>>test

Wednesday, December 23, 2009

Re Post : Tarbiyah Aqliah (kelawarHijau zaman UTHM)

Mengorek-ngorek post sebelum ini, terjumpa artikel ini. Artikel ini membawa memori kerana ia adalah post terakhir saya sebelum meninggalkan bumi UTHM a.k.a Kuitto. Waktu itu, saya sendiri tak pernah menyangka saya akan ke Jordan. Ah, dunia memang menarik bukan? Sekelip mata segalanya berubah.

Satu lagi, artikel ini membuatkan saya semacam baru kenal diri sendiri kembali, "Oh ye, aku kan gila buku dulu? Kenapa dah hilang perasaan tu ye?". Dan tiba-tiba rasa sayu, nak balik Malaysia dengan cepat. Rasa nak jadi mahasiswa Malaysia kembali. Tiap minggu turun naik bas berkepit dengan buku baru.

Here it goes..

Sesungguhnya ini bukan kedai buku Freedom di Parit Raja.. (Oh, kalaulah bilik saya macam ni. Nak minta hantaran kahwin sekedai buku boleh?)

Pulang dari bermuktamar saya sempat menerjah kedai buku, satu hobi yang saya suka tapi boleh buatkan pengiring saya boring menunggu - lama sangat melepak dalam kedai buku.

Sempat saya rembat TIGA buah buku, maka cairlah RM63 saya dihujung waktu ni. Tak apalah, asalkan cuti ni otak saya tak kering dek duk sajo, nanti doso pula.. (oh, ayat ini, budak KI UTHM sahaja yang faham. Tapi istilah ni menarik, 'Duk sajo doso'. Maknanya, jangan duk sajo, wak kijo la)




Dibeli pada 11.30 pagi, setengah buku telah saya layan hingga 12 tengahari dan langsung tertidur kepenatan kenduri. Saya rasa saya ketinggalan zaman bila baru sekarang beli dan membicarakan buku ini, kerana ia telah pun diterbitkan pada Ogos lepas. Apa nak buat, baru jumpa depan mata.

Ia lahir hasil keluh-kesah penyokong PAS apabila muzakarah PAS-UMNO diwar-warkan untuk diadakan. Tapi itu bukan sebab utama saya buru buku ini. Tapi kerana ingin berkenalan dengan suasana kemelut PAS di bawah Dato Asri Muda sebagai Yang DiPertua PAS pada tahun 1981. Pada waktu itu Tn Guru Nik Aziz Nik Mat merupakan Ketua Dewan Ulama'

Tulisan Tn Guru tak pernah menjemukan saya. Membaca tulisannya terasa seperti sedang duduk di depannya, melihat bibirnya berkata-kata. Terasa telinga ini terdengar-dengar bibit bicaranya. Bicara yang penuh pesan, kiasan, mengolah masalah kini dengan membawa saya menyusuri sirah Nabi. Sungguh mengasyikkan!

Walaupun saya dilabel islamik, tapi saya bukannya fanatik Tn Guru. Pernah saya mengungkap, 'Alah, Tn Guru tu sama je dengan ulama-ulama di Malaysia ni. Pelik betul kenapa orang minat sangat dengan dia'. Memang saya pelik, melihat berduyun-duyun manusia sanggup datang dari jauh mendengar kata-pesan beliau, padahal boleh sahaja dibeli cd atau kaset ceramah agama yang berlambak di kedai.

Hinggalah saya bertemu dengannya di Kota Bharu Kelantan sekitar Mei 2007 dahulu, air mata berderai melihatnya buat kali pertama. Entah kenapa. Bagai ada embun dingin dihati melihat dia, mendengar ucapnya. Penuh lembut. Ah, kau hanya satu di bumi Malaysia ini.

Buku karangan beliau yang pertama saya baca ialah Muhammad SAW Insan Teladan Sepanjang Zaman (ITSZ). I do judge a book by its cover. Layout muka depan menarik, serta warna tulisannya yang perang menarik hati saya. Walaupun dalam hati terasa tak perlu membelinya kerana banyak lagi buku sirah di rumah. Mula saja saya membacanya, aduh, memang terasa 'sentuhan' membekas di jiwa. Beli, jangan lokek. Sekarang buku ITSZ dipinjam oleh adik di TF. Usai dia habis nanti aku tuntut semula =) (Tak sempat tuntut rupanya, terbang secara tiba-tiba. Oh adik, tolonglah simpan buku itu! Sangat sayang!)

Buku ini, saya tak ingat sempat atau tidak menghabiskannya sebelum terbang ke Jordan. Rasa macam tak sempat. Entah di ceruk mana buku saya ni dicampakkan. Bersabarlah wahai buku, aku pun sedang menyabarkan diri..




Muktamar semalam, ditayangkan dokumentasi pendek tentang kegemilangan dan kejatuhan Islam. Tantang 4 khilafah Ar Rasyidin, Muawiyah, Abasyiah, kesarjanaan Cordova, tentang Sultan Muhammad Al Fateh yang menguasai Constantinopol pada usia 24 tahun, tentang Salahuddin Al Ayubi yang gagal dihancurkan eranya selama 800 tahun, dan 'cemerlang gemilang terbilang' Malaysia dengan anak luar nikah, kebejatan sosial dan banyak perkara busuk lagi keji (ayat yang agak femes waktu muktamar).

Di akhir dokumentasi itu, tertera ayat 'Siapa yang akan menggantikan Umar? Adakah hanya mahu menanti?'. Terkesan dengan ungkapan itu, lantas saya pasak dalam hati, 'Aku akan ciptakan Muhammad Al Fateh, aku akan ciptakan Salahuddin Al Ayubi, aku akan ciptakan Ummu Sulaim!' Ya Allah, kau bantulah aku..

Buku ini saya beli untuk memotivasikan diri disamping mencari resepi kegemilangan mereka. Masih berbalut dalam plastik lagi bukunya. Ia ditulis oleh Dr Muhammad Nurhakim yang merupakan seorang pensyarah di Universitas Muhammadiah Malang, Jawa Timur. Memperoleh PhD dalam bidang Akidah dan Pemikiran Islam di Universiti Malaya. Jadi saya yakin serta percaya, buku ini dikarang bukan suka-suka mencari duit poket dan menambah lambakan buku seumpamanya, tapi ditulis atas kajian yang telus.

Ini pun tak sempat dibaca penuh. Setakat yang telah dibaca, buku ini memerlukan masa yang betul-betul stabil (dari sudut emosi dan fikiran) kerana isinya agak berat. Apa pun, dah tak ingat macam mana..



Bidang antropologi sentiasa menarik minat saya. Tambah-tambah buku ini ditulis oleh Ust Pahrol Mohd Juoi, seorang penulis profilik yang saya kagum lagi segani. Beliau berkelulusan Diploma Makanan, tapi yang jelas pemikirannya sangat luas. Pernah bekerja sebagai wartawan, pada saya cukup membuktikan 'kesahihan' (sebenarnya saya tak tahu perkataan apa yang patut diguna untuk menyampaikan maksud di hati) tulisannya. Juga merupakan penulis kolum Kemudi Hati untuk Majalah Anis. Kini merupakan Pengarah Penyelidikan Modul Pengurus Besar di Fitrah Perkasa, satu badan yang pernah dianggotai oleh Ust Hasrizal.

Awal perkenalan saya dengannya (baca : tulisannya) adalah melalui buku Tentang Cinta yang saya kutuk apabila terbaca tajuk bukunya. Ah, satu lagi picisan menghalalkan cinta murahan konon Islami!. Lantas saya beli untuk mencari kebrobrokkannya. Selesai kulit terakhir, jiwa saya penuh ilmu dan iman!

Dilema Melayu-Islam adalah isu penting yang perlu segera dikaji dan diambil tindakan. Bimbang dengan senario politik semasa, pemimpin bertelagah hingga lupa memikir masa depan rakyatnya. Pernah saya terfikir, mungkin suatu hari nanti orang Melayu di Malaysia mendapat nasib seperti pribumi Australia. Rakyat Australia sebernya bukan berkulit putih berhidung mancung seperti hari ini, tapi sebenarnya adalah orang asli berkulit gelap seperti orang Afrika. Tapi dek kurang ilmu, hak mereka dirampas oleh pejajah berkulit putih yang hari ini mengaku sebagai warganegara Australia.

Kalau orang Melayu mengekalkan sikap meLAYUnya, tak mustahil Melayu Malaysia hilang di dunia. Maka salahlah teori Hang Tuah..

Insya Allah, plastik buku ini baru saya robek. Malam ini kami akan berkhalwah. Tapi nampaknya K.Salwa sedang membawa lari. Nanti le, malam ni aku terjah bilik dia.

Ini satu-satunya buku berBahasa Melayu yang sempat saya bawa terbang. Inilah satu-satunya yang menjadi pengubat rindu bacaan tempatan. Lebih syahdu, dalam buku ini terselit banyak tiket bas, bukti saya memang suka membaca dalam bas ;).

Ust Pahrol, tulisannya memang menarik. Cuma, pandangan peribadi saya, beliau tidak sesuai menulis dan mengulas isu politik. Tulisan Ust Pahrol amat damai bila bersangkutan dengan elemen hati dan emosi. Sebab itulah bukunya 'Tentang Cinta' tip top habis!

Berkali-kali baca buku ini, berkali jugalah saya pening. Tulisannya agak memang berbunga-bunga. Biasanya tulisan tentang politik amat tajam lagi telus, bak kata makcik yang jual cendawan goreng di Fakulti Tekno Maklumat tu, 'Straight to the point!'. Apapun, cubaan yang bagus. Dan sesungguhnya, saya amat rindu dengan buah tangan beliau dalam kolum Kemudi Hati Majalah Anis. Ya Allah, rindu amat!


Pesan-pesan buat sahabat, tarbiyah itu bukan hanya tentang ruhiyah. Ruhiyah itu akan bertambah subur dengan emelen tarbiyah aqliyah. Malas membaca bukan sifat pejuang Islam.

Kelab Iqra, orang-orangnya mestilah ulat buku, kan? Duk saja, hah, berdoso la nanti =)

p/s : Buku Men From Mars Women From Venus ku digelamerkan waktu muktamar oleh k.Asma. Satu lagi buku yang dah berabad keluar baru beli. Aduhai..

Haha, buku MFMWFV adalah peneman saya dalam kapal terbang. Sekarang sudah kusam masam, ramai yang meminjam.

