>>test

Monday, August 2, 2010

Borak Cecah Otak


Bila ahli Bayt Insyirah pergi, bila kakak-kakak Tahun 6 meninggalkan bumi ini, sepi sungguh. Bukan sepi apa, tapi kehilangan teman untuk berborak-borak hal yang simple-mimple, tapi sangat menyegar-bugarkan otak dan hati.

Minggu ini dinamakan minggu rindu.


Entah kenapa, dari hari tu selalu teringatkan Umi Hanis. Yang kelakarnye, Umi kandung sendiri tak rindu pula, hahaha. Teringin nak tanya khabar Umi Hanis, sihat ke tidak, ingat lagi tak Syi si pengganti anak dara dia.

Tiba-tiba malam ni Hanis contact. Hm, biasalah, dari matrik sek-sek kami memang macam tu. Bila rasa rindu sikit, tiba-tiba ada saja yang kontek. Macam tahu-tahu. Subhanallah, magik sungguh ukhuwah. Segumpal rasa boleh merentasi benua.

Teringat waktu menguruskan orentasi matrik dulu. Waktu hanya kami berempat (Kimi, Azim, Jue dan mestilah diri sendirikan) saja yang turun, yang lain adalah junior graduan fresh dari matrik. Waktu tu tekanan bukan main. Terpaksa duduk bangunan lain dengan Jue, padahal itulah sumber idea dan kekuatan.

Jelas tak muka ketensyenan kami? Oh gambar sudah pasti sangat alien, edit pakai paint je pun kasi pakai topeng


Satu malam, entah kenapa hati terasa sangat nak melangkah ke bangunan Jue jaga. Walaupun nak dekat pukul 2 pagi dah. Tapi biasalah, fasi kerek, dan dengan guard memang kamceng, jadi, jalan lah.

Sampai lobi blok tu, tengok-tengok Jue tengah melangut sorang-sorang. "Syi, macam tau-tau je Jue tengah jerit-jerit nama Syi", dan tak pasal-pasal Jue nangis. Oh, tengah tension sahabat aku sorang ni.

Balik pada Hanis tadi, sekarang ni masing-masing tengah hot membincangkan ahli MYTEAM pertama (eh, ke kedua?) yang akan membina rumahtangga muslim. Borak punye borak, keluarlah soalan ni

"Apa pendapat Syi kawin dengan orang dengan orang berbeza perjuangan?"

Dan jawapan aku, "Setuju sangat!"

Kami borak tentang persepsi orang yang bergerak dalam usrah, kahwin mesti dengan orang acuan yang sama. Bagi kami, ini persepsi bajet bagus. Dan terang-terang kami kena tentang dengan pandangan ini. 'Jangan, muslimat WAJIB cari muslimin yang sama rentak. Nanti susah nak bergerak kalau dah kawin dengan lelaki entah dari mana!'

Dah banyak kali persoalan ni datang ke kepala. Malam ni akhirnya ada geng yang bukak ruang untuk kembangkan pemikiran.

Hujah aku ialah,
  1. Siapa kita nak katakan orang lain tak layak untuk kahwin dengan kita, hanya kerana kita bersama dengan usrah?
  2. Ibu ayah kita, adakah mereka produk usrah, yang menjadikan kita bersama dengan usrah hari ni?
  3. Memang terjaminkah pasangan yang sama dengan perjuangan, anak mereka tidak menentang apa yang mereka bawa?


Hari demi hari, aku melihat makin ramai jiwa-jiwa yang subur dengan Islam, biar pun mereka tidak terlibat dengan usrah. Kerana Islam itu fitrah. Fitrah ini maknanya, ia telah ada dalam diri. Sebagaimana bayi lahir, mencari susu ibunya untuk diminum. Ada sesiapa yang ajarkah waktu dalam perut? Hah, itulah FITRAH.

Tapi yang disesalkan, fitrah jiwa yang sedang berbunga dengan Islam ini tidak dikembangkan lagi dengan pembentukan keluarga muslim, dek orang yang dah terlibat usrah bajet mulia dari golongan ini.

Ini bab dengan yang tidak menyertai usrah.

