>>test

Friday, June 29, 2007

Salam Mahasiswa


Sedikit kesayuan menyapa jiwa yg kian lemah. Baru sahaja menerima sms dari sahabat tercinta, Nik Nur Fariha Zalami yg kini sedang menghirup udara aerpot di Bumi Kenyalang (baru turun flight la katekan..). Sahabatku yg bakal bergelar MAHASISWA UniMaS esok.


Begitu juga dengan sahabat2 seperjuangan lain, samada esok, lusa atau hari-hari lain, bakal merasai cuaca universiti. Bakal melalui Minggu Suai Kenal, Haluan Siswa, Pengurusan Pelajar Baru, dll yg membawa maksud yg sama. Suatu minggu yg sy kira cukup mencabar ketahanan mental dan PENDIRIAN AKIDAH.

Pasti seminggu dan sebulan yg akan datang ini memberi 1001 kesibukan buat kalian. Sy tidak takut kesibukan kalian menyebabkan diri ini kurang diingati, dismsi, dan ape2 lagi lah, kerana sy yakin seyakin-yakinnya yg sy tetap akan hidup dalam doa-doa kalian. Yg sy khuatirkan adalah kemungkinan kita tidak bertemu lagi (hah, ape aku ckp nih?) Bukan apa, faktor kedudukan yg agak jauh, sibuk, dan sy sendri yg mungkin banyak urusan (mungkin..).

Kenapa sy risau akan liqa kita? Sahabat, antum adalah usrati! Sudah lama hati ini tak dibasahi dengan kalimah tarbiyah, tazkirah dan percambahan minda, yg boleh sy dapat dari pertemuan dgn kalian, walaupun sewaktu kita sedang makan2. Nak mengharap diri ini sendiri, susah juga.. Digoda dengan rehat, ditambah perisa malas, takut2 hati ini keras membatu. Aduh!


Kembali meninjau panomara hidup sendri, masih dalam 'ketidak pastian' (btul ke ayat ni?) terhadap masa depan. Sahabat2 sudah bergelar mahasiswa seminggu, sebulan dua, sy masih begini (rasenye). Payah juga rupenye hidup ni ye? (PEMBACA : hah, baru nko taw). Terkadang cemburu juga mengenangkan status sahabat2 sekalian, aku bile lagi? Tapi tak mengapa, aku yakin dengan nikmat Allah. Rezeki tiap makhluk adalah cukup padan buat makhlukNya, tidak lebih, tidak kurang, just nice.

Buat sahabat semua, selamat menempuh alam baru. Dengar khabar, tidaklah indah sangat dunia kampus ni (heheh). Rajin2 la ziarah rumah ana, buat sape2 yg dapat U sekitar Kuala Lumpur. Ingat, teruskan perjuangan. BERJUANG BUKAN KERANA UKHUWAH, TAPI KERANA ALLAH! WALAU DI MANA, DENGAN SIAPA, SEORANG DIRI SEKALIPUN, TEGAKKAN ISLAM ADALAH KEWAJIPAN.


Ya Allah,
Sahabat saya tak seperti sahabat Nabi saw,
Sahabat Nabi setia di sisi,
Sahabat saya datang dan pergi.

Ya Allah,
Saya muhasabah, menerawang sendiri,
Dari kecil ke saat ini,
Ramai sudah bertandang di hati,
Ramai juga yang datang dan pergi.

Ya Allah,
Sahabat ketawa, saya gembira,
Sahabat sayu, saya syahdu,
Sahabat layu, saya pilu,
Sahabat cemerlang, saya gemilang.

Ya Allah,
Kawan saya, sahabat saya,
Rahmati kami meniti usia,
Terpisah kami di alam nyata,
Temukan semula di taman syurga.

Ya Allah,
Sahabat saya, buah hati saya,
Mesra kami penawar duka,
Rindu kami menambah cinta,
Rajuk kami membuah ceria.

Ya Allah,
Silaturrahiim kami, ukhwah fillah,
Bermusuh kami, na`uzubillah,
Berpisah mati, insyaAllah,
Pengubat hati, do`a rabitah..



Ilal liqa'..TAKBIR!

Wednesday, June 27, 2007

Muslim Pencemar Islam


Inter-Civilizational Youth Engagement Program (IYEP) yang baru melabuhkan tirainya semalam (20 Jun), telah memberikan saya pelbagai suntikan idea tentang pelbagai perkara. Banyak yang perlu dianalisa, justeru banyak juga yang perlu ditulis untuk dikongsi bersama pembaca.


