Kunci syurgaku dibawa lari
Dan aku hanya melihat sepi
Menangis sendiri
Kunci syurgaku dibawa lari
Siapa yang curi?
Atau, akukah yang cuai menjaganya rapi?
Kunci syurgaku dibawa lari
Aku, tak daya merayunya kembali
Aku, tak daya mempertahankannya lagi
Sendiri, dengan cinta
Cinta yang direbut berkali-kali
Cinta yang tinggal serpihan barangkali
Cermin wajah yang retak
Bayang tubuh kusam hitam
Jiwa yang koyak
Ditutup dengan selendang
Kian nipis tapi warnanya cemerlang
Diintai sekalian orang
Antara membenarkannya pergi, bertarik tali
Kesetiaan yang ada pada jiwa
Dalam lagi membakar
Sering gagal diterjemah melalui anggota
Tinggal dalam laut kalam dan nota
Tapi, kau, mengerti, bukan?
Kunci syurgaku dibawa lari
Tolong, sebelum aku musnah dengan sendiri,
Tolong, kuatkan aku merampasnya kembali,
Tolong, lenyapkan dia yang asyik mencuri
Tolong! Kerana sungguh, aku tak ada daya lagi..
2 comments:
semoga tidak dicampak ke laut kunci syurgamu,
jika pun begitu
pasti kan kau selam sedalam lautan
demi mencari kunci nan bernilai
mengecap syurga tanpa digula-gulakan untuk memetik buah khuldi,
bagaikan mimpi di siang hari
semoga terus gagah adikku syi!
:)
Benar juga kan kak Aishah? Sedang dalam syuga itu juga, Adam dan Hawa diduga dengan si pohon khuldi
Apa lagi, kita yang masih di sini
Amin amin, mari kita kuat!
Post a Comment