Bagi yang berhaluan lain, pada aku pun tak ada masalah, kalau dah memang haluannya Islam. Apa masalah? Kalau benar memahami Islam, maka daerah yang dituju adalah sama. Cuma mungkin jalannya berbeza, kerana berbezanya latar belakang, pendidikan, dan juga mereka lebih damai dengan jalan tersebut. Biarlah, asalkan akhirnya bertemu satu titik, iaitu saling mahu menegakkan deen.

Dari bab perjuangan, sampai pula ke bab bidang medik-dirasat.

"Aku bukan tak puas hati sangat dengan Ustaz-ustaz yang duk mencari muslimat medik. Tak kisahlah nak jadi Ustaz Hasrizal atau apa sekali pun"

"Tapi yang kisahnya, apa kurang Ustazah-ustazah? Sampai ada yang dah berumur 30an, masih belum yang merisik. Padahal diorang muslimat yang hebat, lantang, berilmu, solehah. Tapi sibuk kejar adik-adik medik yang hingusan tu. Hanya kerana title mereka-Medik"

Ambek. Ade sesiapa rasa kene lempang? Maaf la ye.

Ni pun satu lagi hal. Siapa nak jawab?

Jadi, apa kaitannya rasa sepi dengan kehilangan ahli Bayt Insyirah?

Sebab, wahai batch ku yang tersayang, ade ke korang terfikir bende macam ni.. Orang tua bongkok macam kitorang je kot yang suka serabutkan otak dengan isu-isu ni. Jadi, korang tak salah pun. Jangan risau, korang tetap aku sayang ;)

Cepatlah matang wahai teman-temanku, agar aku tak berkarat hilang teman untuk mengasah minda. Akan berteman selama 6 tahun tu..


Ms Charlie Myteam yang hawt sampai jadi orang pertama pecahkan rekod. Pulak tu dengan naqib aku, a.k.a orang kuat Saifulislam Training Consultancy. Cari sendiri lah


Hm, tiba-tiba nak cerita tentang MYTEAM. Saja, nak bagi orang lain jeles. Oh, terkutuk sungguh niat.

Myteam adalah nama kami, geng-geng surau zaman matrik Pahang.

Muslimin Myteam adalah orang paling baik dalam dunia. Sesiapa nak dapat suami soleh boleh contact ye.

Inilah pakcik-pakcik Myteam yang sengal tapi sangat menambat hati


Sebab? Zaman matrik dulu, kami memang sangat dimanjakan oleh diorang.

Bila buka puasa Isnin Khamis, kami tinggal angkat makanan dan makan. Basuh sendiri la. Tapi kadang, sampai kitorang boleh pulak main bola jaring, dan diorang yang siapkan makanan. Lepas tu, dah nak buka puasa, kami pun datang bawak perut.

Bukti sahih kitorang main bola jaring waktu dah nak buka puasa. Nampak saja pakai jubah, tapi..

Ada sekali kami entah kenapa terasa hati dengan diorang. Sampaikan, masjid yang jadi rumah rasmi kitorang, seminggu kami tak datang. Mula-mula ingatkan sendiri saja yang buat macam tu, bila risik, Ya Allah, sekali semua pun rasa dan buat benda yang sama. Bila tanya, 'Entah! Tiba-tiba macam ni'. Muslimin kontek kami tak layan, SMS tak balas. Angin apa tah melanda.

Tiba-tiba satu hari, Jue panggil suruh berkumpul di masjid. Dengan akurnya pun pergilah. Rupanya, muslimin menghadiahkan kami seorang sepasang sarung lengan (atau nama kampungnya, arm sock), sebagai usaha mahu pujuk kami. Satu beg sarung lengan diletak dalam masjid bahagian muslimat.

Apa lagi, perempuan senang cair..

Kami memang guna 100% masjid. Belajar, tidur, mandi pun di masjid. Ada saja waktu lapang antara kelas, lepak di masjid. Macam mana entah aku ini boleh terjebak sekali, tapi alhamdulillah, kalau tak, tak kenal dengan set-set diorang ni.

