>>test

Monday, June 23, 2008

Mahasiswa Menggugat atau Tergugat??




Salam sorakan emosi Euro 2008.

Saya bukan kaki bola, tido bola, makan bola, dan dah lama tak minum coca cola. Bola memang bukan kepakaran saya. Samada bola sepak, tampar, baling (aneh bukan, banyak juga bola yg ganas), lisut, jaring dan keluarganya.

Saya pernah syiok pada bola. Zaman sekolah menengah dulu. Sanggup bangun malam untuk menonton. Itu pun dicetuskan untuk menyelami sanubari junior saya, Afiq dan kawan baik saya, Sopip, yang kipassusahmati Liverpool (ntah betul ke tak ejaannya).

Tapi sampai hari ni saya tak faham tentang bola sepak. Bola sepak memang bukan kepakaran saya.

Jadi, saya bukan nk cakap tentang bola.

MAHASISWA BAKAL KEMBALI MENYENGAT

TAHNIAH DAN SYABAS saya ucapkan kepada YAB Tuan Guru Nik Aziz Nikmat yang masih melihat mahasiswa sebagai agen perubah negara. Tuan Guru telah mencetuskan idea mewujudkan kembali Pentas Pidato buat mahasiswa Malaysia.

Kalau dahulu, Pentas Pidato ini hanya wujud di UM. Sesiapa sahaja boleh naik memberikan idea, kritikan, atau sekadar mengnonjol diri di situ. Pentas itu pernah dipanaskan oleh Ketua Reformasi Malaysia, Dato Seri Anwar Ibrahim.

Disebabkan kepanasan ucapan mahasiswa telah mempengaruhi rakan-rakan kampus, dan mahasiswa era 60-70an itu mula tunjuk gahnya, maka pentas tersebut diharamkan sama sekali.

Khabar dari Mohd Ridzuan Mohammad, Exco Akademik dan Intelektual Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), Dataran Stadium Sultan Muhammad ke-IV akan digunakan untuk tujuan tersebut dan akan diadakan pada setiap petang Jumaat dan Sabtu.

Hoh, ape tunggu lagi? Semoga Malaysia menjadi saksi, bahawa berpusu-pusu mahasiswa Malaysia ke Kelantan untuk meluah rasa.

Atau mungkinkah mahasiswa akan digari dengan lebih ketat buat kali kedua? Sama-sama kita nantikan dengan penuh teruja.


Friday, May 30, 2008

Apakah Tarbiyah Kita



Ya, sang kelawar malas untuk menyuruh otak bekerja, walau pun terlalu banyak isu di Malaysia untuk dianalisa. Dan sang kelawar pada waktu ini hanya suka terbang ke blog lain untuk menadah ilmu.

So what?

Trimas Ustaz Dzulkhairi. Teruskan menulis agar mudah saya berkongsi. Hehe..





Apakah tarbiah kita mencukupi untuk melahirkan pakar ekonomi seperti Husam Musa? Atau tarbiah kita masih membincangkan isu-isu dalaman dan persoalan-persoalan lapuk?




Bagaimana tarbiah kampus masa sekarang dalam usaha melahirkan muslimah yang setanding Presiden Parti Keadilan Rakyat juga Ketua Pembangkang di Parlimen?

Masihkah kita masih membincangkan tentang aqidah dan perjuangan, atau konsep ibadah, atau akhlak dan adab, ataupun taaddud jamaah, sedangkan sekarang Pakatan Rakyat telah menguasasi lima buah negeri?

Masihkah kita ingin meneruskan tradisi lapuk atau mengekalkan pembawaan yang sama sedangkan masa sekarang jauh berbeza dengan masa dahulu? Bagaimana pula muslimah kita untuk menyaingi keberanian Nurul Izzah atau Rafidah Aziz?

Ayuh, satu perubahan mesti dijana. Bergeraklah sekarang, jangan menunggu masa berlalu sedangkan anda masih dengan pemikiran lama..

.
.
.
.

Ok lah, dua ayat dari saya.

Tarbiyah bukan sekadar ibadah ritual ma'thurat, solat sunat, qiam dan lain-lain. Ok, jangan kecil hati.


Thursday, May 22, 2008

Mahasiswa MAMPU tanpa AUKU !!


Bulan cuti, bulan kenduri, dan bulan berpogram. Tak mampu untuk saya mencoret apa-apa.