Rata-ratanya, saya amat berpuas hati dengan kualiti peserta. Setiap seorang yang memohon untuk menyertai program ini perlu menulis sebuah karangan untuk menyatakan sebab minatnya kepada program seperti ini, dan ia diikuti dengan temubual melalui telefon kepada peserta.

Nyata sekali, assessment itu telah berjaya memilih peserta yang tepat dan saya amat teruja dengan tahap pengetahuan anak-anak muda ini dengan pelbagai isu yang diperkatakan.

Hinggakan Karen Armstrong sendiri mendapat pelbagai ’bahan baru’ yang beliau mohon kebenaran peserta untuk menggunakannya di dalam ucapan dan penulisan. Sememangnya sesi soal jawab dan bengkel telah menonjolkan bahawa 50 warga IYEP kali ini adalah pemimpin masa depan yang hebat, semoga Allah memanjangkan umur saya untuk menyaksikannya.

Namun, keghairahan dan kegembiraan kami dengan pelbagai pengalaman baru, telah tercemar oleh suatu insiden yang amat memalukan, khususnya kepada Islam.

LAWATAN KE RUMAH IBADAT

Peserta bersiap sedia menaiki bas untuk lawatan ke rumah ibadat


Pada hari kedua program, kami telah merangka lawatan ke Kuil Hindu dan Buddha serta Gereja Katholik di Kajang. Lawatan dijangkakan berakhir dengan kunjungan kami ke sebuah masjid terkemuka di tanah air kita.

Urusan telah dibuat sejak sekian lama dan pelbagai aturcara telah disusun.

Paling mengagumkan kami ialah kesungguhan Kuil Hindu yang mengatur pelbagai acara, menyediakan makanan vegetarian untuk peserta dan juga mengadakan sesi soal jawab untuk peserta.

Kesungguhan yang sama juga ditunjukkan oleh Kuil Buddha yang kami lawati. Sesi dialog amat menarik. Walaupun ada soalan ’mengarut’ dari peserta tetapi ia dijawab dalam suasana yang ceria dan gembira oleh setiap yang berada di situ kerana tujuan kunjungan kami adalah untuk belajar.

Di peringkat pengaturcaraan program, Gereja Katholik kelihatan agar gementar. Melalui diskusi sebelum berlangsungnya IYEP, nampak sedikit kerisauan dan kami memahaminya kerana perkembangan semasa di Malaysia yang agak panas (Kes Lina Joy dan lain-lain). Namun, akhirnya kami berjaya mengatur lawatan yang sungguh harmoni dan paling saya hargai ialah, paderi yang sepatutnya menyambut kami telah meminta bantuan pegawai lain memandangkan dirinya terpaksa ke hospital untuk pemeriksaan jantung.

Suasana dialog sungguh baik.

Kami telah beberapa kali mengingatkan peserta agar menjaga suasana dengan tidak bersuara tinggi semasa di gereja itu. Suasana sepi adalah sangat penting bagi sebuah gereja Katholik. Namun, orang muda tetap orang muda. IYEP kali ini menerima peserta yang ada sangat banyak bahan untuk dingomelkan. Akan tetapi pihak gereja amat berlapang dada dan tersenyum sahaja dengan kerenah sesetengah peserta.

Peserta IYEP semasa sesi dialog di Kuil Hindu di Kajang


Selepas lawatan selesai, kami dengan penuh girang dan ceria menuju ke masjid terkemuka tersebut.

MASJID OH MASJID

Semasa tiba, tiada siapa yang menyambut kami.

Kakitangan keselamatan pula menyulitkan peserta kerana tidak mengizinkan penggunaan beberapa tandas.

Alhamdulillah seorang juruteknik telah memberikan kami video klip untuk ditayangkan kepada peserta. Segalanya kami lakukan sendiri dan amat mendukacitakan apabila video klip selama 10 minit itu hanya ghairah bercerita tentang aspek-aspek seni bina masjid itu sahaja, tanpa ada langsung menyentuh tentang Islam sebagai intipati sebuah masjid.

Soal jawab dikendalikan oleh Komiti IYEP

Rasa tidak selesa tidak terhenti di situ.

50 peserta telah bersedia untuk masuk ke masjid dan yang perempuan telah pun memakai tudung dan jubah yang disediakan.

