jauh mereka datang karena cinta mereka kepada da'wah
Berikan kami kesempatan dan kekuatan, keikhlasan dan kesabaran
Untuk menyambung risalah suci dan mulia ini
Kepada generasi berikut kami
Jangan jadikan kami pengkhianat yang memutuskan mata rantai kesinambungan ini
Dengan sikap malas dan enggan berda'wah
Karena takut rugi dunia dan dibenci bangsa

Tuesday, December 16, 2008

Bertahi Lalatkah Kaki ku?


Pintu utama Universiti Al Bayt, Mafraq, Jordan


Seminggu ini dihujani dengan perasaan, teruja, suka, sedih, terharu, semua ada. Alhamdulillah, Kau kurnia rezeki dari tempat yang tak dijangka-jangka. Ilahi, Kau sambut daku, menyambungkan tarbiyah diri. Kali ini lebih jauh, ke bumi Jordan.


Terkenang borak-borak dengan Diksu dan Jue, 'Syi kalau boleh tak nak masuk Darul Hikmah (Selangor) sebab dekat dengan rumah. Harap dapat Jaiputra (Kelantan), jauh sikit'. Ah, aku terima taqdirMu dengan penuh syukur.

Dua tahun di bumi Batu Pahat hampir lemas dengan air mata. Bukan salah siapa-siapa, cuma saya yang tak cukup menahan latihan demi ujian. Tapi, ia mahal harganya!

Ins. Allah, 29hb ini saya akan berlepas pada lewat malam dan awal pagi 30hb. Pada sahabat yang berdaya untuk hadir, ana alu-alukan..

Sekalung mahabbah buah semua yang sudi mengukir memori buat diri. Moga kita tak terputus dek sempadan masa dan negara. Juga buat sahabat-sahabat yang mengalir-alir menghantar SMS, terima kasih! Rehlah Myteam, hadiah terbaik buat diri ini..

Doakan diri ini bersungguh berjuang, ins Allah.

Ni sebahagian SMS dari sahabat-sahabat tersayang. Maaf buat yg ana delete sebab penuh. Ana simpan di sini, supaya kalau hilang di hp kekal terukir di dinding kelawar


Syafiq Mat Jap : Istiqomahlah bersama perjuangan Islam. Meski pun mehnah melanda. Jadilah engkau tiang yang kukuh mempertahankan Islam & SyariatNya. Teruskan bersama sahabat-sahabat pimpinan mu'min di mana pun kamu berada. Patuh dan taatilah mereka. Peliharalah akhlaq dan jadilah contoh muslimah/mujahidah sejati. ~Berjuang kerana Allah~

Najwa TF : Alhamdulillah.. Dah duk jauh nanti jgn dulupakan kami kat sini eh. Selalu-selalu la utus khabar berita. Pergunakan peluang yang ada untuk menimba ilmu, jangan sia-siakannya. Godd luck untuk tahun 09 nanti dengan azam baru , cita-cita baru & negara baru. Teruskan perjuangan :p

Alang : Heheh. Mabruk alaiki! Syi kene cepat-cepat kawen la gini, baru ada orang nak jaga ;P. Em, nak jumpa Syi la sebelum Syi terbang. Huhu, sedih pulak rase..

Kak Liza (k.Ngah) : Alhamdulillah, tahniah akak ucapkan. Walau dimana pun kita yang pasti Islam di hati. Good luck for everything.

Mat : Huhu, pindah lagi Shie ni. Takpe, nanti boleh jadi Ustazah Myteam. Ketua muslimat 2020 insya Allah.

Yani : Rindu la kite kat akak nanti. Tapi cam ne ngan hp & buku & botol akak & barang-barang akak?

K. Syikin kensyin : Salam syie, tahniah.. Akhirnya dapat juga pergi sana. Alhamdulillah. Kat sana nanti belajar rajin-rajin ek. Teruskan perjuangan

Tuan : Tahniah ye Syi. Kalau ada kelapangan ana pergi KLIA

Syahdan : Salam. Ana doakan kejayaan anti & kesejahteraan anti. Semoga anti bahagia dengan jalan yang anti pilih. Maaf banyak-banyak.

Sar : Mudah-mudahan usaha dan pengorbanan yang tak pernah kenal jemu sentiasa di bawah payungan dan rahmat Allah. Selamat berjuang! Syukran

Farzi UM : Tahniah.. Kalau ada kesempatan bukan setakat nak hantar je tapi ikut akak sekali kat sana taw. Mana kan ku cari ganti serupa denganmu.. Insya Allah

K. Wani BKE : Salam alaiki.. Syie, tahniah dapat lanjutkan pelajaran ke Jordan. K. Wani doakan yang terbaik untuk Syie. Moga dapat capai apa yang dicita-citakan. Selamat dalam segalanya. Syie, kuatkan semangat, tempuh segala ujian dan cabaran. Ujian satu tarbiyah daripada Allah. K. Wani akan sentiasa mengikuti perkembangan Syie. Insya Allah.. Moga sentiasa dalam lindungan rahmat kasih sayangNya. Uhibbuki ya ukhti..

K. Faz : Ya Allah, menitis air mata akak dik. Seronok dengar berita ni. Akak yakin dengan adik akak, jalan yang adik pilih untuk terus melangkah ini. Insya Allah, akak doakan akan berterusan dilimpahi rahmat dan redhaNya. Syabas adikku!

Mardiah UM : Tahniah She.. Nampaknya kurang lagilah penggerak..

K. Siti Hidayah : Akak teman awak dalam mimpi nanti.. Hehe

Hasrol JTPI : Alhamdulillah. Tahniah! Ana doakan kesejahteraan & kejayaan anti di sana

K. Ida JTPI : Alhamdulillah.. Tahniah, tercapai juga keinginan nak ke sana. Teruskan usaha..

Helmi LPIM : Salam. Tahniah. Doa kami sentiasa mengiringi anda..

K. Iza UMP : Alhamdulillah, bagus. Akak akan cuba usahakan ke KLIA.

K. Ika LBAK : Tahniah Shie. Belajar betul-betul. Nanti ada peluang akak pergi.

Hapsah : Salam. Syi, goodluck ye. Insya Allah kalau diizinkan olehNya dapatlah kita jumpa

Abg Dzul UTM : Tahniah. Insya Allah team usrah akan ke KLIA nanti

Akma my housemate : Syukran, tahniah sahabat. Semoga disana anti peroleh dan dapat apa yang anti hajatkan. Semoga dipermudahkan. Kami sahabat sahabiah mendoakan kesejahteraan anti di sana

K.Anie skut (panjang bebeno): Salam, dik... K.anie ucapkan tahniah untuk kamu... em.. Lama rasanya tak mesej.. Baru-baru ni kamu mesej akak pun tak terbalas lagi..

Apa pun akak nak pesan, dekat sana nanti sentiasa carilah motivasi untuk diri sendiri. Lagi-lagi kita merantau... Bukan apa, di negara sendiri pun boleh down , ini kan pula dekat negara orang.. Innallaha ma'ana... Kalau kita down jangan biarkan saja down semata-mata, cakap ngan diri sendiri 'Syie, kau tak boleh macam nie.. Syaitan lagi suka aku macam ni' Itu motivasi akak bila akak sendiri down.. Down boleh tapi kena sertai dengan azam dan pelan tindakan untuk berubah.. Jangan down manjang... Menganggap diri langsung tak berguna... Jangan lupe azzariyat : 56

Akhir kalam, akak minta maaf segala salah silap samada yang akak sedar atau pun tidak. Banyak sangat cakap, risau pula banyak dosanya. Kot la akak ada sound2 ke dulu. Kalau ade, em, padan muka dulu. Haha... Pastu baru akak minta maaf ..Hee..

Oklah. All the best, semoga terus istiqmah walaupun jauh nun di sana. Jangan lupa kita hidup tak berseorangan. Hanya orang yang tak beriman akan kata macam tu. K.. Cukup.. Kang membebel pulak.. Haha



Jakunkah daku? Biarlah.. Ana hargai pesan dan doa kalian..

Friday, December 12, 2008

Pengakhiran Membuah Permulaan. Misi Menawan Malaysia


World-Class future leaders, insya Allah


Lewat hampir 2 minggu untuk mengulas tentang hari bermakna buat saya dan sahabat. Gara-gara hobi saya yang suka mengolah gambar sedangkan idea dan kreativiti tak seberapa. Mohon ampun buat 12 muslimin dan 5 muslimat yang setia menanti.



2 dan 3 Disember lalu MYTEAM serata Malaya menerjah bumi Kelantan untuk berkumpul kembali memautkan cinta. Rehlah Mahabbah Myteam 2008. Rata-rata muslimin sudah pun berada di sana seminggu lebih awal dengan projek ntah apa-apa mereka. Asalnya rehlah ingin dilaksana pada 25 dan 26 Nov, tapi nampaknya mejoriti muslimat terlampau aktif dikampus masing-masing (hehe) hingga akhirnya seorang sahaja muslimat yang mampu hadir pada tarikh tersebut.

Atas permintaan, tarikh ditukar ke awal Disember. Tapi muslimin tetap dengan perancangan asal, maka berehlahlah mereka dengan lebih awal.

Ini adalah pertama kali saya berprogram di resort bersebelahan pantai. Pemilihan lokasi di Sri Nipah Resort, Bachok sangat saya puji. Bukan sekadar tempat, malah bab pengurusan, dana, dan makanan amat-amat layak diberi anugerah buat skuad Projek Khas yang mengelola majlis.

Saya, Khalisah (Diksu) dan Zuraida (Jue) tiba ditapak program kira-kira pukul 9 pagi setelah sesat bersama pakcik teksi yang beriya-iya mahu menghantar kami ke pintu resort. Hingga pukul 10 pagi, kelibat peserta muslimin masih belum ada bayangnya. Kalau mengikut tentatif, sepatutnya upacara pembukaan diadakan.

Sekitar 10 lebih, 4-5 muslimin tiba. Sungguh, hampir 2 tahun tak bertemu, terasa gelombang lama mula bergetar. Ini bukan masalah hati, tapi tautan hati..

Mat, Kori, Faisal dan Abe Din merangka kembali program

Makin lama, makin ramai muslimin yang hadir. Kami 3 kuntum bunga makin rasa tak mahu keluar bilik. Malu rasanya sekadar bertiga untuk berprogram dengan 10 muslimin. Masing-masing sedaya upaya hubungi segala myteam sekitar Kelantan. Alhamdulillah, Afifah tiba lewat tengahari. Tapi bilangan kami masih jauh ketinggalan!


Kemaskini cerita masing-masing

Sesi dimulakan dengan pengenalan semula dengan ahli. Mendengar cerita-cerita baru, perancangan masa depan dan tak lupa resipi Myteam yang tak basi - buat lawak tak habis-habis. Boleh dikata hampir semua kini memegang potfolio besar di kampus masing-masing. Alhamdulillah, hasil pembentukkan Allag selama setahun di matrikulasi. Cerita nikah tunang mula kedengaran. Em, dah dewasa sangatkah Myteam ni.. Oh ya, tak lupa jemputan Kori ke rumahnya 20 Disember ini. Entah walimah al arus atau apa, kita tunggu sahajalah.

