>>test

Sunday, May 27, 2007

Pendakwah, Keluarlah Dari Tempurung!

Segelintir pendakwah lebih suka bermastautin di masjid. Ya, pada mata masyarakat dia sgt hebat, ye lah, dok masjed je kogheje, sampai kene label 'budak masjid'.

Tapi apa manfaatnya duduk, makan, minum, tidur, mandi, dan lain-lain di masjid kepada masyarakat sekililing, paling dekat sekeliling masjid?

Di masjid kita boleh berceramah sampai pecah speaker. Tapi berapa ramai yg dengar?? Dengar perkataan CERAMAH pun ramai yg mencebik. Berapa ramai yg sanggup menunggu waktu usai subuh dan magrib untuk ditazkirah? Selesai subuh, masing-masing ada tanggungjawab yg memanggil. Usai maghrib, tgk buletin utama bagus jugak.

Sebenarnya, lebih ramai mad'u terletak di luar pintu masjid itu sendiri.

Tertarik pada seorang sahabat saya, apabila saya tanyakan padanya, kenapa sudah jarang di masjid. Dia bertanya kembali kpd saya, 'Kenapa kau ke masjid? Nk tunjuk baik?'. Saya angkat kening. Dengan selamba dia menyambung 'Kalau nk solat jemaah, tu, dlm bilik ko tu sape nk imarah kan? Kalau nk tunjuk baik, xpayah, sebab tunjuk baik pada golongan baik2 (org dlm masjid) buat ape? Kat luar tu belambak couple2 yg boleh ko tunjuk baik.'

Pada mulanya saya pening juga dengan jawapan ekstrimnya. Tapi setelah hampir 5 bulan perbincangan kami, saya nampak inputnya. Dia jarang ke masjid kerana pabila kita selalu benar melepak di masjid, siapa yg akan 'mengcounter' keadaan sahabat2 kita yg semakin parah di luar sana. Jgn kata nk counter, ntah2 pasangan berkhalwat secara terang-terangan pon kita xtahu, kerana kita terlalu syadid di dalam masjid!

Dakwah yg berkesan tidak terletak pada lancarnya lidah membaca ayat Allah dan Hadith, tapi melalui sentuhan hati. Pendakwah agung dunia, Rasullullah S.A.W sendiri jarang sekali berdakwah menggunakan lisan, tetapi melalui akhlaknya yg memikat.

Saya tidak bermaksud mengatakan masjid itu 'tempurung', tapi tempurung yg saya maksudkan ialah mengenai CARA.

Kepada siapa kita berdakwah? Kita berdakwah pada MANUSIA yg mempunyai perasaan dan akal. Dan ketahuilah, bahawa manusia yg memerlukan sentuhan dakwah kita itu terlalu ramai di luar masjid. Keluarlah wahai pendakwah, ramai menanti anda di luar sana!

p/s : post ini ditulis berdasarkan waqi' kolej saya

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright 2009 Terbang | Lihat | Tafsir. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates | Blogger Styles | WP by Masterplan