”Berhenti! Orang bukan Islam hanya boleh sampai di sini sahaja!”, sergah seorang kakitangan keselamatan masjid.

”Jangan cemar kesucian masjid ini!”, katanya lagi.

Kesemua peserta terkejut. Saya sendiri sudah panas telinga.

”Encik, kami sudah buat urusan sejak lebih sebulan yang lalu”, salah seorang AJK memberikan penjelasan.

”Mana surat Imam? Kalau tak ada surat Imam, tak boleh masuk. Waktu lawatan sudah habis!”, pekerja tersebut bercakap dengan begitu kasar kepada kami. Manakala dua tiga orang yang lain sibuk mengepung tangga masjid agar peserta yang sangat teruja ingin melihat masjid, tidak menjejakkan kaki ke atas anak tangga.

Kami cuba mendapatkan Imam, tetapi malang sekali kerana Imam sudah balik. Ada pegawai memberi alasan yang Imam balik kerana kami datang selepas waktu pejabat sedangkan Imam harus bersiap sedia sebelum datang ke masjid semula malam nanti.

Ada pegawai memberikan alasan lain, bahawa kononnya Imam ada urusan dengan anaknya!

Paling mendukacitakan kami, usaha kami untuk mendapatkan penjelasan dibalas dengan herdikan dan suara nada tinggi.

”Encik bagi surat lambat kan?”, salah seorang kakitangan masjid cuba membuat tuduhan liarnya.

”Jangan cakap sebarang cakap. Rujuk balik surat menyurat dan panggilan telefon yang sudah dibuat. Kira berapa hari, berapa minggu, berapa bulan!”, saya panas hati dengan kelakuan mereka.

”Apa-apa pun, memang orang bukan Islam TIDAK BOLEH masuk ke masjid. Itu peraturannya”, salah seorang ustaz yang ada meninggikan suara.

”Peraturan siapa? Peraturan agama? Apa yang saya tahu, Rasulullah SAW menerima semua jenis manusia ke dalam masjid. Soal jawab di dalam masjid. Malah badwi Arab sampai kencing di dinding masjid. Tetapi Rasulullah tidak menegah mereka dari mengunjunginya. Hukum mana yang tuan pegang?”, saya cuba mencari penjelasan.

”Saya pergi ke kuil Hindu, Buddha dan Gereja Kristian… saya senang hati dan gembira. Tapi bila saya datang ke tempat saya sendiri, masjid ini… saya sakit hati dengan cara masjid melayan tetamu. Kami bukan walk-in tourists. Kami sudah berurusan dengan masjid sejak sekian lama”, saya masih belum berpuas hati.

Tangan pun sudah seram sejuk menahan marah.

Andaikata tidak boleh sekali pun, kakitangan masjid sepatutnya boleh menjelaskan hal ini dengan cara yang beradab. Tetapi kami diherdik, dimaki hamun, dan apabila saya menyebut begitu, saya memang maksudkan ia sebagai HERDIK dan MAKI HAMUN.

”Masalahnya kamu datang selepas waktu pejabat. Sebab itu tak ada orang nak layan”, kata salah seorang mereka.

”Kami bukan datang mengejut. Memang sejak awal kita sudah bersetuju bahawa lawatan ini ialah pada waktu petang seperti ini. Paderi yang sakit boleh minta bantuan pegawai lain, tapi Imam tak boleh dapatkan pengganti?”, saya semakin berang tetapi cuba tidak mengulangi pendekatan usia 20an yang kalau dalam kes seperti ini, mungkin saya sudah mengeluarkan perkataan yang lebih keras, kesat dan tajam.

”Sekarang ini, semua orang seronok ke gereja, ke kuil Hindu dan Buddha, tetapi kena maki hamun di masjid. Kalau orang tak minat dengan Islam, orang Murtad, kamu nak salahkan siapa? Cuba cakap dengan saya… alangkan saya yang Muslim pun sakit hati, orang lain apatah lagi!”, saya sedang mengawal letupan.

Pelbagai alasan yang mereka berikan. Akhirnya mereka berkata bahawa mereka menerima arahan orang atas untuk tidak membenarkan orang non Muslim masuk ke masjid.

”Oh, orang atas. Kalau orang atas cakaplah orang atas. Jangan cakap hukum Islam, sebab Islam tak macam tu”, saya meneruskan cakap.

