>>test

Monday, June 23, 2008

Mahasiswa Menggugat atau Tergugat??




Salam sorakan emosi Euro 2008.

Saya bukan kaki bola, tido bola, makan bola, dan dah lama tak minum coca cola. Bola memang bukan kepakaran saya. Samada bola sepak, tampar, baling (aneh bukan, banyak juga bola yg ganas), lisut, jaring dan keluarganya.

Saya pernah syiok pada bola. Zaman sekolah menengah dulu. Sanggup bangun malam untuk menonton. Itu pun dicetuskan untuk menyelami sanubari junior saya, Afiq dan kawan baik saya, Sopip, yang kipassusahmati Liverpool (ntah betul ke tak ejaannya).

Tapi sampai hari ni saya tak faham tentang bola sepak. Bola sepak memang bukan kepakaran saya.

Jadi, saya bukan nk cakap tentang bola.

MAHASISWA BAKAL KEMBALI MENYENGAT

TAHNIAH DAN SYABAS saya ucapkan kepada YAB Tuan Guru Nik Aziz Nikmat yang masih melihat mahasiswa sebagai agen perubah negara. Tuan Guru telah mencetuskan idea mewujudkan kembali Pentas Pidato buat mahasiswa Malaysia.

Kalau dahulu, Pentas Pidato ini hanya wujud di UM. Sesiapa sahaja boleh naik memberikan idea, kritikan, atau sekadar mengnonjol diri di situ. Pentas itu pernah dipanaskan oleh Ketua Reformasi Malaysia, Dato Seri Anwar Ibrahim.

Disebabkan kepanasan ucapan mahasiswa telah mempengaruhi rakan-rakan kampus, dan mahasiswa era 60-70an itu mula tunjuk gahnya, maka pentas tersebut diharamkan sama sekali.

Khabar dari Mohd Ridzuan Mohammad, Exco Akademik dan Intelektual Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), Dataran Stadium Sultan Muhammad ke-IV akan digunakan untuk tujuan tersebut dan akan diadakan pada setiap petang Jumaat dan Sabtu.

Hoh, ape tunggu lagi? Semoga Malaysia menjadi saksi, bahawa berpusu-pusu mahasiswa Malaysia ke Kelantan untuk meluah rasa.

Atau mungkinkah mahasiswa akan digari dengan lebih ketat buat kali kedua? Sama-sama kita nantikan dengan penuh teruja.


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright 2009 Terbang | Lihat | Tafsir. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates | Blogger Styles | WP by Masterplan