Tuesday, October 27, 2009

Sinergi Perubatan Moden dan Rawatan Alternatif



22 Oktober lepas ramai juga yang maklum akan kepulangan adinda allahyarhamah Nur Fatimah, puteri sulung buat Ust Ramadhan Fitri yang saya kira mashyur di kalangan mahasiswa dinamik.

Pemergiaannya mengundang sedih. Bukan sekadar pada kehilangannya, tapi kerana 'hilang punca' kematian adik Nur Fatimah. Para doktor tidak dapat mengenal pasti punca sebenar yang menyebabkan Nur Fatimah kemerosotan mendadak hingga beliau koma dan akhirnya pergi.

Punca yang tidak pasti, bakal mengundang kepada berulangnya ia kembali kepada yang lain.

Diselubungi Misteri

Penyakit-penyakit misteri yang tidak dapat diketahui para doktor bukanlah perkara baru. Saya pasti, di setiap buah keluarga, akan ada salah seorang ahlinya yang sakit, mungkin terlantar berbulan-bulan di hospital, kemudian terpaksa pulang dengan hampa kerana keputusan doktor : SEMUANYA NORMAL

Keluarga saya sendiri sejak dahulu mengalami penyakit-penyakit yang datang dan pergi. Abang saya yang kedua, sewaktu kecil sering mengalami gatal-gatal berbentuk seperti campak. Setibanya dia di klinik, semua tanda merah di badannya hilang.

Ibu saya mengalami migrain teruk sejak muda, kalau tak salah sedari belum berkahwin. Sakitlah macam mana pun, pabila diperiksa doktor, katanya, NORMAL. Paling-paling pun ubat tahan sakit berdos tinggi seperti Ponstant diberi.

Yang paling kami terkilan, adalah apa yang berlaku pada adik bongsu saya. Umurnya kini mencecah 5 tahun, tapi masih belum mampu bercakap dan agak sedikit responnya terhadap orang sekeliling. Mula bercakap 'Abah', 'Nak', 'Tak nak' dan beberapa perkataan sewaktu 3 tahun, tapi akhirnya merosot. Hari ini tiada sepatah yang keluar dari mulutnya kecuali 'Ouuk', 'Aaak', gelak dan tawa.

Mujib mula bercakap di waktu ini


Awal sangkaan kami Mujib mengalami masalah pendengaran, kerana tidak memberi respon apabila dipanggil. Beberapa kali dibawa ke pakar, telinga Mujib normal. Akhirnya doktor merumuskan bahawa Mujib mengalami autisma. Itu pun, hingga hari ini autisma tidak mempunyai ciri-ciri yang rigid dan penawar.

Saya?

Semenjak umur saya 12 tahun, saya mengalami seakan kekejangan pada seluruh badan. Awalnya pendengaran saya terganggu, suara dan bunyi sekeliling bagaikan tidak jelas. Kemudian saya sukar mengawal pernafasan, mengakibatkan tidak mampu bernafas menggunakan hidung, sebaliknya menggunakan mulut dalam kadar yang laju. Gigi saya mengetap dengan sangat kuat. Jari-jari tidak dapat dikawal, menjadi seakan menguncup dan saya tak mampu mengembangkannya kembali. Setiap sendi dirasakan kebas, seperti rasa 'semut-semut'. Seluruh badan sejuk seperti ais, akhirnya saya lembik tak mampu bercakap dan berdiri.

Khamis lepas ia berulang kembali. Semakin bertambah usia, ia seakan-akan menjadi lebih kronik. Tangan dan kaki bukan sekadar menguncup, tapi mengeras hingga tak terdaya untuk dilentur atau dibentuk oleh orang lain. Kali ini, wajah saya menjadi herot (tertarik). Kaki, tangan dan kepala tersentak-sentak tanpa dapat dikawal.

Sakit? Tidak, tapi penat! Dalam keadaan bernafas dengan sangat laju, dan kebanyakkan anggota mengeras, ah, penat!

Sejak kecil apabila dibawa ke klinik, semuanya menjawab, NORMAL. Banyak yang memberi kemungkinan bahawa saya mengalami stress. Tapi boleh saja ia terjadi selepas saya sedang bergelak ketawa dengan sahabat-sahabat.

Sebelum saya di CT scan kan


Akhirnya pihak Hospital Universiti Raja Abdullah, Jordan meminta untuk menjalani beberapa ujian. Ahad lepas CT scan dilakukan dibahagian otak. Dan esok hari, saya akan menjalani pemeriksaan Electroencephalography, EEG. EEG akan merekod aktiviti otak saya, biasanya dilakukan dalam keadaan tidak sedar.

Penyakit Misteri; JIN??

Masyarakat kita masih agak keliru dengan Jin dan hantu-hantu yang dikatakan merasuk manusia. Memang kebiasaannya, sekiranya doktor gagal untuk merawat sesuatu penyakit, kita akan mengambil alternatif 'rawatan kampung'. Perubatan tradisional ini termasuklah dengan penggunaan bomoh. Ulasan untuk hal ini sangat panjang, saya mencadangkan buat yang masih keliru untuk merujuk blog AKRINE untuk bacaan lanjut. Atau pun buka sahaja laman web Daruss Syifa.

Persoalan adakah penyakit-penyakit misteri ini ada kaitan dengan gangguan makhluk halus? Saya tidak menafikan hal ini, walaupun tiada sebarang bukti saintifik terhadap kewujudan entiti ini dalam penyakit. Tetapi melalui siri-siri rawatan yang saya baca, saksikan, ada sahaja penyakit biasa seperti demam mahupun selesema rupanya turut melibatkan gangguan jin. Malah ada teori yang mengatakan bahawa virus adalah jin (tetapi bukan semua jin adalah virus).

Pusat Perubatan AKRINE

Akhir zaman ini, penyakit-penyakit yang kita kira pelik semakin menular. Mungkin sahaja disebabkan kepelbagaian bahan kimia yang masuk ke dalam badan. Tapi mungkin juga ia disebakan oleh semakin ramainya jin yang mengganggu manusia.

Oleh sebab ini, menjadi satu keperluan untuk para doktor mengambil tahu, malah lebih baik, seandainya melibatkan diri dalam kajian terhadap rawatan alternatif menggunakan ayat-ayat ruqyah, iaitu ayat penawar untuk gangguan.

Masalah kemandulan
Masalah kehilangan janin dalam kandungan
Masalah 'mengandung anggur'
Masalah autisma

Dan beberapa masalah lain, yang telah BERJAYA diubati dengan ayat ruqyah, membuktikan keterbilatan gangguan dalam masalah ini.

Kelebihan saya yang mempunyai ayah, merupakan seorang muallij (perawat gangguan) adalah satu kelebihan EMAS untuk menjadikan perubatan moden disenergikan dengan rawatan dari Rasulullah.

Impian saya agar suatu hari nanti Pusat Perubatan AKRINE dapat ditubuhkan, dimana menggabungkan kedua-dua jenis rawatan, yang akhirnya dapat membawa pesakit kepada hakikat Iman. Iaitu dia kembali kepada Quran dan sunnah, dan akhirnya mudah-mudahan kembali pada Tuhannya dalam mencari penawar buat diri.

Thursday, October 1, 2009

Cerita Tiga Jilid

Perjalanan panjang. Sampaikah saya ke destinasi?

Sejak penghijrahan saya baru-baru ini, bertali arus soalan sama menerjah saya. Ala-ala Terjah Melodi tu lah.

Soalannya berbunyi, "Macam mana boleh bertukar bidang, dari Usuludin ke Perubatan? Cerita lah sikit.."

Jawapan saya selalu saya beri, dek terkadang terasa akan kepenatan mengurai kisah, "Panjang ceritanya.. Kalau dibukukan boleh jadi tiga jilid. Hah, kalau difilemkan pun, mahu kalah Ketika Cinta Bertasbih!"

Lepas tu, adalah tangan-tangan ketam mencubit saya..


Permulaan Kisah Panjang

Memang kisahnya amat panjang. Kronologinya bermula sejak kejatuhan saya di zaman matrikulasi. Yang mana hari ini saya dapat lihat hikmah di sebalik luka berdarah pada itu.

Luka dalam diri, luka kepada ibu sendiri.

Zaman matrikulasi saya tidak sehebat sahabat-sahabat MYTEAM saya. Malah terlalu jauh, hingga menyebabkan saya tidak layak untuk mendaftar ke mana-mana universiti.

Atas kegagalan ini, saya ingin lari ke bidang lain, bidang agama. Di zaman itu, saya baru sahaja kembali ke fitrah. Baru kenal kembali Allah, baru kenal kembali Islam, dan baru mengenali diri sendiri. Fitrah ini saya ingin suburkan. Sebelum ini saya banyak meragukan agama sendiri. Nauzubillah.

Saya ajukan cadangan kepada ibu saya bahawa saya memilih untuk ke kolej yang menawarkan bidang tersebut, malah yang paling saya idamkan adalah untuk ke Darul Quran.

Ummi membantah sekerasnya.

Hal ini menyebabkan kami bergaduh panjang, bermasam muka dan jarang berbicara. Kerana hasil perbicaraan akan membawa rasa yang perit.

Saya senyap-senyap memohon beberapa IPTA secara online.

Ummi juga bukan calang-calang. Dia menulis dan menghantar surat ke SELURUH IPTA di semenanjung, menggunakan nama saya, meminta diterima dimasukkan ke universiti dalam apa-apa bidang. Turut disertakan keputusan SPM dan sijil-sijil saya yang menggunung.

Saya terpana.

Proses Kedua

Akhirnya satu universiti menjawab permohonan Ummi. Universiti Tun Hussien Onn Malaysia, UTHM, Batu Pahat. Pihak administrasi UTHM begitu berminat melihatkan keputusan SPM saya, tapi 'saya' memohon untuk mana-mana bidang. Lantas saya dihubungi dan mereka tawarkan pada saya untuk memilih bidang yang saya sukai.

Universiti teknikal, bukanlah minat saya. Setelah dipaksa berkali-kali oleh Ummi untuk melayan panggilan admistrasi itu, saya memilih bidang Teknologi Maklumat. Sekurang-kurangnya, sesuai jugalah kot dengan saya yang kaki komputer ni.

Tapi Ummi bising juga, "Kenapa tak ambil engineering? Kan lagi bagus?"

Sehari sebelum pendaftran, sepatutnya kami sudah bertolak ke Johor. Kebetulan Abah pun ada urusan di sana. Tapi saya masih membatu di atas katil. Satu baju pun tak dikemas. Waktu hendak bertolak, Abah mengeluarkan statement, "Dah, biarlah. Saya (kepada Ummi) takde masa nak tunggu-tunggu"

Abah kurang campur dengan urusan tarik-menarik universiti ini. Bila saya mendapat tawaran dari Unisel jurusan Pendidikan Awal Kanak-kanak, Abah lantas setuju.