”Kenapa orang boleh buat benda tak elok atau cakap yang tak elok dalam masjid? Sebab tak ada orang masjid yang nak jawab soalan, melayan tetamu. Macam hari ini!”, kata saya lagi.

Perasaan bertukar menjadi sedih.

Saya sudah malas untuk meneruskan perbalahan kerana jam pun sudah mencecah 6:15 petang.

Banyak lagi isu yang dipergaduhkan di sepanjang 20 minit pertengkaran saya dengan pegawai masjid tersebut.

‘SAPU SAMPAH!’

Semasa sharing moment peserta di hotel pada sebelah malamnya, isu ini timbul semula. Saya terpaksa membuat justifikasi agar maruah Islam tidak jatuh dan hina disebabkan oleh kelakuan buruk ’orang-orang agama’ Islam itu sendiri.

”I’m hoping that the incident occurred in the Mosque today, would be a positive lesson for each of us. Even though we have many ideal solutions to offer, we have to admit that people out there are far for ready to accept changes in attitude about religion.

In order to achieve our dream, we must first be able to think positive and learn to differentiate between the custom and widespread misunderstanding among the people, with the true Islam that is so far away from what we have seen today”, saya cuba menenangkan peserta.

Saya cuba berkongsi pengalaman dengan peserta tentang pendekatan saya semasa menjadi Imam di Belfast Islamic Centre.

Mudah-mudahan usaha yang sedikit ini dapat memulihkan kembali imej Islam yang telah diburukkan oleh masjid dan orang-orangnya siang tadi.

Karen Armstrong telah lebih berjaya mengangkat imej Islam berbanding ‘ceramah’ dan akhlaq orang Islam sendiri.

Saya menangis sendirian di bilik hotel mengenangkan insiden yang amat mendukacitakan ini.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com

Sunday, June 10, 2007

'Lawatan Sambil Belajar' Mahasiswa Malaysia??


A picture speaks thousand words.. Tafsirlah sendiri..

Luasnya Neraka


Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.:

“Mengapa aku melihat kau berubah muka?” Jawabnya: “Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya.”

Lalu nabi s.a.w. bersabda: “Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.”

Jawabnya: “Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api.

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.”

Nabi s.a.w. bertanya: “Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?” Jawabnya: Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.” (nota kefahaman: iaitu yg lebih
bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: “Siapakah penduduk masing-masing pintu?” Jawab Jibrail:

“Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir’aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,

Pintu ketiga tempat orang shobi’in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,

Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa’eir.”

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya:

“Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?”

Jawabnya: “Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.”

Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda: “Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?” Jawabnya: “Ya, iaitu orang yg berdosa
besar dari ummatmu.”

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab “Peringatan Bagi Yg Lalai”)

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular

9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi
lautan racun yang hitam pekat.

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

“YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, steri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.

Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.

Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH……AMIN…..

Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.Wallahua’lam.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

Friday, June 8, 2007

Berhenti Menjadi Gelas


Seorang guru sufi mendatangi seorang muridnya ketika wajahnya belakangan ini selalu tampak murung.

“Kenapa kau selalu murung, nak? Bukankah banyak hal yang indah di dunia ini? Ke mana perginya wajah bersyukurmu?” sang Guru bertanya.

“Guru, belakangan ini hidup saya penuh masalah. Sulit bagi saya untuk tersenyum. Masalah datang seperti tak ada habis-habisnya,” jawab sang murid muda.

Sang Guru tersenyum. “Nak, ambil segelas air dan dua genggam garam. Bawalah kemari. Biar kuperbaiki suasana hatimu itu.”

Si murid pun beranjak pelan tanpa semangat. Ia laksanakan permintaan gurunya itu, lalu kembali lagi membawa gelas dan garam sebagaimana yang diminta.

“Cuba ambil segenggam garam, dan masukkan ke segelas air itu,” kata Sang Guru, “Setelah itu kau minum airnya.”

Si murid pun melakukannya. Wajahnya kini meringis karana meminum air masin.

“Bagaimana rasanya?” tanya Sang Guru.

“Masin, dan perutku jadi mual,” jawab si murid dengan wajah yang masih meringis.

Sang Guru tersenyum lagi melihat wajah muridnya yang meringis kemasinan.

“Sekarang kau ikut aku.” Sang Guru membawa muridnya ke danau di dekat tempat mereka.