Saya sajikan artikel ini buat pengunjung yang setia. Dirompak dari blog senior saya, JerungSakti. Trimas Abg Shak ;)


Mayor John Tyler Hammons


Saya berasa tertarik tatkala membaca mengenai kejayaan seorang mahasiswa berusia 19 tahun memenangi kerusi Datuk Bandar Muskogee dalam sebuah pilihan raya yang diadakan baru-baru ini. Berita ini tersiar dalam akhbar Utusan Malaysia bertarikh 15 Mei 2008 yang lalu.

MAHASISWA USIA 19 TAHUN JADI DATUK BANDAR MUSKOGEE

MUSKOGEE, Oklahoma 14 Mei - Seorang mahasiswa berusia 19 tahun dipilih sebagai Datuk Bandar Muskogee, sebuah bandar kecil di timur laut negeri ini yang mempunyai penduduk seramai 38,000 orang.

John Tyler Hammons menerima 57 peratus undi menewaskan bekas Datuk Bandar, Hershel Ray McBride, kata Setiausaha Lembaga Pilihan Raya Perbandaran Muskogee, Bill Bull.

"Ini merupakan satu pengalaman yang sangat bermakna dalam hidup saya apabila orang ramai memberi kepercayaan tinggi kepada saya," kata Hammons yang sedang mengikuti pengajian tahun pertama di universiti di Norman.

Dua calon itu bertarung pada pilihan raya tersebut bagi merebut jawatan bukan politik, dengan pusingan pertama menyaksikan tidak ada seorangpun berjaya memperolehi 50 peratus undi dalam pertandingan enam penjuru pada 1 April lalu.

Hammons yang akan mengangkat sumpah jawatan minggu depan berkata, beliau merancang untuk meneruskan pengajiannya dan bercadang untuk berpindah ke kolej yang berdekatan dengan Muskogee.

Hammons yang akan mengetuai sembilan anggota majlis perbandaran itu berjanji akan membentuk sebuah kerajaan yang telus dan terbuka dan akan memastikan penduduk mendapat maklumat tentang semua aktiviti dan operasi yang dijalankan oleh Majlis Perbandaran itu.


Yang pasti, saya berasa sangat cemburu terhadap kehidupan mahasiswa di sana, yang menghirup udara segar demokrasi, hinggakan mereka, disamping menunaikan tanggungjawab menimba ilmu di menara gading, turut berpeluang memainkan peranan sebagai salah seorang warga komuniti Muskogee secara aktif.

Bandar Muskogee, yang dihuni seramai 38,000 penduduk, jika di Malaysia, mungkin boleh disamakan sebagai salah sebuah kawasan Parlimen. Mungkin inilah yang cuba disahut oleh Parti Mahasiswa Negara melalui kontroversi percubaan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-12 baru-baru ini ; bahawa suara mahasiswa sudah layak diketengahkan ke peringkat penggubal dasar negara, dan bukan lagi sekadar berteriak menyuarakan kebenaran di pinggiran bangunan Parlimen sahaja. Dalam hal ini, ternyata Malaysia masih jauh ketinggalan berbanding Bandar Muskogee dalam aspek demokrasi, dimana mahasiswa di Malaysia dipasung mindanya melalui Akta Universiti & Kolej Universiti (AUKU), sehingga mengakibatkan peranan mahasiswa semakin terpinggir dan tidak relevan mendepani massa.

Partisipasi mahasiswa secara aktif di dalam masyarakat dan negara walaupun masih di bangku pengajian, menepis segala tanggapan tidak berasas ; bahawa 1) mahasiswa hanya perlu menumpukan sepenuh perhatian terhadap pengajian, 2) mahasiswa wajib bersyukur terhadap kerajaan yang telah menganugerahkan biasiswa dan PTPTN kepada mereka, 3) mahasiswa tidak boleh berpolitik, kerana dibimbangi terpengaruh dengan dakyah parti pembangkang, serta seribu satu macam lagi hikayat yang direka-reka oleh pihak yang tidak senang melihat mahasiswa mengembangkan potensi mereka.

Selaku salah seorang warganegara Malaysia yang dijamin haknya oleh Perlembagaan Malaysia, mahasiswa sepatutnya diberi peluang untuk berpartisipasi dalam politik dan hal ehwal negara, kerana ia tidak sedikitpun merugikan negara untuk jangka masa yang panjang. Seorang negarawan berpolitik adalah sebagai manifestasi kecintaannya terhadap tanah airnya dan generasi mendatang, bebas daripada kepentingan peribadi. Inilah yang nampaknya gagal difahami oleh kerajaan kini, sehinggakan mereka masih mempertahankan kerelevenan AUKU yang telah melumpuhkan minda mahasiswa selama ini.