Makan tengahari diangkut dari Kota Bharu dengan seekor Unser Abe Din. Disebabkan dengan bilangan muslimin yang lebih meriah, kami merendah diri membawa makanan jauh ke chelet kami.

Usai Zohor diisi dengan modul Ice Breaking oleh Faisal. Sekali lagi, disebabkan bilangan peserta muslimat yang jauh ketinggalan, perjalanan acara agak kaku oleh malu-segan kami. Akhirnya kami diselamatkan dengan kehadiran Hidayati bersama keluarganya ke lokasi.

Antara saya, Jue, Dqsu dan Afifah, boleh kata saya yang paling kenal Yati kerana kami dulunya satu blok kediaman. Biliknya jarang saya terjah, tapi tudungnya pernah juga lah saya rembat. Yati pada mata saya hari itu tampak terlalu kurus. Jauh beza dengan Yati yang saya kenal dulu. Kalaulah Aisyah, bekas roomate Yati yang juga sepatutnya hadir; ada di situ, pasti dia juga akan terkejut. Em, kenapa ya Yati?

Jemput Yati naik ke chalet, Asar sudah pun masuk. Jadi yang bukan musafir siap-siaplah untuk solat. Sedang solat, pintu chalet kami diketuk. Hanya saya yang telah jama', maka dengan berdebarnya saya buka pintu. Faisal. Dia hulur sebiji telur ayam yang dianalogi sebagai Myteam yang harus dijaga.

Disebabkan muslimat lain masih belum selesai solat, maka saya seorang termangu-mangu dengan telur, cari idea. Saya balut ia dengan plastik dan sumbat ke dalam bekas kecil, dengan penuh harapan kekukuhan bekas itu tak akan rosakkan telur. Usai solat, chalet kami digegar, paksa penghuninya keluar.

Bekas kecil berisi 'Myteam' ditangan Jue


Kami sebenarnya tak menyangka 'Myteam' yang bujur itu akan diuji sebegitu rupa. 'Myteam' menjadi ujikaji pertama dan pecahlah ia. Keciwa juga dihati ini, tapi tak apalah, memang kami tak sedia. Kalau tak..

Yang muslimin pula, macam-macam dibungkusnya 'Myteam' itu. Ada dengan kasut, sampah, sabut kelapa, macam-macam. Ada satu kumpulan yang tak pecah selepas diuji, tak silap kumpulan Amir, kan?


Aktiviti diteruskan dengan solat Asar buat muslimin dan kemudian acara boling pantai. Satu permainan yang menarik di kala langit kian mendung dan angin seakan-akan ingin bermesra. Boling dengan menggunakan buah kelapa, apalah sangat daya kami muslimat yang lemah-lembut (ahaks!). Tergeliat jugalah tangan. Tapi seronok!

Lewat hari itu kami dimaklumkan Hajar chomey akan tiba di Kota Bharu. Rancangan kami, Diksu akan pandu kuda besi Amir. Tapi nampaknya, Abe Din yang bijak lestari mengangak jalan utama ke KB dinaiki air, dan hanya angsa besinya mampu berenang atasnya. Maka pergilah kami bertiga, Abe Din, Diksu dan daku.

Ha.. Dalam kereta banyak cerita kami kongsi. Tapi, rahsia kami tiga orang la..

Senja itu, barulah hujan ingin menyapa kami di bumi Kelantan. Hujan barokah mungkin. Sejuk yang mengundang kantuk. Terlena juga dalam angsa Abe Din. Setibanya di lokasi, sayup-sayup kelihatan semua berkumpul di chalet pertama, mendengar kuliah. Bagi diri yang lewat ini, kurang dapat tangkap isi perbincangan. Tapi yang pasti, ia tentang hidup haraki seorang mahasiswa, kan?

Usai solat, kami ke acara paling seronok. Apa lagi kalau bukan MAKAN! Bbq ayam yang sudah diperap oleh ma Jue. Bukan pakar, malah tak pernah pun libatkan diri dalam acara bakar-bakar ni. Jadi, berpeluh juga la. Tapi seperti biasa, dibereskan oleh muslimin yang pakar.


Hasilnya, mengiurkan! Bak kata Pipah, teringat ayat-ayat cinta. Makan ayam atas bumbung berlaukkan nasi kerana banyaknya ayam. Aduhai, daku yang alah ayam ni dalam hati menjampi-jampi tiap keping ayam tersebut. Moga malam ini wajah ku tak terseksa dek gatal. Dengan bismillah, kami ganyang ayam tersebut.

Memang enak!

Hajat dihati ingin dibuai saja mata yang sudah berat itu. Tapi nampaknya Bukhari ada rancangan lain. Sedikit brainstorming dibuat. Ya, ini yang aku tunggu. Ini yang buat aku ingin ke mari. Ingin tahu apa disebalik 'Gagasan Menawan Malaysia'. Satu retorik kritikal, bak kata Bukhari.

Kita berhajat melahirkan amilin yang pakar dalam bidang masing-masing tapi di waktu yang sama mantap jiwa daie, murabbi. Amilin yang boleh kita pantau aktif-senyapnya, amilin yang akhirnya memakmurkan bumi Malaysia.

Menarik!

Malam itu, dengarnya sang lelaki ada modul tambahan. Mungkin simpati dengan jumlah muslimat, kami dibenar beribadah senyap. Yahoo!! Tapi dibenar pun, pukul 3 juga tidurnya..

Pagi, suria keluar dengan penuh minat. Masya Allah, adakah berkat kami yang datang dari kejauhan, menghasilkan cuaca yang selesa buat Bachok? Ehehe.. Astagfirullah, masalah aqidah nih.

Pagi itu, aktiviti terbuka buat semua. Tapi pasti, semuanya menuju ke pantai. Muslimat turun dengan sebuku roti, jem dan biskuat. Hehe.. Jamu sarapan di gigi air.. Tak terasa kenyangnya. Kaki dah tak sabar untuk dibasahkan dengan air laut. Jadi, saya, Jue dan Yati warming up untuk menjelajah pantai. Photographer of the day is saudari Afifah!


Jalan-jalan melihat ciptaanNya yang mengasyikkan. Tak sedar Jue dah hilang. Huhu.. Dan tak sedar langit kian tinggi. Yati pun kian pulang ke pangkuan.. Tinggal daku berlari-lari anak kembali ke tepian. Sayup kelihatan yang lelaki telah kuyup dibasah air masin. Sedang bercanda mungkin, menanam Bukhari yang kepingin bernikah awal.


Matahari kian melangit, cuaca kian terik. Tanpa sedar, hampir tiba ke penghujung majlis. Semua dijemput ke bangsal belakang chalet. Di depan mataku, tersusun kerusi-kerusi. Entah kenapa, hati ini terdetik 'Macam tahu je, cuak'.

Nampaknya firasat orang beriman selalu tepat. Tiba-tiba Faisal bersuara, melarang sebarang senyuman mahupun suka-suka. Dia membelek borang biodata ahli. Bukhari dan Zuraida disuruh berdiri. Bak taaruf, Faisal memekik. Ditanya latar belakang Bukhari dan Zuraida. Bila tak tahu dimarahnya, macam biasa.

Kecut juga perut dibuatnya. Entah dari mana, tiba-tiba datang senyum dari bibir Faisal. "Gurau je lah.. Dah.. Dah, senyum" Hampeh. Sesi penutup itu diisi dengan pembongkaran Skuad Projek Khas. Cerita yang mengundang memori.

Kami dikembalikan pada musim Minggu Keterampilan Minda. Waktu semua sedang kalut dengan pantun dan bahas. Skuad inilah yang menyamar menulis surat untuk muslimat, menggesa menyiapkan pantun buat peserta. Skuad ini jugalah yang pernah memberi misi mencari bahan serta kek coklat, selain buatkan air untuk masjid. Ditunjukkan jua surat-surat yang masih disimpan kemas. Ah, waktu itu kembali bermain di minda lagi.

Akhirnya majlis diakhiri dengan kata-kata pengarah program. Dan tak lupa, beberapa nama disebut, termasuk namaku. 'Apo pulok nih?'. Faisal serahkan sekeping sampul duit raya bertampal JKR didepannya. Ah, agakku, duit. Tepat sekali, duit raya haji yang lebih awal. Baru daku perasan, semua yang luar Kelantan diberi sama.


Terasa terharu dijiwa. Sudahlah penginapan dan makanan kami ditanggung semuanya, ini dapat duit pula. Masya Allah, entah bank mana Skuad Projek Khas ni rompak.. Siqah lah, halal. Hehe..

Biarpun rehlah ini tamat secara rasminya pada tengahari 3 Disember, tapi rehlah secara tak rasminya terus berjalan. Kami sempat singgah makan tengahari di rumah Afifah di Bachok. Hanya sebahagian muslimin yang dapat serta, Amir (driver kami), Faisal dan Abe Nik. Yang lain setia bersama angsa Abe Din menghantar pinggan mangkuk ke kedai ma Jue di Kota Bharu.

Alhamdulillah, dapat juga berkenalan dengan ayah Afifah yang saling tak tumpah rupanya dengan Pipah. Hehe.. Bagus juga ada muslimin yang bersama, kalau tak keras kami tak pandai berbasa basi dengan En Wan Ghazali. Boleh la die pilih mana satu nak buat menantu, kan Pipah.. Rugi la muslimin lain..

Kami bergerak ke KB dalam pukul 4 petang. Alhamdulillah, bas tiba tanpa perlu menunggu lama. Rasanya, kami sahaja penumpang bas hingga ke KB. Kantuk yang tersimpan dilepas dalam bas puas-puas, tak ada orang lah katekan..

Hajar terus pulang, sedang saya, Jue dan Diksu membetulkan mamai di gerai ma Jue. Kami kemudian berjalan sekitar KB, mencari ole-ole untuk dibawa pulang. Adalah satu dua berjaya dirembat Diksu. Tapi buat diri ini yang memang tak reti beli jubah atau tudung kerna selama ni merembat umi punye je keje, tak ada satu pun dibeli.

Bila melewati satu tempat, terasa seperti ada tenaga yang dikenali. Ah, Abe Din and the geng tengah menyantap dengan lahap! Buat-buat tak nampak je la..

Kononnya hendak terus menunggu hingga malam, 8.30 malam Diksu akan berlepas ke Seremban. Tapi dek abang Jue yang rajin nak ulang alik, dapatlah kami balik dan bersihkan diri dahulu. Sebelum balik, kami sempat disapa oleh muka-muka yang dah terlalu biasa, Abe Din and the geng.. Rupanya angsa besinya diparkir berdekatan dengan kedai ma Jue. Masing-masing dengan ramahnya menyapa. Eleh, macam tak tau, nak tunjuk baik depan ma Jue..

Bila batang tubung mereka masuk ke perut angsa, ku tanyakan soalan cepu emas buat ma Jue. 'Ma, nok pilih hok mano so buat nantu?' Ma dengan coolnya menjawab 'Biarlah Jue pilih hok dio nok..' Ahaha..

