TAHNAH
Tahniah saya ucapkan kepada Radio Television Malaysia, RTM kerana hijrah mereka yang membolehkan orang lain kembali ke fitrah. Selama 62 tahun, RTM tidak meluluskan pemakaian tudung terhadap penyampai beritanya.
Tanggal 18 April 2008, warga Malaysia terpegun melihat Hamidah Hamzah, wanita pertama memecah rekod RTM yang tampil bertudung ke udara. Mesyuarat pasca Kementerian Penerangan telah mengizinkan mana-mana penyampainya bertudung, dengan syarat tudung beridentiti RTM dan personalitinya mestilah bertudung sepenuh masa.
Lagi bagus!
Ternyata, kelulusan itu adalah hadiah paling besar terhadap Hamidah. Hanya Allah yang tahu gelodak jiwanya sebaik sahaja pembaharuan itu diumumkan. Hamidah memang telah lama berhasrat untuk bertudung, dan pernah menyuarakannya.
Nah, lihatlah betapa fitrah itu memanggilnya. Ada hikmah disebalik kisah ini
Pertama, betapa kita menghukum personaliti tv sebagai 'tak sedar diri'. Rupanya, kita yang lebih tak sedor. Mereka ingin melunaskan hak sebagai muslim, tapi ada sekatan buat mereka.
Ada juga pernah berkata, 'Kalau tahu kerja tak boleh pakai tudung, berhenti saje lah. Kerja tempat lain yang boleh bertudung!'
Mudahnya kita memberi cadangan.
Menegak makruf dan menentang mungkar masih lagi berunsur negetif. Kita ingin mengajak mereka kembali, dalam waktu yang sama hati kita prejudis terhadap golongan ini.
Bil hikmah itu sememangnya pelbagai. Kadang-kadang, menempeleng (paham ke? menampar maksudnya) adalah bil hikmah yang terbaik pada waktu itu. Tapi sering kali kita, para daie terlupa sesuatu apabila menghukum. MENYATAKAN ALTERNATIF.
Kita suruh mereka berubah, tapi kita tak tunjuk jalan YANG BOLEH MEREKA LALU. Kita lupa menempatkan diri kita di tempat mereka. Maka mereka lebih menjauh. Bukan sahaja jauh dari kita, malah jauh dari fitrahnya, Islam! Nauzubillah.
Islam adalah agama yang sejahtera. Bak hujan ke bumi, ia untuk kebaikan semua. Tak kira agama, tak kira siapa jua dirinya. Maka seharusnya kita menonjolkan amal makruf juga dalam keadaan sejahtera.
Wallah hu 'alamu. Saya cuma manusia biasa.
Buat Kak Hamidah, doa untukmu ku panjat, agar terus istiqamah. Ujian anda lebih berat berhadapan dengan golongan yang pelbagai. Maka anda lebih hebat dari saya.
0 comments:
Post a Comment