>>test

Monday, December 27, 2010

Senangnyee Memasak



Masak ni senang ajee. Kalau dah terpaksa masak reti le. Bab sedap ke tak no 2, asalkan reti, kan abang kakak?


Hari ini melepak di hadapan nota biochem, semangkuk nasi, biskut cip coklat, air sirap dan komputer bernama APAQ. Sudah pastilah nota jatuh nombor terakhir untuk diberi sepenuh perhatian dan kasih sayang.

Jalan punya jalan dalam laman web PTS, terjumpa satu video Chef Hanieliza, seorang penulis PTS dalam genre masakan.

Tag line beliau sangat menarik, 'Senangnya Memasak'.

Maka hari ini dengan penuh motivasinya saya cuba untuk terjun ke dapur.


Iyalah, sebagai doktor wannabe, ditambah pula dengan musim sejuk waktu ini, memasak adalah perkara yang paling leceh. Masak perlu pantas dan mudah. Jimat masa, jimat pekakas agar kulit tak beku terkena air yang umpama ais cair. Sungguh!

Mari saya kongsi resepi orang bujang yang pemalas.


AYAM MASAK HALIA



Jangan pandang pada rupa


Tempoh memasak : 15 minit

(tak termasuk tempoh penyediaan. Bab nak sedia bahan yang paling ghenyai sekali. Dulu sebelum pindah rumah, teman bilik saya yang potong-potong bahan. Dia rajin motong, saya rajin membantai dalam kuali)

Bahan-bahan (7 orang makan)
- Bawang putih dan bawang merah
- 3 cm halia
- 1 ekor ayam dibuang tulang
- 2 sudu tepung jagung
- 1 sudu sos tiram
- secawan air
- sayur-sayuran
- garam
- hirisan daun parsley

Cara masak

1. Mulakan dengan bismillah
2. Basuh tangan anda. Tahukah anda dengan membasuh tangan anda boleh mengelakkan banyaaak penyakit?
3. Panaskan minyak. Saya orang Joden maka saya guna minyak zaitun. Berlagak tak?
4. Tumis bawang merah dan putih hingga selesa
5. Tumis halia
6. Masukkan ayam. Tujuan membuang tulang bukan kerana baik hati tak mahu teman serumah tercekik, tapi untuk jimat masa. Ayam tanpa tulang lebih cepat masak. Nak lebih pantas, beli aja ayam dada dalam pek. Masak ayam hingga putih
7. Bancuh tepung jagung dengan sedikit air. Campakkan ke dalam kuali
8. Sekiranya pekat, tambah air
9. Bancuh sos tiram, campak juga.
10. Setelah semuanya cukup berukhuwah, baru letakkan sayur. Mulakan dengan sayur yang keras.
11. Tabur garam dengan penuh nikmat
12. Tutup api dan letakkan daun parsley
13. Kemas bersih-bersih pekakas dan tempat masak anda. Jangan biar minyak dan berair. Pantang nenek saya! (moyang tak tahu, tak sempat jumpa)
14. Basuh tangan lagi yee

Senang bukan? Macam kacang Nyan Nyin (eh macam tu ke ejaannya?)

Komen teman serumah hari ini :
Fasy - Macam makan ikan kukus 3 rasa
Fasy lagi - Macam makan di oriental
Wawas - Sedapnya, masak apa ni?

Dan dengan penuh sukanya saya menjawab, 'Masak cincai ajeee'


ULAM JORDAN : JARJIL


Mera nam he, Jarjil


Masak sayur lagi lah kacang dan goreng kan? (eleh, padahal dulu kat Malaysia sikit pun tak reti. Hahaha)

Sayur adalah bahan wajib keluarga saya. Hingga kadang Umi terpaksa sorokkan sayur yang dibeli. Anak-anak dia rajin geledah peti ais dan ratah mentah-mentah. Sebab itulah kami comel-comel, hu!

Hari ini saya ingin memperkenalkan pada teman rumah tentang ulam Jordan. Jarjil namanya. Kalau loghat budak Mesir, jadilah Gargil. Bikin malu kalau duduk Jordan lama tapi tak kenal jarjil, hish.

Tapi, rancangan asalnya nak masak brokoli + cendawan butang dengan sos tiram. Jadilah jarjil diubah rupa dan rasa bila dicampak bersama brokoli dan kawan-kawan. Cumanya bila dah masukkan brokoli baru teringat cendawan. Aiseh, tak cukup ahli usrah mereka.

(Juga saya campakkan minyak zaitun setelah habis memasak. Kiranya, rasanya masih asli. Biar budak-budak ini belajar makan minyak zaitun! Gelak jahat)


Warna memainkan peranan. Bukan setakat sedap mata, tapi ada kesan pada kesihatan



Begitulah.

Oh Umi, janganlah senyum suka kalau anak dara anda pulang ke Malaysia anda akan bergoyang kaki. Balik rumah makan air tangan orang rumah la kan? Hehe

Alang-alang dah baca tentang makanan, baca pulak tentang makan. Anda makan sebab apa? Makan Untuk?



*Sejak bila pandai post resepi ni? Wow!*

Sunday, December 26, 2010

Berita Baik



hip hip horray!!


Saya kira ini betul-betul berita baik. Kerana saya sendiri teruja!


Dengan sukacita dan suka benarnya dimaklumkan, blog ini akan kembali beroperasi.

Terima kasih buat pembaca-pembaca yang selalu bertanya akan kehadiran kembali laman Terbang tapi tak punya sayap ini. Walaupun yang bertanya tidaklah sampai 20 orang, tapi andai yang bertanya SEORANG sekali pun saya terasa cukup berharga.

Pertanyaan-pertanyaan kalian membuatkan saya kembali berfikir, wajar atau tidak blog ini dibuka kembali.

Setelah membuat beberapa pertimbangan, juga beberapa rombakan, insha Allah, bismillah, inilah keputusannya.

Mudah-mudahan inilah usaha saya untuk bersedekah kepada kalian. Saham yang berpanjangan.

Inilah satu usaha yang bakal terus hidup setelah nyawa tiada dikandung badan.

Jangan mati dengan kematian!

Thursday, September 30, 2010

Hujan Guruh Kilat


Kepala lebih berserabut dari ini


Berurusan perihal dokumen di negara ini, jarang-jarang jiwa tak tertekan. Bagaikan mustahil kalau tidak kecewa.

Entahlah.


Sebentar tadi rasa sangat marah. Sangat sangat. Hampir-hampir Cokia The Tut Tut dihempas ke dinding. Tapi merasionalkan akal, kalau dia rosak, siapa pula yang murah hati sangat hendak hulur buat ganti. Hampir juga mematahkan hawiyah (kad matrik). Juga cuba-cuba menstabilkan akal.

Sudah seminggu berjuang untuk mendaftar subjek bagi semester satu. Seminggu!

Entahlah.

Ada juga hendak terkeluar, 'Kenapa malang sangat nasib aku? Kenapa orang lain senang?'. Kelmarin berYM dengan Ily, baru terperasan. Ya, tiap subjek yang selama ini diajar, natijahnya sendiri yang gagal. Sekolah menengah dulu menjadi tutor untuk kebanyakkan subjek sains (Biologi, Fizik, Kimia). SPM, kesemuanya dapat B3. Kali ini, Physio.

Tapi

Astaghfirullah. Terasa bahang pipi ditampar.

Banyak sangatkah amal yang dibuat, hingga rasa tak layak di'bala' oleh Allah? Bukan banyak, entah ada atau tidak amal yang pernah terangkat?!

Jauh sungguh jalan untuk menuju Allah

Allah, jadikan semua ini, bayaran untuk aku membeli syurga. Tiada satu pun perkara baik yang aku rasa melayakkan aku ke sana. Jadikanlah segala apa yang menimpa, sebagai satu tukaran dari neraka.

Terima kasih bekas classmate merangkap bekas satu batch yang tolong menguatkan. Wan, Najwa, Haniff dan Lan.

Demi Allah, berhentilah wahai air mata. Aku kan wanita gagah perkasa!

Tuesday, September 28, 2010

Bulat-bulat Kecil, Bulat Besar




Setelah beberapa tempoh otak ini tak berapa mampu bergerak memikirkan amanah yang dipegang, alhamdulillah tadi diberi motivasi. Segar kembali untuk bergerak.


Usrah. Zaman sekarang ini, masih adakah rakyat Malaysia yang tak pernah dengar perkataan usrah? Kalau ada, fuh, hebat betul. Perkataan usrah semakin popular diguna pakai, bukan sahaja dimaksudkan dengan kumpulan-kumpulan kecil yang membincangkan sesuatu isu, tapi juga telah menjadi nama rancangan di televisyen.


USRAH TERBAIK SEPANJANG HAYAT

Awal mengenali usrah, adalah di MRSM Terendak kebanggaan hamba. Walaupun kami semua tak berapa berlatarkan agama, tapi usrah itu tetap ada. Walau ketua usrahnya (naqib atau naqibah) bercinta di sekolah, tapi kalau dia bijak bicara hal agama, boleh mengaji dengan lancar, pakai tudung agak sempurna, itu sudah memadai.

Di matrikulasi juga ada usrah. Yang ini levelnya agak tinggi. Pengisiannya tiada main-main. Lepas satu usrah, boleh kembung perut dengan ilmu. Nanti-nanti ada sahaja kuiz dan ujian diadakan, entah samada nak melihat kefahaman atau nak 'tasmi3' hafalan. Kaya ilmu, cuma mungkin kurang kreatif.

