Bukan kadang
Tapi selalu terfikir
Aku ini
Siapa sebenarnya
Suka tengok cerita aksi
Konon mimpi
Mahu jadi umpama sang baju besi
Tapi bila nyata
Ditolak kedepan
Aku terketar berdiri
Aku ini
Siapa sebenarnya?
Punya impian setinggi bulan
Punya gagasan mampu mengorak awan
Tapi bila nyata
Tergagap-gagap, gagal mengatur segala
Apa kerja, yang sebenarnya aku telah lakukan?
Aku ini
Siapa sebenarnya?
Aku ingin jadi manusia luar biasa
Wanita perkasa, keras untuk melawan dunia
Tapi aku
Sebenarnya orang biasa
Selalu kaku tak mampu buat apa
Aku ini
Siapa sebenarnya?
Ada yang tanya
Kenapa aku sikit pun tak gelisah
Sedang apa yang melanda bisa mengundang gundah
Kerana
Setelah aku bilang-bilang nikmat yang Dia beri
Ditolak banding dengan dosa yang aku buat sendiri
Apakah aku
Layak untuk meminta-minta lagi?
Cuma satu
Yang buat jiwa aku pedih, perit
Memikirkan dua wajah
Yang kian suram mencari nafkah
Agar ilmu masih boleh aku tadah
Mengenang kerut yang berjalur di dahi mereka
Ah, tiada kata mampu mengungkap rasa
Mungkinkah aku
Mas Azam di bumi Jordan
Makin jauh merantau di bumi asing
Cuma, Mas Azam ada tempe, menampung isi poketnya
Aku?
Hah, apa kata
Aku mulakan pencarian
Pencarian pada lelaki kaya
Kurang-kurang jimat belanja orang tua
Tapi akulah kot
Yang akan terseksa
Wahahaha
Gila
8 comments:
like this post very very very much.
pastikan lelaki kaye dan beriman dan dot3 dgn syarat2 tambahan idaman anda selama ini~
supaye kami di bayt 7 tidak bimbang utk melepaskan ahli bayt kami. :D
assalam.
xsalah kalo nak senang.
tp kene cari yg boleh diharap dari segi agama dan pendidikan untuk anak2.
wallahua'lam.
Allah yus3idik o yuyassir umurik 7abibti
-numumono-
Calok : Entah bahagian mana yang disukanya. Yang akhir tu kah? Hish
2 komen sudah dibuang pengomennya. Nasib sempat baca :D
Wawa : Lupa nak letak syarat tambahan, iaitu Melayu. Hah, kan hari ini inbox dah ada stalker orang A!!
Luqman : Zaman sekarang ini, ekonomi boleh menggugat aqidah. Iman tidak kukuh, boleh menekan hidup hingga hilang kewarasan akal. Natijahnya, pulang bekerja menikam ahli keluarga!
Numumono : err.. ajar saya nak membalasnya bagaimana?
Post a Comment