Tiap kali kembara, menaiki kenderaan awam, hati ini menjerit. 'Bile la Islam akan perintah Malaysia ni!!!'
Sebab?
Saya amat suka kembara. Pertama, sewaktu perjalanan saya berpeluang beruzlah dari suasana. Saya pastikan, sebelum naik bas/keretapi, saya sedia dengan majalah/buku. Turun dari bas/keretapi saya selesai sebuah dua. Puas! Itu perjalanan pergi, perjalanan balik saya tambah lagi.
Andai bulan itu banyak kali saya kembara, makin padatlah pembacaan saya. Alhamdulillah.
Tapi ada satu perkara yang saya benci. Terpaksa berhimpit dengan lelaki. Aduh, tanyalah mana-mana perempuan, apa jua agama. Berhimpit, dihimpit, menghimpit, dengan lelaki adalah suatu siksaan yang maha berat!
Lantas sebagai langkah berjaga-jaga, saya membuat kod pakaian kembara. Tudung labuh dan jubah. Ia sebagai satu mesej pertama buat yang memandang 'Saya muslimah yang mahu melindungi diri!'.
Ramai yang cepat tangkap dengan mesej ini. Sedaya-upaya menghormati saya dengan tidak terlalu rapat dan menjaga diri. Malah selalu sahaja ada lelaki budiman yang bangun dan mempersilakan saya duduk. Terutamanya apabila ada seat kosong tapi saya bertegas untuk berdiri kerana tak mahu duduk bahu ke bahu dengan lelaki.
Mulanya saya tak perasan akan perihal ini. Tapi pabila saya kadang tukar pakaian, t-shirt dan seluar, layanan nyata berbeza.
Alangkah, Islam itu cantik lagi melindungi jua mengangkat wanita.
Itu cerita dalam kenderaan.
Waktu hendak beli tiket keretapi terutama (di malam hari), terasa ingin menangis bila mesin tiket dikerumuni lelaki. Ah, takkan nak mencelah. Tolong..! Alhamdulillah, biasanya ada yang perasan kerut di dahi saya itu. Lantas menghulur bantuan, minta saya wang dan belikan tiket.
Alhamdulillah.. Waktu itu Allah lapangkan.
Namun, bila ada yang reti bahasa, ada mata tak ada hati, huh, memang saya menyumpah-nyumpah dalam hati. Kalaulah sini adalah Mesir, pasti akan saya heret laki-laki itu ke mahkamah. Di Mesir, siulan lelaki kepada wanita sahaja boleh menyebabkan si penyiul merengkok di penjara.
Inikah lagi menghimpit!
Tolonglah. Kalau ada wakil rakyat yang dengar (baca) rayuan ini. Sediakanlah pengangkutan awam yang mengasingkan lelaki dan wanita. Kalau pun sukar untuk mengasingkan satu kenderaan mengikut gender, asingkanlah tempat duduk dan pintu masuknya.
Mana-mana wanita, tak kira agama, mahupun yang pakaiannya adalah tayangan percuma pasti pernah menjerit dalam hatinya seperti yang saya alami. Klik sini dan sini untuk baca luahan wanita lain pula. Lelaki pun ada, sini.
Cukup!
1 comments:
salam..
betul tu syie..
ingat pengalaman kita bertiga tu waktu balik dari program Pemuda Masjid tu pun dah cukup menakutkan..
moga Allah memelihara diri kita, keluarga dan masyarakat umumnya..
kebejatan sosial yang berlaku cukup menakutkan dan membimbangkan..
yup! bila Islam akan memerintah Malaysia..takut pada perkara yang macam-macam boleh berlaku dengan firmanNya, 'kun fayakun'..
wallahualam..
Post a Comment