Usrah terbaik saya pernah lalui sepanjang hayat, setakat ini, adalah sewaktu di UTHM Batu Pahat. Ahlinya, teman serumah saya, jiran sebelah rumah, dan beberapa rakan kolej kediaman lain. Berbeza umur, berlainan jurusan. Pasti, peel juga beraneka.

Kadang tiada agenda. Agendanya ialah makan

Tapi entahlah, macam mana kami boleh sangat seronok.

Usrah dibuat sewaktu solat Jumaat. Dimulakan dengan tadarus 2-3 muka Al Quran beserta terjemahan. Kemudian mendengar hafalan seorang demi seorang Surah Sajadah. Seterusnya masuk ke isi utama usrah. Akhirnya perbincangan isu semasa.

Ada antara kami yang penuh semangat, ada juga yang malu-malu. Tapi awal-awal perjumpaan, ketua usrah sudah pesan, dalam setiap perjumpaan, ketua usrah hanya bertindak sebagai penyimpul akhir perbincangan. Segala isi akan dikupas ahli, bergilir tiap minggu. Tiap minggu juga, bergilir akan dilantik menjadi yang bertanggungjawab menentukan masa, tempat dan pembentang isi.

Dia juga pesan, persembahkanlah semenarik mungkin, ala-ala pembentangan di dalam tutorial, atau sewaktu tesis.

Hah, kami semua semangat habis!

Hari pertama pembentangan, K.Asma, teman serumah saya yang membentangkan. Dia siap membuat Power Point, disusuli dengan video serta lagu yang berkaitan. Minggu ke minggu, teknik pembentangan semakin menarik, masing-masing tak mahu kalah. Pandangan demi pandangan dikongsikan bersama. Kadang soalan membunuh yang sukar dijawab. Tak dinafikan, dalam 6 orang ahli, akan ada beberapa yang hanya menjadi pendengar setia semata-mata.

Bila tiba ke agenda isu semasa, biasanya saya yang akan memenangi acara. Antara yang paling mudah dibincang adalah review filem, mahu pun kisah panas yang melanda Malaysia.

Usrah kami, kalau tak terlajak-lajak masa, memang tak sah. Semuanya tak sedar masa berlari pantas. Biasanya berlangsung selama 2 jam!

Selalunya, ketua usrah kami tak dapat hadir, kadang tak dapat dihubungi. Bolah kata 90% kami berusrah tanpa dia. Tapi kami kesah apa, sebab tiap minggu tak sabar nak dengar pembentangan baru, tak sabar mengupas isu. Jadi tanpa kehadirannya, kami sendiri yang merancang dan menghidupkan kumpulan kami.

Habis usrah, solat zohor dan makan bersama, ikat topi keledar keta-ketat, kemudian merempit ke kuliah dengan penuh seronok.

Sungguh, rindu sungguh dengan kumpulan ini. Kak Asma, Kak Zahidah si ayam goreng (peminat Upin Ipin), Kak Manira, dan Kak Nadia. Ketua naqibah, oh saya tak ingat namanya. Haha.


USRAH GENERASI FACEBOOK DAN IPOD

Hari ini para pendakwah suka atau tidak perlu memerah otak memikirkan penyampaian terbaik untuk mendekati generai Facebook dan Ipod.

Sukar untuk memecahkan gambaran bahawa usrah adalah kumpulan kecil-kecil. Bak kata saudara Azlan Zainal, bekas Pengerusi Parti Mahasiswa Negara, selagi tak bulat bukan usrahlah namanya. Hahaha.

Usrah hari ni, katanya tak perlu lagi dimulakan dengan Al Fatihah. Cukuplah ia bermakna dengan perbincangan, walau apa juga yang dibincangkan.

Beliau pernah memberi contoh, tak tahulah kalau beliau tipu saya, tapi saya sangka baik betullah. Dia ajak anak usrahnya naik kereta. Dia sengaja menyediakan kereta tersebut dalam keadaan minyaknya hampir kering.

Di tengah jalan, minyak mula habis. Dia kata, "Alamak, Abang tak bawa duitlah nak isi minyak". Sengaja, nak lihat siapa yang kuat dari sudut tadhiyahnya (sikap suka berkorban).

Dia mahu isi minyak di Caltex. Salah seorang anak usrahnya melarang, "Bukankah Caltex bersekongkol dengan Israel? Boikot". Dia jawab, "Habis, kesianlah pekerja disana, apa mahu beri anak isteri makan? Kita niat tolong mereka sudahlah". Sengaja, nak lihat mentaliti anak usrahnya.

Panjang lagi cerita, cukuplah sampai sini, sebagai contoh.

Usrah, bagaikan payah untuk dibuat duduk berbulat-bulat.

Itu satu hal. Hal lain, apa pengisiannya?

Hah, ini kira kita sedang berusrahlah kan? Apa kata jom fikir sama-sama. ;)

Seperti Multi Level Marketing, bulat-bulat kecil, akhirnya akan menjadi bulat besar. Dunia muslim super!

Sunday, September 26, 2010

Random



Bukan kadang
Tapi selalu terfikir
Aku ini
Siapa sebenarnya


Suka tengok cerita aksi
Konon mimpi
Mahu jadi umpama sang baju besi
Tapi bila nyata
Ditolak kedepan
Aku terketar berdiri

Aku ini
Siapa sebenarnya?


Punya impian setinggi bulan
Punya gagasan mampu mengorak awan
Tapi bila nyata
Tergagap-gagap, gagal mengatur segala
Apa kerja, yang sebenarnya aku telah lakukan?

Aku ini
Siapa sebenarnya?


Aku ingin jadi manusia luar biasa
Wanita perkasa, keras untuk melawan dunia
Tapi aku
Sebenarnya orang biasa
Selalu kaku tak mampu buat apa

Aku ini
Siapa sebenarnya?

......................................


Ada yang tanya
Kenapa aku sikit pun tak gelisah
Sedang apa yang melanda bisa mengundang gundah

Kerana
Setelah aku bilang-bilang nikmat yang Dia beri
Ditolak banding dengan dosa yang aku buat sendiri
Apakah aku
Layak untuk meminta-minta lagi?

Cuma satu
Yang buat jiwa aku pedih, perit
Memikirkan dua wajah
Yang kian suram mencari nafkah
Agar ilmu masih boleh aku tadah

Mengenang kerut yang berjalur di dahi mereka
Ah, tiada kata mampu mengungkap rasa

Mungkinkah aku
Mas Azam di bumi Jordan
Makin jauh merantau di bumi asing
Cuma, Mas Azam ada tempe, menampung isi poketnya
Aku?

Hah, apa kata
Aku mulakan pencarian
Pencarian pada lelaki kaya
Kurang-kurang jimat belanja orang tua
Tapi akulah kot
Yang akan terseksa
Wahahaha

Gila

Monday, September 13, 2010

Raikan Cinta


“ Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untukmu pasangan dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya.

Dan dijadikanNya di antara kamu (suami-isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.

Sesungguhnya yang demikian itu adalah keterangan (yang nyata) bagi orang-orang yang berfikir "
- Ar-Rum : Ayat 21


Teristimewa buat kedua-dua. Setulus rasa, moga bahagia selama-lama.


Heningnya
Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah, tangis ibunda

Adalah aku, wali puteriku
Serah kini amanahku ini pada mu
Nafkahilah dia, curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

Dulu esakkannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna, dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu

Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu

- Fadzil Far East


Saat majlis begini berlangsung
Bukan sedikit gembira yang dirasa
Tapi
Bukan sedikit juga tangis dan sebak di dada
Ibu, ayah, keluarga, sahabat handai,
Semua merasa yang sama
Manjanya dia, bukan lagi milik kami semua
Maka, wahai sang lelaki
Bila mana, saat terasa untuk mengabaikan haknya, ingatlah
Betapa banyak jiwa yang akan terluka
Kami layarkan sepenuh harapan
Didoakan kalian, sampai ke perhentian

Dunia memang penjara buat mukmin. Tak pernah mengizinkan kita bercinta lama-lama. Ayuh tentera Allah, kita berjuang sungguh-sungguh, kemudian kita berteduh sama-sama di syurga!
-Myteam Muttaqin-

“Dari setinggi dan seluas kasih sayangMu,
Kau limpahkan rahmat jua keampunanMu
Kepada pengantin suami isteri.
Berkatilah majlis yang diadakan dengan keberkatan
Dari permulaan hingga pengakhirnya.

Sesungguhnya pertemuan ini adalah dengan izinMu,
Kurniakanlah keduanya ketenangan, kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaanMu.
Mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina berkekalan
Hingga ke akhir usia
Dan kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah.
Dengan taufik dan hidayahMu beruntunglah keduanya
Dalam kehidupan di dunia
Lebih-lebih lagi di akhirat "

- Amin Ya Rabbal ‘Alamin -



Salihah & Abg Dzulhuzmi

Syi sayang kamu berdua sungguh-sungguh!


Sunday, September 12, 2010

Doa damai buat agamaku dan agamamu

"Ahli Parlimen Serdang terharu dengan sokongan orang Islam, tetapi tidak akan memeluk Islam."

- Ulasan Teo Nie Ching pada September 4 berkait isu memasuki surau Al-Huda di Kajang, Selangor.



