>>test

Tuesday, August 2, 2011

Tragedi Aleesha @ Ashraf




Pertamanya, tulisan ini adalah respon saya sebagai orang biasa dalam agama. Saya menulis atas kefahaman saya yang cetek. Dan tulisan ini juga diharap dapat diperbetulkan oleh golongan yang arif mengenai perundangan Islam.

30 Julai, hari sepatutnya saya bertolak ke Kelantan untuk menyertai Hari Hiburan Islam Kelantan. Pagi itu hujan renyai-renyai. Saya batalkan perjalanan kerana ibu bapa saya lebih dahulu keluar rumah.

Saya bangun membuka berita, aktiviti biasa setiap pagi.

KUALA LUMPUR, 30 Julai — Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana selepas menjalani pembedahan jantina, meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu awal pagi ini - MalaysianInsider



Allah!

Malam sebelumnya, Buletin Utama memaklumkan bahawa beliau dimasukkan ke hospital berikutan mengalami kemurungan melampau.


Saya mengikuti isu ini sejak mahkamah menolak permohonan beliau untuk menukar namanya di MyKad.

Bila meneliti fakta-fakta kes, apa yang boleh saya katakan (sekali lagi, sebagai orang yang masih cetek ilmunya) adalah beliau layak dari sudut agama.

Kenapa? Laporan perubatan mengesahkan bahawa beliau mempunyai masalah hormon. Media tidak menjelaskan lanjut mengenai laporan perubatan ini. Boleh jadi beliau mempunyai lebih kromosom wanita (kromosom X) dalam gennya.

Ibunya turut memaklumkan bahawa alat kelamin beliau tidak berfungsi dengan normal.

Ini juga memungkinkan bahawa beliau boleh diklasifikasikan sebagai khunsa. Dan perbincangan kami beberapa pelajar perubatan bersama pelajar syariah, kami berandaian beliau mengidapi ambiguous genitalia atau pun Female Pseudohermaphrodite

Biasanya bila mana pesakit begini akil baligh, fizikal dan psikologinya akan berubah daripada lelaki kepada perempuan. Dalam Islam, pesakit berhak menentukan jantinanya berdasarkan penelitian daripada doktor pakar.

Teliti pula kenyataan dari Majlis Fatwa Kebangsaan berkenaan penyakit sebegini.

Berdasarkan bacaan dan perbincangan kami, Aleesha @ Ashraf LAYAK.

Cuma, ya, kami tidak mempunyai fakta kes yang solid. Semuanya berdasarkan maklumat media.



Saya tak berminat sebenarnya untuk berhujah. Lagi pun itu bukan bidang saya. Apa yang saya kesalkan,

1) Kenapa ilmuan di Malaysia TIADA yang tampil untuk membantu menyelesaikan kekeliruan ini? Sedangkan, ia mendapat liputan yang luas. Menyerahkan bulat-bulat kepada doktor dan peguam semata-mata menyempitkan ruang perbincangan. Lebih-lebih lagi, maaf kata lah, mahkamah kita di Malaysia ini memang sudah sewel


2) Rata-rata mengecam tindakan Aleesha @ Ashraf, dituduh membelakangkan agama, tidak menerima takdir Allah, ibu bapanya dituduh tidak pandai mendidik anak, mempertikaikan ciptaan Allah dan sebagainya. Saya yang membacanya terasa amat pedih. Padahal, permohonan arwah dibuat bukan atas dasar suka-suka. Berkali-kali juga saya cuba tembus ruang komen itu untuk memberi sedikit buah pandangan. Tapi komen saya tak muncul-muncul.

Bayangkan, seorang yang biologinya wanita, terpaksa hidup sebagai seorang lelaki. Memakai pakaian lelaki (disuruh buka baju di khalayak mungkin? Kerana badan bukan aurat bagi lelaki), hidup cara lelaki (kerja berat-berat), malah duduk (tinggal) bersama lelaki.

Hal ini sama dengan kes mak nyah, yang pernah saya baca laman web mereka. Mereka sangat marah dengan petugas agama yang menyerbu, meraba dada mereka dengan sengaja, kerana mereka adalah lelaki. Ya, kes mak nyah kes lain. Tapi siapa tahu, mereka juga adalah sebenarnya mengalami masalah genetik seperti Aleesha @ Ashraf? Dan kalau pun mereka itu memang suka-suka jadi mak nyah, tolonglah, show some respect! Jangan berakhlak bagaikan orang tak ada Tuhan.


3) Orang akan melihat kononnya agama Islam ini sangat menakutkan bagi golongan begini. Kita sangat sensitif pada agama, terlalu fokus pada syariah hingga mengenepikan sunnatullah (saintifik). Kenapa ini boleh berlaku, kerana masyarakat kita dididik untuk malas berfikir. Kejahilan itu merata-rata, dan tidak pula dilenyapkan dengan cahaya ilmu dari bijak pandai, walaupun katanya sudah 50 tahun sebagai sebuah negara Islam contoh.



Kematian Aleesha @ Ashraf adalah satu tragedi yang amat besar bagi saya. Betapa sentimen agama sememangnya boleh membunuh nyawa. Lebih-lebih lagi beliau adalah saudara kita seagama, yang sepatutnya kita jamin nyawanya.

Kalau pun Aleesha tidak patut membuat permohonan begitu, seharusnya sokongan moral diberikan kepadanya. Terapi, kaunseling dan sebagainya oleh jabatan agama dan pakar. Dengan mengecam, disuruh bertaubat, hanya memberikan tekanan kepada golongan sebegini.

