>>test

Wednesday, August 11, 2010

Ramadan Hari Raya Buat Ahli Quran


30 Hari Kami Akan Jumpa Cinta. Heh. Gen 5 Az Zikr -asobiah itu pengikat ukhuwah-


Saya memang benar-benar beruntung. Sungguh-sungguh.

Dapat menikmati macam-macam keadaan puasa. Puasa sekolah, puasa di universiti di Malaysia, puasa di Mafraq, kini puasa di Irbid.

Masing-masing berbeza. Masing-masing cukup rasa.


Seperti baru semalam saya menulis tentang Bulan Itu Bulan Yang Memudahkan, bercerita tentang Ramadan di matrik.

Macam baru tadi menulis cerita Qutayf (قطيف) Sebagi Juadah Ramadhan. Macam masih terasa-rasa moreh dengan drama Nur Kasih (hot!).

Rupanya sudah setahun meninggalkan Mafraq.


Ramadan di Irbid


Kedai-kedai berseri dengan 'tanglung' yang tertulis 'Ramadan Kareem'. sumber

Secara peribadi, kemeriahan Ramadan lebih terasa di sini. 2-3 hari sebelum tibanya bulan ini, sepanjang deretan kedai silau dengan lampu-lampu menyambut Ramadan. Sana sini kedengaran (dan kelihatan) anak-anak Arab bermain bunga api (fireworks).

Nada dering henset juga banyak bermain lagu Ramadan. Facebook, macam-macam video dipostkan.

Sebelum bertolak untuk Magrib di masjid, menyambut mulanya 1 Ramadan, saya sendiri memilih baju yang biasanya dipakai untuk majlis-majlis (mungkin tak lawa bagi orang lain, tapi bagi saya lawa :D), memakai wangian.

Umpama satu perayaan!

Sana sini kelihatan orang Arab berzikir, bertasbih dan membaca mushaf Al Quran. Tak kira walau sedang menjaga kedai, dalam bas, mana-mana. Di masjid, bila Imam membacakan ayat-ayat magfirah (keampunan) dan ayat azab, bersungguh-sungguh mereka menangis.

Dan yang paling bermakna, kali ini tahun pertama saya merayakan diri sebagai penuntut Akademi Tahfiz Az Zikr. Tahun pertama Ramadan sebagai ahli Quran.

Dulu, saya sering mengeluh, dan kadang menangis, menyumpah diri bila mendengar Imam membaca surah yang panjang. Kerana satu pun tak mampu saya faham.

Hari ini, saya boleh mengenal pasti kesalahan bacaan Syeikh Makmun. Masya Allah, suaranya memang cantik. Dengan bunyi Arabnya yang jelas, memang teruja! Tiap bacaannya dapat saya faham isi kandung, terasa terbang meninggalkan bumi bila berterawikh dengannya. Tak lagi rasa lenguhnya kaki mendengar ayat-ayat panjang. Terasa seperti dia berada di depan mata, memperdengarkan bacaannya buat saya seorang.

Alhamdulillah!

Itu satu nikmat yang besar bila Quran mula lancar di lidah.

Dulu saya rasa syiok bila satu hari boleh habiskan sejuzuk. Hari ini, dua juzuk boleh selesai selepas Subuh.

Ramadan, bagaikan satu hadiah buat kami. Bagaikan satu pengiktirafan dari Allah, hah, bulan ini, kalian mabuklah dengan ayat-ayatKu!

Terima kasih Allah, kerana izinkan kami melisankan firmanMu yang mulia. Tiada daya upaya kami, melainkan Engkau yang menjadikan kami begini..

Tapi.. Malam ini Syeikh Makmun hampir menghabiskan juz dua. Bermakna esok lusa, saya akan kembali melopong seperti dulu. Juz seterusnya belum sempat hafal lagi. Tak apalah, sekurangnya, kualiti Bahasa Arab yang makin meningkat, patut dapat saya faham apa yang dibaca. Moga-moga.


Ramadan di Rumah?

Saat Malaysia mula berterawikh, Abah hantar SMS ucapan Ramadan, sambil tanya 'Makan apa untuk sahur?'

Jawapan saya, haha, entahlah. Kot-kot tak makan. Soifi ini, beras pun hampir tak pernah beli. Bila saja lapar, singgah kedai minum sekotak air susu. Selesai, kenyang. Malas nak ambil masa untuk makan, dan lagi malas kalau perut berat bila kenyang. Soifi satu fatrah berkerja, dek siangnya yang panjang.

Lalu, lepas pulang dari terawikh, nak tak nak, terpaksa minta izin muraqib untuk singgah kedai. Borong makanan untuk sahur.

Kononnya nak memasak untuk anak-anak di Parit Sakan Kuning ni. Nak kenalkan pada mereka resepi Arab yang sangat mudah lagi sihat. Sahur lepas resepi ini juga yang dijamu buat adik-adik baru di Mafraq. Dinamakn Bandurah Maqli (Tomato Goreng). Orang Turki menggelarkannya Menemen, seperti Ust Hasrizal pernah tulis di sini

Ni waktu beraya di rumah kawan Arab dulu


Bahan :
1. Bawang untuk menumis
2. Tomato dalam 5-6 biji untuk 8 orang (perut perempuan)
4. Telur sebiji dua

Cara Masak:
1. Tumis bawang
2. Masukkan tomato yang telah dicincang kecil-kecil. 'Koseng-koseng' (bahasa saya dan Umi, tak tahu nak terjemahkan kepada apa) hingga masak
3. Buat lubang di tengah kuali, pecahkan telur. 'Godek-godek' kejap, kemudian ratakan dengan tomato.
4. Tambah garam, lada sulah

Boleh makan dengan roti. Sebenarnya lain sedikit dengan resepi sebenar Arab. Sipi-sipi la ni. Tak berapa ingat.