Suatu siang di rumah ibadatku
Sepasang tamar telapak tanganku
Bertemu tenang sedengar berita itu
Dan berdoalah aku dan begini ku berdoa:

Andai kubenarkan anak-anak Yesus
Krishna dan Budha mengisi ruang masjidku
Biarlah atas nama kasih dan kerana ikhlas
Sesungguhnya itu ajaran Dia kepadaku

Maka ku turunkan layar harapanku
Untuk mengaut untung syurga untukku sekaligus kamu
Setentunya Yang Esa tidak sia mencipta
Kebenaran yang satu dalam beraneka rupa

Kini bila ku bersujud di rumah ibadatku
Kusedar kau berbuat sama di rumah ibadatmu
Tepatkah perintah yang alim dan yang ulama
Cara dan keimanan kau tak diredha oleh Yang Esa?

Ini akan aku putuskan dengan sendiri

Namun pasti kan ku pelawa kau ke tempat suciku nanti
Dan bersolatlah kami, kau dengan caramu
Pelawalah juga kau aku ke tempat sucimu nanti
Dan bersolatlah kami, aku dengan caraku

Mari kau kenali damai
Di sebalik dinding-dindingku
Dan perkenalkanlah aku pada damai
Di sebalik dinding-dindingmu

Janganlah kau berfikir aku memperaga caraku
Dan tak kan ku prasangka kau mempamer imanmu
Usah ku ubah cara kau dan kau cara aku
Izinkan damai menyemarak mekar menyatupadu

- Pak Sako

Saturday, September 11, 2010

Cerita Raya? [Updated]


Poof!! Gambar dah hilang


HARI PERTAMA RAYA

Malam sebelumnya,

Tertidur bukan main lama (tak ingat bangun bila). Bangun-bangun, kaki lenguh-lenguh. Dah tua sangat agaknya. Kesian diri sendiri. Mata memandang alatan menguih yang masih bersepah belum dikemas. Masih ada satu lagi doh belum disentuh. Cornflakes pula jeling-jeling minta simpati. Aiyoh, makcik dah malas, tak larat!

Singgah ke dapur, bertambah-tambah rasa 'seronok'. 'Lawo' sungguh dapur makcik. Mengemas? Belum datang seru.

Sunguh-sungguh tak ada rasa. Malas.

Akhirnya Susi dibuka, X Men Last Stand ditonton buat kali ke berapa. Dua orang lagi mula menyibuk nak tengok sama. Apa lagi, rancak la aku bercerita.

"X Men ni cerita paling umph dalam dunia. Fiqh Harakah, fiqh jihad, semua ada. Yang tak ada mungkin fiqh ibadah sahaja" - semangat datang tiba-tiba.

"Xavier bertindak sebagai murabbi bagi anak usrah die" - Bla bla bla, makin suka nampaknya. Tengok muka diorang, macam tak faham saja apa aku kata. Lantak korang lah, yang penting aku bahagia.

Habis tengok X Men, baru rasa semangat macam biasa. Selalunya macam itulah, nak semangat tengok X Men, G.I Joe, Batman Dark Night. Yang terbaru The A Team, tapi belum rasa 'feel' dengan mereka lagi. Tetap-tetap X Men terbaek. Agaknya spesis kelawar hijau, ada rasa ukhuwah dengan geng-geng termutasi ni.

Tengok jam, 'Mak aih 4 pagi!'. Bangun juga akhirnya, memeriuk dan mendapur.

Kepala sentiasa mencongak jam waktu Malaysia

"Semua dah ada ke?"
"Tengah buat apa tu? Bisingnya!"
"Makcik-makcik tu tengah bergosip depan bilik air"
"Bergosip? Nak join!!"

"Kesian la laki masing-masing, bini sibuk bergosip, tidur sorang la malam raye nampaknye. Haha.." - memang aktiviti malam raya, tapi kali ini lebih dahsyat, sampai ke 5 pagi! Melampau sungguh mak-mak sedara, waktu kita tak adalah mereka nak 'havoc' bergosip tak ingat. Cis.

Aku membayangkan, kalau aku ada di sana, esok paginya mesti aku jadi mangsa. Mangsa gosokkan baju-baju mereka seisi keluarga.

"Ala tolonglah Dida, engkau bukan ade anak-laki nak uruskan!" - ceh, riak ada anak laki.

Jadi, bersyukur raya di Jordan, hehe.


Bila takbir bergema-gema dari Masjid Yarmouk kesayangan hamba, baru hati terdetik, 'Oh, raya'. Sungguh macam tiada rasa. Cerita seterusnya, tak mahu cerita :D


Tahun ini pesan ke Umi baju raya warna ungu. Sebabnya, rumah7 dah syuro begitu. Awal hari tu, ada seseorang buat muka sedih lagi tabah, akan beraya di sini. Kasihan melihat ketabahannya, cakap dengan Umi suruh buatkan satu pasang untuknya. Baju kurung Pahang, jangan main-main. Semangat 1Malaysia.

Tup-tup, dia pergi meninggalkan kami. Bagus, ada 2 baju raya.

Satu pasang, komen saya pada Umi,
"Meriah jiddan Umi oi.."
"La, ko nak pakai kat mana? Pakai dalam rumah dah la" - (_ _!!) Ingat Malaysia ke..
"Pakai kat luar la jalan-jalan, sini bukan ade sanak saudara jiran tetangga nak datang rumah satu hari.. Sob sob.."

Maka jadilah baju tersebut, er, baju pakai di rumah. Nasib baik satu pasang lagi agak gelap warnanya, walaupun awal-awal segan juga.

Walaupun tak ada yang datang beraya, tapi memakai baju raya sepanjang hari tetap menjadi kewajipan, er, dulu keterpaksaan. Sebab dulu, balik beraya, sampai rumah terus tukar kemaja T, rugby punya. Kan lebih selesa? Bila hidang tetamu, mak sedara perli, "Dah macam orang gaji aku tengok ko". Cet

Perancangan beraya?

Tak rancang mana pun.

Diorang sibuk nak tengok movie siang raya. Aku pun bagi la The Lovely Bones. Mula-mula menghadap sambil kunyah Tat Nenas, lepas tu sibuk menyorok di sebalik bantal. Sungguh ceh mereka ini. Padahal cerita itu cukup best, tapi sangat pastilah tak boleh lawan X Men. Hehe

Petangnya baru kami bergerak (lagi) beraya.

Makan rendang, entah, belum feel raya juga. Tak faham.


RAYA ARAB

Melalui Syarie Jamiah di hari raya, sebenarnya sesuatu yang agak mencabar bagi wanita tabah seperti kami. Ramai sungguh manusia, yang jantina perempuannya boleh di kira dengan jari, tapi yang kromosom XY, raaamai!

Sudahlah mereka hanya pakai kemeja t sehari-hari. Paling semat pun bersut blazer. Kita? Penuh warna-warna Malaysia. Memang jadi tumpuan ramai. Terasa nak muraqib di siang hari.

Satu perkara lagi yang pelik, hari raya, banyak pasukan berkuda. Jangan bayang yang semat-semat, abang-abang biasa-biasa sahaja. Seronok ye berkuda di hari raya?


RAYA TERAKHIR ORANG BUJANG

Kami semua cuba menggembirakan seorang bakal tidak-bujang-lagi di raya ini. Untung raya 2010, akan diadakan majlis akad nikah di bumi Irbid. Esok (12 Sept) selepas Asar.

Semua pakat-pakat tolong membayangkan hari bahagia. Tolong bagi idea posisi duduk mendengar akad, siap cuba-cuba demonstrasi lagi. Hahaha, Kak Ain siap tanya esok si pengantin pakai baju apa, takut-takut orang lain terlebih seri dari pengantin.

Dan saat ini, sedang mendamaikan hati, untuk melepaskan sahabat tercinta ke gerbang yang sama. Teman sepergolekkan, sepertawaan, sepermainan, serta sepercomelan. Tahu-tahu berjodoh dengan naqib aku sendiri. Cis, senyap-senyap rupanya. Walaupun sejak 2007 aku dah terhidu, tapi buat tak tahu. Betul kata orang, perempuan ini sixth sensenya kuat.


Salihah Yaacob, Syi sayang anda sangat-sangat.

Walau nanti kita dah tak boleh bergolek sama-sama, walau nanti kita dah tak boleh minat orang yang sama (haha, cemanalah dulu boleh Sa minat orang lain, padahal sudah dipunya?), walau nanti dah segan nak koling-koling,

Abg Dzul yang suka berfantasia berkonvo. Konvo juga akhirnya

Tapi tak apa. Sebab Syi tahu Abg Dzul tu siapa. Sengal-sengal dia, walau selalu kedekut nak belanja, tapi jiwa dia mulia. Sayang seorang naqib pada anak-anak usrahnya sungguh-sungguh ada. Apatah lagi pada isterinya yang terchenta.

(Harap Abg Dzul tak baca blog ini. Kalau tak kantoi)

Selamat menuju alam bahagia. Dah bahagia tu, adik beradik sendiri jangan lupa. Kalau tak, Syi balik Sg Buloh tu, lesing dua-dua. Hish


Overall, raya tetap terasa. Tahun lepas di Mafraq, semangatnya waktu memasak. Berjenis-jenis hidangan dan kuih buat. Tapi bila tiba pagi raya semua dah longlai. Dan mungkin juga waktu itu kami duduk sakan beramai-ramai. Seronok lebih SIKIT. Ini, cuma bertiga. Seorang tidur, kan ke dah tinggal dua saja..

Ada 5 kali sahaja lagi raya di perantauan. Mesti tinggalkan kenangan yang indah-indah, biar dirindu-rindu waktu tua. Biar nanti banyak modal nak cerita pada anak cucu.

Selamat bergembira bersama keluarga. Dari kami, Sekuat Tabah



Sakit hati tengok Buletin Utama Raya. Rupanya YAB Dato Seri Najib live-stream dengan pelajar kebanyakkan negara. Kaherah pun ada. Jordan? Cis. Najib Daud pun kami tak ada.