Membaca kenyataan Aleesha bahawa beliau sanggup dibunuh jika mengundang kucar-kacir, sudah pun membunyikan siren amaran, yang sepatutnya diambil serius oleh pihak bertanggungjawab.


Sungguh. Saya sangat kecewa dengan masyarakat kita. Kecewa dan marah. Hari ini sahaja saya terkejut dengan kaedah 'motivasi' pencegahan jenayah, dengan memasukkan pelajar ke dalam penjara. Yang akhirnya pelajar tersebut membuat laporan mereka telah dibelasah sewaktu dalam penjara.

Juga seorang lelaki buta sebelah matanya kerana penyokong Harimau Malaya menyalakan mercun dalam stadium.

Aduhai, sudah gilakah orang kita?

Masalah sikap.



Pendidikan. Agar masyarakat kita ada rasa hormat dengan orang lain, ada kesedaran sivik dan common sense. Itu kuncinya.



6 comments:

Kun Zalameyh said...

mantap2x...

ibn suhaimi™ said...

Adapun Islam menggariskan pensyariatan hukum hakamnya, tetapi manusia sering menyalah tafsirnya.

AGAMA tidak pernah mengecewakan Manusia, Tetapi Manusialah sering mengecewakan AGAMA.

UBAH sekarang selamatkan Malaysia jum..

USAH jemu menulis iya..

-hazen said...

Nampaknya antara yang tak tahu, atau malas berfikir tu sayalah.

memang serius terbaik 'pendedahan' ni, kakshi.

mutiara solehah said...

Assalamualaikum..

"Ketika di alam remaja, ayahnya memberitahu bahawa suara Ashraf tidak bertukar garau sebagaimana kebiasaan remaja lelaki lain yang akil baligh dan lenggok jalan anaknya itu membayangkan seorang gadis sunti. Ini menambahkan lagi kerisauan Abdul Aziz.

“Adiknya pernah memotong rambutnya (Mohd Ashraf) seperti tentera, tetapi kami tetap melihatnya seperti seorang wanita, bezanya hanya rambut dia pendek,” katanya.

Menurut ayahnya lagi, biar apa pun yang mereka sekeluarga lakukan pada Ashraf, anaknya itu tetap dengan sifat kewanitaannya."

http://mynewshub.my/bm/2011/07/30/bingkisan-hidup-perjuangan-ashraf-aleesha-berakhir/

pelik, dah jadi kes perubatan ni. mungkin kalo further research kes seperti ini akan menjadi satu penyakit (ntah apa kot istilah perubatan tapi seumpama penyakit kot, huhu).

mak dia kata, sejak bayi lagi die ni bersifat cam perempuan. tapi jantinalelaki. maksudnya alat kelamin lelaki.

adakah biolgy dan physiology seseorang ada kemungkinan untuk berubah dari lelaki ke perempuan bila meningkat dewasa?

tapi kan, dia ada buat pembedahan menukar jantina di Thailand (sumber dari mynewshub juga), maksudnya, fizikalnya dia tak totally perempuan walau naluri adalah perempuan.

hanya Allah sahaj yang mengetahui apakah jantina dia sebenarnya.

terima $kasih kerana membuatkan saya berfikir dengan kepala otak sendiri, sebelum hadam apa yang orang kata je kes ni. @_@

Syahida Majid said...

Pah, sewaktu bayi lahir, bayi yang kes Pseudohermaphroditism ni, alat kelamin dia tak jelas. Macam lelaki, tapi ada juga bentuk alat kelamin wanita. Boleh google utk tengok gambar. MUNGKIN nurse atau doktor tu tak perasan, atau tak tahu nak buat cemana, so die pun kata 'It's a boy'. Jadi tertulis jantina untuk dia, yg dia adalah lelaki.

Kat Malaysia, kes macam ni sangat la tak pernah dengar, yg mana bayi tak dapat disahkan jenis jantina die.

Kita kata dia lelaki sebab waktu bayi doktor tu kata dia lelaki.

Siapa tahu, sebenarnya ada kesilapan?

Allah hu a3lam. Patutnya kes macam ni buka mata ibu bapa terutamanya, doktor n ilmuan agama.

Banyak kes yg patutnya boleh setel dari kecik, tapi orang Melayu anggap 'besar nanti ok la tu', contoh lambat cakap, biar je. Atau budak hyperaktif, anggap benda biasa. Padahal boleh jadi ada abnormalities pada budak tu.

ainshams said...

Persoalan yg timbul; how about the chormosome test, FISH test, soal berkhatan, ultrasound (untuk melihat rahim jika ada)..

Tp, x terbaca pula hal ini dalam media.

Yg golongan mak nyah tu. Kebanyakannya klu di lorong2 sempit di KL tu, mmg sah2 nampak ke'lelaki'annya. Bulu kaki nya, suara garaunya, cume mekap tompok2 kt muka tu, deorg menang la!
Ms berjalan dgn adik lelaki sy, adik lelaki sy sendiri pernah digoda. Hello!

Perlu dikaunseling golongan spt ini, my 2 cents.
Tapi, sy mmg xberani nk tampil sbg slh seorg drpd nya. Fizikal, mental & rohani belum bersedia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright 2009 Terbang | Lihat | Tafsir. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates | Blogger Styles | WP by Masterplan