“Ambil garam yang tersisa, dan tebarkan ke danau.”

Si murid menebarkan segenggam garam yang tersisa ke danau, tanpa bicara. Rasa masin di mulutnya belum hilang. Ia ingin meludahkan rasa masin dari mulutnya, tapi tak dilakukannya. Rasanya tak sopan meludah di hadapan mursyid, begitu fikirnya.

“Sekarang, cuba kau minum air danau itu,” kata Sang Guru sambil mencari batu yang cukup datar untuk didudukinya, tepat di pinggir danau.

Si murid menangkupkan kedua tangannya, mengambil air danau, dan membawanya ke mulutnya lalu meneguknya. Ketika air danau yang dingin dan segar mengalir di kerongkongnya, Sang Guru bertanya kepadanya, “Bagaimana rasanya?”

“Segar, segar sekali,” kata si murid sambil mengelap bibir dengan tangannya. Tentu saja, danau ini berasal dari aliran sumber air di atas sana. Dan airnya mengalir menjadi sungai kecil di bawah. Dan sudah pasti, air danau ini juga menghilangkan rasa masin yang tersisa di mulutnya.

“Terasakah rasa garam yang kau tebarkan tadi?”

“Tidak sama sekali,” kata si murid sambil mengambil air dan meminumnya lagi. Sang Guru hanya tersenyum memperhatikannya, membiarkan muridnya itu meminum air danau sampai puas.

“Nak,” kata Sang Guru setelah muridnya selesai minum. “Segala masalah dalam hidup itu seperti segenggam garam. Tidak kurang, tidak lebih. Hanya segenggam garam. Banyaknya masalah dan penderitaan yang harus kau alami sepanjang kehidupanmu itu sudah dikadar oleh Allah, sesuai untuk dirimu. Jumlahnya tetap, cukup-cukup saja, tidak berkurang dan tidak bertambah. Setiap manusia yang lahir ke dunia ini pun demikian. Tidak ada satu pun manusia, walaupun dia seorang Nabi, yang bebas dari penderitaan dan masalah.”

Si murid terdiam, mendengar.

“Tapi Nak, rasa ‘masin’ dari penderitaan yang dialami itu sangat tergantung dari besarnya qalbu yang menampungnya. Jadi Nak, supaya tidak merasa menderita, berhentilah jadi gelas. Jadikan qalbu dalam dadamu itu jadi sebesar danau.”

nasihat dan penghibur untuk diri & jiwa sendiri yg tengah haru-biru-klabu..uhuhu..wahai Syahida, BERHENTI JADI GELAS!

Wednesday, June 6, 2007

Paluan Kompang Buat PM


Akhirnya, lelaki nombor 1 negara, Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi bakal menamatkan zaman 'solo' yang kesekian kalinya.

Pernikahan dijadualkan berlangsung pada Sabtu ini. Berikut adalah kenyataan media yang disiarkan oleh laman rasmi Jabatan Perdana Menteri bertarikh 6 Jun 2007.

Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi akan melangsungkan majlis akad nikah dengan Jeanne Abdullah pada hari Sabtu 9 Jun 2007 bersamaan dengan 23 Jamadilawwal 1428 Hijrah.

Jeanne Abdullah dilahirkan di Kuala Lumpur pada 29 Julai 1953 dan merupakan anak sulung daripada empat orang adik-beradik. Beliau menerima pendidikan di Sekolah Menengah Assunta dan mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pentadbiran dan penghotelan setelah terlibat dalam pengurusan beberapa hotel terkemuka di Malaysia, termasuk Hotel Hilton Kuala Lumpur dan Hotel Pan Pacific. Jeanne juga pernah bertugas sebagai Pengelola kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri dan Pengurus Kompleks Seri Perdana.

Jeanne mempunyai dua orang anak, Nadiah dan Nadene.

Majlis berkenaan akan diadakan di Seri Perdana dan akan dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja. - mr

Selamat pengantin baru Dato' dan Auntie Jeanne, semoga kehadiran sayap kiri ini akan membawa Malaysia dan seluruh rakyat serta isi dalamnya ke arah yang lebih baik. Mana tahu penurunan kadar bayaran biasiswa untuk para pelajar pulak ke =].. gaji kakitangan kerajaan dah diumumkan naik..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright 2009 Terbang | Lihat | Tafsir. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates | Blogger Styles | WP by Masterplan