Saya masih lagi menunggu perkembangan janji Menteri Pengajian Tinggi yang baru, untuk meminda AUKU. Adakah ianya sekadar meraih publisiti murahan daripada mahasiswa, atau beliau benar-benar serius mahu menyaksikan generasi mahasiswa yang menyumbang kepada negara, sama-samalah kita saksikan kelak.

Akhir kata, mungkin mahasiswa di Malaysia boleh menjemput Datuk Bandar Muskogee, John Tayler Hammons untuk berkongsi pengalaman beliau menghirup udara segar demokrasi di sana disamping berpeluang memikul amanah selaku pemimpin di peringkat masyarakat. Jangan lupa menjemput Dato Khaled Nordin juga bagi membuka minda beliau terhadap kesan kehidupan mahasiswa tanpa belenggu AUKU.

“MAHASISWA MEMIMPIN PERUBAHAN”

Ahmad Shakir bin Salleh
Exco Lajnah Penyelidikan & Pembangunan
Ikatan Studi Islam 2008/2009
Universiti Kebangsaan Malaysia


Monday, April 21, 2008

Andai Kemaafan Itu Bukan Milikku...





Sahabat, aku tak tahu untuk mulakan cerita. Tapi ini kisah diriku yang mungkin malang di sana nanti..

Aku pernah bermimpi. Mimpi yang dahsyat sekali seumur hidupku. Moga tiada yang lebih buruk dari ini. Kerana seandainya ada, pasti mati jiwa ini!

Mimpi itu, ku didatangi dajjal. Rupanya? Itu tak penting. Yang penting aku yakin dan percaya dia dajjal atas pertanyaannya. Apa dia tanya? Sungguh, ia meruntun hatiku..



Dajjal itu menyoal. Aku lupa soalannya. Tapi intipatinya ku tanam jauh dalam kepala, hingga aku bertemu NYA, dengan izinNYA! Persoalannya membawa maksud, menyuruh aku mensyirikkan Tuhanku yang ku cinta. Samada dia suruh mengakuinya sebagai Tuhan, atau menidakkan Allah, yang pasti maksudnya sama!

Bagaimana suasana pada masa itu? Pasti, ada pemotong diletak atas kepalaku. Dan aku? Aku takut sekali! Takut merasa kesakitan andai kepala ku terbelah dua, lantaran menolak kehendaknya.

Lantas aku terjaga.

Aku menangis. Mengutuk diri sendiri. Menunjukkan aqidah ku belum mantap, masih beriman bahawa sakit itu bersifat sendiri, bukan didatangkan dari NYA! Atas ini aku gagal memantapkan lidah untuk berkata tidak pada mimpi itu!

Allah, terasa sungguh terlaknat diri ini. Datang pula soalan lain, adakah aku telah ditulis sebagai ahli neraka?? Betulkan aku andai kata ku ini boleh mengundang murka NYA!! Betulkan lah! Tapi itu yang bermain di minda. Andai ia mainan syaitan untuk melemahkan jiwa, sungguh, perbuatan mu (syaitan) itu amat aku laknat!

Maka kenapa aku tuliskan rasa ini? Yang pertama ku inginkan jawapan, supaya damai lah hati ini andai damai itu selayaknya buatku. Kedua, agar KALIAN, jangan pernah seperti ku! Sungguh, membayangkan keadaan diri dihadapan Allah, dan DIA berpaling dari diri adalah siksaan jiwa yang besar!

Sahabat, mantapkan aqidah mu. Kukuhkan percaya mu! Ikuti jalan NYA, walau jalan itu siksa buat mu, tapi yakinlah dengan sungguh-sungguh, bahawa ia baik untuk kamu. Allah lebih tahu!

Dan yang ketiga, kerana aku ingin pohon doa. Doa, andai benar aku ditaqdirkan ke sana. Allah, dosa ini menggunung ke langit, berbuih memutih menutupi seluruh lautan!