Ummi masuk ke bilik saya, "Tak payah kemas ape-ape. Masuk kereta terus. Nanti baju Ummi bawakkan". Saya buat-buat pekak, dalam hati serba salah, dibalut ego yang tebal.

Dan berlalulah mereka ke Johor tanpa saya. Sunyi rumah itu menambah bekas di hati. Saya menangis semahu-mahu. Keliru! Saya maklum tindakan saya itu adalah derhaka, tapi saya juga mahu diberi ruang. Selama ini, sejak saya kecil, saya menentukan segala keputusan sendiri. Ummi langsung tak masuk campur. Alih-alih hidup saya diatur, terasa dipaksa.

Dalam kekalutan itu, hanya internet yang dapat menghubungkan saya dengan luar. Telefon rumah rosak, telefon bimbit kosong kredit. Saya YM dengan seorang teman yang sedang berada di Mesir. Kata-katanya melembutkan hati saya. Pernah saya nukilkan dalam Kembara Solo Kembali Bermula.

Dan rakan itulah yang menghubungi Ummi, meminta agar abang saya menghantar saya ke Komuter.

Sejak hari itu, saya tidak bercakap lagi dengan Ummi selama dua bulan (kalau tak salah)

Belajar Erti Ikhlas dan Redha

Awalnya UTHM langsung tidak mempersonakan mata saya. Suasana universiti, rupa bentuk bangunan yang agak usang.

Walau hati saya perit menelan pahit, tapi Allah taqdirkan kemudahan dalam akademik. Semester satu saya amat memberangsangkan. Saya sering menjadi sebutan pensyarah Fakulti.

Tapi, hati masih belum boleh ikhlas sepenuhnya. Maka tiap langkah masih terasa berat. Bila hati sudah tak bahagia, kita mula menjadi bukan-bukan. Semester dua saya sibukkan diri saya dengan persatuan. Kesibukan yang melampau, hingga menjejas akademik. Bukan salah persatuan pun, saya memilih begitu. Kerasa saya terasa lebih 'hidup' dalam persatuan. Jujur, itulah persatuan TERBAIK yang pernah saya libati.

Lari Dari Universiti

Semester dua akademik merudum. Prestasi ke kuliah mengecewakan. Sering kali saya terlepas kuliah kerana terlajak tidur. Natijahnya, 1.92 untuk semester itu.

1.92 itu bagaikan tiket untuk saya lari. Banyak kali saya mengusul untuk undur diri. Banyak kali menangis seorang diri di balkoni. Seminggu sebelum Ramadhan saya pulang ke rumah bercuti. Asalnya cuti seminggu, tapi entah macam mana, saya tak pulang-pulang ke UTHM selama sebulan setengah.

Semakin hari terasa semakin takut untuk pulang. Menjadi makin keliru, penyenyap. Saya hanya duduk di rumah menghadap laptop. Ummi bagaikan dah hilang punca, biarkan saya begitu.

Saya terinspirasi untuk berhenti dari UTHM setelah menonton Oprah. Cerita tentang seorang jurutera di Microsoft, meninggalkan kerjayanya semata-mata untuk menghantar buku-buku ke ceruk dunia, buat tatapan anak miskin di sana. Dia jumpa bahagianya.

Selepas seminggu raya, saya pulang ke sana dengan satu tujuan, menarik diri secara 'gentleman'.

Jin Dari Perak

Sebelum berhenti, saya sudah menyediakan bank jawapan terhadap soalan-soalan Kenapa, Apa Perancangan Seterusnya, dll.

Saya merisik Kolej Daarul Hikmah dan Kolej Jaiputra, bidang Usuludin, yang saya impi-impi. Ummi diam tak kata apa-apa.

Rupanya Ummi sedang berusaha 'merawat' saya. Katanya, saya 'dibuat' orang. Orang tersebut kecewa kerana saya menolaknya. Diberi beberapa maklumat tentangnya, dalam kepala saya terpapar satu nama. Tapi saya diamkan pada Ummi, tak mahu dia rasa menang dengan dakwaannya (ego punya pasal..).

Kata Ummi, sebab itulah saya payah ke kuliah. Kerana dia tak mahu saya dilihat orang. Entah, saya malas nak percaya.. (Tapi perawatnya ialah Abah sendiri.. uhu).

Abah saya lepasan dari Darus Syifa, sekarang membuka klinik dan menawarkan khidmat latihan kepada perawat baru. Dalam rawatannya, ada seorang pesakit dari Terengganu. Entah macam mana kisah saya dikongsikan. Lalu pesakit ini menawarkan untuk membawa saya ke Indonesia, mengaji agama disana, kerana dia yang membiayai institusi tersebut.

Dia tanya lagi, SPM dapat berapa (penting sungguh SPM rupanya)? Setelah dijawab, dia ajak untuk ke Jordan. Kebetulan dalam masa terdekat ada pelajar yang ditajanya akan ke sana.

Masa terdekat, adalah seminggu!

Perjalanan Jauh Yang Membuka Pintu

Di Jordan, baru saya tahu bahawa kedatangan saya adalah secara haram. Sepatutnya perlu memohon dengan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dahulu. Maka berulang-aliklah saya ke Jabatan Pelajar Malaysia (MSD) untuk bersoalan jawab.

Sekali lagi, sijil SPM saya dibelek. "Eh, SPM awak bagus. Tapi tak ada Bahasa Arab, Quran. Macam mana nak ambil bidang agama, tak cukup syarat. Awak boleh ambil medik sebenarnya"

Saya geleng kepala. Ini kali kedua tawaran medik datang. Yang pertama selepas SPM, di Universiti Gadjah Mada Indonesia. 'Ah, saya bukan kaki study, kantoi la kalau ambil medik', fikir saya.

Bila saya khabarkan ke Ummi, aduh, semakin-semakin suka. "Kalau dia dah cakap macam tu, mestilah dia boleh tolong. Kakak usahakanlah"

"Kan dah bagus ambil agama kat Jordan ni.."
"Yela, ambil medik lagi bagus!"

Awalnya saya tak kisah sangat dengan saranan Ummi. Tapi sewaktu permusafiran saya di Mesir, saya banyak memikirnya. Memikirkan betapa lama saya menolak permintaan Ummi. Sedangkan Nabi pesan, dalam keputusan, dahulukan Ibu berbanding Bapa. Jauh, berbanding diri.

Sekali lagi Mesir mengubah fikiran saya (dulu rakan di Mesir..).

Permohonan secara sah dibuat dengan KPT. Saya pasrah. Dapat tak dapat, saya teruskan dahulu hidup di Universiti Al al-Bayt, Usuludin.

Bermula di Markaz Lughah, dengan bahasa saya di tahap 0, saya lepas dengan mudah. Sungguh saya tak percaya! Kemudian mengambil dua subjek, yang saya rasa amat damai dengannya. Sekali lagi saya lepas peperiksaan Bahasa Arab, sedangkan saya hentam sahaja.

Terdetik, mungkin ini petanda baik bila diturutkan kehendak Ummi.

Ramai yang agak menghalang untuk saya pergi dari Al Bayt. Saya pun. Semakin cinta pada tempat yang gersang, kampung lagi sederhana itu. Tapi ukhuwah di sana bukan calang-calang.

Akhirnya, keputusan datang. Saya diterima ke JUST. Saya pasrah. Banyak hikmah berlalu di depan mata. Hubungan saya dan Ummi yang semakin akrab, dan yang paling mahal, akrabnya saya dengan Penulis Cerita.

Perubatan atau Usuludin, yang menarik saya ke kedua-dua bidang ini adalah peluangnya dalam dakwah. Usuludin mendapat ilmu, Perubatan adalah aproah mahal kepada mad'u. Kedua-duanya baik untuk agama dan perjuangan saya.

Insya Allah.. Moga-moga khusnus khatimah. Amin!

Lepas ni, boleh la dijilidkan ye..

Sunday, September 20, 2009

Syawal Perantauan

Pagi Syawal yang cemerlang

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar

Laa ilaha illa Allah, Allahu Akbar...

Sunyi pagi tadi dipecahkan dengan suara merdu seorang anak Malaysia mengetuai takbir raya di masjid universiti.

Terasa bagai tak percaya bahawa hari ini aku beraya jauh dari tanah. Kerana sungguh, langsung tak terasa kekosongan itu. Sedetik dua, sebak datang juga, tapi ia kembali diserikan dengan gurau senda.

Sebelum Lebaran

"Syi raya kat mana nanti?", tanya adik Ika sewaktu saya hendak bertolak ke Irbid, memulakan hidup baru di sana.

"Insya Allah raya sini la. Kat sana bahan nak masak pun tak ada, kenalan pun belum rapat"

"Ha.. Datang awal sikit ye, boleh tolong-tolong masak.."
"Hahaha, saya datang pagi raya nanti. Datang makan je!"

Saya berpindah pada 13 September, seminggu sebelum raya. Bertukar tempat, universiti dan bidang. Dari Mafraq ke Irbid, dari Al Bayt ke JUST, dari Usulludin ke Perubatan. Satu perubahan besar dan sukar bagi saya.

Dan yang paling sukar, meninggalkan teman yang sudah seperti satu keluarga. Beraya tanpa mereka, pasti lebih terasa kosongnya.

Jesteru sehari sebelum Syawal, saya pulang ke Mafraq menaiki bus. Terasa seperti orang bandar pulang beraya ke kampung. Tapi uniknya, tak perlu risau tiket raya kehabisan. Pulang berjumpa Mak, Atok, dan makcik-macik. Opah kami beraya di Malaysia tahun ini.

Maka bermulalah misi kami untuk menjadikan raya di Jordan tak kalah dengan raya di Malaysia.

Kentang untuk dibegedilkan


Begedil sedia digoreng


Tart nenas gulung


Almond Jordan


Kuih makmur yang belum dimekapkan

Setelah mereka bermesyuarat (pastinya tanpa saya), semua bersepakat menyediakan juadah seperti berikut
  • Nasi himpit, lemang, ketupat palas
  • Nasi hujan panas
  • Rendang daging
  • Lontong
  • Ayam masak merah
  • Kuah kacang
  • Begedil sayur


  • Manakala kuih rayanya pula:
  • Biskut cornflakes
  • Biskut sarang semut
  • Biskut mazola
  • Kuih makmur
  • Kerepek bawang
  • Almond Jordan (sepupu Almond London)
  • Tat nenas


  • Serta kuih muih yang diposkan dari Malaysia.

