9 Disember. Hari untuk menghela nafas dengan lega, habis sudah peperiksaan pusingan kedua.
Tapi lega tak datang
Malah kertas terakhir yang saya duduki, saya masuk ke dewan peperiksaan dengan penuh rasa terpaksa, rasa terhutang budi pada insan-insan yang sentiasa menyokong saya.
UNIVERSITI SEBAGAI RUMAH PENYEMBELIHAN
Saya asyik terfikir-fikir ucapan Al Maududi ini
Wahai mahasiswa!
Kamu melabur sekian lama masa kamu di university ini bagi mendapat pendidikan.
kamu menunggu lama saat di mana kamu menuai hasil usaha kamu itu dalam bentuk segulung ijazah. Aku merasai betapa tersentuhnya jiwa kamu dalam majlis konvokesyen sebegini,sukar untuk aku berterus terang kepada kamu pada saat ini.
Walau bagaimanapun aku perlu jujur dalam menilai tempat kamu dididik ini, malah kesemua tempat pendidikan yang bernama universiti, ia tidak ubah seperti tempat penyembelihan berbanding tempat pendidikan.
Sekeping ijazah yang dihulurkan tidak ubah sperti sijil kematian. Ia diberikan apabila si pembunuh berpuas hati kerana Berjaya menyempurnakan penyembelihannya. Alangkah bertuahnya mereka yang Berjaya melarikan diri daripada penyembelihan terancang ini dengan sedikit cahaya kehidupan.
Aku tidak hadir ke sini bagi mengucapkan tahniah kepada kamu kerana menerima sijil kematian itu malah sebaliknya. Aku berasa sedih melihat kamu semua dalam keadaan yang teruk.
Aku seperti orang yang sedang mencari manusia yang masih hidup dalam timbunan mayat disini
Al Maududi menyebutkan kalimah-kalimah ini sewaktu majlis konvokesyen sebuah universiti.
Datang persoalan pada diri, akukah di antara timbunan mayat-mayat itu nanti?
Tahun 2 sesungguhnya tahun yang cukup mencabar. Dan sungguh saya terasa sudah hampir mati disembelih. Fokus pada akademik melebihi dari segala bidang lain. Ukhuwah, dakwah, makan dan rehat semuanya tak ada keseimbangan lagi. Terlalu fokus hingga terasa begitu sempit untuk berusrah barang sekali! (saya memegang dua usrah, satunya berjalan lancar kerana anak usrah saya kesemua adalah naqibah. Manakala kumpulan kedua adalah produk raw tarbiyah. Hanya kumpulan pertama berjaya digerakkan, itupun cuma dua kali)
Priority tahun ini : PULUN!
Malah pernah saya membuat perancangan gila. Gila sebagai manusia. Kekal menelaah di pustaka hingga gelap (pukul 4.00 petang di musim sejuk), dan sambung di ruang makan Arabella Mall hingga pukul 10 malam. Balik, tidur!
Lebih-lebih lagi dengan deru semangat rakan stu batch yang sangat kencang. Facebook group kami penuh dengan perbincangan akademik. Main itu ada, tapi bab akademik, fuh, berpeluh untuk mengejarnya. Terasa sangat bodoh dan malu kalau tertinggal jauh di belakang.
Kalau dulu kami cukup puas hati dengan markah seadanya, tapi bagi rakan seangkatan baru ini, itulah, 23/30 boleh patah hati. Maka yang gagal, akan matilah agaknya.
CITA-CITA VS KERJAYA
Puan Ainon Pengerusi PTS pernah menuturkan. Kita harus mendidik anak-anak kita untuk mempunyai cita-cita, dan bukan mengimpikan kerjaya.
Apa beza cita-cita dengan kerjaya?
Seorang lelaki mempunyai cita-cita mendidik anak bangsa, Tapi tak mesti kerjayanya sebagai guru atau pensyarah.
Biar jelas cita-cita, agar kita boleh cipta kerjaya.
Saya tak pernah mengimpikan kerjaya sebagai seorang doktor. Cita-cita untuk mengubat manusia itu ada, tapi bukan sakit badannya. Dan saya juga tidak pernah ada impian untuk menukar bidang pengajian.