Allahumma, ajirna minan narr. Waad khilna jannata daral salam...

kelawarHijau patah sayapnya
13 Rabiul Akhir 1429 :: 19 April 2008
5:47 pagi

Thursday, April 3, 2008

Fitnah si FITNA



JIKA ADA DI KALANGAN ANDA YANG MENYENARAIKAN BARANGAN DUTCH LADY UNTUK DIBOIKOT, ANDA MUNGKIN PERLU MENJUSTIFIKASIKAN TINDAKAN ITU DENGAN KENYATAAN RASMI YANG DIBUAT OLEH TAN SRI KAMARUL ARIFFIN MOHD YASSIN, PENGERUSI DUTCH LADY MILK INDUSTRIES BERHAD:

Klik di sini untuk membaca teks penuh.

Saya sinopsiskan sebagai berikut:

Dutch Lady membantah perbuatan Geert Wilders sebagaimana kerajaan Belanda juga. Dutch Lady sudah berada di pasaran semenjak 50 tahun yang lalu. Pemegang Saham Dutch Lady, 50% daripadanya adalah rakyat Malaysia Dutch Lady juga mempunyai 660 kakitangan rakyat tempatan. Produk Dutch Lady dihasilkan di kilangnya di Petaling Jaya.


Maka, sejauh manakah tindakan anda memboikot barangan Dutch Lady memberi kesan kepada Geert Wilders atau sesiapa sahaja di Belanda yang anda nak hukum? Saya khuatir, perbuatan boikot konteks kes Belanda ini, adalah suatu KEZALIMAN!

Dipinjam dari Saifulislam.COm

Saya sedang berfikir, bagaimanakah jika negara-negara dunia memboikot barangan Malaysia, disebabkan oleh ucapan buruk seorang ahli Parlimen Malaysia di media antabangsa. Apakah wajar tindakan begitu dan bagaimanakah kesannya ke atas rakyat Malaysia yang tidak pernah menyetujui perbuatan sumbang ahli Parlimen tersebut?

Inilah perbandingan awal yang saya lakukan, untuk menjustifikasi seruan pelbagai pihak agar kita semua memboikot barangan negara Belanda, hanya disebabkan oleh filem Fitna yang dibuat oleh seorang ahli parlimen Belanda, Geert Wilders.

Jika kita memandang Belanda dengan pandangan silam, bahawa Belanda itu bekas kuasa imperialisma yang menjajah Indonesia, kita tidak akan berfikir dua kali tentang tindakan memboikot itu. Ia adalah pandangan musuh terhadap musuh. Seolah-olah kaki Belanda masih berpijak dan memijak bumi kita.

Hakikatnya kita lupa, bahawa Belanda hari ini bukan Belanda yang itu. Belanda hari ini mempunyai sekurang-kurangnya sejuta penduduk Muslim. Siapakah Muslim itu? Saudara kita sendiri. Hatta jika tiada Muslim di Belanda sekali pun, di manakah rasionalnya untuk rakyat Belanda dihukum atas perbuatan sebiji pisang busuk dalam setandan pisang itu?

Malah ia seakan-akan sikap jahiliyyah Arab yang menyerang seluruh qabilah atas jenayah seorang ahli keluarga berkenaan!

ministerie-az.jpg

Perdana Menteri Belanda, Balkenende, telah pun membuat kenyataan rasminya berhubung dengan pendirian kerajaan Belanda terhadap filem Fitna oleh Geert Wilders itu:

On behalf of the Dutch government, I would like to respond to the online film by Mr Wilders.

The film shows images of violent acts and holds Islam and the Koran responsible for them. The government condemns such acts and those who commit them.

The film equates Islam with violence. We reject this interpretation. The vast majority of Muslims reject extremism and violence. In fact, the victims are often also Muslims.

We therefore regret that Mr Wilders has released this film. We believe it serves no purpose other than to cause offence. But feeling offended must never be used as an excuse for aggression and threats. The government is heartened by the initial restrained reactions of Dutch Muslim organisations.

Muslims, Christians and people of other convictions can easily live together in peace. The problem is not religion, but misuse of religion to sow hatred and intolerance. That is why we are calling for respect for everyone’s deepest convictions.

We are aware of the concerns and the sentiments about this film in the international Muslim community. We have recently spoken with many people at home and abroad to promote mutual understanding. We will continue to follow this course.

The Dutch government stands for a society in which freedom and respect go hand in hand. Such a society demands dedication and commitment. We oppose extremism. Anyone who breaks the law is dealt with firmly. Let us solve problems by working together. Let us reach out to others and build confidence and trust. Let us conquer prejudice. We shall surely succeed.’ [www.government.nl]

REAKSI SAUDARA MUSLIM DI BELANDA

Pertubuhan-pertubuhan Islam di Belanda sendiri telah memberikan reaksi yang mesti kita teliti sebelum sewenang-wenangnya melancarkan boikot itu.