Sampai di rumah Jue, penat, rimas, semua ada. Ikutkan hati nak labuhkan badan sahaja. Tapi sayang pula kalau tak hantar Diksu sama. Rupanya Diksu satu gerabak dengan Nazoro. Aih, jumpa lagi la puok-puak tu di stesen bas. Bila nazoro ditinggal oleh kaumnya di stesten, kami tetap setia bersama Diksu. Apalah sangat KBMall tu..



Malam itu juga ku beli tiket ke Kuala Lumpur. Kononnya nak ronda-ronda melawat umi di belakang Hosp Pakar Perdana. Tapi ada pula panggilan yang menuntut ku pulang segera. Alahai.. Tetap, Kuala Lumpur, 9.00 pagi.

Pagi esoknya, sekali lagi, Myteam dipertemukan. Sejurus daku dan Jue keluar rumah, angsa besi Abe Din pun muncul bersama Wali, Azim dan Kimi. Sangkaanku akan naik sekali bersama Kimi ke Kuala Lumpur. Rupanya, satu bas dengan orang Raub pulak.. Aduhai dunia.. Jeles pula Kori mendengarnya. Ahaha..

Maka berakhirlah kembara kami di bumi Kelantan. Sungguh, masih terasa manisnya. Paling ku ingat, bagaimana Nazri melabel ahli Myteam sesukinya, Kimi manusia paling pelik tapi istimewa, Amir macam dah berumah tangga, Azzam orang yang paling tenang dalam dunia, Kori macam tak matang. Ahaha..

Semua ini mengundang suka, jua duka buat daku yang bakal pergi. Trimas buat semua yang hadir. Hadiah paling bermakna buatku sebelum berlepas. Memang rugi buat yang tak dapat hadir. Tak apalah, nanti boleh buat lagi insya Allah.

Buat adik beradikk, terus thabat dalam perjuangan ini. Jadi bak air, biar disekat terus mengalir. Dihangat ia terbang ke udara, disejuk ia keras dan menyakitkan. Teruskan usaha menawan Malaysia. Ins Allah, doa daku iring hingga akhir waktu. Moga ukhuwah kita tak terbatas dengan sempadan waktu dan negara, mahupun alam mana-mana.

Sirru 'ala Barkatillah..

Diksu juga ada menulis Ukhuwah fillah lestary selamanya

Afifah juga ada menulis Coretanku cuti ini

Thursday, November 27, 2008

Tarbiyah Aqliyah Cuti Ini


Sesungguhnya ini bukan kedai buku Freedom di Parit Raja..

Pulang dari berkenduri-kendara saya sempat menerjah kedai buku, satu hobi yang saya suka tapi boleh buatkan pengiring saya boring menunggu - lama sangat melepak dalam kedai buku.

Sempat saya rembat TIGA buah buku, maka cairlah RM63 saya dihujung waktu ni. Tak apalah, asalkan cuti ni otak saya tak kering dek duk sajo, nanti doso pula..





Dibeli pada 11.30 pagi, setengah buku telah saya layan hingga 12 tengahari dan langsung tertidur kepenatan kenduri. Saya rasa saya ketinggalan zaman bila baru sekarang beli dan membicarakan buku ini, kerana ia telah pun diterbitkan pada Ogos lepas. Apa nak buat, baru jumpa depan mata.

Ia lahir hasil keluh-kesah penyokong PAS apabila muzakarah PAS-UMNO diwar-warkan untuk diadakan. Tapi itu bukan sebab utama saya buru buku ini. Tapi kerana ingin berkenalan dengan suasana kemelut PAS di bawah Dato Asri Muda sebagai Yang DiPertua PAS pada tahun 1981. Pada waktu itu Tn Guru Nik Aziz Nik Mat merupakan Ketua Dewan Ulama'

Tulisan Tn Guru tak pernah menjemukan saya. Membaca tulisannya terasa seperti sedang duduk di depannya, melihat bibirnya berkata-kata. Terasa telinga ini terdengar-dengar bibit bicaranya. Bicara yang penuh pesan, kiasan, mengolah masalah kini dengan membawa saya menyusuri sirah Nabi. Sungguh mengasyikkan!

Walaupun saya dilabel islamik, tapi saya bukannya fanatik Tn Guru. Pernah saya mengungkap, 'Alah, Tn Guru tu sama je dengan ulama-ulama di Malaysia ni. Pelik betul kenapa orang minat sangat dengan dia'. Memang saya pelik, melihat berduyun-duyun manusia sanggup datang dari jauh mendengar kata-pesan beliau, padahal boleh sahaja dibeli cd atau kaset ceramah agama yang berlambak di kedai.

Hinggalah saya bertemu dengannya di Kota Bharu Kelantan sekitar Mei 2007 dahulu, air mata berderai melihatnya buat kali pertama. Entah kenapa. Bagai ada embun dingin dihati melihat dia, mendengar ucapnya. Penuh lembut. Ah, kau hanya satu di bumi Malaysia ini.

Buku karangan beliau yang pertama saya baca ialah Muhammad SAW Insan Teladan Sepanjang Zaman (ITSZ). I do judge a book by its cover. Layout muka depan menarik, serta warna tulisannya yang perang menarik hati saya. Walaupun dalam hati terasa tak perlu membelinya kerana banyak lagi buku sirah di rumah. Mula saja saya membacanya, aduh, memang terasa 'sentuhan' membekas di jiwa. Beli, jangan lokek. Sekarang buku ITSZ dipinjam oleh adik di TF. Usai dia habis nanti aku tuntut semula =)



Kenduri semalam, ditayangkan dokumentasi pendek tentang kegemilangan dan kejatuhan Islam. Tantang 4 khilafah Ar Rasyidin, Muawiyah, Abasyiah, kesarjanaan Cordova, tentang Sultan Muhammad Al Fateh yang menguasai Constantinopol pada usia 24 tahun, tentang Salahuddin Al Ayubi yang gagal dihancurkan eranya selama 800 tahun, dan 'cemerlang gemilang terbilang' Malaysia dengan anak luar nikah, kebejatan sosial dan banyak perkara busuk lagi keji (ayat yang agak femes waktu kenduri).

Di akhir dokumentasi itu, tertera ayat 'Siapa yang akan menggantikan Umar? Adakah hanya mahu menanti?'. Terkesan dengan ungkapan itu, lantas saya pasak dalam hati, 'Aku akan ciptakan Muhammad Al Fateh, aku akan ciptakan Salahuddin Al Ayubi, aku akan ciptakan Ummu Sulaim!' Ya Allah, kau bantulah aku..

Buku ini saya beli untuk memotivasikan diri disamping mencari resepi kegemilangan mereka. Masih berbalut dalam plastik lagi bukunya. Ia ditulis oleh Dr Muhammad Nurhakim yang merupakan seorang pensyarah di Universitas Muhammadiah Malang, Jawa Timur. Memperoleh PhD dalam bidang Akidah dan Pemikiran Islam di Universiti Malaya. Jadi saya yakin serta percaya, buku ini dikarang bukan suka-suka mencari duit poket dan menambah lambakan buku seumpamanya, tapi ditulis atas kajian yang telus.




Bidang antropologi sentiasa menarik minat saya. Tambah-tambah buku ini ditulis oleh Ust Pahrol Mohd Juoi, seorang penulis profilik yang saya kagum lagi segani. Beliau berkelulusan Diploma Makanan, tapi yang jelas pemikirannya sangat luas. Pernah bekerja sebagai wartawan, pada saya cukup membuktikan 'kesahihan' (sebenarnya saya tak tahu perkataan apa yang patut diguna untuk menyampaikan maksud di hati) tulisannya. Juga merupakan penulis kolum Kemudi Hati untuk Majalah Anis. Kini merupakan Pengarah Penyelidikan Modul Pengurus Besar di Fitrah Perkasa, satu badan yang pernah dianggotai oleh Ust Hasrizal.

Awal perkenalan saya dengannya (baca : tulisannya) adalah melalui buku Tentang Cinta yang saya kutuk apabila terbaca tajuk bukunya. Ah, satu lagi picisan menghalalkan cinta murahan konon Islami!. Lantas saya beli untuk mencari kebrobrokkannya. Selesai kulit terakhir, jiwa saya penuh ilmu dan iman!

Dilema Melayu-Islam adalah isu penting yang perlu segera dikaji dan diambil tindakan. Bimbang dengan senario politik semasa, pemimpin bertelagah hingga lupa memikir masa depan rakyatnya. Pernah saya terfikir, mungkin suatu hari nanti orang Melayu di Malaysia mendapat nasib seperti pribumi Australia. Rakyat Australia sebernya bukan berkulit putih berhidung mancung seperti hari ini, tapi sebenarnya adalah orang asli berkulit gelap seperti orang Afrika. Tapi dek kurang ilmu, hak mereka dirampas oleh pejajah berkulit putih yang hari ini mengaku sebagai warganegara Australia.

Kalau orang Melayu mengekalkan sikap meLAYUnya, tak mustahil Melayu Malaysia hilang di dunia. Maka salahlah teori Hang Tuah..

Insya Allah, plastik buku ini baru saya robek. Malam ini kami akan berkhalwah. Tapi nampaknya K.Salwa sedang membawa lari. Nanti le, malam ni aku terjah bilik dia.

Pesan-pesan buat sahabat, tarbiyah itu bukan hanya tentang ruhiyah. Ruhiyah itu akan bertambah subur dengan emelen tarbiyah aqliyah. Malas membaca bukan sifat pejuang Islam.

Kelab Iqra, orang-orangnya mestilah ulat buku, kan? Duk saja, hah, berdoso la nanti =)

p/s : Buku Men From Mars Women From Venus ku digelamerkan waktu kenduri oleh k.Asma. Satu lagi buku yang dah berabad keluar baru beli. Aduhai..

Thursday, November 20, 2008

Doakan Kami Bertemu di Syurga Nanti




Antara kata-kata 3 pejuang Bali, Imam Samudera, Amrozi dan Mukhlas. Kata-kata dari pejuang yang ikhlas, menyerap ke dalam jiwa aku yang banyak penyakitnya. Allah, moga Kau terima perjuangan mereka, dan moga Kau bawa kami tempuh jalan yang sama.

"Tidak ada amal yang lebih besar dari JIHAD, biar pun 1000 kali haji", antara ucap yang mengetuk-ngetuk naluri. Kenapa, kerana haji itu mudah bagi yang mampu, berduit dan bertenaga. Tapi jihad itu sukar untuk semua, tak kira yang sihat atau kaya. Jihad memerlukan hati yang benar-benar tulus, aqidah yang benar-benar percaya, bahawa sakit dan mati itu datang dari Allah, bukan dek tujukan peluru dan pedang yang tajam.

Bila menonton video peperangan Badar (lakonan semula) dan filem The Mummy Tomb of The Dragon Emperor, sewaktu kedua-dua belah pihak berlari untuk bertempur, dalam keadaan yang batil itu mempunyai bilah-bilah tombak yang sedia diaju pada sesiapa yang merempuh, manakala yang hak itu hanya berbekal pedang usang, oh, gerunnya hati ini!