Disebabkan guna habis masjid, kadang-kadang tak tersempat nak mengemas. Satu hari naik atas, amboi, kemasnya. Dan atas meja studi kami ada nota 'Kami dah kemaskan kawasan muslimat. Harap lain kali boleh jaga kekemasan ye'. Bedebuk!

Set-set think-tank


Entah macam mana Allah kirim kami muslimin yang idea bernas habis. Kami pernah ditugaskan untuk jadi pembentang daurah di hadapan muslimin. Pernah disuruh menguruskan majlis, sedangkan mereka ada. Waktu tu kami memang protes, mana boleh, kamikan 'sikah', mestilah muslimin yang patutnya di depan, bukan kami. Waktu tu masing-masing malu-malu kambing lagi (kambing malu ye?).

Tapi bila keluar dari matrik, baru kami nampak apa yang mereka cuba ajar. Mereka didik kami untuk berani ke depan, hatta walau dihadapan lelaki. Sebab zaman kini, Sister In Islam, dan wanita liberal lain, lantang tak kira tempat. Golongan mereka ini tiada pesaing, kalau muslimat masih mahu menyorok dibelakang.

Mereka juga sangat hafal kasut kami. Yang ini tak boleh blah. Pernah Kori tanya Jue, 'Jue, enti rasa ukhuwah enti dengan Khalisah mantap kan? Nyatakan jenis dan saiz kasut dia'. Kami pun melopong. Dan muslimin dengan machonya menjawab. Adoi, sampai macam tu sekali.

Tengah-tengah studi di masjid, tiba-tiba ada bunyi tangga diketuk. (Bahagian muslimat di masjid adalah bahagian atas). Jenguk ke bawah, sekali ada makanan. Memang bahagia hidup kami...

Tangga tempat sorok makanan


Mereka memang rajin mengisi perut kami

Kalau pergi program, beg diorang yang bawa. Siap boleh lenggang habis. Kadang-kadang saja nak buat saspen, menyorok kat kedai-kedai. Haha, ingat lagi, jenuh Azim cari masa tu.

Dah berbakul-bakul puji mamat-mamat ni. Cukuplah, nanti menangis pulak. Bukan aku yang menangis, diorang. Pakcik-pakcik lantang berjiwa suci. Eceh

Tapi sesungguhnya, tak rindu sangat pun. Matlamat kami adalah untuk kembali bertemu di syurga. Melepak-lepak seperti mana di dunia. Tapi sebelum tu kita kena tawan dulu Malaysia, itu tetap janji. Dulu mereka tarbiyah aku, sekarang masa untuk aku tarbiyah orang lain. Janji aku, akan aku jadikan mereka lebih baik dari Myteam. Sampai tahap, lupe dah ke Myteam sebab dah lagi best kan..

Persahabatan kerana ALLAH,memberi tanpa minta diganti,menyokong tanpa minta disanjung,memuji tidak kerana budi,berkorban tanpa menuntut ganjaran.Semuanya hanya mengharapkan kurnian ALLAH jua yang menjadi punca kecintaan dan kasih sayang itu MEKAR antara satu sama lain.Carilah prinsip perjuangan yang ALLAH redha,disana KITA akan bertemu sahabat-sahabat yang setia kerana ALLAH - Kori


Insha Allah, jumpa nanti di syurga. Ada sesiapa nak ikut? Jom!


p/s : Fasya, hilang sikah ke kalau tulis macam ni? Huhuu


17 comments:

Najwa Aiman said...

"kalau haluan berbeza kalau dah haluannya Islam apa masalah?"
[kite berbeza pndpt disitu. xpe2. pendapat kamu n saya saling melengkapi :)]

"cepatlah matang wahai adik2ku"
[kami baru melangkah ke alam kematangan. sdg bekerja utk matang :)]

Syahida Majid said...

Tak pe wawa, somi kamu kompem bukan somi saye. Sudah jelas disitu. Huhu

Anonymous said...

ish. Terasa syabb az zikr mcm ni. Tp kak,p0st ni memang terbaik lah! ↲er,akhwt az zkr penah merajuk juga di syria dulu. Cuma kami tak reti memujuk.ngeh.

Syahida Majid said...