Aktiviti raya ke 2 pun boleh tahan best. Lipat dan basuh baju, TIGA BAKUL. Dah macam anak cucu balik kampung. Memang rindu Batu Pahat T_T, sebijik aktivitinya!


Friday, September 10, 2010

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1431H





Biar Aidil Fitri dirayakan dengan cara berbeza
Kerana dipisah oleh jarak dan masa
Yang diharap kekal selama-lama
Mesra hubungan sesama kita

Minal Aidil Wal Faizin


p/s : Itu benar-benar adik saya, dan dia tiada hubungan darah dengan Senior Aizat, ok?
p/s : Better late than never, buat malam buta. Sila jangan kutuk ye



Sunday, September 5, 2010

Re-Post : Jemu Yang Bertamu


Langit sakan yang memberi damai. Foto oleh Raja Maimunah


Post ini ditulis 12 May, setahun lepas. Banyak yang sudah berubah. Tapi entah kenapa hari ini rasa yang sama masih tergema-gema

Pukul 8 pagi aktiviti bermula. Beberapa minit sebelumnya, berlari-lari anak ke Markaz Lughah yang jaraknya lebih kurang 1 km dari sakan. Mengisi diri dengan ilmu bahasa Arab di sana, hingga matahari berada tegak di atas kepala. Tengahari, samada terus menjamah 'lunch' yang sudi dimasak oleh sesiapa, atau saya dan Ida menyediakannya. Tengoklah rezeki apa hari itu. Makaroni atau spegeti dibuat pasta, mahupun dicampak ke dalam sup cendawan. Mudah dan pantas.


Sambil-sambil perut memproses makanan, mata mengintai bilik internet untuk dicerobohi. Ya, dicerobohi. Kerana hanya yang menyewa sahaja sebenarnya diizin masuk. Tapi, kuota penyewa bagi pelajar Malaysia hanya TIGA, dinisbahkan dengan sejumlah 22 yang menetap di sakan. Pasti yang berjawatan kami dahulukan. Puas sudah berbalah dengan warden, akan keperluan kami untuk akses internet. Tapi berurusan dengan warga Arab sememang dijangka akan suatu kehampaan.

Jesteru, menceroboh sahajalah jalan kami untuk 'keluar' dari Jordan ini dan merisik kabar dari Malaysia. Untuk mengubat rindu akan penulisan berkualiti berbahasa Melayu.

Waktu petang, beramai-ramai meredah ladang zaitun dan bermujahadah berebut bas awam untuk keluar mengaji bersama Syeikhah. Belajar tajwid serta tasmi' hafalan. Selesai mengaji mulalah berpusing-pusing di pekan Mafraq membeli barang-barang dapur. Roti, laban dan sandwich falafil wajib masuk dalam senarai barangan. Menjelang maghrib baru kami sampai.

Malam waktu berhempas pulas dengan buku-buku. Saya yang masih berada di Markaz Lughah cuma, tidaklah seteruk sahabat-sahabat lain. Cemburu datang melihat mereka membaca kitab tafsir, fiqh dan sebagainya. Saya cuba ambil satu, Fiqh Manhaji. Aduh.. Sakit benar kepala, langsung tak mampu membacanya!

Sudah 5 bulan saya mendiami dunia asing ini. Itulah aktiviti saya sehari-hari.

Jemu mula menguasai diri. Tiada adventure selama 5 bulan.


KELAWAR YANG SUKA TERBANG

Awal-awal saya tiba ke sini dahulu, merupakan awal cuti semester mahasiswa di Jordan. Setelah berpenat lelah mereka memerah ilmu ke atas kertas peperiksaan, rehlah menjadi penawar tekanan. Saya sempat untuk menyertainya. Alhamdulillah, 3 hari cuma, tapi hingga ke selatan Jordan telah saya jelajahi.

Pantai Aqabah, selatan Jordan


Pulang dari jaulah Jordan, 2-3 hari berikutnya saya terbang pula ke Mesir. Jaulah-jaulah ini memberi 1001 nikmat buat saya. Bukan nikmat bersuka-ria, tapi nikmat BERFIKIR.

Di Malaysia, usah pelik kalau hari ini saya berada di Johor, esoknya di Pahang, lusa di Selangor.

Allah biasakan saya turun-naik bas merentasi negeri. Pertamanya, dengan mentaqdirkan saya bersekolah di lain-lain negeri (menengah di Melaka, matrik di Pahang dan universiti di Johor).

Ke dua, Allah taklifkan saya yang hina ini dengan pelbagai tugasan. Panggilan tugas membawa saya ke merata negeri. Samada di bawah universiti mahu pun yang lain.

Ketiga, Allah berikan saya ramai kenalan. Kalau bukan kerana tugas, biasanya saya akan ambil bas ke Johor Bharu dan turun di UTM Skudai. Kadang kala bila kuliah saya tamat pukul 3 petang, terus saya ambil bas dan 7 pagi esoknya baru saya pulang ke Batu Pahat. Masuk ke kuliah pada pukul 9 pagi. Perjalanan hanya 1 jam, sangat nikmat.


NIKMAT BERFIKIR DENGAN BERMUSAFIR

Setiap kali saya bermusafir, sebelum menaiki bas, saya pastikan diri saya memiliki sekurang-kurangnya sebuah buku. Samada buku yang telah saya miliki tapi belum sempat dihabiskan, atau biasanya akan saya beli di stesyen bas. Kegemaran saya adalah Milenia Muslim, Anis, Majalah I, dan Al Islam.

Jesteru, sepanjang perjalanan saya kenyang dengan bacaan. Kenyang dengan ilmu, dengan buah fikiran, dengan isu, dengan gaya penulisan.

Bermusafir memberikan ruang buat diri saya sendiri. Berada dalam keadaan senyap, membaca sambil menyuruh otak menganalisi, satu kepuasan. Apabila pulang menghadap buku akademik, saya tambah bersemangat. Dengan idea-idea baru, memotivasi diri untuk menjadi seseorang. Menghasilkan tulisan-tulisan yang boleh saya kongsi dalam blog ini.

Pulang dari UZLAH, sentiasa membuah sesuatu.

'Uzlah' sebegini juga memberi pengalaman yang berharga. Ia suatu 'adventure'. Masalah kehabisan tiket, kehilangan wang, tak tahu arah, semuanya sangat bernilai dalam mendewasakan saya. Membiasakan otak saya kuat bekerja dan cepat berfikir. Pulangannya, menghasilkan satu kualiti dalam kerja-kerja saya.


JORDAN YANG MENCABAR DIRI

Cabaran saya yang pertama adalah berpisah dari buku-buku.

Silap saya kerana sewaktu datang ke sini tidak bersedia dengan membawa bersama buku-buku serta majalah.

Sewaktu ke Mesir, girang benar saya kerana tujuan utama kami ke sana adalah disebabkan Pesta Buku Antarabangsa Mesir. Sejak kecil, umi dan abah akan membawa kami sekeluarga ke KLIBF. Minat membaca dipupuk sejak kecil. Saya bercita-cita untuk memborong buku-buku sebanyak mungkin. Pastinya buku berbahasa Inggeris, saya tahu keupayaan bahasa Arab saya sangat amat lemah.

Setibanya di sana, kepala saya pusing. Tapak pamerannya lebih besar dari sebuah stadium. Cubaan untuk membaca tajuk buku sahaja telah 'mencabar' otak saya. Bukan setakat tidak memahami maknanya, tapi butir hurufnya pun tak mampu saya lihat!

Hari pertama di pesta buku Mesir. Benar-benar buntu dan letih!


Kebanyakkan buku-bukunya berbahasa Arab. Bukan seperti di Malaysia, pesta buku kita bercampur dengan buku berbahasa Inggeris. Mungkin ada di pesta buku Mesir itu, tetapi nak mencarinya pula.. Aduhai. Akhirnya, demi melunaskan ketagihan, saya beli jua satu set buku cerita kanak-kanak. Itu pun hingga hari ini masih sukar untuk saya baca.

Maka duduklah saya selama 5 bulan ini tanpa buku disisi. Berbeza dan siksa sungguh rasanya. Di Malaysia setiap minggu saya beli buku baru. Di sini, kadang kala saya beli jua buku, tapi setakat untuk diselak-selak.

Rasa menyesal pun ada terhadap kecintaan membaca ini. Jadi gila buku.

Cabaran kedua, melupakan 'uzlah' saya. Siswi pergi berjaulah seorang diri sesuatu yang sangat dilarang. Tentulah, Jordan bukan Malaysia. Dengan bahasa amminya, mudah untuk mereka menipu. Jangankan ammi, fushah sekali pun tidak saya fahami. Maka, wajib untuk siswi membawa mahramnya walaupun untuk keluar membeli barang dapur. Seandainya perjalanan hingga ke malam, wajib diiringi oleh muraqib.

Tambah lagi dengan matawang disini yang 5 ganda dari ringgit Malaysia, menjadikan aktiviti saya seperti di Malaysia itu, sesuatu yang tidak mungkin!

Akhirnya, jemu jua yang bertandang..

Saya gagahi menulis entri ini. Ramai dikalangan sahabat meminta saya mengemaskini cerita, malah risikan penulis terkenal Azizi Abdullah, menggigit-gigit hati saya. Saya bagaikan hilang upaya menulis. Hilang struktur kata.