    Hah, amacam?

    Takbir Ala Melayu di bumi Mafraq
    Masjid universiti, Bilal b Rabah


    Pagi-pagi saya dikejutkan dengan jam telefon bimbit. Aduh, ikutkan hati nak diteruskan saja tidur, keletihan masih mencengkam badan. Tapi melihatkan teman-temas yang sedang bersiap-siap untuk ke masjid, bingkas saya bangun. Mandi sunat Hari Raya, memakai baju baju (trimas Umi for the Baju Kurung Pahang!) dan berhias-hias.

    Hari ini hari kemenangan!

    Tahniah buat PRISMA kerana berjaya menyediakan suasana yang tak jauh beza dari Malaysia. Masji universiti sengaja kami minta untuk dikendali di Hari Raya. Bukan apa, takbir yang dilaung oleh orang Arab berbeza dengan lenggok takbir raya Malaysia.

    Malah, khutbah raya juga disampaikan dalam Bahasa Malaysia!

    Pulang dari masjid, kerja-kerja masak masih belum beres sebenarnya. Hampir pukul 10 pagi baru kami berkumpul untuk bermaafan dan makan.

    Tak lupa, sesi bergambar!

    Yang Berada di Malaysia

    Keluarga di Malaysia beraya di Johor seperti tahun-tahun lepas, semenjak kedua atuk dan nenek di Perak sudah tiada. Terkejut saya dengar bila Umi kata mereka pulang hanya dengan satu kereta. "Muat ke? Cemana duk berimpit-impit tu?"

    Rupanya, Abah kurang sihat. Jadi Abah bergilir-gilir dengan Angah memandu ke Johor.

    Saya telefon mereka dalam pukul 12 malam Malaysia, kerana saya pasti semuanya sudah berkumpul bersama. Aduh, meriah benar bunyinya. Biasalah, bila golonan mak-mak ini berjumpa, sesi bergosip menjadi semakin panas. Telefon bertukar tangan seorang ke seorang. Katanya sedang duduk menatap Kosmo!, membaca salam perantauan saya. Haha

    Cadangnya pagi raya hendak telefon semula, tapi saya yang tak sedar. Pagi raya di Malaysia, di sini pukul 3 pagi. Makanya, pukul 2 Malaysia baru saya telefon. Telefon di waktu masing-masing telah kepenatan keliling kampung, jawabnya lebih ramai yang tidur dari jaga..

    Apa-apa pun, raya di perantauan ini tidaklah sepi mana, seandainya punya teman-teman bersama. Inilah hikmah UKHUWAH.


    Salam hari raya dari kami di Jordan

    Tuesday, September 1, 2009

    Computers-Friendly Tips For Student Going Abroad



    This articles would like to provide you with few insights on technical or should we say IT-related preparation for those who would like to pursue their studies overseas this month and mostly next month. But let we congratulate you for your success!


    Computer / Laptop

    Tips: If you already have a laptop, you can either keep it or buy a new one. But usually, laptop in Jordan are highly expensive :) Oh, and if there is a problem with it is kinda hard to fix it. If you own a desktop, we suggest that you don’t bring it. It will cause major damage when it comes to Arabic people handling your luggage.

    Computer Accessories

    Please find below list some useful stuff if you wish to buy from Malaysia, the rest you can get it overseas:

    USB Stick / Thumbdrive
    Portable Hard Disk
    USB Cable / Network Cable
    Webcam (if you laptop don’t have one)
    Headphone + Microphone (very important to call home from your laptop)

    Tips: Most of the time, the computer accessories overseas are quite expensive.


    Software

    This might be the scary part of it but we reckon you’d be fine. There are cases two years ago that the immigration of some countries would open the laptop and look for pirated software packages also operating system especially Windows. They will get rid of it on the spot. But personally, you should be fine.

    Tips: Get an original copy of OS (Windows) from Malaysia. Here’s how to know if you have the original copy of Windows on your computer or laptop:

    For a laptop, if you look beneath your laptop, there should be a sticker of Certificate of Authenticity.



    Another tips: If you wish to reformat your PC, you can use the Product Key as your Windows Software key.

    We also recommend you to buy Anti-Virus because it is also much more cheaper in Malaysia. So, in a nutshell (lol), below are the software checklist:

    Do you have the original copy of Windows?
    Anti Virus?
    Your own laptop CD driver
    Microsoft Office? For alternative, you can download Open Office (for free)


    Oh, and not forgetting about calling home!


    If you wish to call home, there are number of ways. And tell your family this: Calling from overseas to Malaysia is much more cheaper!

    This will be divided into two: - either you have the internet at home or not.

    Family that have the Internet at home

    Tips: Get a Yahoo Messenger or Skype account. You can talk for free using it! Plus, the reason why we ask you to get a web cam is that you can have a video conference with your family thousand miles away! Try it, they’ll love it!

    Family that don’t have the Internet at home

    Tips: Some rural area don’t have the Internet at home. So, what we did is that we call using Low Rate Voip account to his family. This will cost you a bit but not that much, like 3 cent per minute. Oh, and there is one more. Calling card! You can get a calling card to call Malaysia for much cheaper price using your phone abroad. It is good and clear! So, if you already started to feel homesick, don’t!

    Now we have provide you with few tips and we hope you will find it useful. Should would like to add or ask anything, please let us know. Feel free to ask us, alternatively, you can mail or ym at albayt_prisma (at) yahoo (dot) com if you have any specific questions. All the best and congratulations once again from us! Have a safe journey and please share this article with your friends as well!

    Tuesday, August 25, 2009

    Qutayf (قطيف) Sebagi Juadah Ramadhan

    Ramadhan di Sakan baru


    Ini kali pertama saya berpuasa di luar Malaysia.

    Ramai sahabat yang bertanya, "Best puasa di sana?", "Apa bezanya?".

    Hm, apa saya nak jawab ye?


    Prolog Ramadhan : Pindah Memindah

    Barang-barang punggahan hari terakhir pindah


    Beberapa hari sebelum Ramadhan, kami bersusah-payah menjayakan proses pembasmian pelajar Malaysia dari Sakan 4. Musyrifah Arab beriya-iya mahu kami keluar dari Sakannya itu. Kalau orang tak hendak, kita lagilah tak mahu. Tapi yang kami rungutkan ialah barang-barang yang belambak. Bayanglah, barang selama empat tahun. Dengan rak-raknya. Aduh.. Tambah lagi ramai yang telah pulang ke Malaysia. Maka kami diwasiatkan kami harta-harta mereka. Kalau duit seronoklah juga..

    Dalam satu hari, 5 kali trak ulang-alik mengangkut barang kami. Bayaran pengangkutang kadang mencecah 10 dinar (RM50). Padahal jaraknya tak sampai 1 kilometer. Selesai diangkut, proses mengemas pula menanti. Ah, sebelum mengemas, membersih. Memang penat!

    Kepenatan sebegini hingga hampir membuat kami lupa akan ketibaan Ramadhan. Hampir-hampir kami lupa malam itu bermulanya terawikh.

    Catatan Awal Ramadhan

    Malam pertama, semangat ke terawikh!


    Untungnya duduk di sakan baru ialah jaraknya yang dekat dengan kebanyakkan tempat. Dekat dengan masjid, pejabat pos, dan lalu-lalang kenderaan. Jadinya, untuk bergerak ke masjid di malam pekat tidak terlalu 'mendebarkan'.

    Sebelum masuknya waktu maghrib, kami semua berkumpul di bilik tv bagi membaca surah Yasin dan Assaffat sebagai tanda perasmian kediaman baru. Kemudian pembahagian kumpulan tadarus dibahagikan. Tahniah buat timb pengarah Ihya Ramadhan, cik Masyithoh kita. Badan saja kecil, wibawanya besar sungguh.

    Solat berimamkan orang Arab, tak jauh pun bezanya. Cuma selepas solat tiada zikir dan doa seperti kita. Di Malaysia, selepas setiap empat rakaat solat terawikh akan ada zikir dan doa. Tapi di sini, sesi tazkirah menggantikannya.

    Pulang dari terawikh, masing-masing berkumpul mengikut kumpulan tadarusnya. Alhamdulillah, belum pun berpuasa sudah selesai setengah juz pertama. Rancangannya satu juz terus, tapi melihatkan mata masing-masing yang kuyu, bacaan disambung ke pagi esok.

    Pagi itu, kami bersahur agak mewah. Nasi mandi (seakan briani) berlauk ayam. Sebenarnya makanan lebih semalam.

    Selesai subuh, kami melangsaikan hutang setengah juz semalam. Di tambah lagi dengan juz dua. Dengan mata yang mengantuk dek tak tidur semalam (semangat macam nak sambut raya), habis tungang-langgang huruf dibaca..

    Satu hari berpuasa tak terasa mana. Mungkin kerana berpuasa di musim cuti, aktiviti tidak memenatkan. Tak sedar jam berputar, tahu-tahu sudah petang. Bermula projek menyediakan juadah berbuka.

    Saya dan K.Raja begitu teliur hendak minum air sirap. Di Jordan tiada perisa ros untuk air sirap. Rupanya ada dikalangan kami yang menyimpannya. Apa lagi, saya dan K.Raja terus mula. Air yang kami namakan sirap selaseh kasih-kekaseh, hehe.

    Moreh pertama, Diwali. Nasi (seakan pulut) bersama daging kisar, dibalut dengan daun anggur. Rasa masam, tapi memang sedap. Yang hijau muda tersorok sikit tu, Kusa (camtu kot namanya). Seakan timun, juga disumbat dengan nasi. Musyrifah Arab bagi


    2 Ramadhan, Gangguan

    Bazar Jordan??


    Hari kedua Ramadhan saya gembira dengan kehadiran barangan dari Malaysia. Cubaan Umi menghantar bungkusan ke sini berjaya nampaknya. Dapatlah saya satu set baju, tudung dan kasut raya. Gembiranya!

    Waktu petang pula kami menghadiri mesyurat Sekretiat Sambutan Pelajar Baru. Ha, ini baru terasa penat. Untuk ke tempat mesyuaratnya perlu mendaki tangga sebanyak.... tak ingat. Tapi sampai ke atas, gigil juga lutut.

    Muka alien dipakaikan topeng dengan malasnya menggunakan GIMP. Waktu ini memegang taklifan sebagai Timb Pengarah SPB Mafraq


    Pulang dari mesyuarat kami melawat 'bazar' Ramadhan Mafraq. Hm, mana ada bazar kat Jordan. Pasar ini ada tiap-tiap hari.

