>>test

Wednesday, January 5, 2011

Rumpun Melayu Akarnya Iman




(Pertamanya, maafkan saya. Video ini ada penari wanita. Sudah mencari versi lain, tapi rentaknya kurang asli)

Indah dan cantik lagu ini. Tenang telinga senang hati.


Cinta Dulu Cinta Sekarang - Dato' SM Salim

Hai cinta dulu-dulu
Cinta malu-malu
Cinta dulu-dulu
Memang susah nak bertemu

Bila sudah dapat bertemu
Nak cakap apapun tak tahu
Tegak berdiri tersipu-sipu
Seram sejuk kaku membisu

Sejak kecil sudah diasuh
Pantang larang dipegang teguh
Mulia sungguh cinta dulu
Adat resam budaya Melayu

Alah cinta zaman sekarang
Sudah terlupa pantang larang
Cinta zaman sekarang
Di khalayak ramai dia pegang-pegang

Kalau ditegur dia meradang
Macam harimau nak menerkam
Maruah bangsa sudah terancam
Kerana perbuatan segelintir orang

Hidup penuh berpoya-poya
Kalau kahwin pun tak kekal lama
Bila dah dapat yang di idam
Habis manis sepah dibuang

Hai cinta dulu-dulu
Ikut nasihat ayah dan ibu
Cinta dulu-dulu
kalau nak kahwin bertanyalah dulu

Berisik-risk bertanya-tanya
Ayah dan ibu dan anak siapa
Bila sudah berumah tangga
Kekal hingga sampai ke tua

Cinta dulu cinta mulia
Ikut aturan budaya bangsa
Hidup mereka sungguh bahagia
Cangkul dan tanah memisahkannya




Kalaulah bangsa Melayu tulen MELAYUnya, pasti Islam di Kepulauan Melayu (termasuk Indonesia, Thailand, Kemboja, dan lain-lain yang Melayu) terang benderang dari negeri akhirat.

Kerana adat budaya bangsa kita, terlalu hampir dengan Islam. Terlalu sangat sungguh! Malah bila duduk di negara Arab, saya semakin yakin dengan bangsa sendiri.

Melayu itu malu. Malu itu iman.
Melayu itu bersopan. Sopan itu akhlak.

Kerana Melayu asli itu bangsa yang hebat, maka Inggeris si musuh Islam tahu, harus bagi mereka menghapuskan keaslian ini. Keaslian mutu yang mampu membungkus dunia dengan agama. 10 Mei 1511, Kerajaan Islam Melaka jatuh. Lebih awal, jauh lebih awal dari jatuhnya Khalifah Turki Uthmaniah pada 1942.

Hari ini, setelah 500 tahun, yang tinggal banyaknya Melayu yang layu.

4 comments:

Aishah Nur Hakim said...

salam,
suka.
:)


cuma sedikit kurang setuju dengan penyataan negatif yang akhir. ya ya, saya akui, ramai yang layu (mungkin termasuk saya)

cuma tak mahu prasangka dan anggapan menjadi doa.

semoga melayu yang "takkan hilang di dunia" adalah melayu yang segar akhlak dan imannya.

mekasih syi,
mengingatkan. tentang menjadi melayu.

Anonymous said...

saudari patut dah boleh join KEMM1511 di Melaka 29 januari ni.

jati diri Melayu Muslim begini yg kita cari!

go to : http://kemm1511.net/melaka

warkahskrin said...

hurm.bangsa jepun pun lembut jugak.malu-malu jugak.amacam?

Syahida Majid said...

k.aishah : entahlah, sakit juga mengaku (berdoa) begitu. Tapi depan mata kita ia berlaku.

7 hari pertama 2011 7 bayi tanpa ayah dilahirkan. Melayu.

Tapi, biar buih-buih ini banyak, saya tetap yakin di antaranya ada batu. Batu yang makin meneguh untuk menggalas tugasan laut biru.


Anon : Malangnya saya tak mampulah membeli tiket RM2k. Semangat Melayu, semangat juga. Tapi kalau mengeringkan poket yang tak berapa basah ni, 'bijak' juga.


warkahskrin : nilai baik itu universal. Ya Jepun juga berbudaya bermutu. Malangnya mereka hilang nilai hidup beragama. Bila sudah maju, berTuhan tak lagi dirasa bermakna, bagi mereka.

Tapi seandainya mereka Muslim, masha Allah, bertambah aset Islam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright 2009 Terbang | Lihat | Tafsir. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates | Blogger Styles | WP by Masterplan