Memang internet menjadi sumber bacaan saya. Tapi membaca pada skrin komputer, jauh bezanya dengan memegang sebuah buku. Kerana sesiapa sahaja menulis di web atau blog, dengan gaya bahasa bermacam rupa. Tetapi menulis buku, ah, buku, pasti kalian tahu nilainya. Nilai tulisan dan bahasanya.

Ketiadaan pembacaan menyebabkan ayat saya berserabai, kehilangan 'uzlah' menyebabkan saya kurang berfikir.

Maka jadilah saya seorang yang tidak dinamik, hingga keluar frasa-frasa "Awak memang macam ni ke dari Malaysia? Kualiti kerja awak teruk sangat!"

Aduh.. Tuhan, ampunkan aku atas keluhan ini. Saya tahu, dihantarNya saya ke Jordan agar saya menjadi sesuatu. Cuma, janganlah SESUATU itu adalah manusia yang lembab otaknya, tidak kreatif ideanya, dan menyusahkan orang dalam gerak kerjanya.

Tidak lama lagi sesi saya di Markaz Lughah bakal tamat. Kalau permohonan ibu saya untuk saya ditukar ke jurusan perubatan ditolak, saya akan menghabiskan 4 tahun di tanah Mafraq ini.

Moga Allah menemukan saya dengan hikmah, agar jemu ini menghasilkan maju!


Glosari:
1. Markaz Lughah : Pusat Bahasa; perhentian wajib buat pelajar asing mahasiswa Al Bayt
2. Sakan : Asrama universiti
3. Laban : Susu masam, semacam yogurt
4. Sandwich Falafil : Campuran bebola kacang+sayur yang digoreng, terung, kentang, tomato dan sosnya, dibalut dengan roti pita.
5. Bahasa ammi : Bahasa arab rojak yang mengikut masyarakat setempat
6. Bahasa fushah : Bahasa arab baku
7. Muraqib : Pengiring lelaki; di Mesir dikenali sebagai musyrif


Saturday, September 4, 2010

Biar Syurga Memanggil Aku Pulang


Ada yang merisik aku dari sana



Aku berteleku di jendela
Memandang tanahMu yang menghampar
Melihat anak-anak yang sedang leka suka bercanda
Pemandangan biasa

Aku alih mataku ke langit
Aku lihat bintang penuh menghiasi pekat malam
Aku tenung bulan yang makin tua
Oh Allah, betapa indahnya di dalam kelam!

Aku tercium bau syurga
Aku nampak penghuninnya
Dia tersenyum
Menjemput aku ke dalam

Tapi kakiku tak mampu terbang
Mataku kian basah
Aku
Tak boleh lagi ke sana

Biar api dari neraka menyala-nyala
Biar hangatnya terasa-rasa
Mataku masih di syurga
Ia berkilau, berkerdipan bercahaya

Wahai
Demi Tuhan yang menjadikan bintang
Demi Tuhan yang menciptakan kelam
Demi Tuhan yang membuatkan sekalian alam
Dengan sepenuh sayang
Engkau Ya Allah
Yang terlalu kasih
Yang mencipta aku dengan sepenuh cinta
Aku datang pada malam ini hai Tuhan
Membawa segunung dosa di belakangku
Dosa yang telah merantai aku
Yang memberatkan aku
Yang menyeksa diriku
Yang menyebabkan kaki ku
Kekal pegun di atas dunia
Tak mampu ke sana

Hai Tuhan yang terlalu cinta
Aku datang ya Allah
Mengharap redup pandangan Mu
Mencari belai kasih Mu
Kasihani aku
Hapuskan dosa ku
Dosa yang telah ku lakukan dengan penuh suka
Dosa yang aku lakukan tanpa melihat bara neraka
Aku alpa, jauh!
Ya, aku, yang menzalimi diri sendiri!

Hai Tuhan yang menciptakan syurga
Alangkah ruginya aku di dunia
Andai aku kembali ke sana, masih dibelengu dengan dosa


Allah..
Maafkan aku
Ampuni diriku
Terimalah aku

Biar jiwa ini tenang
Biar aku boleh terbang
Biar nanti, aku boleh menatap
WajahMu yang terang



25 Ramadan 1431
Tingkap utama
Bayt7
Irbid Jordan


Wednesday, September 1, 2010

Berapa Lama Lagi?


Kamar Sepi



Jauh dalam sana
Gelap
Sejuk
Sunyi
Sepi
Seorang

Tuhan,
Izinkan aku nanti
Menerangi kegelapan itu
Dengan cahaya tanganku yang menyentuh kalamMu

Tuhan,
Izinkan aku nanti
Menghagatkan kamar itu
Dengan cinta hatiku padaMu

Tuhan,
Izinkan aku nanti
Memecah kesunyian itu
Dengan menyanyikan, melagukan ayat-ayatMu

Tuhan,
Izinkan aku nanti
Mengisi kesepian itu
Dengan hadirnya seorang teman
Temanku yang bernama Al Quran

Izinkan aku
Sepanjang waktu
Menanti detik perhitungan nasibku
Di dalam kamar itu
Duduk berteleku
Menggenggam Quran yang satu
Mangalun lagu rindu

Biarpun aku tak tahu
Kemana bakal dicampakkan aku
Tapi, tolonglah, aku merayu.
Izinkan aku!

"Barang siapa mengharap akan pertemuan dengan Allah, sungguh, waktu yang ditentukan pasti tiba. Allah, Dia Maha Dengar, Maha Tahu" [29:5]



Duhai Cintaku
Isikan segenap hati kecil ini
Dengan rindu syahdu, hanya pada kamu
Penuhkan, biar tiada ruang
Biar tiada lain yang bisa bertamu

Duhai Cintaku
Berapa lama harus aku tunggu?




Masjid Yarmouk
9.45 malam
31 Ogos 2010
22 Ramadan 1431

Monday, August 30, 2010

Tanpa Suara - Ketabahan


There's no place like home




Selamat jalan Romeo, Pak Tam


Ramtha City di Irbid rupanya...


Tiga jiwa kental. Apalah sangat nak sibuk beraya di Malaysia.. Nabil tak masuk!


Mengutip anak buangan. Lihat pada lantai


Anak kutip yang dibuang ibu yang tak bertanggungjawab


Mini Library Byt7. Dua orang punya koleksi. Bisa mengalahkan Librari Permai. Bosan cuti?


Zoom tajuk. Sila fokos lebih pada 'Berdialog Dengan Jin', perhatikan siapa penulisnya. Dan kemudian sila terkejut. Seterusnya sila cari dan beli. Oh banyaknya arahan dalam kapsyen gambar


Thursday, August 19, 2010

Old People



Is it a crime for being old at young age?



Old people have allot in their mind.
That is why sometimes, they didn't respond, like a statue, and their eyes keep staring, but not to an object.
It's to a subject.

Old people have allot in their mind.
Sometimes you'll hear they sighed.
But when you ask them why, they replied
'Oh, nothing dear. I'm fine'.

Old people have allot in their mind.
They see what you didn't see through.
You might saw an apple, but they saw it as a bunch of people.

Old people have allot in their mind.
Sometimes they love to be with crowd.
But most of the time they need to hang with their only self.

Old people have allot in their mind.
They always wanted to speak out their feeling.
But then it end up with full silence.
Cuz they keep thinking 'Will you understand my very old classic language?'


I'm 22. Pardon me for being old for you people.


Sunday, August 15, 2010

Merinduimu Hadir Dalam Mimpi Ku





حمادة هلال - محمد نبينا


محمد نبينا بنوره هدينا
Mohamed Nabeena Be Noro Atina
Mohammed is our prophet gave us his light
من مكة حبيبى نوره ساطع ع المدينة
Men Makka 7abiby Noro Sata3 El Madina
From Mecca his light was glaring on Medina
من صلى صلاته واتحلى بصفاته
We Sala Salato We T7ala Be Sefato
He who prays his prayers and tries to improve his attributes
يابخت اللى فى ضله ماشى يشفع له فى مماته
Ya Bakht Elly Fe Dello Mashy Yeshfa3lo Fe Mamato
How lucky is he who walks in his shadow
And adds to him with his death

يا إمامنا يا أمين يا سند للمسلمين
Ya Emamna Ya Ameen Ya Sanad Lel Muslemen
Oh our Imam, the secure one, the lean on for Muslims
ياحبيبى يا محمد يا ابن عبد الله
Ya 7abiby Ya Mohamed Ya Ebn 3abd Ellah
My beloved Mohammed, Oh son of Abdullah
تمت الرسالات تمام والحبيب مسك الختام
Tammet El Resalat Tamam Wel 7abib Mesk El Khetam
You completed the risalah completely
And you hold the seal (of the prophets)
طول حياتى وفى صلاتى بدعى أصلى وراه
Tol 7ayaty We Fe Salati Bad3y Asaly Warah
Throughout my life and in my prayers I call praying to him

محمد نبينا نوره هدينا من مكة حبيبى نوره ساطع ع المدينة
من صلى صلاته واتحلى بصفاته يابخت اللى فى ضله ماشى يشفع له فى مماته

من أول يوم فى عمرى سمعت أبويا وأمى بيصلو عليه
Men Awel Youm Fe 3omry Sebe3t Aboya We Ommy Beysalo 3alih
From the first day in my life that I heart my mother and father praying to him
اللهم صلى عليه

حببنى فى الإيمان حسسنى بالأمان واتعلقت بيه
7abibny Fel 2eman 7asesny Bel Aman We 2et3ala2t Bek
It made me love faith
And feel secure and I was indelibly attached to it
الله صلى وسلم وبارك عليه
الله صلى وسلم وبارك عليه