Ah ha! Gen 5 az zikr adalah famili terbahagia selepas Myteam. Ins allah lepas ni LEBIH bahagia. Tak pa, by time u'll learn. Tapi kuncinya ialah, betul-betul kasihkan sahabat kerana nak capai redha Allah.

Pesan (paksa) kori kat kitorang dulu, bila baca doa rabitah, WAJIB bayangkan muka sorang-sorang. Sampai die sanggup print gambar semua.

Korang mesti lagi dasat punye lah!

Anonymous said...

terharunye kak syi, bace post ni
:')

Anonymous said...

kak syie, maaf sbb lmbat matang..
ajarla ktorg jd mtg skit,huhu

jue said...

syukran syi...

mmg bnyak benda yg kita smua bljar masa di matrik dulu...
ukhwah,pgorbanan,kasih sayang...
tapi bukan mudah kita nak laksanakan semula...
jue cuba jgk lakukan di kampus..
namun apa yg diharapkan, kdg2 tidak sama dgn apa yg kita impikan.
bersyukur dgan apa yg kita dapat dan cuba perbaiki masa skrg...
skrg pun dah berbeza...
gambar kita jue tayang kat board..

moga semua sentiasa ingt dalam setiap kali doa rabitah..

moga berjumpa di syurga...
ya allah...KAU REDHAILAH PERSAHABATAN KAMI...

moga di sana kami tidak saling berkelahi...

maafkan semua kesalhan shbt...

Syahida Majid said...

Cik Adik Anom : Ish, mane, tak salahkan korang pun. Matang ni bukan boleh decide when and where. It's what u feel and what u'll face on. I didn't mind at all, it's a learning process.

But how to, I can give u tips : Put in your head, that u're someone BIG. Dream like u're preparing your self as a very important person, as minister as example.

Jue : Biasalah, kadang dah lakukan sehabis daya, tapi tak sama apa dengan bayangan asal. But then, itulah yang SEBAIKNYA, yg paling sesuai untuk kelompok tersebut.

Ade kek kelahi? Rase sekarang duk balah pasal gambar kat FB tu. Huhu, tu bukan kelahi, tu gaduh manja namenye..

Tadi borak dengan Dr Nazil. Die kate kite kene tukar aim. Bukan dah Gagasan Tawan Malaysia, Gagasan Tawan Syurga. Huhu

Salam Abdullah said...

Salam..

Wah, hebat2.

Sbelum keputusn ke Jordan keluar dulu, terlebih dhulu saya dapat tawaran ke Matrik Pahang. sangat dahsyat disana ye?

Tapi Allah takdirkn sya trcmpak ke Jordn. Ada hikmah dan prncngan Dia.

Kadng2 rasa rndah dir tengok sekeliling ni org hebat2 blaka nk bndingkn dengan diri hina ini yg xde apa2. Tapi takpe. Sbb tulah kena belajar dan terus belajar. Mohon tunjuk ajar org hebat2 ni lah.

Smga saya dpt jdi lebih hebat dri kak Syi dan MyTeam tuh satu hri nnti. InsyaAllah.

Nice post.

Najwa Aiman said...

ouh. insyaAllah x same kot. :)
xdela wawa x stuju 100%
cume mgkin sbg seorg perempuan.
lg baik kalo same2. mudah kalo satu fikiran. nk bergerak tak terbatas. kan?

emm. nnt dh duk 1 umah bleh la ye.
matang2kan 3 org adik kamu.
kami pn 'matang2'kan kak shie. heeee~ :D

KITA d cni pn akan jd hebat.
kalau semua pegang komitmen.
semua mahu jd hebat.
walau berbeza umur. :D
jalan ttp satu. menuju DIA.

Syahida Majid said...

Salam : Bukan KMPh tu dahsyat, tapi ni semua perancangan Allah. Allah yang bina kami, Allah yg temukan kami. Tak tercukup nak bersyukur atas kurniaan besar ni.

Yup, I'm 100% sure kite boleh jadi lagi dahsat. 1 hari nanti, tentang kite2 pulak yang k.Syi tulis kat blog ni. By that time, MyTeam pulak yang jeles dengan kite. Huhu.. Ameen!

