>>test

Saturday, July 23, 2011

Ketika Kader Menyintai Dakwahnya





foto : Amirah Labibah. Bulatan-bulatan cinta batch kami


Luahan hati seorang kuli dakwah
Yang mulanya aku kongsikan kerana ayatnya yang memikat
Tapi kini aku kongsikan
Dengan menahan sendu yang dalam

Jalan dakwah,
Nampaknya masih ramai yang belum terpikat


Kata-kata "Sang Murabbi" KH Rahmat Abdullah

Aku rindu zaman ketika halaqah adalah keperluan,
Bukan sekadar sambilan apalagi hiburan

Aku rindu zaman ketika membina adalah kewajiban,
Bukan pilihan apalagi beban dan paksaan

Aku rindu zaman ketika daurah menjadi kebiasaan,
Bukan sekadar pelangkap pengisi program yang dipaksakan

Aku rindu zaman ketika tsiqah menjadi kekuatan,
Bukan keraguan apalagi kecurigaan

Aku rindu zaman ketika tarbiyah adalah pengorbanan,
Bukan tuntutan, penghujahan dan perdagangan

Aku rindu zaman ketika nasihat menjadi kesenangan,
Bukan su’udzan atau menjatuhkan


Aku rindu zaman ketika
Kita semua memberikan segalanya untuk da’wah ini

Aku rindu zaman ketika
Nasyid ghuroba manjadi lagu kebangsaan

Aku rindu zaman ketika
Hadir liqa adalah kerinduan
Dan terlambat adalah kelalaian

Aku rindu zaman ketika
Malam gerimis pergi ke puncak mengisi daurah
Dengan wang yang cukup-cukup
Dan peta yang tak jelas

Aku rindu zaman ketika
Seorang ikhwah benar-benar berjalan kaki 2 jam di malam buta
Sepulang menyampaikan da’wah di desa sebelah

Aku rindu zaman ketika
Pergi liqa selalu membawa infaq, alat tulis, buku catatan dan Quran terjemah
Ditambah sedikit hafalan

Aku rindu zaman ketika kader menangis karana tak bisa hadir di liqa

Aku rindu zaman ketika
Tengah malam pintu diketuk untuk mendapat berita kumpul di subuh harinya

Aku rindu zaman ketika
Seorang ikhwah berangkat liqa
Dengan duit dibahagikan buat belanja esok hari untuk keluarganya

Aku rindu zaman ketika seorang murobbi sakit dan harus dirawat,
Para kader yang bersamanya mengumpulkan dana apa adanya

Aku rindu zaman itu..



Ya Rabb
Jangan Kau buang kenikmatan berdakwah dari hati-hati kami

Ya Rabb
Berikanlah kami keistiqamahan di jalan dakwah ini




Erti hidup pada memberi?
Hampir sahaja saya berputus asa dari slogan ini!



6 comments:

Anonymous said...

peh.

segan ana.

Syahida Majid said...

Bilangan naqibah PINTAR masih belum cukup. Bukan setakat tak cukup, tak cukup! (penekanan di situ)

Agaknya, bila boleh (bersedia) jadi naqibah? Tahun 6?

Arghh, jangan membebel..

Salah sendiri, tak reti mendidik orang nampaknya.

Teringat pesan senior dulu. Antara lain peranan usrah ialah, supaya anak usrah boleh berdiri sendiri tanpa usrah (tanpa naqib) dan langsung bersedia mencipta usrahnya sendiri.

Gagal!

-cidak- said...

ramai orang masih gerun menjadi kader dakwah kerna mengatakan diri belum cukup sempurna.

tapi,sebenarnya bila kita menjadi kader dakwah. kita men'improve diri' dan mengajak orang lain sama..

islah nafsak,wad'u ghairak.~
siapa lagi yang mahu islah masyarakat jika bukan kita yang punya secuit kesedaran dan keimanan..

Anonymous said...

k shii... bakpe gambo nihh?? malu ai.. dohle pejam mate..

K.Syi said...

Gambar ni je yang terpilih. Huu. Sori cah, dok oyak ko awak

Ain Mardhiah said...

jangan putus asa lagi kak syi. insyallah ada lagi tu rasanya.. doa banyak2 moga2 ada hati yang terdetik nak setuju.. amin... =)

p/s: dah jauh2 kat malaysia pun still pening lagi dengan PINTAR. Tabik ! =) smoga allah permudahkan urusan kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright 2009 Terbang | Lihat | Tafsir. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates | Blogger Styles | WP by Masterplan