نفسى أشوفك فى المنام يا رسول الله
Nefsy Ashofak Fel Manam, Ya Rasol Allah
I see you myself in my sleep
وابكى على كتفك وانام ياحبيب الله
We Abky 3ala Ketfak Wanam, Ya 7abibi Allah
And I cry on your shoulder and sleep there
وانول شرف لقى صحبتك
We Anol Sharaf Lo2a So7betak
And I attain honor with your accompaniment
واخطى فى صفوف امتك
We A5aty Fe Sofof Ometak
And I walk among the ranks of your Umma
واتحامى فيك
We At7ama Fek
And I am protected by you

محمد نبينا بنوره هدينا من مكة حبيبى نوره ساطع ع المدينة
ياحبيبى يا طه يا نجاة من المتاهة
Ya habibi ya taha ya nagua men el mataha
Oh beloved oh pure one oh deliverance from the maze
غيرت الدنيا فى عنينا بين ليلة وضحاها
Ghayarti donya fi 3eeniina
You changed the world in our eyes between a night and its morning
من صلى صلاته واتحلى بصفاته يابخت اللى فى ضله ماشى يشفع له فى مماته




Betapa kami merinduimu wahai sebaik-baik kejadian
Alangkah indahnya bila dikau hadir dalam mimpi kami
Menemani sendu kami di malam hari
Melihat wajahmu yang berseri-seri

Tapi
Ah, pasti saat itu
Kami hanya tunduk malu
Kerana kami tahu
Bukan sempurna lagi kami menjadi Ummatmu
Mengamalkan sunnahmu
Mempamerkan akhlakmu

'Aku suka melihat ramainya ummatku di akhirat kelak'
Hakikatnya
Benarkah yang ramai dari kami itu
Adalah benar-benar pengikutmu..?


Syurga itu
Kenapa ia terlalu jauh?
Berapa lama agaknya lagi
Harus aku tunggu?

Rindu ini tak terungkap dengan kata
Rindu ini hanya ada dalam jiwa
Rindu ini aku bungkus dengan air mata
Rindu ini aku anyam menjadi cinta

Allah..
Aku terlalu rindu
Terlalu




Wednesday, August 11, 2010

Ramadan Hari Raya Buat Ahli Quran


30 Hari Kami Akan Jumpa Cinta. Heh. Gen 5 Az Zikr -asobiah itu pengikat ukhuwah-


Saya memang benar-benar beruntung. Sungguh-sungguh.

Dapat menikmati macam-macam keadaan puasa. Puasa sekolah, puasa di universiti di Malaysia, puasa di Mafraq, kini puasa di Irbid.

Masing-masing berbeza. Masing-masing cukup rasa.


Seperti baru semalam saya menulis tentang Bulan Itu Bulan Yang Memudahkan, bercerita tentang Ramadan di matrik.

Macam baru tadi menulis cerita Qutayf (قطيف) Sebagi Juadah Ramadhan. Macam masih terasa-rasa moreh dengan drama Nur Kasih (hot!).

Rupanya sudah setahun meninggalkan Mafraq.


Ramadan di Irbid


Kedai-kedai berseri dengan 'tanglung' yang tertulis 'Ramadan Kareem'. sumber

Secara peribadi, kemeriahan Ramadan lebih terasa di sini. 2-3 hari sebelum tibanya bulan ini, sepanjang deretan kedai silau dengan lampu-lampu menyambut Ramadan. Sana sini kedengaran (dan kelihatan) anak-anak Arab bermain bunga api (fireworks).

Nada dering henset juga banyak bermain lagu Ramadan. Facebook, macam-macam video dipostkan.

Sebelum bertolak untuk Magrib di masjid, menyambut mulanya 1 Ramadan, saya sendiri memilih baju yang biasanya dipakai untuk majlis-majlis (mungkin tak lawa bagi orang lain, tapi bagi saya lawa :D), memakai wangian.

Umpama satu perayaan!

Sana sini kelihatan orang Arab berzikir, bertasbih dan membaca mushaf Al Quran. Tak kira walau sedang menjaga kedai, dalam bas, mana-mana. Di masjid, bila Imam membacakan ayat-ayat magfirah (keampunan) dan ayat azab, bersungguh-sungguh mereka menangis.

Dan yang paling bermakna, kali ini tahun pertama saya merayakan diri sebagai penuntut Akademi Tahfiz Az Zikr. Tahun pertama Ramadan sebagai ahli Quran.

Dulu, saya sering mengeluh, dan kadang menangis, menyumpah diri bila mendengar Imam membaca surah yang panjang. Kerana satu pun tak mampu saya faham.

Hari ini, saya boleh mengenal pasti kesalahan bacaan Syeikh Makmun. Masya Allah, suaranya memang cantik. Dengan bunyi Arabnya yang jelas, memang teruja! Tiap bacaannya dapat saya faham isi kandung, terasa terbang meninggalkan bumi bila berterawikh dengannya. Tak lagi rasa lenguhnya kaki mendengar ayat-ayat panjang. Terasa seperti dia berada di depan mata, memperdengarkan bacaannya buat saya seorang.

Alhamdulillah!

Itu satu nikmat yang besar bila Quran mula lancar di lidah.

Dulu saya rasa syiok bila satu hari boleh habiskan sejuzuk. Hari ini, dua juzuk boleh selesai selepas Subuh.

Ramadan, bagaikan satu hadiah buat kami. Bagaikan satu pengiktirafan dari Allah, hah, bulan ini, kalian mabuklah dengan ayat-ayatKu!

Terima kasih Allah, kerana izinkan kami melisankan firmanMu yang mulia. Tiada daya upaya kami, melainkan Engkau yang menjadikan kami begini..

Tapi.. Malam ini Syeikh Makmun hampir menghabiskan juz dua. Bermakna esok lusa, saya akan kembali melopong seperti dulu. Juz seterusnya belum sempat hafal lagi. Tak apalah, sekurangnya, kualiti Bahasa Arab yang makin meningkat, patut dapat saya faham apa yang dibaca. Moga-moga.


Ramadan di Rumah?

Saat Malaysia mula berterawikh, Abah hantar SMS ucapan Ramadan, sambil tanya 'Makan apa untuk sahur?'

Jawapan saya, haha, entahlah. Kot-kot tak makan. Soifi ini, beras pun hampir tak pernah beli. Bila saja lapar, singgah kedai minum sekotak air susu. Selesai, kenyang. Malas nak ambil masa untuk makan, dan lagi malas kalau perut berat bila kenyang. Soifi satu fatrah berkerja, dek siangnya yang panjang.

Lalu, lepas pulang dari terawikh, nak tak nak, terpaksa minta izin muraqib untuk singgah kedai. Borong makanan untuk sahur.

Kononnya nak memasak untuk anak-anak di Parit Sakan Kuning ni. Nak kenalkan pada mereka resepi Arab yang sangat mudah lagi sihat. Sahur lepas resepi ini juga yang dijamu buat adik-adik baru di Mafraq. Dinamakn Bandurah Maqli (Tomato Goreng). Orang Turki menggelarkannya Menemen, seperti Ust Hasrizal pernah tulis di sini

Ni waktu beraya di rumah kawan Arab dulu


Bahan :
1. Bawang untuk menumis
2. Tomato dalam 5-6 biji untuk 8 orang (perut perempuan)
4. Telur sebiji dua

Cara Masak:
1. Tumis bawang
2. Masukkan tomato yang telah dicincang kecil-kecil. 'Koseng-koseng' (bahasa saya dan Umi, tak tahu nak terjemahkan kepada apa) hingga masak
3. Buat lubang di tengah kuali, pecahkan telur. 'Godek-godek' kejap, kemudian ratakan dengan tomato.
4. Tambah garam, lada sulah

Boleh makan dengan roti. Sebenarnya lain sedikit dengan resepi sebenar Arab. Sipi-sipi la ni. Tak berapa ingat.

Tapi... Disebabkan aura Ramadan kuat sangat agaknya, saya tak mampu untuk tidur. Akhirnya orang lain jadi chef. Tak apa, resepi ni dah diturunkan kepada Cik Nuramalisa (hah??). Tengok esok pagi dia buat macam mana..


Umi dan Mujib tak sihat hari pertama. Tak tahu lah kenapa. Eh, tahu je kenapa. Malas nak cerita.

Dan semoga saya sendiri sihat untuk menjalani pesta ibadah kali ini. Tak mahu jadi seperti tahun lepas lagi. Menyusahkan orang, patutnya orang lain dapat pergi masjid berterawikh, tapi terpaksa pula jaga orang sakit ni.


Raya, mungkin saya cemburukan orang di Malaysia. Tapi puasa, heh, silalah cemburu dengan kami ;)

p/s : Nak tangkap gambar suasana, tapi, tak ada kamera. Henset pun jenama Cokia dengan nada dering tut tut sahaja..

Saturday, August 7, 2010

Hey, Itu Aku?




Tidak mustahilkan, ayat-ayat ini kelak keluar dari kerongkongku?