Membayangkan diriku berada disitu, andai ditaklifkan dibarisan hadapan, antara yang aku fikir adalah 'Macam mana kalau tombak tu tembus ke dada aku?'

Ya Allah, lemahnya diri..

Benar, jihad itu hanya mampu dilaksana bagi mereka yang memiliki jiwa yang kental. Bukan badan yang kuat, bukan minda yang penuh strategi. Tapi JIWA yang mantap. Sebab itulah Syahid bukan sembarangan hadiah dari Nya..

Saturday, November 15, 2008

Islam Itu Syumul, Walau Dalam Bas!




Tiap kali kembara, menaiki kenderaan awam, hati ini menjerit. 'Bile la Islam akan perintah Malaysia ni!!!'

Sebab?

Saya amat suka kembara. Pertama, sewaktu perjalanan saya berpeluang beruzlah dari suasana. Saya pastikan, sebelum naik bas/keretapi, saya sedia dengan majalah/buku. Turun dari bas/keretapi saya selesai sebuah dua. Puas! Itu perjalanan pergi, perjalanan balik saya tambah lagi.

Andai bulan itu banyak kali saya kembara, makin padatlah pembacaan saya. Alhamdulillah.

Tapi ada satu perkara yang saya benci. Terpaksa berhimpit dengan lelaki. Aduh, tanyalah mana-mana perempuan, apa jua agama. Berhimpit, dihimpit, menghimpit, dengan lelaki adalah suatu siksaan yang maha berat!

Lantas sebagai langkah berjaga-jaga, saya membuat kod pakaian kembara. Tudung labuh dan jubah. Ia sebagai satu mesej pertama buat yang memandang 'Saya muslimah yang mahu melindungi diri!'.

Ramai yang cepat tangkap dengan mesej ini. Sedaya-upaya menghormati saya dengan tidak terlalu rapat dan menjaga diri. Malah selalu sahaja ada lelaki budiman yang bangun dan mempersilakan saya duduk. Terutamanya apabila ada seat kosong tapi saya bertegas untuk berdiri kerana tak mahu duduk bahu ke bahu dengan lelaki.

Mulanya saya tak perasan akan perihal ini. Tapi pabila saya kadang tukar pakaian, t-shirt dan seluar, layanan nyata berbeza.

"Kalau aku yang mulia ini dihempet-hempet, apatah lagi rakyatku yang hina. Oh.."

Alangkah, Islam itu cantik lagi melindungi jua mengangkat wanita.

Itu cerita dalam kenderaan.

Waktu hendak beli tiket keretapi terutama (di malam hari), terasa ingin menangis bila mesin tiket dikerumuni lelaki. Ah, takkan nak mencelah. Tolong..! Alhamdulillah, biasanya ada yang perasan kerut di dahi saya itu. Lantas menghulur bantuan, minta saya wang dan belikan tiket.

Alhamdulillah.. Waktu itu Allah lapangkan.

Namun, bila ada yang reti bahasa, ada mata tak ada hati, huh, memang saya menyumpah-nyumpah dalam hati. Kalaulah sini adalah Mesir, pasti akan saya heret laki-laki itu ke mahkamah. Di Mesir, siulan lelaki kepada wanita sahaja boleh menyebabkan si penyiul merengkok di penjara.

Inikah lagi menghimpit!

Tolonglah. Kalau ada wakil rakyat yang dengar (baca) rayuan ini. Sediakanlah pengangkutan awam yang mengasingkan lelaki dan wanita. Kalau pun sukar untuk mengasingkan satu kenderaan mengikut gender, asingkanlah tempat duduk dan pintu masuknya.

Akak mat Saleh ni pun hepi kalau kenderaan diasingkan mengikut gender

Mana-mana wanita, tak kira agama, mahupun yang pakaiannya adalah tayangan percuma pasti pernah menjerit dalam hatinya seperti yang saya alami. Klik sini dan sini untuk baca luahan wanita lain pula. Lelaki pun ada, sini.

Cukup!

Wednesday, October 15, 2008

New Vice Chancellor for UTHM


UTHM's VC Y. Bhg. Prof. Datuk Dr. Mohd. Noh Dalimin

On 16th Oct (yesterday), UTHM receive new Vice Chancellor, filling the vacant post after 5 month. Read about the 'fight' among VC-to be 'candidates' here.


Y. Bhg. Prof. Datuk Dr. Mohd. Noh Dalimin was born in 1952, in a small village in Batu Pahat, Johor. He started schooling in his village, and after he passed his Special Malay Class Examination he was accepted at an English medium school in Batu Pahat. After his LCE and MCE/SC examinations in a Batu Pahat high school, he completed his Form Six at the same school in 1971 and proceeded with a six-year education at an Islamic religious school in Johor.

Prof. Datuk Dr. Mohd. Noh Dalimin was a Professor of Physics at Universiti Malaysia Sabah. He was appointed Deputy Vice Chancellor for Student Affairs of the university in 1998 before holding the post of Vice Chancellor on 18 March 2005. He is a graduate of Universitas Gadjah Mada (B.Sc. Physics) and University of London Bedford’s College (M.Sc. Solid State Physics). He received his doctorate (Ph.D) in the field of experimental Physics (Solid State) from Imperial College of Science, Technology and Medicine, London.

He has had extensive experience in teaching, supervision, research and university administration over the past 29 years of his service. He is actively involved in student development and in various community development organisations and social work.

He started as a lecturer in physics, at Universiti Kebangsaan Malaysia in 1981 and in the same year was appointed as member of the university Senate. He was entrusted to set up the undergraduate facilities for physics laboratories in a new building in Bangi Campus. He later established and headed the Material Science Programme, before his appointment as Deputy Dean of Research and Development in the Faculty of Science and Natural Resources, UKM branch campus in Kota Kinabalu, Sabah in 1992.

Since his appointment as a Professor of Physics in Universiti Malaysia Sabah in 1995, he has served as the foundation Dean, School of Science and Technology (from 1995 to 1998). The school is one of the first three schools to be set up, and is now the largest school in UMS. As the foundation Dean, Dr. Mohd. Noh started the school with what was available then. Staff recruitment, laboratory development, networking, student intake and building plans for the permanent campus had to be in place to receive the first batch of undergraduates in July 1995.

He was later promoted as Deputy Vice-Chancellor for Student Affairs, the first for UMS and was the longest serving Deputy Vice Chancellor of Student Affairs in the country, since his appointment in June 1998.

About his political background, try to read this from Utusan Online 14 Mac 2008, and analyze his 'colour'. Do tell me your opinion ;)

KOTA KINABALU 13 Mac - Penglibatan ramai ahli akademik dalam politik khususnya sebagai calon pada pilihan raya umum dikhuatiri akan menjejaskan kualiti, martabat dan kepercayaan masyarakat terhadap sistem pendidikan negara.

Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Dr. Mohd. Noh Dalimin berkata, senario itu perlu diberi perhatian serius oleh pihak-pihak berkaitan supaya tidak menjadi satu trend pada masa akan datang.

Menurut beliau, apa yang disuara itu bukan bermaksud menghalang kebebasan ahli akademik menceburkan diri dalam dunia politik tetapi bimbang dengan kesan mutu dan kecemerlangan pendidikan tinggi untuk jangka masa panjang.

Katanya, kecenderungan sesetengah pensyarah untuk berpolitik boleh mengganggu tumpuan mereka sebagai tenaga pengajar yang baik dalam memajukan akademik termasuk melakukan kajian ilmiah dan penghasilan buku.

"Saya nampak pentadbiran universiti perlu mengambil perhatian mengatasi masalah ini daripada berterusan, hari ini ramai ahli akademik terlibat dalam politik pembangkang.

"Kita tidak bermaksud supaya mereka tidak boleh sokong parti kerajaan atau pembangkang, tetapi dengan berpolitik adakah mereka ini boleh menjadi ahli akademik yang cemerlang untuk mendidik para pelajar.

"Saya khuatir mereka gunakan waktu berada di universiti untuk berpolitik bukannya meningkatkan mutu akademik dan kalau begini kita sepatutnya tidak benarkan mereka menjadi pensyarah," katanya ketika ditemui di sini.

Kata Mohd. Noh, walaupun terpaksa meluahkan satu komen yang tidak popular, ia amat penting difikirkan bersama bagi mengelak kepercayaan masyarakat terhadap ahli akademik terhakis sama sekali.

Beliau turut melahirkan rasa sedih kerana pada masa ini kebanyakan universiti awam berada di negeri pembangkang seperti UKM, Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK).


What ever it is, UTHM would like to please him and hoping that Y. Bhg. Prof. Datuk Dr. Mohd. Noh will led UTHM jubilantly. With Wisdom We Explore!

Tuesday, September 30, 2008

Eid Mubarak


Acara mengemas tahunan



Satu yang saya suka bila raya, rumah akan dikemas sekemas-kemasnya, walau nun jauh ceruk akan dikemasi. Sebab? Kerana awal-awal raya rumah akan menerima ramai pengunjung, lebih-lebih lagi tahun ini abah dah ramai pesakit. Confirm diorang ziarah punyelah. Jadi, bagi mengelaknya rumah (tuan rumah) diumpat dalam hati kerana rumah yang BERHABUK, maka tuan rumah akan bertungkus-lumus mengemas!

Kalau raya tiap 2 bulan sekali, mau rumahku kemas sokmos.. Yep, saya mengaku memang tak terlibat dalam bab kemas-kemas rumah saya. Macam saya kata dalam post tentang mac and cheese, power saya hilang bila di rumah. Beza bila berada dirumah sendiri, automatik mengemas sebab kita tahu rumah akan sepah teruk dan tak akan ada orang yang akan tolong kemaskan.

Jadi, saya merindui mengemas.. Huhu.. Walau dapat ruang yang agak kecil untuk di'make-up' (ruang tamu) tapi boleh la, ubat hilang rindu..

banyak sangat eksesori kot

boleh la, my little work place

adik saya pun pandai mengemas, eh, menyusun


Selamat Hari Raya buat semua yang sudi mengunjung blog saya. Maaf andai dalam penulisan dan perkenalan anda dengan saya, saya pernah meresahkan jiwa anda. Buat ahli bait Jannatul Ma'wa (dan jirannya), ampun maaf dari saya.

Jemput ke teratak saya, hutan Kuang, Selangor


rumah belakang tu dah runtuh kene hempap tanah. Hm..

Sunday, September 28, 2008

Bulan Itu Bulan Yang Memudahkan


KMPh diselimuti malamNya

Lewat malam itu aku dengar ketukan pintu bilik. Cahaya bilik suram, tanda penghuni sepatutnya tidur, paling tidak bermalasan atas katil. Ah, ketukan itu pasti dia, moga malam ini ada rezeki buat aku dan teman sebilik.

Pintu kami kuak dengan gembira. Benar, Zu, memang dia. 'Nah nasik lebih'. Kagum aku pada kesungguhannya, berniaga pada malam yang amat selesa untuk menelaah. Bungkus-bungkus nasi kami sambut dengan penuh suka. Bismillah, mula iftar dan pra sahur kami berempat. Aku, Syud, Tiki dan Rima si gadis orang Asli yang baik 'Melayu'nya.