    Moreh semalam K.Sodiq perkenalkan kami dengan sejenis menu yang lazim ada di bulan Ramadhan. Qutayf (قطيف) namanya. Hari ini kami sempat melihat sendiri proses membuatnya. Pada saya, bancuhannya tak jauh beza dengan lempeng (pancake). Cuma rasanya sedikit tawar. Mungkin tak diletak gula. Orang Arab kata, gula hanya untuk air, bukan masakan.

    Proses penyediaan qutaif. Kedai ini advance sedikit, pasai mesin


    Suka benar pak cik ini. Sampai naik qutayf ke ketayap


    Qutayf siap dimakan. Ni pun moreh

    Sesampainya di sakan, kepala mula berat. Badan terasa seperti di awangan, umpama naik sampan biarpun waktu duduk. Fikir saya, takkanlah baru berjalan sedikit waktu puasa ini dah keletihan sampai begini sekali. Usai solat Asar saya tidur, hajatnya hendak menghilangkan perasaan-perasaan pelik ini.

    Saya terbangun bila K.Hanisah gerakkan saya. Hati memberontak untuk bangun sebenarnya, masih mahu tidur. Tapi K.Nisah berkeras mahu saya bangun dan berbuka. Terpaksa saya ke tandas dan basuh muka. Sengaja saya lambat-lambatkan pergerakan, harapannya K.Nisah bosan menunggu lantas meninggalkan saya. Dengan itu saya akan kembali ke bilik dan menyambung tidur.

    Hampa, K.Nisah memang tegar.

    Sesampainya ke depan juadah, tekak benar-benar protes. Air hanya diteguk setitis dua. Duduk depan dulang, saya hanya memandang. Pandang dengan perasaan semacam geram dan benci. Lantas saya bangun, mencari-cari bilik yang boleh saya baring.

    Sedar-sedar (separuh sedar) ada orang sedang meruqyah saya. Langsung tak upaya untuk bangun dan buka mata. Sambil gigi saya terketap-ketap dan mata asyik menangis. Lama saya begitu, hingga selesai orang solat terawikh. Trimas buat yang sudi menjaga.

    Dan hari ini, ada seorang lagi yang terkena gangguan. Lebih teruk, jinnya bercakap. Dari Banting katanya.

    Aduh, bulan puasa pun nak kacau orang.

    Hm, jin pun kena puasakah? Kena tanya Abah ni..

    Tuesday, August 18, 2009

    Repost : Selamat Hari Lahir Teman!



    Malas nak buat post baru. Lagi-lagi musim pindah randah. Ni post setahun lepas

    Post ini teristimewa buat sahabat-sahabat tersayang, yang menyambut ulang tahun kelahiran mereka Ogos ini.

    Pertamanya, mari kita lihat ciri-ciri orang Ogos yang dibentang oleh Dato Dr Hj Fadzilah Kamsah


    * suka berlawak
    * mudah tertawan kepadanya
    * bersopan-santun dan mengambil berat terhadap orang lain
    * berani dan tidak tahu takut
    * orang yang tegas dan bersikap kepimpinan
    * pandai memjuk orang lain
    * terlau pemurah dan terlalu ego
    * nilai harga diri yang sangat tinggi
    * dahagakan pujian
    * semangat juang yang tinggi
    * cepat marah dan mudah mengamuk
    * mudah marah apabila pandangannya dikritik
    * sangat cemburu
    * daya pemerhatian yang tajam
    * cepat berfikir
    * suka berdikari
    * suka berangan-angan
    * berbakat dalam seni lukis,hiburan dan silat
    * sangat sensitif dan tidak mudah merajuk
    * cepat terkena penyakit
    * suka belajar untuk berehat
    * sikap kelam-kabut
    * romantik,dan berkasih-sayang
    * suka mencari kawan


    8 Ogos : Nurul Syarirah Muhamad

    Budak ni tak tahan sejuk, tapi suka benar dengan salji


    Tahun ini tahun terakhir Syair meraikan belasan tahunnya. Tahun depan sudah 20. Syair orang Terengganu, boleh tahan pekat loghatnya.

    Siapa yang rasa bosan, bolehlah rapat-rapat dengan Syair. Dia seorang yang periang lagi banyak cerita. Tak cukup 3, boleh sampai 10 cerita dikisahkannya. Tak cukup dengan mulut, tangan-tangannya akan menambah tarikan cerita.

    Syair jarang melawak, tapi cepat tergelak. Kadang rasa tak lawak pun, tapi dia dulu yang terguling ketawa. Mudah betul nak ceriakan dirinya apabila berduka. Satu lagi, Syair ni ahli akademik. Tidaklah kuat stadi, tapi cukup mementingkan akademik. Hinggakan waktu keluar keputusan peperisaan, gemuruh habis. Kalau tak jumpa dia waktu itu, cuba cari dalam tandas. Hah, mesti ada.

    Dan semester ini, dia telah pun naik pangkat. Sekarang memegang sebagai timb unit Akademik. Sesuai sangatlah tu.

    13 Ogos : Mohd Anur Omar (Nuex)

    Nuex berbaju Oren


    Nuex teman seMYTEAM saya. Sama-sama bercita-cita untuk menawan Malaysia. Orang Terengganu yang pernah rasa tidur dalam lokap sehari, dek projek tarbiyahnya. Nuex yang saya kenali, memang amat lucu. Mudah benar buat kami ketawa terguling-guling. Paling tepat pada ciri pertama orang Ogos. Hah, dia ni orang siasah. Tapi jangan tak caya, Nuex berbakat besar dalam lakonan.

    Di kalangan MYTEAM, dia adalah yang paling rajin mengisi ilmu di blog rasmi kami SirrulAsrar.Blogspot.Com.

    Pada saya, sahabat saya ini bakal menyinar dengan lebih dahsyat. Lagi-lagi jadi anak didik Ustaz Asyraf, hah, lagi hebat! Nantikan dia di pentas Malaysia. Sekarang pun sudah mula menyilau di UTeM, atau bak katanya, Universiti Terbaik Malaysia

    19 Ogos : Nurul Husna Mohamed@Ismail

    Senyum seorang YB. Dalam hati siapa tahu?


    Yang ini pun orang Terengganu. Hari ini K.Husna, 22, orang besar di Al Bayt. Undian buatnya yang paling tinggi, malah lebih tinggi dari undian kerusi Presiden. Inilah Timb Presiden Persatuan Mahasiswa Malaysia Univ. Al Bayt (PRISMA), atau lebih mudah kami gelarkan YDPah.

    K.Husna tak pandai mana untuk berlawak, tapi gelagatnya yang sering membuatkan kami ketawa. Lebih-lebih sejak menjadi orang mega besar ini, peningnya menjadi-jadi. Makin-makin kami ketawa.

    Yang paling selalu kami ajukkan ialah loghat Ganunya yang pekat teramat. Hingga 'shukran' akan menjadi 'shukrong', 'ikhtilat' jadi 'ikhtilak', macam-macam. Tak apalah, ini yang akan kami kenang-kenang.

    K.Husna laju dalam gerak kerja. Laju juga bab masak-memasak. Juga laju bab kemas-mengemas. Hah, lengkap sudah untuk dirisik. Ops, sudah berpunyakah? Itu, tanya tuan punya badan lah ye...

    21 Ogos : Muhammad Waliyuddin b Baharuddin

    Wali, yang paling lebar senyumnya. Jaga, terpikat nanti..


    Wali, atau kami bahasakannya Angah, sahabat MYTEAM saya juga. Anak kelahiran Raub yang bakal menggegar Pahang. Saya mengenalinya dahulu sebelum Nuex, kerana kami satu organisasi di Matri Pahang dulu.

    Wali hampir-hampir menjadi MPP UKM. Tapi rezekinya belum sampai, sekarang ini menjawat YDP Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains & Teknologi. Orangnya mudah masuk dan mesra dengan sesiapa. Hingga mak cik yang membersihkan RUMAH kami di matrikulasi dulu sangat berkenan dengannya. Tak hairanlah telefon bimbit Wali sering di'miss called' dari nombor-nombor tak dikenali. Nak jadi peminat? Kena beratur dahulu nampaknya..

    Bakat kepimpinan, ah, tak perlu difikir-fikir lagi. Sudah memang menyinar sejak di SMAPKajang lagi. Nampak cool, tapi cuba-cuba buat Wali marah, memang boleh pengsan.

    22 Ogos : Siti Noor Artiqah Said

    Alang bersama arwah Ma tersayang


    Yang ini pun orang Terengganu. Suka memanggil saya dengan Syilalala. Orangnya kecil molek, besar kemungkinan tak cukup berat badan. Jenaka Alang selalu tanpa sengaja, tanpa sedar. Sudah terlalu lama saya tak bertemu dengan Alang. Sudah gemukkah sekarang?

    Satu perkara yang istimewa pada Alang, adalah dia tak makan kuih-muih. Segala jenis kuih tak akan disentuhnya. Biar pun asalnya ia adalah sejenis kek, tapi dipanggil kuih. Haha, kelakar bila saya fikirkan. Alang memang unik.

    Alang sekenal saya, seorang yang manja. Tapi dedikasinya terserlah dalam kerja. Wajah dan gaya cakapnya terus berubah. Badan pun tegak semacam.

    Buat semua teman-teman yang menyambut ulang tahun kelahiran Ogos ini, moga usia kalian diberkahi, seiring dengan peningkatan amal dan iman. Moga terus thabat dalam perjuangan yang menyakitkan ini.

    Selamat mendaftar di Madrasah Ramadhan!

    Juga buat cik Nuha 2 Ogos, dan cik Tam 22 nanti

    Thursday, July 16, 2009

    Kampung Buku

    Saya tak tahu sejak bila kecintaan saya tumpah pada buku.

    Seingat saya, sejak kecil umi dan abah rajin mengangkut kami anak-beradik ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Saya masih ingat, saya berjaya membodek 3 set Majalah Bintang Kecil sebanyak 50 sen per set.

    Sehingga hari ini, siapa yang pernah memasuki rumah saya, akan menyaksikan kesempitan setengah rumah, yang disebabkan oleh rak-rak buku yang beratur sepanjang koridor.


    Umi sering belikan kami buku bergenre sains dan kisah-kisah Al Quran. Ada banyak set buku sains tentang alam, tumbuhan, dinasour dan sebagainya. Jua buku dogeng dan berpuluh buku pra membaca dalam bahasa Inggeris. Yang paling abang (Along) saya minat adalah buku oregami, komik dan buku fiksyen. Ala-ala perlawanan raksaksa. Wang belanjanya juga sering dilunaskan untuk membeli komik Dragon Ball. Angah jarang melekat pada buku, dia lebih suka beraktiviti.

