>>test

Wednesday, May 30, 2007

Sejarah Yang DiLupakan


Tarikh 3 Mac 2007 sudah 2 bulan berlalu. Tarikh tersebut dibiarkan berlalu sepi, padahal ia adalah tarikh hitam buat Islam dan seluruh dunia Islam patut menjadikannya cuti umum agar umat Islam seantero dunia dapat bersolat hajat, memohon agar kegemilangan Islam di alam ini kembali bertapak.

Media perdana pada waktu itu (dan sekarang) yg mana mempunyai pengaruh paling besar terhadap masyarakat asyik memainkan lagu-lagu patriotisme, kuis sms , cerita-cerita perjuangan kemerdekaan negara (yg kebanyakannye tiPOo belake) bersempena dengan perayaan ke-50 Malaysia.

Menurut catatan sejarah, 3 Mac 1924 ialah tarikh kejatuhan Empayar Uthmaniah (EU) iaitu empayar Islam dengan sistem khalifah yang diwarisi dari negara Islam pertama yg digagaskan oleh Perdana Menteri agung dunia, Nabi Muhammad S.A.W.

Berikutan kekalahan EU dalam Perang Dunia I, wilayah-wilayahnya dirompak dan berada di bawah kawalan British dan Perancis walaupun negara-negara Arab dijanjikan kemerdekaan oleh kuasa-kuasa penjajah itu.

Mustafa Kamal, seorang panglima tentera EU merampas kuasa di Turki, satu-satunya wilayah EU yang tidak dijadikan jajahan British atau Perancis.

Diberi gelaran 'Atarturk' (atau bapa bangsa Turki) kerana beliaulah yang mengasaskan negara Republik Turki dan memimpin negara baru itu selama 15 tahun.

Ataturk menjenamakan semula Turki dengan unsur-unsur Barat, menggantikan sistem pemerintahan dan nilai-nilai Islam EU dengan sistem khalifah sebelumnya.

Kononnya untuk menggantikan sistem Islam yg 'kolot' , beliau memperkanalkan Enam Rukun Negara agar Tukri menjadi sebuah negara moden setanding dengan negara-negara Barat.
  1. Republikanisme, sistem beraja dihapuskan
  2. Nasionalisme
  3. Popularisme, rakyat dikehendaki memberikan taat setia kepada Kerajaan yg dipilih menerusi sistem demokrasi
  4. Kenegaraan, negara adalah segalanya-galanya baik politik dan ekonomi
  5. Sekularisme, agama hanya untuk amal ibadat manakala peerintahan, pendidikan, dan kebudayaan adalah bebas dari agama
  6. Reformasi, unsur-unsur dan nilai Barat diperkenalkan di bidang pemerintahan dan ketenteraan

Perubahan paling besar dibuat Ataturk ialah penghapusan tulisan jawi dan digantikan dengan tulisan Roman hinggalah ke hari ini.

Hakikatnya, sehingga hari ini Islam menjadi terlalu asing di planet bumi. Benarlah sepertimana sabda Nabi S.A.W:
"Islam itu dagang (asing) dan akan kembali dagang asing"
Biar pun mejoriti penduduk dunia mengakui Islam adalah agama yg tulen dan syumul, Islam bagaikan 'alien hijau' yg dikecam, diburu dan diperlekehkan.

Sejarah ini sengaja dilupakan, malah cubaan golongan yg ingin 'membungkus' kisah ini boleh dikatakan berjaya. Saya sendiri, seandainya tidak membaca Akhbar SIASAH Mac dahulu (yg dijumpai dan dibeli secara tidak sengaja) tidak akan pernah tahu mengenainya.

Ayuh insan-insan yang MENGAKU dirinya pejuang Islam, kita kembalikan semula kegemilangan ini!

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright 2009 Terbang | Lihat | Tafsir. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates | Blogger Styles | WP by Masterplan