Malam itu aku bangun dengan penuh cinta. Untung sungguh, surau benar-benar dihadapan bilik ku. Tanpa perlu menjejak koridor, aku langkah terus masuk ke perut rumahNya. Malam itu seperti malam-malam biasa bulan ini. Malam untuk bercanda melafaz cinta, hanya aku dan Dia.

Usai subuh ku ambil kitab suci. Kucup penuh ta'zim. Targetku mahu habiskan bacaannya bulan ini. Kalau benar, satu rekod baru buat aku yang selama ini sesat dengan fatamorgana. Ku belek tanda, ya, rekodku amat baik. Bulan ini cukup mudah. Lagi-lagi selepas fenomena Ayat-ayat Cinta, membaca kalamNya dimana-mana sudah menjadi budaya. Kadang menunggu sang pengerusi memulakan acarapun, aku dan Salihah sempat berlumba membaca.

Makan tengahari yang tiada, amat mendamaikan jiwa. Kalau tak, orang asyik bertanya 'Kenapa tak makan? Diet?'. Sahabatku mengerti, tapi tak mungkin aku tegar untuk menjadi tempat dia beramal mulia. Jika tidak, sekeping roti pengalas lapar akan dipandang hina. Tapi bulan ini bulan yang mendamaikan. Tengahari itu kami bersama mengisi rohani.

Ah, sungguh, damainya hari-hari yang dilewati.

Pabila petang mula menyinggah, yang lelaki sibuk membeli juadah. Kami hanya akan menanti di tangga masjid, menunggu arahan andai mereka perlukan dulang tambahan. Sana-sini dicelah rak Al Quran ada yang sedang berbicara sendirian, meneliti kata-kata dari Tuhan.


Kami akan beratur dikaki tangga, ada juga yang berlari-lari memakai sarung kaki untuk turut serta mengangkut dulang dibawah. Biar badan letih, tapi masing-masing berlumba beramal.

Bisik-bisik mula kedengaran, siapa imam malam ini? Ah, Rozi, pemuda yang lunak suaranya. Lembut jiwa mendengar dia mengalun pesan Sang Pencipta. Ruang masjid terasa bahang kerana penuh dengan mereka yang ingin mengaut pahala. Biar begitu, kamilah yang paling sukacita. Selama ini lantai masjid hanya dipenuhi oleh serangga, tapi kini oleh sang hamba.

Ah, indahnya bulan ini ya Illahi! Kenapa tidak Kau lanjutkan saja ia ke 11 bulan yang seterusnya?

Penghujungnya tetap tiba. Sang cinta merintih hiba, kerana tiada lagi yang seumpama ini, entah akan berjumpa kembali entah tidak.


27 Ramadhan 1427
Kolej Matrikulasi Pahang
Ramadhan ku yang pertama
Sejak diri ini diterima semula olehNya

Saidatina Khadijah Hanya Satu Dalam Semua


Dari ‘Aisyah r.a katanya:”Saya tidak cemburu kepada seorang perempuan seperti cemburunya saya kepada Khadijah. Sesungguhnya Tuhan telah menyuruh Nabi untuk menyampaikan berita gembira kepada Khadijah akan memperoleh rumah di dalam syurga.”

(Bukhari)

Ada satu hikmah besar apabila Nabi menikahi Khadijah yang pada masa itu dalam usia 40-an serta berstatus janda. Hasil usianya yang hampir mencecah setengah abad serta pengalaman merasai dua perkahwinan iaitu Abu Halah bin Zararah bin an-Nabbasy bin ‘Ady at-Tamimi, kemudian menikah dengan ‘Atiq bin ‘A’idz bin ‘Abdillah bin ‘Umar bin Makhzum; menyebabkan Khadijah sangat matang. Tambah lagi dengan bijaksananya, satu pembuktian seorang usahawan yang berjaya.


Matangnya dirinya hingga dia cukup yakin untuk memilih malah merisik pemuda bernama Muhammad sekaligus menolak seluruh pemuka Quraisy yang sedang sasau untuk menyuntingnya. Secara zahir, pemuka Quraisy itu jauh lebih baik dari anak muda yatim lagi miskin. Kerana dia yakin, dia seorang wanita yang menjaga kehormatan diri sehingga melekatlah sebutan ath-thaahirah pada dirinya, harta pangkat itu tidak setara dengan indah akhlak pemuda itu.

Ah, harta telah dimilikinya. Khadijah dambakan kedamaian jiwa!

Perkahwinan Khadijah dan Muhammad merupakan keuntungan buat dua belah pihak. Khadijah sangka dia yang beruntung kerana menjadi suri kepada lelaki yang baik budinya. Tapi sebenarnya, Muhammad juga adalah yang paling bertuah di alam semesta.

Khadijah mengisi kosongnya jiwa Nabi Allah itu dari belaian seorang ibu. Masakan tidak, seusia 40 layaknya adalah seorang ibu untuk yang berumur 25 pada zaman itu. Muhammad dilayan bagai anaknya, ditatang penuh sayang dan sabar.


Bila lelaki itu datang dengan peluh takutnya setelah bertemu makhluk bercahaya di Jabal Hira', Khadijah selimutkan dan peluk melerai resah dengan penuh kasih. Persis seorang ibu yang sangat cintakan anaknya, dia tenangkan penerima wahyu itu hingga dia tertidur dalam dakapannya. Persis seorang ibu yang sangat prihatin tentang apa-apa yang mengganggu anaknya, dia melangkah berani ke rumah Waraqah bin Naufal bin Asad bin ‘Abdil ‘Uzza walau tika itu malam gelita menutupi bumi Mekah.

Khadijah sudah masak dengan perkahwinan. Tidak akan ada adegan merajuk ngada-ngada meraih pujuk dan perhatian suami seperti pasangan yang masih segar dalam rumahtangga. Tidak akan ada rasa cemburu buta padanya andai lelaki itu keluar bertemu perempuan mana-mana. Bahkan bila ada wanita yang bertemu suaminya meminta diajari cara mandi wajib, Khadijah sudi sama-sama tunjukkan. Tak akan bising-bising bila Muhammad outstation lama-lama.

Ah, wanita ini. Dia bukan sekadar yang pertama membenarkan wahyu Tuhan, tapi jua yang terakhir memili peribadi yang sangat lumayan. Hingga sang Jibril menyampaikan salam buatnya dari Rabb dan darinya.

Benarlah, lelaki yang baik akan memiliki wanita yang baik. Mana mungkin Allah mahu sesakkan dada kekasihNya, yang tidak putus-putus dengan dugaan sebelum diri dilahirkan, hendak dipasangkan dengan wanita yang memeningkan benaknya. Jika dambakan pasangan yang baik, pastikan diri cukup hebat untuk mendampinginya.

Salam sayang, kagum serta rindu buat Ibu semua yang beriman. Sungguh, rumah di dalam syurga dari mutiara yang berlubang, yang tak ada keributan di dalamnya, dan tidak pula keletihan selayaknya buatmu. Sungguh tiada lagi yang sepertimu!

Kaulah lambang cinta sejati
Srikandi pertama tika Islam bermula
Hatimu menyalakan keyakinan
Hartamu membuktikan pengorbanan

Rasul keseorangan engkaulah teman
Dia tersisih engkau memilihnya
Dia terbuang engkau menyayanginya
Kerana iman kau sanggup berjuang

Siti Khadijah namamu indah
Qudwah hasanah tauladan ummah
Jikalau rasul terpinggir
Engkaulah insan terhampir

Siti Khadijah mujahidah solehah
Agung jasamu dipersada sejarah
Pemergianmu ditangisi nabi
Hingga kini tiada pengganti

Sunyi jalan menuju Allah
Menggamit hati mencari teman
Indah jalan menuju allah
Jika teman seperti Khadijah
Masih ada lagi...

Friday, September 19, 2008

Macaroni and Cheese. Alangkah...



Saya bukanlah pakar dalam bidang masakan. Tanyalah adik saya, berapa kali dia nampak saya memasak di rumah. Mesti dia jawab "Kakak aku masak? Lol!!" Tapi cuba tanya ahli bet N301 Perwira, siapa biasa duk sorang buat projek di dapur. Haha.. Walau masakan ku tidak sehebat Azim yang bakal menjadi MPM UTM Skudai, tapi atas rasa kasih-sayang kat ahli rumah, kita hantam saja. Diorang tak bising pun, asalkan ada benda nak dibuat makan. Em, macam tu kot omak-omak kita, atas nama CINTA mereka secara automatisnya memasak. Huhu..

Ah, cukup mengarot. Sebenarnya nak kongsi rasa, eh, resepi. Pernah dengar Macaroni and Cheese, atau waktu pertama kali saya dengar Mac & Cheese. Saya diperkenalkan oleh agen Booth dan Bones dalam siri "Bones". Hai, tak pernah tengok? Kesian.. Tak pe lah.



Kembali kepada Mac & Cheese. Huh, saya memang suke amat-amat dengan keju. Peh, lihatlah sendiri kekejuannya.. Huh, waktu puasa nih, memang jahat betul saya menguji iman anda. Keh keh keh..

Baik, jom kita mula studi tentang Mac & Cheese ini!

Bahan-bahan asas nak tambah bahan lain, terpulang
  • 115g macaroni
  • 55g butter/marjerin
  • 30g tepung gandum
  • 575ml susu segar
  • 170g cheddar cheese
  • garam dan lada sulah
  • 100g serbuk roti
  • 45g parmesan cheese-parut


Mari Mula!!!

Panaskan susu dan di dalam periuk kecil dengan api perlahan. Awas, jangan biarkan ia mendidih. Ketepikan.

Cairkan mentega di dalam periuk. Masukkan tepung, sebatikan. Masak selama 2-3 minit. Hati-hati agar tidak hangit. Tapiskan campuran susu tadi dan masukkan ke dalam adunan tepung tadi. Sebatikan dan gaulkan perlahan. Masak sehingga mendidih, kacau selalu. Masak selama selama 4-5 minit. Masukkan sedikit garam dan lada hitam. Padamkan api dan masukkan 30 ml cheese dan kacau hingga cheese cair dan sebati.

Panaskan oven 200 darjah C (400 darjah F). Sapukan sedikit mentega pada bekas casserole (oven proof) dan taburkan sedikit serbuk roti.

Sambil itu, rebus pasta dengan air yang dimasukkan sedikit minyak dan garam (atau salted butter) sehingga 3/4 masak atau "al dente". (Tip : kurang sedikit daripada masa yang dianjurkan di paket).

Buang air rebusan pasta dengan penapis. Masukkan ke dalam "sos" tadi, gaul rata. Masukkan ke dalam bekas casserole. Taburkan serbuk roti dan baki cheese tadi. Bakar selama 20 minit sehingga kekuningan dan cheese membuak.


Sekian resipi yg di copy and paste tanpa mencubanya dahulu. Huhu. Selamat bereksperimen!