"Yang memperelokkan setiap penciptaan. Dan dimulakan penciptaan manusia dari tanah" 7

"Kemudian Dia menyempurnakan kamu, meniupkan padanya roh. Dan diberikan pendengaran, penglihatan dan hati. Tapi, sedikit cuma yang bersyukur" 9

"Oh, alangkah ngerinya, andai kau melihat golongan dosa itu, menundukkan kepala di hadapan Tuhan mereka, seraya berkata, "Wahai Tuhan kami, kami telah nampak, kami telah dengar (akan segala azab yang dibentang di depan mereka), maka pulangkanlah kami (ke dunia)! Akan kami lakukan kebaikan, dan kami memang yakin!" 12

"(Dan Allah mengherdik) Nah, rasakan! Atas kelupaan kamu akan hari pertemuan kamu ini. Dan Kami pun lupa pada kamu! Rasakan azab yang KEKAL atas apa yang kamu kerjakan!" 14

"(Allah menyambung) Sesungguhnya orang yang beriman pada ayat-ayat Kami, hanyalah yang bila dia diingatkan dengannya (ayat-ayat Allah), mereka lantas sujud, mereka lantas bertasbih memuji Tuhannya, dan tidak sekali mereka angkuh" 15

"Badan mereka jauh dari tempat tidurnya. Mereka berdoa pada Tuhan mereka dengan jiwa yang takut dan berharap. Dan sebahagian dari harta, mereka infakkan" 14

"Maka! Apakah sama orang yang beriman dengan yang tidak? Bahkan!" 18

"Orang yang fasik, maka tempat tinggal mereka adalah neraka. Tiap kali mereka merayu untuk keluar darinya, mereka dicampak kembali ke dalam. Dikatakan buat mereka, 'Rasakan! Azab yang dulu kamu dustakan!'" 20




1. Ya Allah, sungguh, selama ini aku bagaikan terbayang ahli neraka sedang menagis mengogoi merayu padaMu untuk keluar dari api sana. Tapi malam ini aku terbayang, yang menangis itu AKU!

2. Ya Allah, tinggal beberapa hari lagi, sebuah syurga akan diturunkan ke bumi. Daerah yang diisi oleh hamba yang mengabdi, para hidupan yang siang malamnya bertasbih pada Mu. Bulan, bintang, burung dan awan. Semuanya menyanyi lagu rindu. Tapi aku, yang Kau angkat menjadi khalifah, telah tebal disalut lumpur hitam busuk. Dosa-dosa yang menanah jijik, telah aku kumpul bertahun lamanya.

Ya Allah, malu.. Malu untuk masuk ke daerah itu... Bimbang nanti lumpur aku terpalit di jubah sang mulia. Bimbang busuk dosaku menggangu seluruh ahlinya.

Ya Allah.. Kalau lah boleh, ingin aku menjadi debu yang lebih mulia, menjadi anjing yang lebih menghamba. Tapi inilah aku, manusia!

Masihkah aku Ya Allah, layak menjadi tetamu Ramadhan Mu...

Benarkan aku, menjadi sebahagian dalam rahmatMu.

3. Ya Allah, sungguh tak pantas aku meminta syurga. Dan sudah pasti tak ingin aku menjadi penghuni neraka. Tapi izinkanlah aku hai Tuhan, melihat wajahMu yang mulia.




Thursday, August 5, 2010

Bila Ibadah Rupanya Satu Laknat Buat Diri


Selama aku menjadi murid seumur hidup ku
Selama aku diajar adab dengan guru
Selama aku mendapat markah penuh dalam menyenaraikan adab-adab yang ada
Malam ini terasa macam
Pertama kali mendengarnya
Malam ini terasa macam
Pipi merah ditampar dengan teruknya
Siapa makan laban, dia akan rasa masam

Selama ini asik mengutuk
'Arab ni kurang hajar betul dengan guru'
Selama ini sentiasa yakin
'Aku ok what dengan cikgu'
Malam ini terasa macam
'Selama aku belajar agaknya pernah berkat tak??!!'

Selama ini selalu seronok
'Mak, Kakak dah lepas juzuk 2'
Selama ini kadang dabik dada
'Aku ni hamalatul Quran'
Tapi malam ini terasa
'Entah-entah Allah masukkan aku dalam akademi, sebab nak hinakan aku sebenar-sebenarnya!'

Masha Allah
Subhanallah
Astaghfirullah!

-Wahai Allah, Tuhan yang 'menuturkan' sendiri apa yang tertulis dalam Al Quran
-Izinkan lidahku membaca, melagukan kalam-kalam Mu
-Izinkan hatiku cinta dan syahdu pada ayat-ayat itu
-Izinkan aqalku menyimpan tiap baris kitabMu
-Janganlah Engkau melaknat aku, jangan Kau pilih aku kerana sebab-sebab itu!
-Jika tidak, maka jadilah aku orang yang RUGI!

-Wahai Allah, Tuhan yang mencipta CINTA
-Ikat aku dan keluargaku ini dengan Al Quran
-Tanam hati kami dengan Al Quran
-Lancarkan lidah kami dengan Al Quran
-Lapangkan jiwa kami dengan Al Quran
-Luaskan masa kami dengan Al Quran



Monday, August 2, 2010

Borak Cecah Otak


Bila ahli Bayt Insyirah pergi, bila kakak-kakak Tahun 6 meninggalkan bumi ini, sepi sungguh. Bukan sepi apa, tapi kehilangan teman untuk berborak-borak hal yang simple-mimple, tapi sangat menyegar-bugarkan otak dan hati.

Minggu ini dinamakan minggu rindu.


Entah kenapa, dari hari tu selalu teringatkan Umi Hanis. Yang kelakarnye, Umi kandung sendiri tak rindu pula, hahaha. Teringin nak tanya khabar Umi Hanis, sihat ke tidak, ingat lagi tak Syi si pengganti anak dara dia.

Tiba-tiba malam ni Hanis contact. Hm, biasalah, dari matrik sek-sek kami memang macam tu. Bila rasa rindu sikit, tiba-tiba ada saja yang kontek. Macam tahu-tahu. Subhanallah, magik sungguh ukhuwah. Segumpal rasa boleh merentasi benua.

Teringat waktu menguruskan orentasi matrik dulu. Waktu hanya kami berempat (Kimi, Azim, Jue dan mestilah diri sendirikan) saja yang turun, yang lain adalah junior graduan fresh dari matrik. Waktu tu tekanan bukan main. Terpaksa duduk bangunan lain dengan Jue, padahal itulah sumber idea dan kekuatan.

Jelas tak muka ketensyenan kami? Oh gambar sudah pasti sangat alien, edit pakai paint je pun kasi pakai topeng


Satu malam, entah kenapa hati terasa sangat nak melangkah ke bangunan Jue jaga. Walaupun nak dekat pukul 2 pagi dah. Tapi biasalah, fasi kerek, dan dengan guard memang kamceng, jadi, jalan lah.

Sampai lobi blok tu, tengok-tengok Jue tengah melangut sorang-sorang. "Syi, macam tau-tau je Jue tengah jerit-jerit nama Syi", dan tak pasal-pasal Jue nangis. Oh, tengah tension sahabat aku sorang ni.

Balik pada Hanis tadi, sekarang ni masing-masing tengah hot membincangkan ahli MYTEAM pertama (eh, ke kedua?) yang akan membina rumahtangga muslim. Borak punye borak, keluarlah soalan ni

"Apa pendapat Syi kawin dengan orang dengan orang berbeza perjuangan?"

Dan jawapan aku, "Setuju sangat!"

Kami borak tentang persepsi orang yang bergerak dalam usrah, kahwin mesti dengan orang acuan yang sama. Bagi kami, ini persepsi bajet bagus. Dan terang-terang kami kena tentang dengan pandangan ini. 'Jangan, muslimat WAJIB cari muslimin yang sama rentak. Nanti susah nak bergerak kalau dah kawin dengan lelaki entah dari mana!'

Dah banyak kali persoalan ni datang ke kepala. Malam ni akhirnya ada geng yang bukak ruang untuk kembangkan pemikiran.

Hujah aku ialah,
  1. Siapa kita nak katakan orang lain tak layak untuk kahwin dengan kita, hanya kerana kita bersama dengan usrah?
  2. Ibu ayah kita, adakah mereka produk usrah, yang menjadikan kita bersama dengan usrah hari ni?
  3. Memang terjaminkah pasangan yang sama dengan perjuangan, anak mereka tidak menentang apa yang mereka bawa?


Hari demi hari, aku melihat makin ramai jiwa-jiwa yang subur dengan Islam, biar pun mereka tidak terlibat dengan usrah. Kerana Islam itu fitrah. Fitrah ini maknanya, ia telah ada dalam diri. Sebagaimana bayi lahir, mencari susu ibunya untuk diminum. Ada sesiapa yang ajarkah waktu dalam perut? Hah, itulah FITRAH.

Tapi yang disesalkan, fitrah jiwa yang sedang berbunga dengan Islam ini tidak dikembangkan lagi dengan pembentukan keluarga muslim, dek orang yang dah terlibat usrah bajet mulia dari golongan ini.

Ini bab dengan yang tidak menyertai usrah.

Bagi yang berhaluan lain, pada aku pun tak ada masalah, kalau dah memang haluannya Islam. Apa masalah? Kalau benar memahami Islam, maka daerah yang dituju adalah sama. Cuma mungkin jalannya berbeza, kerana berbezanya latar belakang, pendidikan, dan juga mereka lebih damai dengan jalan tersebut. Biarlah, asalkan akhirnya bertemu satu titik, iaitu saling mahu menegakkan deen.

Dari bab perjuangan, sampai pula ke bab bidang medik-dirasat.

"Aku bukan tak puas hati sangat dengan Ustaz-ustaz yang duk mencari muslimat medik. Tak kisahlah nak jadi Ustaz Hasrizal atau apa sekali pun"

"Tapi yang kisahnya, apa kurang Ustazah-ustazah? Sampai ada yang dah berumur 30an, masih belum yang merisik. Padahal diorang muslimat yang hebat, lantang, berilmu, solehah. Tapi sibuk kejar adik-adik medik yang hingusan tu. Hanya kerana title mereka-Medik"

Ambek. Ade sesiapa rasa kene lempang? Maaf la ye.