    Saya pula, suka cerita dogeng Inggeris dan rakyat. Serta kisah dari Al Quran. Tak lupa, majalah Tatih yang hari ini dikenali dengan nama Asuh. Adik saya Hilmi suka buku sains, dengan praktikal eksperimen. Manakala Azrul paling minat dengan dinasour serta haiwan reptilia seperti biawak dan ular.

    Ya, umi dan abah mengenalkan kami dengan beribu buku sejak kecil. Tapi tak pernah pula saya terfikir untuk meletakkan MEMBACA sebagai hobi.

    Sewaktu di matrikulasi, buku agak sukar diperoleh. Matrik Gambang jauh didalam hutan, hendak ke kedai mengambil masa 45 minit perjalanan. Satu-satu untuk membaca adalah perpustakaan matrik. Paling saya suka adalah Reader Digest, hingga pernah terkantoi dengan 'scanner' di pintu perpustakaan kerana menyeludup buku.

    Kemudian saya dipaksa oleh senior untuk menghabiskan 5 buku. Waktu itu pertama kali saya merasakan bacaan menjadi satu beban. Kerana kata mereka, membaca bukan hobi, tapi adalah satu tanggungjawab.

    Rak buku zaman matrikulasi. Buku akademik hanya 5 buah


    Semester kedua di matrik, saya punyai satu hobi baru, memborong paling kurang 3 majalah setiap kali keluar hujung minggu. Antaranya ialah Majalah Anis, Milenia Muslim dan Al Islam.

    Setelah itu kegilaan saya terhadap buku bertambah. Hingga saya masuk ke UTHM, setiap kali keluar terutamanya perjalanan yang jauh, pasti majalah sebegitu menemani. Majalah menjadi pilihan saya kerana formatnya yang kompak tidak membebankan minda serta isu-isunya paling semasa dan bernas.

    Pernah saya katakan pada teman serumah di UTHM dulu, "Kalau boleh Syi nak hantaran kahwin nanti set buku lama Anis, Milenia dan langganannya sekali. Mas kahwin, baucar kedai MPH seumur hidup!"

    Kalau Cikgu Abu sedang menjalankan projek Puteh Book Gardennya, saya pun punya impian yang hampir sama. Ingin saya bangunkan satu perkampungan yang didatangi oleh pencinta ilmu. Kampung yang dipenuhi buku, bukan untuk dimiliki tapi untuk dikongsi.

    Seperti dalam cerita The Reading Room (2005)



    Sinopsisnya di sini

    Kampung Buku itu, akan saya himpunkan buku berbagai genre, lama dan baru. Agar Kampung Buku dapat membentuk masyarakat yang cintakan ilmu. Yang akhirnya ilmu itu, menghubungkan mereka pada Pencipta Ilmu. Yang menjadi medan bertemu bagi tua dan muda. Menyemai benih pengetahuan dan ukhuwah.

    Ah, bila agaknya cita-cita saya akan tercipta?

    Wednesday, June 17, 2009

    Akan Datang : AGM MPPMJ 0809

    Friday, June 5, 2009

    Ucapan Dasar Presiden di Muktamar ke 55

    UCAPAN DASAR PRESIDEN PAS MUKTAMAR 55 UCAPAN DASAR PRESIDEN PAS MUKTAMAR 55 msshiedadida Ucapan Pembukaan Muktamar Tahunan PAS ke 55 oleh Datuk Seri Tuan Guru Haji Hadi Bin Awang.

    Wednesday, June 3, 2009

    Pertembungan Sains Dan Islam; Mana Yang Kita Pilih?



    Repost artikel. Artikel ini diambil dari emel saya, kredit kepada K.Jiha tersayang, yang sudi menghantar

    Dalam artikel ini saya ingin menceritakan pengalaman diberikan Allah anak sulung dengan memberikan anak manja ini makanan rapu.

    Sebenarnya, melalui anak yang sulung ini, begitu banyak Allah memberikan ilmu melalui pengalaman membesarkannya. Alhamdulillah bersyukur Saya di atas segala nikmat yang diberikanNya.Dari tahun 1980 hingga 1985, saya mengajar di tiga buah sekolah Dari SMK Sultan Ahmad Shah Cameron Highland, Sekolah Mahmud Raub dan Akhir sekali di Sekolah Menengah Sains Raub. Saya mengajar subjek utama biologi tingkatan 4 dan 5 di samping beberapa subjek lain.

    Dalam subjek biologi ini saya menggalakkan pelajar saya untuk memakan hati kerana menurut sains, hati kaya dengan pelbagai khasiat seperti sumber zat besi yang sangat diperlukan oleh tubuh badan. Saya tidak pernah membuktikan sama ada benar dakwaan sains ini tetapi itulah yang perlu saya ajarkan kerana ia terdapat di dalam sukatan pelajaran biologi dari dulu sampai sekarang. Para doktor juga telah diberikan ilmu yang sama iaitu hati sama ada hati ayam atau hati lembu mengandungi sumber zat besi yang tinggi yang sangat diperlukan tubuh.

    Namun Islam mengajarkan sesuatu yang bertentangan sama sekali dengan ilmu sains ini iaitu mafhumnya lebih kurang begini "Janganlah kamu makan organ dalaman". Walau pun Nabi berkata jangan tetapi ulamak lebih menjatuhkan hukum makhruh dalam keadaan ini dan bukan mengharamkannya. Organ dalaman adalah organ selain daging yang terkandung dalam tubuh haiwan seperti:

    1. Hati

    2. Jantung

    3. Paru-paru

    4. Perut

    5. Hempedal

    6. Buah pinggang

    7. Jantung

    8. Buah pinggang

    9. Telur ayam yang belum keluar dari perut ayam

    10. Telur ikan.

    Sains menggalakkan makan hati kerana khasiat zat besinya yang sangat diperlukan manusia sedangkan Islam melarang dari memakan hati ini. Mana yang anda pilih? Sains atau pesan Nabi Muhammad SAW ini?

    Kembali kepada pengalaman membesarkan anak sulung 25 tahun lalu, setelah berbagai makanan rapu (Makanan ringan atau jajan) termasuk berbagai jenama minuman bergas diberikan, sewaktu anak saya berusia 2 tahun, ia sudah menghadapi satu masalah, beliau mudah letih dan tidak bermaya. Saya dan isteri membawa anak kesayangan ke klinik di Raub Pahang. Doktor Cina di klinik ini sangat rapat dengan saya dan isteri kerana isteri doktor ini mengajar matapelajaran Biologi di sekolah yang sama dengan Isteri saya.

    Setelah membuat semakan dan ujian termasuk melihat di dalam kelopak mata bahagian bawah, doktor mengatakan bahawa anak saya sudah mempunyai masalah anemia atau bahasa mudahnya kurang darah atau lebih tepatnya darah anak saya ini kekurangan sel darah merah menyebabkan warna darahnya kurang merah. Doktor menasihati kami berdua agar memberikan anak sulung kami ini makan banyak hati seperti hati ayam. Doktor juga ada memberikan supplement untuk anak kami.

    Bermula dari saat ini setiap kali balik dari sekolah, sewaktu singgah di pasar Raub, saya akan membeli sekilo hati ayam untuk diberikan kepada anak disamping makanan ayah dan ibunya. Walaupun dengan supplement dan hati ayam yang diberikan, keadaan kesihatan anak saya semakin merosot. Ia semakin sangat mudah letih. Beliau hanya akan menjadi penonton apabila sepupunya bermain atau rakan-rakannya berlari berkejar-kejaran.

    Perniagaan doktor ini semakin maju maklumlah saya kerap ke kliniknya boleh dikatakan setiap bulan selain dari sakit demam. Pada usia anak saya ini 4 tahun, doktor Cina ini dah surrender dan merujukkan kes anak saya ini ke Hospital Universiti Petaling Jaya. Saya dan isteri terpaksa mengambil cuti membawa anak menemui doktor pakar kanak-kanak. Anak saya diambil darahnya dan doktor minta anak saya dimasukkan ke dalam wad kanak-kanak.

    Bacaan hemoglobin dalam darah anak saya cuma 4.2 sedangkan orang biasa sepatutnya dalam lingkungan 12 dan ke atas. Allah saja yang mengetahuinya azab yang kami lalui. Hasil pemeriksaan doktor, mereka mengatakan anak saya kena anemia Talesemia (umur sel darah merah pendek berbanding normal 120 hari).Saya tidak ada ilmu ketika itu tentang apa itu (Talesemia). Saya menelefon kakak ipar saya di Tapah bertanyakan apa itu Talesemia.Subhanallah, penjelasannya sangat mengerikan. Kanak-kanak penghidap talesemia selalunya meninggal dunia sebelum usia mencecah 7 tahun. Adakah saya akan kehilangan anak sulung yang dikasihi?

    Sudah tidak tahu apa yang perlu dibuat, saya berkunjung ke sebuah farmasi di Kajang mencari sesuatu yang boleh saya usahakan untuk mengubati masalah anak saya. Saya ternampak sebuah ubat supplement buatan Amerika dalam bentuk cecair bernama NUTROPLEX. Saya tawakkal membelinya dan memberikan ubat ini kepada anak saya. Alhamdulillah bacaan hemoglobin anak saya meningkat sehingga ada waktunya kepada bacaan 7.

    Satu perkara lain selain masalah masalah yang telah disebutkan di atas, anak saya ini kerap sekali menghadapi demam secara purata 2 kali sebulan dari usia 2 tahun sehingga berusia 13 tahun. Pendek kata,sekolah memang terpaksa selalu tidak hadir kerana demam.

    Begitulah masalah yang kami hadapi membesarkan anak sulung ini sehingga berusia 13 tahun. Kerap demam dan tidak bermaya serta mudah letih. Kemuncak masalah ini ialah bila satu ketika saya mendapat panggilan telefon dari isteri mengatakan anak saya terpaksa dimasukkan ke hospital kerana demam yang serius. Waktu ini saya sudah mula berguru dengan arwah guru saya. Segala masalah anak saya sudah sedia dalam makluman arwah guru cuma menanti saat yang sesuai sahaja untuk memberitahu kepada saya.

    Dalam saat kebingungan mengenangkan anak dimasukkan ke hospital kerana demam yang serius, saya menelefon arwah guru saya. Setelah saya menjelaskan cerita sebenarnya, arwah memberitahu saya agar mencari sebanyak mungkin buah delima masak di mana-mana kampung dan berikanlah makan kepada anak saya. Alhamdulillah saya berjaya mencari agak banyak juga buah delima kampung dan saya menyuapkan kepada anak saya. Alhamdulillah, selepas beberapa hari, anak saya dibenarkan keluar dari wad hospital.