AMARAN! Resipi ini tak sesuai dicuba oleh mereka yg mahu berdiet atau jaga body

Wednesday, September 10, 2008

Jalan Pulang Ke Pangkuan Tuhan Terlalu Luas

**Artikel lepas tulisan Dr Mohd Asri yang dicadangkan untuk bacaan bersempena dengan Ramadhan ini**


ANTARA keistimewaan Islam yang agung ini adalah jalan pulang ke pangkuan agama ini amat luas terbuka dan tidak membebankan. Peluang seorang insan kembali ke pangkuan keampunan dan keredaan Allah tidak pernah disekat oleh sebarang jarak waktu, latar diri, keturunan, atau harta.

Sesiapa yang ingin pulang ke pangkuan Allah tidak pernah dihalang oleh agama ini disebabkan jenis dosanya atau keturunan, usianya yang lanjut, atau apa sahaja.


Seseorang yang ingin kembali kepada Allah diterima oleh kerahmatan-Nya dengan syarat insan tersebut menyesali kesilapannya, benar-benar memohon keampunan dan berazam tidak mengulangi kesalahan lalu.

Jika kesalahan itu sesama insan lain, dia memohon maaf dari yang dizalimi. Jika tidak mampu, bimbang mudarat yang lebih besar jika permohonan maaf dibuat, serahkan sahaja urusannya itu kepada Allah dan Allah Maha Mengetahui kadar kemampuan hamba-hamba-Nya.

Firman Allah dalam surah Ali ‘Imran 135-136:

(maksudnya) Dan mereka yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat kepada Allah lalu memohon ampun dosa-dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah - dan mereka juga tidak meneruskan (perbuatan buruk) yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Orang- orang yang demikian sifatnya, balasannya adalah keampunan dari Tuhan mereka, dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal.

Ampuan Yang Tidak Boleh Dibeli, Tanpa Pengantara



Islam bukan seperti sesetengah ajaran yang menyuruh seseorang yang berdosa membuat pengakuan di hadapan orang agama, atau melakukan upacara yang menyeksa diri demi penghapusan dosa seperti melukakan diri atau berjalan atas bara api atau membuat bayaran penebusan.

Demikian perbuatan sesetengah pihak mencari rezeki dengan mengambil upah untuk pelupusan dosa solat atau puasa atau ibadah yang lain, bukan dari ajaran Islam. Islam tidak pernah mengenal itu semua. Seperti Islam tidak pernah menerima sama sekalipun perbuatan sesetengah agama lain yang mengeluarkan surat berbayar untuk penghapusan dosa, demikian Islam tidak dapat menerima perbuatan penganutnya jika melakukan hal yang sama dengan mengeluarkan borang pahala yang dijual sempena Ramadan atau selainnya.

Keampunan dan rahmat Allah bukan dijual di jalanan. Ia sangat berkaitan dengan keluhuran jiwa yang ikhlas ingin kembali kepada Allah Yang Maha Pengampun. Jika keampunan hanyalah bayaran yang dibayar kepada pihak tertentu, tentulah semua orang kaya tempatnya di syurga.

Sementara si miskin yang tidak mampu membayar kepada golongan agama tiadalah habuan keampunan untuknya. Maka tidaklah perlu lagi seseorang berpegang dengan agama, cukuplah dengan membanyakkan ongkos, maka selamatlah dia di sisi Tuhan. Aduhai, tentu tidak demikian.

Firman Allah (maksudnya) Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan manfaat sesuatu apapun. Kecuali orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang sejahtera. Dan (pada hari itu) didekatkan syurga bagi orang- orang yang bertakwa. Dan diperlihatkan neraka jelas nyata kepada orang-orang yang sesat. (surah al-Syu’ara 88-91).

Tutuplah Dosamu, Biar Allah Sahaja Yang Tahu

Seseorang yang berdosa pula, tidak disuruh mendedahkan dosanya kepada orang lain sekalipun di hadapan ulama atau siapapun di kalangan manusia. Bahkan dia disuruh bertaubat antara dia dengan Allah dan menutup keburukan dirinya daripada orang lain.

Nabi s.a.w. bersabda: Sesiapa yang menutup (keburukan) seorang Muslim, Allah tutup (keburukannya) di dunia dan akhirat. (Riwayat Muslim).

Termasuk dalam perkataan Muslim itu diri insan yang berdosa itu sendiri, dia juga tentu seorang Muslim. Maka dia wajib menutup keaiban dirinya. Maka dalam Islam tidak ada ‘pengakuan dosa di hadapan paderi’. Sesiapa sahaja yang berasa berdosa dan ingin kembali kepada Allah, maka dia bertaubat di mana sahaja dia berada.

Sabda Nabi: Sesungguhnya Allah menerima taubat seorang hamba selagi nyawa belum sampai ke halkumnya. (Riwayat al- Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani).

Aduhai luasnya rahmat Allah dalam agama ini. Bahkan dalam sebuah hadis kudsi,

Allah berfirman: Wahai anak-anak Adam, selagi mana engkau memohon dan mengharapkan dari-Ku, Aku ampunkan engkau walau apapun dosamu, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika dosamu sampai ke puncak langit, lalu engkau pohon keampunan dari-Ku, Aku ampunkan engkau, aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, engkau jika datang kepada-Ku dengan dosa yang hampir memenuhi bumi, namun engkau menemui-Ku tanpa mensyirikkan Daku dengan sesuatu, nescaya aku datang kepadamu dengan penuh keampunan. (Riwayat al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani).

Bahkan kita dilarang kecewa dengan hidup disebabkan dosa yang lalu. Sebaliknya, disuruh agar sentiasa memohon keampunan daripada Allah dan jangan kecewa dari rahmat-Nya.

Firman Allah dengan penuh syahdu dalam surah al-Zumar ayat 53: (maksudnya), Katakanlah: Wahai hamba- hamba-Ku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Al-Imam Ibn Kathir (meninggal 774H) ketika mentafsirkan ayat ini menyebut: “Ayat yang mulia ini adalah panggilan untuk semua pembuat dosa dari kalangan yang kufur dan selain mereka agar bertaubat dan kembali kepada Allah. Ayat ini juga adalah pemberitahuan Allah Yang Maha Berkat Lagi Maha Tinggi bahawa Dia mengampunkan segala dosa untuk sesiapa yang bertaubat dan meninggalkannya, walau bagaimana besar dan banyak sekalipun dosa tersebut. Sekalipun bagaikan buih di lautan”. (Tafsir al-Quran al-‘Azim, 4/74, Beirut: Mussasah al-Rayyan).

Maka tidak ada kecewa bagi insan yang berdosa. Sekalipun kadangkala ada dosa yang tidak dapat dimaafkan oleh perasaan insan lain, namun Allah tidak pernah menutup pintunya selagi insan yang berdosa itu insaf, benar-benar kembali kepada-Nya.

Saya bicarakan tajuk ini, sesuai dengan suasana puasa. Juga agar perbincangan agama, janganlah menyebabkan manusia ini kecewa dengan diri mereka dalam mencari jalan pulang ke pangkuan Tuhan.

Jalan Untuk Kembali Adalah Untuk SEMUA!!



Agama ini begitu lunak. Pintu untuk mendekati Tuhan tidak pernah hanya dikhususkan untuk orang tertentu semata. Bahkan sesiapa sahaja yang menerima Islam ini dan berusaha mendekatkan diri dengan jalan Rasulullah maka dia akan sampai ke dalam rahmat Allah.

Tiada perbezaan antara mufti, ustaz, imam dan orang biasa. Tuhan tidak pernah menilai insan dengan gelaran-gelaran yang diberikan oleh sesama manusia. Dia melihat keluhuran jiwa dan kesahihan amalan. Entah berapa ramai orang biasa lebih mulia di sisi Tuhan dibandingkan mereka yang bersandar dengan berbagai-bagai gelaran dan pangkat. Jalan pulang ke pangkuan Tuhan tidak pernah mendiskriminasikan manusia.

Kadangkala amat menakutkan kita mendengar ucapan sesetengah orang. Saya pernah mendengar seseorang menyebut “dosa- dosa si polan tidak akan diampunkan Allah.” Ringan perkataan itu di lidah kita, amat berat kesalahannya di sisi Allah.

Sejak bilakah pula kita menjadikan wakil Tuhan dalam memutuskan rahmat atau kelaknatan di kalangan hamba-hamba-Nya. Kita menolak manusia ingin kembali dataran keampunan Allah hanya kerana emosi kita, sedangkan Allah sendiri mengisytiharkan keluasan rahmat-Nya untuk semua.

Berperanan Dalam Kempen KeampunanNya

Marilah kita berkempen untuk manusia mendapatkan rahmat keampunan Allah ini. Bukan untuk orang masjid dan surau sahaja, tetapi juga semua muda-mudi di jalanan, artis di pentas, pemimpin di gelanggang politik dan seterusnya. Jangan menghukum seseorang itu sebagai tidak berpeluang menerima rahmat Allah sedangkan roh masih di jasadnya dan hukuman Allah belum pun kita tahu.

Nabi bersabda: Jika seseorang berkata: Binasalah manusia, maka dialah yang paling binasa. (Riwayat Muslim).

Hadis ini bermaksud apabila seseorang berkata dengan tujuan merendahkan orang lain dan membanggakan dirinya seakan orang lain tidak mendapat kerahmatan, maka dialah akan dibinasakan Allah. Dakwah agama hendaklah merentasi sempadan-sempadan yang dibikin oleh kita. Rahmat Allah mestilah disebarkan ke semua daerah hidup yang pelbagai. Sama ada yang berada di gelanggang sukan, di pentas filem, di medan politik atau apa sahaja.

Janganlah perbincangan agama hanya menggambarkan seakan semua manusia akan memasuki neraka semata, lalu kita lupa Allah ialah Tuhan Yang Maha Rahmat. Ungkapan-ungkapan agama ini adalah ungkapan memberikan harapan, bukan menimbulkan kekecewaan.

Sehingga dalam hadis Nabi bersabda: Seorang telah melakukan satu dosa, lalu dia berkata: Wahai Tuhanku ampunilah dosaku. Lalu Allah azza wa jalla berfirman: Hamba-Ku melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya Tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya – dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya. Kemudian dia kembali melakukan dosa yang lain, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: Hamba-Ku melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya Tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya-dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya. Lalu dia melakukan dosa sekali lagi, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: Hamba-Ku melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya, maka aku ampunkan hamba-Ku in, buatlah apa yang kau mahu Aku ampunkan engkau. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Hadis ini bukanlah menggalakkan manusia melakukan dosa, tetapi menceritakan hal seorang hamba yang bertaubat bersungguh-sungguh namun gagal mengawal dirinya lalu tetap terjatuh ke dalam dosa. Setiap kali berdosa, dia ikhlas memohon keampunan dan dia tetap diampun oleh Allah s.w.t.

Hadis ini memberikan semangat kepada mereka yang telah bersalah berulang kali untuk terus bertaubat bukan berputus asa dan terus mengikut jejak langkah syaitan. Walaupun barangkali orang lain akan menyebut kepadanya “tidak guna kau bertaubat, sudah berapa kali kau tetap gagal kekal atas taubatmu”, namun Allah tidak berkata demikian. Dia Yang Maha Pengampun tetap membuka pintu selagi hamba-Nya itu jujur dan ikhlas merintih kepada-Nya.

