>>test

Sunday, January 24, 2010

Sudut Pandang Sisi : Mafraq VS Irbid

Mafraq
Bangun pagi kemudian dengar K.Juju kejut roomate 'Iman, qumie, qumie'
Irbid
Bangun pagi dengar Najwa Aiman ketuk pintu

Mafraq
Sarapan pagi dengan roti, tuna, mayonis, dan sos
Irbid
Sarapan pagi dengan roti pita gulung disumbat ayam bravo (ayam sejuk beku seperti produk Ayam Mas). Hanya waktu cuti


(Hari sekolah)
Mafraq
Sarapan lambat-lambat sambil borak-borak panjang dengan K.Juju. Habis sarapan sempat lagi menyapu. Memang Ratu menyapu bilik la.
Irbid
Buat air panas 3 in 1, minum tak sampai separuh kemudian berlari keluar bilik

Mafraq
Kelas mula pukul 8, pukul 8 baru gerak. Jalan sambil tengok bunga-bunga
Irbid
Kelas mula pukul 8, bertolak wajib paling lewat 7.30. Lari-lari lintas jalan tunggu bas ke Mujamma'. Dari mujamma' naik pula bas ke universiti. Sampai universiti kena pula jalan 20 minit baru sampai kelas.

Mafraq
Tengah sekolah lapar, pergi Mat3am beli skalob JD0.60
Irbid
Tengah sekolah lapar, pergi Mat3am beli pizza yang paling lembut dalam dunia JD0.35

Mafraq
Habis sekolah paling lewat pukul 1 petang. Kemudian pergi meredah ladang zaitun, naik bas ke pekan untuk mengaji dengan Syeikhah. Habis mengaji pergi membeli-belah sampai nak maghrib.
Irbid
Habis sekolah pukul 5 petang. Berdoa-doa semoga bas ada lagi. Turun bas baru sampai di Yarmouk, sambil berjalan menuju sakan terdengar azan Isyak.

Mafraq
Makan nasi hanya waktu malam. Siangnya makan roti + keju + zaitun pedas atau masak pasta. Masak bermula lepas Asar. Masak untuk 20 orang
Irbid
Makan nasi malam juga. Dah sekolahnye sampai malam.. Kalau kelas habis awal dapatlah giliran memasak hari tu. Masak untuk 8 orang. Kalau balik sekolah lapar tak boleh tahan, singgah saja mana-mana Mat3am sepanjang jalan dari turun bas menuju sakan. Pekena nasi Uzie ke..

Mafraq
Berinternet lebih kurang seminggu sekali. Terutama hari cuti. Tiada wireless, hanya ada sebuah bilik berbilang kabel internet. Masuk senyap-senyap, dengar kelibat musyrifah berdesup lari. Kebiasaannya masuk internet melalui henset. Yamee, Opera Mini, tu lah teman sejati. Jangan lupa beli Web KB.
Irbid
Internet 24 jam. Tapi wireless ni masalahnya lembab. Dah berzaman tak beli Web KB. Yamee? Ape tu? Kate budak-budak Irbid.

....Nanti-nantilah tambah lagi.....

2 comments:

Aeman said...

erk.. masuk jugak name hambe..

lpas nih kak shi pulak kejutkan kawan2 pusing satu sakan nak x? :)

kite gilir2..

Anonymous said...

salam shi..
cek ske part internet..
hukhuk...ap2 pun..miss u..hr tu dtg irbid tak sempat jenguk..
allah ma'ek...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright 2009 Terbang | Lihat | Tafsir. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates | Blogger Styles | WP by Masterplan