Entah mengapa, sejak sekolah menegah lagi, passion saya adalah pada pendidikan. Jadilah apa sahaja, guru tadika, guru sekolah, tapi yang pasti bukan pensyarah.
Memang saya punya angan-angan, seorang doktor yang mendidik.
Tapi, segala angan-angan ini terlalu kabur, mungkin tidak pernah dibuat orang. Ditambah pula dengan merasai kematian diri sendiri dalam sistem universiti ini, akhirnya saya kecewa, buntu dan keliru.
Ketiga-tiganya di musim peperiksaan.
Yang keluar ialah, 'Untuk apa aku ada di sini? Belajar teruk-teruk, bukan nak jadi doktor pun. Belajar hanya kerana isi pengajiannya menarik'
SISTEM PENDIDIKAN TERBAIK DUNIA
Memang saya pernah mendengar, Finland adalah negara yang mempunyai sistem pendidikan terbaik di dunia, dan kian meningkat hari ke hari. Video awal yang rakan facebook saya kongsikan ialah tentang ini
Yang menarik minat saya ialah, mereka menggunakan sistem yang TIDAK AKAN MENGGAGALKAN PELAJARNYA.
Masih kecewa, bila mengenangkan bumi sendiri.
Kemudian saya tonton video ini pula
Selain sistem pendidikan yang bebas dari pengaruh politik, salah satu ciri menarik mereka adalah, tenaga pengajar adalah dari golongan yang benar-benar pakar. Doktor, peguam, jurutera!
Ah! Akhirnya, jumpa!
Jumpa apa? Jumpa 'a reason to go on'. Ia sesuatu yang tidak mustahil, untuk seorang pelajar perubatan berkhidmat di bidang yang dia sukai, bukan?
And so, ayat motivasi diri bertukar kepada,
Mungkin, jalan saya tak secantik jalan orang lain. Mungkin, jalan saya tak jadi bualan orang lain.
Tapi saya percaya, setiap manusia telah disesuaikan kelebihannya untuk berfungsi sebagai khalifah, hamba dan dai'e. Berbeza? Saya sukakannya :)
Doakan, doakan
Saya tak sabar untuk pulang.
Doakan, doakan,
Agar 4 tahun perjalanan berbaki ini, bukan sebuah kematian
Dan akhir sekali, nikmati kata-kata dari Will.I.Am, salah seorang manusia yang saya minat. Kerana muzik dan fasyennya.
Tapi dia nampak seperti 'Kenapa aku perlu menyanyi untuk Sesame Street...'
p/s : Betapa saya berharap bidang perubatan tidak semahal ini. Agar saya mampu untuk fokus pada subjek-subjek yang seadanya otak saya bawa. Allah, mudahkanlah
3 comments:
kagum dgn smgt kak syi... tumpahkan kat sini sket...
qajen gila kak syi study~~~
main nya bila??
malah di finland syi,
cuti bergaji untuk ibu yang melahirkan begitu panjang.
cukainya tinggi,
tapi perubatan dan pendidikan percuma sepanjang hayat.
anak ditinggal ditepi jalan insyaAllah selamat, tidak ada siapa mahu menculik atau mencuri.
emmm,
selamat berjuang cikgu syi!
salam alaik.
aiwah..moge dik kak ss ni, akn lebih dan lebih lebih terbang tinggi!! sure u can fly...
kite punya DIA yg MAHA berkuasa. MAHA pemberi.MAHA pemudah. MAHA pemurah.jua MAHA pendengar. insyaallah ditambh dgn kocakan smgt dr smgt kiri, kanan, atas bawah.. dalam luar.. inTernet, inHOuse, etc.. maka, berjalanlah kamu dgn terus laju dan kuat utk meneruskan laskar kehidupan yg kita mmpu untuk mengatur perjalannnya, walakin DIA juga yg mampu menCatur segalaNya.
lets, keep movin... keep strong... stay strong! sirru ala barakatillah!!
kite jumpe nnti ek! salam juang min kak ss ("_)
Post a Comment