Agensi Berita Belanda (ANP) telah melaporkan bahawa jurucakap National Committee of Maroccans (LBM) telah menggambarkan betapa kecenderungan untuk berlakunya rusuhan di Belanda adalah amat rendah, hasil tindakan efektif kerajaan Belanda menangani isu ini. ANP juga menyatakan bahawa Mustafa Biltunku, Imam dari Eyup Sultan Mosque di Amsterdam tidak menonton video itu dan memberikan komentar, “jangan pedulikan filem itu. Seandainya kita terus melayannya sedangkan ia tidak layak untuk diberi liputan, selagi itulah ia akan menjadi lebih penting. Itu nasihat saya kepada orang ramai”.

Imam Ali Kartal dari Mescid-i Aksa Mosque milik pertubuhan Milli Gorus yang terletak di Utrecht pula mengatakan bahawa beliau tidak akan mempedulikan isu filem tersebut untuk khutbah Jumaatnya. “Kita tidak sepatutnya menari mengikut rentak Wilders. Lelaki itu tidak berbaloi untuk dilayan. Dan jika jemaah masjid mempunyai sebarang persoalan, nasihat saya ialah jangan bertindak balas”. Kartal yang hanya menonton sebahagian filem itu mengatakan bahawa Geert Wilders sememangnya berniat mahu menghasilkan filem yang anti-Islam, dan semua orang mengetahuinya.

Bekas Imam Besar pertubuhan Milli Gorus itu tadi, M. Hulusi Uyne juga tidak berasa apa-apa terhadap filem itu. Katanya, “reaksi sebegini (seperti filem Fitna ini) sudah kita lihat semenjak turunnya wahyu al-Quran. Al-Quran dan Islam adalah cukup agung untuk menepis dakyah sebegini”.

ANP juga melaporkan bahawa seorang ilmuan Islam di Belanda, Sheikh Fawaz, telah menyeru umat Islam supaya bertenang. Beliau berucap kepada ratusan Muslim di Reormond. Katanya, “kita tidak sepatutnya pergi membaling batu ke tingkap hanya kerana filem ini, kerana itulah sebenarnya yang dimahukan oleh Geert Wilders”. Beliau menyampaikan ucapan ini di dalam sesi debat bersama kaum Kristian di dalam sebuah majlis yang diatur oleh gerakan Pemuda Salaf al-Feth.

Sheikh Fawaz menyimpulkan bahawa, “Geert Wilders telah memetik ayat-ayat al-Quran di luar konteks”.

PAKAI KASUT MUSLIM EROPAH

bic.jpg

Sebagai bekas Imam yang pernah bertugas beberapa tahun di Eropah, saya tidak akan sama sekali bertindak melulu mengambil jalan mudah dengan melancarkan boikot, hatta demonstrasi. Banyak perkara yang mesti dipertimbangkan, termasuklah mempersoalkan peranan Muslim dalam membina imej Islam itu sendiri di mata rakyat Eropah dan dunia umumnya.

Sejauh manakah integrasi Muslim di Belanda, di Eropah dan di dunia umumnya dengan masyarakat non Muslim di sekitarnya? Selarikah ajaran Islam yang tercatat di dalam al-Quran, dengan perlakuan Muslim di sana sini? Rasa hormat orang kepada kita tidak perlu dipaksa-paksa. Ia datang sendiri. Apabila kita layak menerimanya.

Saya mengendalikan Belfast Islamic Centre pasca kejadian September 11. Masjid kami dibaling batu, umat Islam dimaki hamun, tetapi ia hanya seketika. Sikap tenang dan keterbukaan kami dalam menyediakan dialog dan ruang belajar serta mengajar, telah banyak merawat persepsi buruk terhadap Muslim.

Ayat-ayat tentang peperangan yang dipetik oleh Geert Wilders itu sememangnya ada di dalam al-Quran. Tetapi ia perlu dihuraikan mengikut konteks yang betul. Apakah wajar misalnya Muslim berhujah, banyaknya tuduhan zina terhadap Nabi di dalam Bible sebagai punca kepada seks bebas di Belanda dan Barat? Hal-hal seperti ini memerlukan kepada engagement dan bukannya isolation atau segregation apatah lagi konfrontasi yang tidak kena tempat.