Jika Allah menutup pintu, maka kekecewaan akan meliputi jiwa hamba yang seperti ini dan akhirnya dia akan terus tenggelam dalam kejahatan. Namun dengan dibuka seperti ini, insan akan terus berusaha kembali kepada Allah setiap kali tergelincir.

Saya amat hairan, ada agama tertentu yang dikatakan mempengaruhi emosi sesetengah anak-anak muda kita disebabkan unsur kasih sayang dan rahmat berkenaan yang ditonjolkan dalam agama. Seakan anak-anak muda kita tidak pernah mendengar tentang keluasan rahmat dan keampunan Allah dalam Islam ini. Lalu mereka pun kagum dengan agama lain dan melupai agama sendiri yang diturunkan Allah ini.

Adakah kerana mereka tidak mempelajari ajaran Islam yang betul? Ataupun kempen kita kepada Islam kurang menonjolkan unsur-unsur kerahmatan agama ini?

Hendaklah kita sedar, dalam dakwah baginda Nabi bukan hanya diceritakan balasan neraka, namun diceritakan juga kenikmatan syurga. Bukan hanya tentang kemurkaan Allah kepada yang menderhakai-Nya tetapi juga rahmat-Nya bagi yang kembali kepada kepada-Nya.

Firman Allah dalam surah al-Hijr 49-50: (maksudnya) Khabarkanlah kepada hamba-hamba-Ku (Wahai Muhammad), bahawa Akulah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani (bagi mereka yang bertaubat dan beramal soleh). Dan bahawa azab-Ku, adalah azab yang tidak terperi sakitnya, (bagi mereka yang tetap dalam kederhakaan)

Di suasana Ramadan ini, semoga taubat mempunyai ruang yang besar dalam hidup kita. Manusia disuruh takut melakukan dosa. Namun jangan kecewa jika tersilap. Di samping insan juga hendaklah selalu beringat, bahawa dosa yang terlampau setelah diberi peringatan, boleh menghilangkan ingatan insan untuk kembali kepada Tuhan.

Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 6-7: (maksudnya) Sesungguhnya orang-orang yang ingkar itu, sama sahaja kepada mereka: Sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman. (Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka, pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar.

Tuesday, September 2, 2008

Tiba Masa Untuk Implimentasi Ilmu!

Dipinjam dari blog Abah AKRINE

Dua orang anak saya, yang sulong dan yang kedua selesai pengajian masing2 pada tahun ini. AlhamduliLLAH beban sebagai seorang ayah berkurangan sedikit dimana sebelum ini 3 anak saya masih menuntut di pusat-pusat pengajian tinggi. Kini tinggal seorang yang berada di tahun 2 manakala anak yang ke 4 sedang mengikuti persiapan keluar negera tajaan MARA.


Muhammad Abdul Hadi lulusan sarjana muda kepujian dalam bidang filem animasi



Muhammad Afif Diploma perakaunan


Kalau ada diantara pengunjung blog ini mempunyai jawatan kosong dalam bidang berkenaan, saya harap bolehlah menghubungi saya di 017-3646461.

Terima kasih. Iklan sementara

Kelawar : Tahniah buat Along n Angah. Hari tu tak dapat join konvo, kene skolah (bahasa standart : ada kuliah). Masanya telah tiba untuk kalian menggunakan ilmu yang anda untuk ummah, diri dan keluarga. Jangan lupa tanggungan hutang Umi n Abah..

Lepas ni boleh tanggung Dida belajar pulak. Hutang Along kire setel la...

Ape agaknya nasib aku..?

Thursday, July 31, 2008

Profil Tuan Blog


"Lakukan sesuatu yang terus hidup setelah kamu mati" - Hukama

Saya bernama Nur Syahida Abdul Majid. Teman-teman kebanyakkannya memanggil saya 'Syie'. Dilahirkan di Batu Pahat, Johor pada 27 Mei 1988. Menetap di Kuang, Selangor sehingga kini.

Ayah saya bernama Abdul Majid Hasan (1961) pemegang ijazah Fizik Nuklear. Dulu bekerja sebagai pegawai penyelidik Institut Teknologi Nuklear Malaysia MINT. Kini bertugas sebagai ahli majlis bagi Majlis Perbandaran Selayang. Kerier yang lebih utama beliau adalah pengamal dan perawat perubatan Islam.

Ibu saya pula dinamakan Norleza Namin (1964) tapi nama ini hanya kekal pada IC. Nama yang beliau suka ialah Nor Liza Namin. Surirumah sepenuh masa, setiausaha dan personal asistan Abah juga sebagai Ketua Kewangan PAS Selangor.

Saya terselit dalam 5 orang hero. Waktu kecil kami selalu bermain perang-perang ala komando. Alhamdulillah akhirnya saya tersedar saya ini perempuan.
  1. Muhammad Abdul Hadi (1986) exMMU Cyber Jaya 08, Animasi
  2. Muhammad Afif (1987) Unisel, Akaun
  3. Muhammad Hilmi (1990) University of Auckland NZ, Mathematik
  4. Muhammad Azrul Azham (1997) SMK Bukit Gading
  5. Abdul Mujib (2003)

Pendidikan

1996 - 2000 : SRK Kuang Selangor
2001 - 2005 : MRSM Kem Terendak, Melaka
2006 - 2007 : Kolej Matrikulasi Pahang. Major Biologi
2008 - 2009 : Universiti Tun Hussein Onn Malaysia UTHM, Johor. Diploma IT
2009 - 2010 : Universiti Al al-Bayt, Mafraq Jordan. Usulludin
2010 - ???? : JUST, Irbid, Jordan. Perubatan

Keputusan PMR saya membanggakan seluruh orang kampung kerana muncul orang pertama 8A1. Oh, 8A dan 1 B bagi subjek Bahasa Arab Komunikasi. Pernah menjawat jawatan power di mata pelajar MRSM, iaitu Timbalan Presiden Badan Wakil Pelajar. Sangat suka dengan subjek sejarah menengah atas. Teringat kata-kata Cikgu Sejarah dulu, "Saya rasa Syahida satu hari akan jadi orang politik". Pandai-pandai saja cikgu ni.

SPM meruntunkan jiwa saya yang selama ini menjadi tutor dalam kebanyakkan subjek sains. Saya dapat B3 bagi semua subjek sains. Rupanya, Allah nak buka langkah saya ke KMPh, bertemu sahabat yang hebat dan di sanalah titik mula menjadi SAYA di hari ini. Tahun itu baru mengenakan tudung labuh, mengenali usrah dan kemanisan ukhuwah yang masih kekal hingga saat ini. MYTEAM, nama keluarga kecil kami.

Falsafah Hidup

"Lakukan sesuatu yang terus hidup setelah kamu mati"

Juga, kalau Ustaz Hasrizal dengan motonya Erti Hidup Pada Memberi, saya pula yang belum ada lesen, sangat berpegang pada moto Erti Hidup Pada BERKONGSI. Semua benda saya mahu kongsi, sampaikan hal peribadi pun nak kongsi juga. Adoi.

Misi Hidup

  1. Menamatkan bidang perubatan ini secepat mungkin
  2. Mendapatkan ijazah/diploma dalam bidang Usuluddin
  3. Membuka mobile clinic di pendalaman
  4. Membuka sebuah Kampung Buku
  5. Terlibat langsung dalam Fathul Malaysia
  6. Menjadi guru sejarah di Sabah! Ya, Sabah!

Pencapaian dan Kepimpinan

  1. Timb Pres Badan Wakil Pelajar 2004/2005
  2. Juara Silat MRSM SeMalaysia 2005
  3. Exco Akademik Jawatankuasa Perwakilan Pelajar 2006
  4. Pengarah Minggu Bahasa 2006
  5. Mewakili Matrik Pahang dalam Wilderness Camp Adventure Kolej Matrikulasi Se-Malaysia 2006
  6. Biro Badan Dakwah dan Hal Ehwal Semasa, Jawatankuasa Teman Pusat Islam JTPI 2008/2009
  7. Timb Unit Tarbiyah Majlis Kaunseling Pelajar 2010
  8. Timbalan Pengerusi PERMAI Intelectual Circle PINTAR 2011


Perhubungan

Email : syahidamajid@gmail.com

Tuesday, July 1, 2008

"Kalau Umi Pergi, Siapa Akan Doakan Kamu.."

Kemudi Hati
Ust Pahrol Mohamad Juoi


IBU MEMBERI, BUKAN MENERIMA

Saya benar-benar tersentuh. Air mata hampir menitis. Kata-katanya singkat, namun padat dan menyentuh. Tuan Syed (begitulah panggilan saya kepadanya) bercerita seadanya. Perlahan, seakan-akan berbual ringan.

"Cuba ceritakan apa keistimewaan ibu Tuan Syed?"
"Semua ibu istimewa"
"Tapi saya ingin dengar kisah ibu Tuan Syed. Ya, semua ibu istimewa.. Tapi keistimewaan seorang ibu dengan ibu lain pasti tidak sama. Apa keistimewaan ibu Tuan Syed?" pinta saya seakan merayu.

"Saya teringat..," Tuan Syed mula bercerita, "suatu hari semasa umi sangat uzur, dia ingin turun tangga melihat halaman rumah. Sakitnya kian berat. Badannya lemah. Saya papah umi menuruni tangga.."

Saya mendengar penuh minat.


"Tiba-tiba umi berkata, umi risau, kalau umi meninggal nanti, siapa lagi yang akan doakan kamu!"

Saya tersentak. Benar-benar tersentuh. Jika sayalah di tempat ibu Tuan Syed itu, mungkin kata-kata saya berbeza. Mungkin saya akan berkata begini, "Kalau umi meninggal nanti, siapa di antara anak-anak umi yang akan doakan umi. Jangan lupakan umi ya?" Tetapi sebaliknya bagi ibu Tuan Syed di depan saya. Dia bimbang kalau tidak dapat 'memberi' sedangkan saya bimbang kalau tidak dapat 'menerima'

SIAPA LEBIH BERTUAH


"Apa kesan daripada kata-kata ibu Tuan Syed?" cungkil saya.
"Semenjak itu hingga kini...selepas lima tahun kematiannya, saya tidak pernah luput daripada mendoakannya setiap kali selepas solat lima waktu. Kata-kata itu sangat berkesan di hati saya."

Matanya mula berair. Sebak. Jiwa saya 'terpukul'. Ah, lalainya aku, kekadang lupa juga mendoakan ibu seusai solat lima waktu.

Kini setelah hampir sebulan perbualan itu berlalu, hati saya masih sukar memutuskan... siapakah yang lebih bertuah, Tuan Syed yang mendapat ibu yang baik atau ibu Tuan Syed yang mendapat anak yang baik?

Tapi hakikatnya, siapa yang menyayangi, akan disayangi. Siapa yang paling tinggi kasihnya, dialah yang paling banyak memberi.. Ya, kita akan lebih banyak menerima jika kita memberi bukan untuk menerima!

Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. : 'Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussein bin Ali ra. Ketika itu Aqra bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda.

Berkata Aqra : "Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka.!"

Rasulullah melihat kepada Aqra kemudian berkata : "Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi."

(Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Tarbiyah : Spicy or Original?



Pilih, mana yang lebih menepati tarbiyah

Seorang naqib memarahi anak usrahnya kerana hadir lewat ke perbincangan.

Organisasi masjid menyuruh anak buahnya mengisi borang SPA (sistem penilaian ahli) yang merangkumi solat dhuha, qiam, ma'thurat, tadabbur Al Quran.

K.Yati mengajak ahli bawahannya untuk mempelajari cara membuat kuah rojak.

Apa jawapan anda?


JENAYAH KITA TEHADAP TARBIYAH

Tarbiyah sering disalah tafsir. Ini bukan tentang salah siapa-siapa. Sesetengahnya didoktrin oleh satu golongan, ada juga yang menafsirnya melalui pembacaan.

Kita sering melihat tarbiyah sebagai rukuk sujud. Penilaian tarbiyah sering kali dilihat dari sudut spiritual. Maka dengan ini, kita sendiri menjadikan agenda tarbiyah itu jumud, tidak syumul.


Bukhari seorang pengerusi masjid. Dia memang tidak dikenali diluar masjid. Dia hanya menonjol pada kuliah Subuh dan Maghrib. Hanya yang kaki surau tahu akan hebatnya dia dalam ilmu dan berpidato. Sekiranya ada program besar yang perlu dilaksanakan oleh organisasi masjid, Bukhari akan mengarahkan anak buahnya menjadi penggerak. Dia hanya memantau.

Bukhari memang suka mengeluarkan arahan mengejut. "Zuraida, petang ini awak kena jadi penceramah dlm tajuk akhlak Islamiyah". Kelam kabut Zuraida mencari isi. Hujung minggu, Bukhari bawa anak buahnya ke tasik. Semua harus terjun, wajib belajar berenang. Jarang sekali dia menilai buahnya dari sudut ibadah, padahal anak buahnya suka tidur lepas subuh, suka dengar Hot FM.

Oh ya, pernah sekali dia keluarkan arahan untuk Ruhiyah Month (RM). Silap sikit, didendanya dengan zikir 1000 kali.

Azim yang awalnya takut-takut untuk mengurus karnival, hari ini menjadi aset penting kolej kediamannya. Afifah yang dahulunya tak mahu menyandang jawatan dalan JPP, hari ini juga wanita yg kuat di gelanggang mahasiswa kampusnya. Zuraida? Tak usah cerita lah, kagum benar manusia sekelilingnya. Ada juga yang dahulunya tak reti menulis, sekarang telah mengeluarkan beratus artikel, dek arahannya dulu menyuruh mengeluarkan buletin RM.

Apa yang kita lihat, Bukhari sedang melatih anak buahnya berani bercakap dan pandai mengurus dalam pimpinan.

Waktu cuti, K.Fuza ajak anak buahnya mengikuti program anak angkat. Bekerjasama dengan orang kampung, anak buahnya diajar cara membuat soya, maruku, muffin, malah ada bengkel enjin. Haha, muslimat belajar enjin, macam-macam jadinya.

K.Anie pula, sangat tegas dalam kerja.

"Unit Risalah! Mana laporan?!"
"Huh, laporan ni salah. Buat balik!"
"Habih orentasi, balik! Tak yah lame-lame duk kat situ!"

Anak buahnya tiap-tiap hari gugur rambut, dek pressure teramat.

Tapi hari ini anak buahnya punya menjadi mentor tentang ilmu pengurusan.

Kelab Iqra sangat menekan tentang ikhtilat (percampuran lelaki perempuan). Lajnah tarbiyahnya sangat menjaga hal ehwal ibadah serta komitmen ahli. Kalau silap, ha.. Paling kurang pun, malu juga si pesalah nak pandang muka lajnah tu.


APA ITU TARBIYAH


Tarbiyah adalah pendidikan yang menyediakan ahlinya untuk terjun ke lapangan ummah, memenuhi kehendak masyarakat, agar dapat menarik orang sekelilingnya kembali ke fitrah.

Maka tarbiyah itu meliputi semua aspek. Bukan setakat ibadah ritual; teknik komunikasi, pengurusan organisasi, bertani, membuat web, menjana ekonomi, latihan pemanduan, sukan, bersosial, pembacaan, semuanya!

Ekoran itu, Nisa' Malaysia menjadikan Unit Tarbiyah sebagai central unit yang mengeluarkan arahan tentang SEMUA program mereka. Tak kira program Nisa' Small Kindness (yang kita rasa diketuai oleh Unit Khidmat dan Kaunseling) hinggalah ke OK 2 Karaoke.

Kesempatan berbual bersama K.Mastura, pengarah Nisa' Malaysia tak dipersia. Banyak ilmu yang sudi dia cerita. Menurutnya, Unit Tarbiyah merangka segala-galanya. Unit yang lain berperanan sebagai pelaksana. Patutlah Nisa' semakin gah, walau pun baru berusia 3 tahun!


PERATURAN PERTAMA : FAHAM

Nah, sekarang pastinya kita merasakan "Beratnya bidang tarbiyah!" Ya. Sangat amat berat.

Sewajarnya kita salute manusia yang diamanahkan dengan bidang ini. Mereka manusia luar biasa!

Jangan salah faham maksud saya. Mereka sama seperti kita, tak pernah sempurna. Tapi kekuatan mereka menjayakan lapangan itu yang kita kagumi.

Dan kita sebagai manusia yang ingin dididik pula, berperanan untuk memudahkan mereka. Mudah bukan sahaja 'Sami'na wa ata'na' (kami dengar, kami ikut..). Hulurkan jua buah fikiran, cadangan atau kritikan membina. Kerana mereka ingin membina KITA.

Agenda tarbiyah ini dipulangkan kepada pemiliknya. Acuan apa yang ingin diguna, agar produknya menempati pasaran. Ianya tergantung pada selera pemilik, tak lupa pula dengan keadaan setempat. Ada kampung yang hanya suka berbentuk bulat. Ada pula yang ingin kelainan. Dan pasti ada yang mahu varaiti pilihan.

Perkukuhkan agenda tarbiyah, hasilkan produk untuk manusia. Yang kita pasti, apa jua elemen tarbiyah yg diberi, pasti membawa kepada khusnul khatimah.

Kalau ditanya; Tarbiyah, spicy or original? Jawapan saya, WHOLE SET!! Anda?


Nur Syahida Abdul Majid
Lajnah Penerbitan, Informasi dan Multimedia
Kelab Iqra
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia UTHM
MEMBINA GENERASI HOLISTIK


Monday, June 30, 2008

Jaga Aurat - Ada Makhluk Lain Mengintai Kita


Ada kisah seorang wanita yang suka memakai baju-baju seksi 'gila' di luar dan di dalam rumah. Satu ketika, wanita ini dikatakan terkena penyakit buatan orang. Puas berubat sana-sini, akhirnya bertemu dengan seorang imam yang pandai mengubat penyakit berkaitan sihir dan saka.

Imam itu memberi satu sahaja pesanan pada wanita itu - tutup aurat dan jaga solat 5 waktu, Insya Allah sihir akan mampu dibenteng. Sambil itu, wanita tadi terus berubat dengan imam tersebut.

Setelah dia cuba mematuhi kata-kata imam, lama-kelamaan dia dapat merasakan ketenangan dalam diri dan terhindar dari gangguan 'penyakit' yang dirasakan sebelum itu. Dia rasa seronok bertudung, walaupun sebelum ini rasa panas dan rimas dengan sehelai selendang nipis.

Solat pun sudah tidak pernah culas lagi. Sebelum ini telekung berlipat kemas dalam almari. Suaminya turut terkesan dengan perubahan isterinya, dan dia pun terdorong untuk berubah. Sudah tidak belengging dengan seluar pendek. Dia tidak halang isterinya menutup aurat. Cuma pesannya, kalau hendak tutup aurat, buat betul-betul. Jangan ikut trend dan belajarlah agama. Pasangan ini mencari guru yang dapat menerangkan hukum syariat supaya tidak bosan beramal.



Di sinilah hikmah Allah mewajibkan semua wanita dan juga lelaki supaya menutup aurat seperti mana yang telah ditetapkan oleh syarak. Kerana apabila menutup aurat dan menjaga amal ibadah, kita akan didampingi oleh malaikat, dilindungi dari gangguan iblis, syaitan dan jin yang sentiasa mengintai peluang mengacau kita dalam apa jua keadaan.

Walau bersendirian, kita tetap perlu menjaga aurat di antara pusat dan lutut. Kita jangan 'perasan' kita seorang sahaja yang ada di bilik air, tandas, atau dalam bilik tidur, sebab ada makhluk lain yang lebih ramai. Kita tak nampak dengan mata kasar mengelilingi kita iaitu malaikat, jin, syaitan dan iblis.

Malaikat tidak akan mendekati kita apabila kita membuka aurat kerana malaikat sangat pemalu, seperti terbukti dalam satu kisah Nabi SAW didatangi Malaikat Jibril sewaktu baginda sedang bersama dengan Khadijah. Apabila Nabi SAW memberitahu Khadijah mengenai kedatangan Jibril, Khadijah meminta Nabi masuk ke dalam jubahnya (jubah Khadijah).

Kemudian dia bertanya Nabi SAW sama ada masih melihat Jibril, Nabi SAW menjawab 'Tidak'. Maka, Khadijah pun yakin yang datang itu malaikat, bukan syaitan, kerana malaikat tidak akan melihat aurat manusia.

Kepada para wanita, bagi melindungi diri dari gangguan iblis, syaitan dan jin dalam apa jua bentuk termasuk sihir, saka dan pelalau, kuatkanlah jiwa dengan iman, jaga amal ibadah yang telah Allah tetapkan, serta perbanyakkanlah amalan sunat dan zikrullah.



Suburkan peribadi dengan sifat-sifat mahmudah (sifat-sifat baik) seperti selalu bersangka baik dengan apa jua yang berlaku. Jangan mudah hasad dengki, jaga mulut jangan celupar, mata jangan menjeling dan menjegil ketika memandang orang. Akal pula perlu disuburkan dengan pemikiran yang baik-baik kerana semua ini akan mendorong jiwa jadi kuat.

Hati kena benar-benar tulus dan ikhlas, niatkan apa jua kerja kerana Allah dan dimulakan dengan basmalah di samping doa-doa lain. Sesungguhnya jin sangat susah mendekati orang yang ikhlas.

Tegasnya, langkah keselamatan untuk melindungi diri dari gangguan jin dan syaitan ialah dengan beramal bersungguh-sungguh dengan setiap perintah Allah. Tinggalkan sungguh-sungguh apa yang Allah larang. Sibukkan hati dengan zikrullah dalam aktiviti harian supaya ruang tenang itu tidak dapat dicelah oleh makhluk durjana.

Jalilah Ahmad
Editor Majalah Anis


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright 2009 Terbang | Lihat | Tafsir. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates | Blogger Styles | WP by Masterplan