>>test

Monday, January 4, 2010

Way Towards Future


Melangkahkan kaki ke Sekolah Perubatan, bererti merelakan diri untuk bersusah payah. Perhatikan video diatas. Stuff that medical students needs for finals.

Bukan cuma final examination, tapi hingga saat terakhir mememikul amanah sebagai ahli dalam perubatan.

Bukan cuma ITU SAHAJA, malah terlalu BANYAK.

Kesusahan yang sebegini, ditambah dengan kos pembelajaran yang tinggi, serta risiko disaman kerana kecuaian seorang manusia biasa. Jadi, mengapa mahu menjadi doktor??



Nilai Duit



Saya tidak tahu berapa jumlah wang yang akan diperoleh oleh seorang doktor berpangkat biasa. Tapi yang pasti, sedari awal pelajar perubatan sudah pun mula 'dilatih' dengan kewangan yang cukup kukuh.

Bayangkan, pelajar tajaan di Jordan ini akan menerima JD200 (RM1000!) setiap bulan. Kos yang perlu ditanggung adalah sewa rumah, dalam JD50. Kos makan-makan dalam JD100, itupun bagi yang melampau dalam makanan. Selebihnya, ah, buku konon-kononnya. Sedar-sedar sudah tiba bulan baru, JD200 masuk lagi ke dalam akaun.

Senior sering berpesan, mula dari saat inilah perlu bijak dalam pengurusan wang. Hingga ada yang tak tahu untuk buat apa dengan wang yang berlambak, membeli 'mainan' yang entah apa-apa. Serasa saya, boleh saya kalau hendak beli kereta sebuah di Malaysia, malah di sini sekali pun.

Ini baru menjadi pelajar perubatan. Belum menjadi ahlinya pun. Bayangkan bila sudah menjadi ahli.

Nilai DUIT sememangnya menjadi satu impian, bagaikan satu matlamat indah

Nilai Duit VS Elemen Manusiawi

Katakan pada saya, sekiranya sudah pun memiliki wang beribu-ribu, BILA MASANYA PARA DOKTOR MAHU MELABURKAN DUITNYA?

Sekarang ini saya berada di semester pertama di sekolah perubatan. Hari pertama bersekolah, saya pulang ke rumah dan memasak sambil menangis!

Tangisan keletihan kelas dari 8 pagi hingga 5 petang, pabila pulang tak boleh berehat terus kerana perlu memasak.

Tangisan kerana memikirkan, inikah kehidupan yang bakal ditempuh?

Di semester baru ini, 7 hari seakan-akan perlu ditambah lagi. Kelas yang jadualnya sebegitu, malam pula diisi dengan mesyuarat atau program persatuan, hujung minggu selalunya diisi dengan program, dan setiap Sabtu terisi dengan peperiksaan.

Akhirnya kami tersedar, sudah sebulan tidak ke pekan!

Makan minum, rumah dan pakaian hanya yang mudah-mudah sahaja.

Ini adalah kehidupan pada semester pertama. Bagaimana bila sudah mula menjadi 'ahlinya'?

Jadual kerja adalah 13 jam. Pulang ke rumah yang dicari hanyalah satu, tidur.

Maka dimana nilai DUIT yang ada?

Apabila matlamat DUIT sudah tercapai, tapi hal ini yang menjadi juadah setiap hari, maka akhirnya seorang doktor akan berkata dalam hatinya, 'Kenapalah aku beriya sangat mahu jadi doktor?'

Begin With The End In Mind

Lihatlah penghujung jalan yang menanti.

Malah bagi wanita, kerjaya doktor mungkin menjadi mimpi ngeri. Bila gosip-gosip proses meminang, ada yang berbunyi 'Hah? Nak kawin dengan doktor? Sanggup ke?'.

Nilai masa dengan anak-anak, suami serta keluarga, yang akhirnya membawa kepada penceraian dan stres, yang tidak boleh dibawa ke klinik.

Maka, cari semula, kenapa memilih bidang ini.

Untuk mendapatkan jawapan ini, semak semula Tujuan Hidup.

Ya, kerana kita perlu bekerja. Kerja untuk apa? Kerja untuk membawa manusia mengenali Tuhannya.

Pesan K.Sarah, 'Do not treat the disease, yet treat the patient!'

Kerana bidang ini nilai korbannya tinggi, maka ganjarannya setimpal dengan pelaburan pengorbanan. Kita boleh memilih, ganjaran bentuk bagaimana.

Ganjaran dunia, atau ganjaran akhirat.

Dan apabila kerjaya ini dipandang sebagai ibadah, maka BOS kita adalah Yang Maha Pencipta. Secara automatis, kerja yang dilakukan akan dibuat sehabis baik, kerana yakin bahawa Yang Maha Melihat sedang meniliti kerja kita sehari-hari.

Kerja sehari-hari itu, bermula dari HARI PERTAMA MELANGKAHKAN DIRI KE SEKOLAH INI.

Di tahun baru ini, saya mengajak semua sahabat yang sealiran dengan saya, mengubah paradigma hidup.

Mari kita memberi, kerana yang membayarnya hanya illahi.

Bagi bacaan tambahan, saya menggalakkan untuk membelek buah tangan Abu Saif, Kenapa Mahu Jadi Doktor

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright 2009 Terbang | Lihat | Tafsir. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates | Blogger Styles | WP by Masterplan