    Bermula dari saat inilah saya terpaksa akur sahaja dengan apa yang disarankan oleh arwah guru saya. Sebelumnya, saya memang banyak membantah kata-kata arwah guru, maklumlah saya lulusan universiti (biologi & kimia) sedangkan arwah guru sekadar pengamal perubatan tradisional dan tok guru agama. Arwah guru saya menasihati agar :

    1. Elakkan dari makan sebarang organ dalaman seperti hati dsbnya.

    2. Elakkan makanan rapu seperti coklat, maggi mee, twisties,ding dang, double decker, burger, naget, sausage dan sebagainya

    3. Elakkan minuman bergas

    4. Elakkan jeruk-jeruk kering dan basah

    5. Makan sayur-sayuran yang berzat seperti sayuran hijau dan pahit.

    6. Makan buah delima

    7. Makan epal hijau.

    Selepas tiada pilihan (doktor dan pakar sudah diusahakan) melainkan mencuba kaedah rawatan arwah guru semata-mata, akhirnya saya bersyukur kepada Allah SWT bahawa inilah kaedah yang tepat untuk merawat kes anak saya. Sejak dari saat ini, anak saya ini kelihatan semakin sihat dan segar dan akhirnya kekerapan menghidap demam pun telah menjadi sejarah. Syukur Alhamdulillah, terima kasih kepada Mu ya Allah di atas rahmatMu.

    Bermula dari saat ini saya sudah berpusing 180 darjah. Saya menyumpah kepada ilmu sains yang mengajarkan bahawa makan hati boleh membawa kebaikan kepada manusia. Saya menyumpah juga kepada diri saya yang selama ini mengajarkan kepada pelajar-pelajar saya satu ilmu yang sebenarnya membawa mudharat kepada manusia. Ampunilah dosa ku ya Allah kerana mengajarkan ilmu sesat di sekolah dahulu (ilmu makan hati untuk menambah darah).

    Saya yakin bahawa saranan ilmu sains bahawa memakan hati haiwan adalah baik untuk menambah darah adalah ilmu songsang yang diajarkan oleh orang Yahudi agar umat manusia menjadi tidak sihat. Orang Yahudi ini beranggapan jikalau dunia ini dipenuhi oleh orang Yahudi semata-mata, alangkah indahnya. Mereka ingin membunuh umat lain selain Yahudi secara senyap. Tanggapan saya ini adalah berdasarkan bahawa orang Yahudi ini sangat mempelajari ilmu di dalam Al Quran dan hadis cuma mereka tidak beriman sahaja. Mereka ingin menggunakan ilmu ini untuk merosakkan dan membunuh umat Islam.

    Saya berkata demikian kerana ilmu sains dari barat mengajarkan untuk memakan hati sedangkan orang Yahudi , Amerika dan England tidak makan hati. Mereka juga tidak makan kepala ikan seperti disarankan Nabi sedangkan orang Melayu Islam di Malaysia makan hati dan kepala ikan.

    Memakan hati bukan sekadar tidak membantu meningkatkan paras hemoglobin darah malahan memakannya akan mengundang pelbagai mudharat lain yang Allah dan RasulNya saja yang mengetahui dengan tepat. Pengalaman anak saya serta didiagnosed oleh doktor sebagai pesakit leukemia sudah cukup mengajar saya betapa mudharatnya memakan hati. Anak saya telah memakan hati ayam dengan begitu banyak sekali semenjak berusia 2 hingga 13 tahun. Subhanallah!

    Kepada mereka yang taksub dengan ilmu sains dan perubatan moden, waspadalah, berbagai agenda tersembunyi dimasukkan oleh Yahudi dan Nasrani di dalam ilmu sains dan perubatan moden. Mereka mengajarkan tidak ada ubat bagi menyembuhkan penyakit seperti diabetes, jantung dan bengkak hati sedangkan Allah dengan jelas menyatakan setiap penyakit diturunkan Allah bersama ubat melainkan mati.

    Kepada ibu bapa, saya ingin berpesan bahawa kitalah sebenarnya yang banyak meracuni anak-anak dan diri kita sendiri dengan cara memberikan makanan yang sama sekali tidak sepatutnya untuk dimakan oleh anak-anak dan diri kita.

    Setengah manusia sangat redha dan seronok untuk diracuni dengan menghisap rokok, minum arak dan menghisap dadah.

    Mohammad Zahid
    Instructor
    Naza Kia Academy (OTC)
    Gurun, Kedah
    Malaysia

    Tel: +604 466 9535
    Fax: +604 468 2611

    Siapa boleh tolong carikan untuk saya, hujah dan fakta untuk membidas pendoktrinan 'Laughter, the best medicene', kerana Nabi kita pernah berpesan (dalam sabdanya) 'Banyak ketawa, hati mati'..?

    Saturday, May 30, 2009

    Politik Segan, Ekonomi Tak Mahu





    Nota :

    1. IMF adalah International Monetary Fund (Tabung Kewangan Antarabangsa). Ia menyelia sistem kewangan dunia dengan mengikut polisi makroekonomi negara anggota, Malaysia adalah di antaranya.

    2. KDNK singkatan dari Keluaran dalam negara kasar. Ia adalah cara mengukur ekenomi sesebuah negara. KDNK bermaksud jumlah nilai pasaran keseluruhan barang dan perkhidmatan terakhir yang dikeluarkan dalam sesebuah negara pada masa tertentu (lazimnya dalam tahun kalendar). Secara mudah, pertumbuhan KDNK boleh dianggap sebagai kedudukan ‘kesihatan’ sesebuah ekonomi.

    3. Kemuncupan KDNK memberi makna bahawa aktiviti ekonomi negara pada suku pertama dan kedua tahun ini telah mengalami kelembapan yang teruk. Secara mudah, aktiviti ekonomi ini bermakna pelaksanaan projek-projek, peluang pekerjaan, pendapatan, perbelanjaan pengguna, perbelanjaan syarikat, pelaburan awam dan swasta dan berbagai-bagai aktiviti yang boleh memberi hasil dan mencetus urus niaga.

    Semua ini, pada tahun ini telah JATUH lebih daripada jangkaan

    4. Ekonomi dan politik sememangnya sukar dipisahkan kerana pertumbuhan ekonomi yang baik menggambarkan bahawa pihak yang menguruskannya iaitu kerajaan telah melakukan tanggungjawabnya dengan cemerlang.

    Hasil dari kelumpuhan ekonomi Malaysia, menghasilkan ini :




    Thursday, May 28, 2009

    Usia Makin Meningkat, Makin Banyak Belum Selesai

    Sempat snap kertas soalan sebelum mula

    Semalam (27 Mei) genap umur saya 21 tahun mengikut kalendar gregori. Yang paling awal memberi ucapan pastilah sahabat-sahabat dari Malaysia. Masakan tidak, 5 jam lebih awal dari Jordan. Tepat menurut jangkaan, seperti kebiasaan saya dari kecil, tiada sambutan. Tarikh 27 Mei selalunya merupakan waktu cuti sekolah atau musim peperiksaan. Saat ini kalau saya fikir-fikir bentuk kek yang pernah saya dapat.. Em, entah, tak ingat.



    Dahulu di MRSM, saya sering borak-borak dengan kawan-kawan, umur 21 adalah umur emas. Umur di mana kunci kebebasan telah pun diserahkan padanya. Belia yang berumur 21 sudah layak mengundi, dengan kata lain Malaysia meletakkan kematangan belianya pada usia begini.

    Tapi malam itu, sewaktu K.Husna membukakan lagu Selamat Hari Lahir nyanyian kumpulan Saujana buat saya, tanpa sedar saya menangis. Kerana memikirkan, hingga usia ini apa jasa saya pada Ummi Abah? TIADA. Malah sayalah yang paling banyak membentak dari kalangan adik beradik yang semuanya lelaki. Sayalah yang paling keras dan degil. Paling banyak mengikis duit Abah.

    Apa berian saya pada Islam? Dari sudut dakwah, saya hanya menyinar di alam matrikulasi. Tika itu ilmu saya sesudu cuma, tapi atas kebersamaan dan keyakinan MYTEAM kepada saya, saya menonjol. Tapi setelah hilang tongkat sakti, hilang bahu untuk berkongsi beban, akhirnya saya yang menjadi beban pada jalan dakwah. Sejak di UTHM hinggalah ke Al-Bayt ini.

    Dulu saya pernah merancang untuk meniru langkah ummi, menamatkan zaman bujangnya pada usia ini. Malah kalau dikira-kira, waktu itu Ummi belum lagi 21, masih berbaki 7 bulan ke angka itu.

    Tapi siapalah saya untuk meniru Ummi. Dalam usia 21 tahun, Ummi sudah pun menggenggam ijazah Fizik Gunaan. Dalam malas-malas Ummi (Ummi yang kata), tapi otak Ummi cukup geliga. Geliga hingga boleh melompat darjah, menambah pecutan menghabiskan tahun belajar. Malas-malas Ummi sempat berniaga keliling kampung. Tak lupa tangannya cukup sakti di dapur.

    Dibanding dengan saya, jauh benar bezanya. Umur 21 masih terkial-kial belajar. Tambah lagi, semakin hari semakin takut membicarakan soal nikah kahwin. Borak-borak petang bolehlah, tapi untuk sirius, ish, tak mahulah saya. Boleh buat sakit kepala.

    Makin banyak perancangan dalam kepala. Malah, terlalu banyak dan mencapah. Sengaja saya cabangkan banyak-banyak, kerana hidup saya pun sering berubah-ubah. Dari Sains Tulen melompat ke IT. Dari IT ke bidang agama. Kalau saya kekal dalam bidang ini, cadangnya mahu ambil jurusan Media di UK. Biar jauh dari rumah, sebab kalau saya lekat di rumah saya makin kurang dinamik.

    Syeikh Yusuf Estes

    Sebolehnya biarlah saya menetap dalam 5-6 tahun di UK. Ceduk ilmu betul-betul dari mereka. Ada jodoh boleh jumpa Syeikh Yusuf Estes, yang hari ini giat menyebar Islam dengan rancangannya, yang hanya diusahakan dia sebagai pengacara dan seorang camera man. Agar nanti saya boleh kongsikan ke Malaysia, yang pada waktu itu sudah pun agak merdeka media kita.