Tapi... Disebabkan aura Ramadan kuat sangat agaknya, saya tak mampu untuk tidur. Akhirnya orang lain jadi chef. Tak apa, resepi ni dah diturunkan kepada Cik Nuramalisa (hah??). Tengok esok pagi dia buat macam mana..


Umi dan Mujib tak sihat hari pertama. Tak tahu lah kenapa. Eh, tahu je kenapa. Malas nak cerita.

Dan semoga saya sendiri sihat untuk menjalani pesta ibadah kali ini. Tak mahu jadi seperti tahun lepas lagi. Menyusahkan orang, patutnya orang lain dapat pergi masjid berterawikh, tapi terpaksa pula jaga orang sakit ni.


Raya, mungkin saya cemburukan orang di Malaysia. Tapi puasa, heh, silalah cemburu dengan kami ;)

p/s : Nak tangkap gambar suasana, tapi, tak ada kamera. Henset pun jenama Cokia dengan nada dering tut tut sahaja..

16 comments:

tepianmuara said...

Raya, mungkin saya cemburukan orang di Malaysia. Tapi puasa, heh, silalah cemburu dengan kami ;)


ini saya sangat setuju.
masjid semua waktu solat penuh.
dan 'cukup beraura'!

bahagia..bahagia..

Miss X said...

Yang tu, akhawat sangat jeles! Kami nak juga serang masjid, lagi-lagi waktu Subuh. Isk..

Akhyar said...

br ad rsa nikmat kan duk lma2 blakang imam.
tp td tpikir gk, bila sy.makmun da masuk juzuk2 y x hapal lagi,hrp2la kaki x mrungut.

Miss X said...

Tu la. Sekarang la baru nak menyesal selama ni malas nak menghafal kan? (_ _!!)

M Waliyuddin Baharudin said...

syahdu betol baca post ni..nanti letak gambar org terawikh plak,huhu..^_^

Miss X said...

Angah jiwa jiwang, tu yang syahdu tu. Huhu. Sebenarnya memang nak. Tunggulah kalau ada rezeki time off puasa

JaQ said...

Salam.

Heh~ ye ke melopong malam ni? rasanya untuk juz 3, masih mudah nak faham ayat2nya~ enshalla leh dgr dgn patuh~

btw, pasal subuh tu, rasa cam ssh sket la nak benarkan~ kalo nak juga, sila la masuk ke "alam" diabetes type O. Heh~

p/s: new trademark-> "heh~"

Miss X said...

Hah? Aba itu diabetis type O?? Medis sungguh frasa tersebut.

Hem, tak tahu la melopong ke tidak. Amin amin.. Puh, cepat tangkap lah dikau wahai encik otak dan puan hati.

Heh. Ni anep yg ajar

eyn said...

Raya, mungkin saya cemburukan orang di Malaysia. Tapi puasa, heh, silalah cemburu dengan kami ;)____like this

gambar lantern tu pn dri Cokia ke?k.ain pn pakai Cokia eh?heee

Unknown said...

masjid tal belum habis lagi juz satu.

huhu.

iman saya iman masjid tal jek. huk.

Aeman said...

cemburu yg amat.
bila tgk mak cik2 mmpu menangis bila dibacakan ayat2 Allah.

diri sendiri.
hafal tp x mmpu nk hyti betul2 mknanya. huh~ kerasnya hati.

tp paling best.
bila bacaan doa qunut.
wah~ walaupun tak fhm 100% mmg rasa zuupp. MasyaAllah.

nur said...

oh, suka juga quote pasal ramadhan dan raya itu :)

beruntung k shi kan.byk pengalaman Ramadhan kat merata tempat :) patutla 'matang'

sahur nanti2, pekena qutayf jom?

Miss X said...

Eyn : K.Ain tak pakai Cokia rasa. Pakai Samseng

Hazen : Em? Iman masjid tall? Hebat tu kalau iman dah kukuh cam masjid! Woa!

Wawa : alhamdulillah Allah izinkan kita rasa

Nur : Wa~ Tepuk2 kat Nur__________. Nak amek shif masak sahow lagi ke? Masak dgn penuh kaseh sayang jiwe membare le katekan~

Aishah Nur Hakim said...

Salam, saya cuba resepi ini tadi. Alhamdulillah ayah suka.

licin!

mungkin ayah rindu tanah arab.

terima kasih syi,

Miss X said...

Wah, seronoknya saya bila dihujung dunia sana ada yang hilang rasa rindunya dek resepi Syi yang biasa2 ni! Alhamdulillah, rupanya bermanfaat.

Aeman said...

oke. gmbr gen 6 takde lg.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright 2009 Terbang | Lihat | Tafsir. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates | Blogger Styles | WP by Masterplan