Ni pun satu lagi hal. Siapa nak jawab?

Jadi, apa kaitannya rasa sepi dengan kehilangan ahli Bayt Insyirah?

Sebab, wahai batch ku yang tersayang, ade ke korang terfikir bende macam ni.. Orang tua bongkok macam kitorang je kot yang suka serabutkan otak dengan isu-isu ni. Jadi, korang tak salah pun. Jangan risau, korang tetap aku sayang ;)

Cepatlah matang wahai teman-temanku, agar aku tak berkarat hilang teman untuk mengasah minda. Akan berteman selama 6 tahun tu..


Ms Charlie Myteam yang hawt sampai jadi orang pertama pecahkan rekod. Pulak tu dengan naqib aku, a.k.a orang kuat Saifulislam Training Consultancy. Cari sendiri lah


Hm, tiba-tiba nak cerita tentang MYTEAM. Saja, nak bagi orang lain jeles. Oh, terkutuk sungguh niat.

Myteam adalah nama kami, geng-geng surau zaman matrik Pahang.

Muslimin Myteam adalah orang paling baik dalam dunia. Sesiapa nak dapat suami soleh boleh contact ye.

Inilah pakcik-pakcik Myteam yang sengal tapi sangat menambat hati


Sebab? Zaman matrik dulu, kami memang sangat dimanjakan oleh diorang.

Bila buka puasa Isnin Khamis, kami tinggal angkat makanan dan makan. Basuh sendiri la. Tapi kadang, sampai kitorang boleh pulak main bola jaring, dan diorang yang siapkan makanan. Lepas tu, dah nak buka puasa, kami pun datang bawak perut.

Bukti sahih kitorang main bola jaring waktu dah nak buka puasa. Nampak saja pakai jubah, tapi..

Ada sekali kami entah kenapa terasa hati dengan diorang. Sampaikan, masjid yang jadi rumah rasmi kitorang, seminggu kami tak datang. Mula-mula ingatkan sendiri saja yang buat macam tu, bila risik, Ya Allah, sekali semua pun rasa dan buat benda yang sama. Bila tanya, 'Entah! Tiba-tiba macam ni'. Muslimin kontek kami tak layan, SMS tak balas. Angin apa tah melanda.

Tiba-tiba satu hari, Jue panggil suruh berkumpul di masjid. Dengan akurnya pun pergilah. Rupanya, muslimin menghadiahkan kami seorang sepasang sarung lengan (atau nama kampungnya, arm sock), sebagai usaha mahu pujuk kami. Satu beg sarung lengan diletak dalam masjid bahagian muslimat.

Apa lagi, perempuan senang cair..

Kami memang guna 100% masjid. Belajar, tidur, mandi pun di masjid. Ada saja waktu lapang antara kelas, lepak di masjid. Macam mana entah aku ini boleh terjebak sekali, tapi alhamdulillah, kalau tak, tak kenal dengan set-set diorang ni.

Disebabkan guna habis masjid, kadang-kadang tak tersempat nak mengemas. Satu hari naik atas, amboi, kemasnya. Dan atas meja studi kami ada nota 'Kami dah kemaskan kawasan muslimat. Harap lain kali boleh jaga kekemasan ye'. Bedebuk!

Set-set think-tank


Entah macam mana Allah kirim kami muslimin yang idea bernas habis. Kami pernah ditugaskan untuk jadi pembentang daurah di hadapan muslimin. Pernah disuruh menguruskan majlis, sedangkan mereka ada. Waktu tu kami memang protes, mana boleh, kamikan 'sikah', mestilah muslimin yang patutnya di depan, bukan kami. Waktu tu masing-masing malu-malu kambing lagi (kambing malu ye?).

Tapi bila keluar dari matrik, baru kami nampak apa yang mereka cuba ajar. Mereka didik kami untuk berani ke depan, hatta walau dihadapan lelaki. Sebab zaman kini, Sister In Islam, dan wanita liberal lain, lantang tak kira tempat. Golongan mereka ini tiada pesaing, kalau muslimat masih mahu menyorok dibelakang.

Mereka juga sangat hafal kasut kami. Yang ini tak boleh blah. Pernah Kori tanya Jue, 'Jue, enti rasa ukhuwah enti dengan Khalisah mantap kan? Nyatakan jenis dan saiz kasut dia'. Kami pun melopong. Dan muslimin dengan machonya menjawab. Adoi, sampai macam tu sekali.

Tengah-tengah studi di masjid, tiba-tiba ada bunyi tangga diketuk. (Bahagian muslimat di masjid adalah bahagian atas). Jenguk ke bawah, sekali ada makanan. Memang bahagia hidup kami...

Tangga tempat sorok makanan


Mereka memang rajin mengisi perut kami

Kalau pergi program, beg diorang yang bawa. Siap boleh lenggang habis. Kadang-kadang saja nak buat saspen, menyorok kat kedai-kedai. Haha, ingat lagi, jenuh Azim cari masa tu.

Dah berbakul-bakul puji mamat-mamat ni. Cukuplah, nanti menangis pulak. Bukan aku yang menangis, diorang. Pakcik-pakcik lantang berjiwa suci. Eceh

Tapi sesungguhnya, tak rindu sangat pun. Matlamat kami adalah untuk kembali bertemu di syurga. Melepak-lepak seperti mana di dunia. Tapi sebelum tu kita kena tawan dulu Malaysia, itu tetap janji. Dulu mereka tarbiyah aku, sekarang masa untuk aku tarbiyah orang lain. Janji aku, akan aku jadikan mereka lebih baik dari Myteam. Sampai tahap, lupe dah ke Myteam sebab dah lagi best kan..

Persahabatan kerana ALLAH,memberi tanpa minta diganti,menyokong tanpa minta disanjung,memuji tidak kerana budi,berkorban tanpa menuntut ganjaran.Semuanya hanya mengharapkan kurnian ALLAH jua yang menjadi punca kecintaan dan kasih sayang itu MEKAR antara satu sama lain.Carilah prinsip perjuangan yang ALLAH redha,disana KITA akan bertemu sahabat-sahabat yang setia kerana ALLAH - Kori


Insha Allah, jumpa nanti di syurga. Ada sesiapa nak ikut? Jom!


p/s : Fasya, hilang sikah ke kalau tulis macam ni? Huhuu


Tuesday, July 27, 2010

Wacana Perdana : Bolehkan Melayu Bersatu?




Mengapa begitu sukar untuk menyatukan satu bangsa dalam satu pendirian? Malah kesatuan ini bagaikan amat mustahil. Sedangkan terlalu banyak persamaan yang telah kita kongsi bersama. Kita sama-sama menentang kezaliman Israil, sama-sama mempertahankan Islam, sama-sama cinta kepada negara. Tapi apabila politik menjadi tajuk, Melayu akan saling berpaling muka.



























1. Rasa macam kena lempang dengan kenyataan penyoal pertama, "Allah SWT bersifat dengan ilmu. Bila meletakkan agama suku politik suku (tidak boleh disamakan), adakah manusia lebih tahu dari Allah taala tentang politik?"

2. Rasa malu dengan pakcik-pakcik yang berani kehadapan untuk bersoal jawab di dalam satu majlis besar. Tak tahu kenapa, sejak sampai ke Syam, jiwa makin kecut.

3. Cemburu dengan cara penghujjahan Ustaz Mujahid Yusuf Rawa. Tiap hujahnya tenang tanpa emosi, malah tanpa perlu menekan suara untuk menarik perhatian mahupun menguatkan isi. Ya Allah, jadikan aku lebih baik darinya!

4. Tahniah buat Ust Mujahid dan Ust Asri. Wacana ini sebenarnya lari dan kurang berisi. Tapi dua panel ini sekurang-kuranya menampal kelompangan tersebut dengan mesej dakwah. Pasti, bukan Islam juga akan menonton wacana ini. Dan semoga mereka sedikit sebanyak dapat memahami atau mendapat pengenalan tentang pendirian Islam tentang perpaduan. Perpaduan yang bukan asabiah mana-mana puak.

5. Mengalu-alukan wacana ilmiah sebegini. Rakyat perlu dididik supaya berfikir, tidak kisahlah ke pihak mana yang mereka fikirkan, asalkan otak ligat mencerna fakta. Bukan disumbat dengan hiburan yang bukan-bukan. Kalau wacana sebegini boleh menggantikan Konsert Jom Heboh, alangkah 'heaven'nya Malaysia!

6. Datuk dan nenek sebelah ayah saya berasal dari Sumatera, Indonesia. Belah ibu saya pula tidak berapa pasti, kerana ibu saya anak angkat. Tapi jika tak salah, belah ibu saya ada jalur Cina. Saya lahir, saya menjadi Melayu dan mendapat segala hak keistimewaan berdasarkan artikel 153 Perlembagaan Malaysia.

Nun jauh di kawasan perumahan saya, satu keluarga berbangsa Cina. Moyang dan datuk mereka pernah terlibat langsung dalam membebaskan Malaysia dari penjajah. Malah ramai di kalangan ahli keluarga mereka pernah ditangkap dan dibunuh dalam usaha tersebut. Mereka fasih berbahasa Melayu. Hingga hari ini mereka kekal sebagai bangsa Cina dan tidak ada satu pun hak istimewa yang mereka peroleh.

Soalan saya, anda rasa anda Melayu?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright 2009 Terbang | Lihat | Tafsir. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates | Blogger Styles | WP by Masterplan