    Kalau bulan 9 ini saya ditukarkan ke bidang perubatan, impian saya untuk membuka Pusat Rawatan AKRINE. Biar saya bergabung kuasa dengan Abah, yang hari ini makin gelamour dengan buku Berdialog Dengan Jin terbitan Hijjaz. Dengan laman blognya yang jauh lebih sensasi dari blog saya.

    Biar pusat rawatan itu, menghubung jalinkan rawatan moden dan rawatan Islam. Biar klinik saya jadi pusat perubatan dan dakwah, buat jin dan manusia.

    Tapi kalau saya kekal dalam bidang agama, pulang ke Malaysia saya mahu jadi wakil rakyat di Sabah. Sabah sekarang ini menjadi negeri kesukaan saya, kerana potensi dakwahnya yang sangat gilang gemilang, dengan kesucian anak-anak Sabah yang jauh dari pencemaran. Pencemaran hiburan terlampau dan maksiat.

    Ha.. Seronok betul menulis impian ni. Wallah hu 'alam, entah ke mana Dia hendak jalankan saya.

    Dan kira-kira pukul 11.30 tengahari tadi, saya telah pun selesai menduduki Imtihan Kafaah (peperiksaan penilaian). Peperiksaan ini saya kita yang paling hangat dikalangan pelajar asing. Kerana peperiksaan ini menentukan samada pelajar asing seperti kami, layak atau tidak ke kuliah. Pagi-pagi lagi bangunan Markaz Lughah di penuhi senior-senior yang terkumat kamit dengan jampi serapah mereka.

    Untuk saya yang tidak mempunyai asas dalam Bahasa Arab, saya tidak meletakkan harapan tinggi untuk keluar dari Markaz Lughah. Biarlah lama sikit, asalkan betul bahasa saya. Kata K.Arda, "Ada duit ke?". Memang patut soalan itu ditanya, yuran sekali fasa Markaz Lughah ialah JD270, bersamaan RM1350!

    Saya jawab dengan selamba, "Insya Allah..". Untuk orang yang menuntut ilmu, Allah akan lapangkan rezekinya. Kan saya dah kata, saya paling suka kikis duit Abah..

    Hampir-hampir menangis juga saya dibuatnya, tak mampu saya fahami petikan dan kehendak soalan.

    Ada pula orang tanya, "Kalau tiba-tiba lepas macam mana?"
    Jawab saya, "Saya akan mohon masuk balik ke Markaz Lughah!"

    Apa pun, sekeping SMS dari Ummi saya genggam erat-erat :
    Moga berjaya dalam SEMUA bidang yang diceburi dan tertunai apa yang dihajati. Hidup dalam redha Allah sentiasa mendapat hidayahNya. Huh! Nak anto gambar kek pun tak leh!

    Erk, begitulah bunyi mesejnya..

    Sunday, May 24, 2009

    Fatrah Imtihan, Banyakkan SABAR

    Bila lepasan IT belajar Bahasa Arab

    Minggu hadapan mahasiswa Universiti Al al-Bayt bakal memuntahkan segala isi ilmu mereka ke atas kertas. Satu fasa telah hampir ke hujung pusingan, peperiksaan akhir semester adalah penutupnya.


    Serasa-rasa baru sahaja sampai di Dataran Syam ini. Waktu saya baru tiba, ia merupakan waktu final exam di Al Bayt ini. Waktu itu kakak-kakak berada dalam kekalutan untuk menyambut saya yang datang secara tiba-tiba. Boleh jua dikatakan datang tanpa diundang..

    Pejam celik, sefasa sudah saya di sini. Melihat gelisah dan debar di wajah masing-masing. Waktu imtihan ini, pelbagai ragam boleh kita perhati. Ketawa dalam tangisan, tidur memeluk buku, macam-macam.

    Tapi bagi grup usrah online kami, fatrah imtihan bukan alasan untuk menolak usrah, malah usrah adalah tempat melepak, menenangkan minda dan jiwa, bersesuaian dengan tajuk usrah minggu lepas; SABAR.

    Tidak ada apa yang mahu saya coretkan disini, cuma sedikit pesan. Ramai yang mengeluh melihat hasil, melihat markah masing-masing.

    "Takutlah Syi.. Ada satu soalan tak dapat jawab tadi" adu Hanis

    Saya sampaikan kembali, seperti apa yang pernah disampaikan pada saya :

    "Kerja kita adalah berusaha sungguh-sungguh, hasil usaha ini adalah KERJA ALLAH. Buat kerja kita, jangan sibuk fikir kerja Allah"

    Berikut merupakan laporan usrah kami kelmarin. Ada permintaan untuk menyiarkannya.


    Selamat menduduki peperiksaan, ingat, banyakkan SABAR!

    Thursday, May 21, 2009

    Kongres Rejuvenasi Pendidikan Islam Negara 2009



    Pernah saya coretkan dalam journal subjek Bahasa Inggeris saya, sewaktu berada di awal tingkatan 4 , MRSM Terendak :

    'I wish one day I could be Minister of Education of Malaysia. I'm tired of being lied, manipulated by my own history in the History Subjek. I wish I could change our education system, which made most of student strugled only for exam. After years learning Pendidikan Agama Islam, my friends still can't actually see the beauty of my religion, my sunnah. There must be something wrong, and I wish I could change it!'

    Waktu itu hidayah baru sampai di hati saya. Hidayah cinta pada Islam, dan inginkan perubahan dalam pendidikan agar yang didik kenal, cinta dan ingin mempertahankan Islam.


    Akan tetapi, semakin meningkatnya usia, saya merasakan ketermampuan saya untuk melakukan sendiri perubahan itu sesuatu yang agak mustahil. Dalam sebuah ketumbukan, terdapat 3 jenis kelompok. 1)Thinker (pemikir), 2)Organizer (pengatur), dan 3)Runner (pelaksana). Dalam beberapa siri latihan kepimpinan, saya mendapati saya berada dalam kelompok Thinker. Punyai bersiri-siri idea, tapi tak tahu menyusunnya dan sangat lemah dalam melicinkan gerak kerja.

    Tapi saya sentiasa optimis, agar suatu hari nanti, pasti akan ada golongan yang merasakan kebobrokan pendidikan kita. Dan harapan saya, mereka sedaya upaya mengubatinya.

    Alhamdulillah. Tahniah buat GAMIS kerana menganjurkan kongres ini. Itulah, anak muda, siapa kata fikirannya hanya kerja dan nikah kawin? Kalau boleh, ingin saya terbang dari Jordan ke Malaysia untuk turut serta.. Semoga kongres ini didengar oleh pihak Kerajaan Malaysia.

    Klik sini untuk meneliti lampiran kertas kerja sebagai muqaddimah kongres, ditulis oleh Nurul Azma Binti Mat Ui, Darul Quran JAKIM.

    Friday, May 15, 2009

    15 Mei : Belia adalah Al 'Aadiyat



    "Golongan BELIA adalah Al 'Aadiyat. Kalau kita baca surah itu, kita akan tahu bagaimana kuasa gerakan tempur kawanan kuda-kuda ini"


    Dr Abu Hassan Hasbullah, seorang pensyarah media Universiti Malaya menyatakan dalam sidang forum Pemuda Nadi Harapan Malaysia;

    "Apabila munculnya beberapa akta seperti Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), golongan belia ini dimampatkan dan ditempurungkan dan akhirnya mereka hanya menjadi sebuah kumpulan yang tidak mempunyai pengaruh apa-apa, kecuali hanya dikerah untuk menuntut ilmu dengan definisi-definisi yang sangat terbatas."

    "Akhirnya, berlaku satu peristiwa yang tersilap dalam perancangan pemodenan negara. Golongan belia menjadi suatu kumpulan yang tidak memiliki kekuatan dinamika, bagi bertempur dengan abad-abad mendatang yang sangat luar biasa, yang tidak mampu ditanggung oleh ilmu yang dipelajari di peringkat universiti sahaja"

    "Pengalaman tidak cukup dalam kurun ke 21, kerana dalam kurun ke 21 adalah kurun STRATEGI. Golongan muda adalah pengurus strategi terbaik."

    "Dalam abad ini, siapa yang lebih konstruktif (membangun), proaktif (cepat bertindak), pragmatis (melihat sesuatu melalui fungsi benda tersebut), dinamik (aktif), praktikal, akan membawa negara, bangsa, tanah air dan tamadunnya ke suatu tahap yang LUAR BIASA"

    Beliau juga menyatakan bahawa, belia adalah megnet yang mampu menggerakkan sesebuah masyarakat. Lihat sahaja bagaimana AUKU itu sendiri tercipta. Ia hasil seorang anak muda bernama Anwar bin Ibrahim, yang berjaya menghimpunkan ribuan mahasiswa ke jalanan bagi menyedarkan kerajaan berkenaan isu kemiskinan di Baling, Kedah.

    Lihat jua sejarah 7 orang pemuda yang memberi kesan kepada Kerajaan Dikyanus. Pada kisah Ghulam yang berguru dengan pendeta dan tukang sihir. Keberanian mereka mengakibatkan perubahan besar, momentum yang dinamakan AQIDAH.

    Allah kirimkan pada anak muda, satu jiwa yang berani mencabar dan dicabar. Kiriman rasa itu bukan sekadar semangat, tapi lahir dari kecintaan Iman.

    Di ceruk hingar mat rempit, penagih, kaki pukul, Malaysia sebenarnya mempunyai sekumpulan anak muda berjiwa besar. Cukuplah andai saya sebutkan dua nama, GAMIS dan PMRAM, ia sudah memberi tenaga hebat membentuk sebuah negara. Pandangan dan idea yang mereka miliki bukan lagi bersifat local (setempat) tapi menyeluruh secara global. Kelicikan strategi, kekemasan gerak kerja dan kesepaduan anak muda ini sudah tidak perlu dipertikai lagi.

    Maka sudah tiba saat dan ketikanya, golongan ini diberi tempat dalam pembentukkan negara Malaysia. Bukan sekadar didengar suaranya, tapi diberi meja dan kerusi untuk melakar rencana. Tidak kira pemimpin dari kerajaan atau oposisi, kedua-duanya harus mengambil cakna akan perkara ini. Sekiranya tidak, kalian bakal memadam satu generasi, yang mana akhirnya menyumbang kepada kemusnahan ketamadunan. Saya berkeyakinan bahawa Fathul Malaysia (pembukaan Malaysia) akan terlaksana di tangan anak muda.

    Bersempena dengan Hari Belia Negara, ayuh semua anak muda, usah lama-lama menjadi remaja. Sentiasalah optimis untuk MENAWAN MALAYSIA!











    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
     
    Copyright 2009 Terbang | Lihat | Tafsir. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates | Blogger Styles | WP by Masterplan