>>test

Tuesday, January 11, 2011

Dia Sebaik-baik Murabbi




Saya tersenyum seorang

Sedang menyelesaikan (membantu) tugasan, tiba-tiba terperasan. Bukan terperasan cantik dan cool, sebab itu sudah pasti lah kan ;)? Tapi, terperasan bagaimana Allah mahu mendidik saya.


Sekiranya Dia mahu ajarkan saya satu kalimah, kalimah Bahasa Arab mahupun Bahasa Melayu yang asing buat saya, saya akan selalu 'terserempak' dengan kalimah itu.

Pertama kali jumpa buat tak tahu. Kali kedua kadang diberitahu apa maknanya. Seterusnya kadang terbaca di mana-mana, terdengar di telinga, macam-macam.

Ia akan berulang-ulang hingga melekat.

Begitu juga dengan perkara-perkara lain.



Hari itu kali pertama menguruskan Explorace untuk pelajar Tahun 1. Separuh gila juga mencari modul-modulnya. Tanya serata alam, nasib baiklah ramai kenalan yang jenis begitu juga. Jenis ajk aktiviti-aktivi.

Hari ini, saya sedang mencari lagi modul-modulnya. Memikirkan kadar waktu, menimbangkan kesan. Walaupun sekadar membantu, tapi kerana membantu sungguh-sungguh, bagaikan ia memang kerja sendiri. Terfikir sesaat, ah, Dia taqdirkan aku dipilih untuk bantu kawan yang satu ini.

Kelmarin dulu rasa susah, kali ini rasa makin mudah. Makin cerah.



Begitulah.

Tarbiyah ada di mana-mana, entah bila masa.

Soalnya, adakah kita mahu menyediakan diri?



Senyum penuh cinta buat Pencipta. Sungguh, Kau Maha segala.


5 comments:

hanisahridz said...
This comment has been removed by the author.
al-bagani said...

erti hidup pada memberi..
dlu kta byk menerima skarang kta byk memberi..

ana pn byk diberi tgsn bab2 modul & aktiviti nih..mgkn boleh berkongsi sdkt nnt aktiviti2 menarik yg boleh dibuat..


Visit My Blog Berjalan Menuju Kebenaran

nur said...

farhan selalu delete komen ek ?

hanisahridz said...

ya :D
lately makin menjadi(?)
saba jela

Syahida Majid said...

farah : hey hey, saye kenal perkataan introspeksi tu dari Mafraq lagi ye..



arif al-bagani : memberi dan berkongsi. Kerana tak ada satu pun yang benar-benar kita miliki.



cik nur : Hai, selamat datang. kembali :D. Entahnye farah tu, pelik sungguh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright 2009 Terbang | Lihat | Tafsir. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates | Blogger Styles | WP by Masterplan