Wawa Emang : Ye, mari mematangkan sesame sendiri. huu, bajet matang betul

JaQ said...

salam 3layk

panjangnye post, tp menarik! heh~
camni rupanya KMPh. Hampir2 nak daftar da dlu, tgk2, dpt UIA.. medik gak.. baru nak daftar UIA, dpt Jordan, medic gak.. mgkin di Jordan ini lebih baek untuk sy. Pape pon, bestnya MYTEAM tu. Harap sgt dak2 tahfiz az-zikr kat sini leh capai tahap camtu, ataw lebih baik dari itu. Ameen~

Syahida Majid said...

Ramai rupanya orang-orang hebat nak ke KMPh.. Salam, Jaq. Peh, yang paling beruntung sy la, dapat jumpe orang hebat2 ni.

Ameen Jaq, Ameen!

Anonymous said...

Salam ukhwah fillah.

"kalau haluan berbeza kalau dah haluannya Islam apa masalah?"

totally aggree with ur statement,n saya berminat nk tau apa yg berbeza pendapat dlm konteks ni?(as Najwa Aiman said)

n tertarik dgn 3 hujah berkenaan kahwin berlainan usrah/jemaah.but the 2nd point mcm kurg relevan.
Anyway,nice post!

-hakim-

Syahida Majid said...

Yang itu, Najwa Aiman perlu jelaskan sendiri rasanya. Ke, Najwa Aiman nk lantik saya jadi Menteri Penerangannya? Huhu

Tak ada masalah pun berbeza pendapat. Khilaf kan satu rahmat

Najwa Aiman said...

oh.

pendapat itu cuma berbeza seetengah perkara je. bukan pade semua perkara.

cthnya; ada sesetengah org yg berbeza pandangan dan fikrah, kalau same2 saling meraikan dan faham takpe, itu boleh diterima.

tp, susah nk cari d alam realiti mcm tu. bukan xde, tp susah. ada, tp minoriti. kebanyakan hnye lebih meraikan pandangan dan fikrah sndiri. so, jalan yg berbeza tu akan jd satu masalah yg sgt besar. pernah ade kes yg menyebabkan agk terbantut & terhenti kerja dkwah krn mslh perbezaan ni slps brumah tangga.

so.
mgkin lebih baik jika sama fikrah dan pandangannya. xde masalah dr segi pergerakan dan insyaAllah saling menguatkan.

[sekadar pndangan peribadi]

Dr. Nur Farah Aisyah said...

Teringat pulak masa satu kem dekat sekolah dulu.
Kami adik beradik pimpinan sekolah memang sangat rapat,
tapi memori dekat kem tu memang terbaik lah.

Bab makan takyah cerita,wajib berdulang,dan suapan yang pertama hinggalah yang terakhir,WAJIB untuk sahabat.
Memang takde peluang langsung lah untuk merasa suapan sendiri.

Lepas tu,yang tambah lagi manis,kami kena pakai baju orang lain. Bayangkan,kalau ukhuwah tak mantap,sanggup ke nak pakai 'bekas' orang laen?

'Ko sape nak pakai2 baju aku nih??
Aku bawak baju lawa2,untuk aku pakai,bukan ko!'


Tapi subhanallah,itulah hikmah dan ajaibnya kuasa ukhuwwah.
Kadang-kadang dulu asek memberontak,
ape la motif akak-akak naqibah wat modul yang pada ketika itu masih belum terlihat kerelevanannya,
tapi Alhamdulillahkini baru tersedar keindahannya.

Hakikatnya,benda-benda kecik -
makan sekali, tidur sekali, berkongsi itu ini -
itu jualah yang mengikat hati-hati kita.
Paling penting,ia membunuh sifat KEAKUAN dan KEEGOAN.

Pasal kahwin lain jemaah tu,opsss,saya no komen!
Banyak lagi kena berguru dengan shee yang dah layak dapat status mak orang tuh,hoho

Apa-apa pun,semoga kita dapat jadi team terhebat,
agar sama-sama dapat menawan syurga kelak! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright 2009 Terbang | Lihat | Tafsir. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates | Blogger Styles | WP by Masterplan