ASAS PERTIKAIAN

Saya mempertikaikan tindakan boikot bukan kerana mempersoalkan keupayaan melaksanakannya, atau kerana saya bergantung hidup kepada produk-produk Belanda. Saya mempertikaikannya kerana ia bertentangan dengan prinsip keadilan malah lebih cenderung kepada sentimen Jahiliyyah.

Geert Wilders bukan Belanda. Dia hanya SEORANG ahli politik radikal yang murahan. Apakah rasionalnya seluruh Belanda mahu dihukum atas tindakan satu individu? Saya gerun dengan ancaman Allah SWT ke atas perbuatan zalim yang diharamkan-Nya dengan ancaman.

Saya lebih terbeban dengan tanggungjawab mendidik.

Tetapi kerja seperti itu memang tidak nampak jantannya! Ia perlahan, ia mereda kocak emosi yang panas, tetapi bukankah itu yang selalu diajar oleh Rasulullah S.A.W sendiri?

REAKTIF ITU GAH TETAPI LEMAH

Janganlah pula kita ini bertindak semacam menggunakan template. Apabila ada sahaja pihak yang menghina Islam, kita pun tanpa perlu berfikir panjang, terus sahaja mengeluarkan template boikot dan demonstrasi. Kita seharusnya lebih teliti dalam membuat penilaian. Denmark dan isu karikatur Nabi Muhammad S.A.W disokong oleh kerajaannya. Yahudi pula ada Yahudi Zionis di Palestin, ada Yahudi yang sekadar orang awam di Amerika Syarikat, Britain dan lain-lain. Janganlah kita bermudah-mudah dalam hal ini kerana kesannya panjang ke atas survival umat Islam, khususnya bagi mereka yang bermastautin di negara Barat.

Dan untuk lebih memahamkan mengapa kita harus mengawal diri untuk tidak berkelakuan seperti yang mahu dibuktikan oleh Geert Wilders dan Fitna beliau, wajarlah kita merenung sabda Nabi SAW:

hadithmarah.jpg

Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim, daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda, “Bukanlah gagah itu pada gagahnya orang bergusti. Akan tetapi gagah itu ialah pada upaya mengawal diri ketika marah!”

Rasulullah SAW bukan menegah kita dari marah. Malah kemarahan terhadap perbuatan menghina Islam adalah tanda yang kita masih ada perasaan ‘cemburu’ terhadap agama. Bukan sedikit manusia Muslim yang kembung temboloknya dengan makan minum seharian tanpa peduli walau sedikit pun kepada isu ini.

Tetapi jangan bertindak berasaskan kemarahan itu. Jadikan kemarahan itu sebagai pencetus kepada momentum kita berusaha ke arah membetulkan keadaan.

Jantan sebenar menurut Islam, adalah pada upaya mengawal diri, dan memilih tindakan yang efektif bagi mencetus perubahan. Mahukah anda memikirkannya?

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur


Tuesday, April 1, 2008

Negeri Hok Mane Nih??





25 ribu hati yang ingin diisi solat Isyak dan hajat berjemaah di stadium

Lepas solat dengar ceramah (yang oposisi kata 'berunsur hasutan')

Tanpa polis peronda, tanpa polis berpakaian preman

Jauh lagi dari kecaman FRU dan air pancut

Eh, negeri mana nih??

SELANGOR BARU, TARBIYAH TERAJU!!



Buat pertama kalinya, Stadium Melawati Shah Alam diisi dengan zikrullah. Khabarnya sejumlah itu juga yang kecewa kerana tak dapat masuk atas asbab kuota stadium yang minimum.

Allah.. Bergenang air mata. Gembira berbaur sayu. Gembira kerana ia telah dimulakan. Sayu kerana aku tiada di sana!

Inilah bukti kuasa (politik) mampu menyuntik nilai aqidah kepada rakyat jelata.

Allah, rahmati dan limpahi pemimpinku (tidak kiralah belah mana pun) dengan taufik dan hidayahMU.

Gambar ihsan TranungKite.Net











Hm.. Rakyat Johor sekalian (tanah kelahiranku), masih teruja dengan pembangunan dan projek mega kah? Kalian tak mahukah munajat perdana diadakan di Danga Bay..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright 2009 Terbang | Lihat | Tafsir. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates | Blogger Styles | WP by Masterplan