>>test

Tuesday, July 27, 2010

Wacana Perdana : Bolehkan Melayu Bersatu?




Mengapa begitu sukar untuk menyatukan satu bangsa dalam satu pendirian? Malah kesatuan ini bagaikan amat mustahil. Sedangkan terlalu banyak persamaan yang telah kita kongsi bersama. Kita sama-sama menentang kezaliman Israil, sama-sama mempertahankan Islam, sama-sama cinta kepada negara. Tapi apabila politik menjadi tajuk, Melayu akan saling berpaling muka.



























1. Rasa macam kena lempang dengan kenyataan penyoal pertama, "Allah SWT bersifat dengan ilmu. Bila meletakkan agama suku politik suku (tidak boleh disamakan), adakah manusia lebih tahu dari Allah taala tentang politik?"

2. Rasa malu dengan pakcik-pakcik yang berani kehadapan untuk bersoal jawab di dalam satu majlis besar. Tak tahu kenapa, sejak sampai ke Syam, jiwa makin kecut.

3. Cemburu dengan cara penghujjahan Ustaz Mujahid Yusuf Rawa. Tiap hujahnya tenang tanpa emosi, malah tanpa perlu menekan suara untuk menarik perhatian mahupun menguatkan isi. Ya Allah, jadikan aku lebih baik darinya!

4. Tahniah buat Ust Mujahid dan Ust Asri. Wacana ini sebenarnya lari dan kurang berisi. Tapi dua panel ini sekurang-kuranya menampal kelompangan tersebut dengan mesej dakwah. Pasti, bukan Islam juga akan menonton wacana ini. Dan semoga mereka sedikit sebanyak dapat memahami atau mendapat pengenalan tentang pendirian Islam tentang perpaduan. Perpaduan yang bukan asabiah mana-mana puak.

5. Mengalu-alukan wacana ilmiah sebegini. Rakyat perlu dididik supaya berfikir, tidak kisahlah ke pihak mana yang mereka fikirkan, asalkan otak ligat mencerna fakta. Bukan disumbat dengan hiburan yang bukan-bukan. Kalau wacana sebegini boleh menggantikan Konsert Jom Heboh, alangkah 'heaven'nya Malaysia!

6. Datuk dan nenek sebelah ayah saya berasal dari Sumatera, Indonesia. Belah ibu saya pula tidak berapa pasti, kerana ibu saya anak angkat. Tapi jika tak salah, belah ibu saya ada jalur Cina. Saya lahir, saya menjadi Melayu dan mendapat segala hak keistimewaan berdasarkan artikel 153 Perlembagaan Malaysia.

Nun jauh di kawasan perumahan saya, satu keluarga berbangsa Cina. Moyang dan datuk mereka pernah terlibat langsung dalam membebaskan Malaysia dari penjajah. Malah ramai di kalangan ahli keluarga mereka pernah ditangkap dan dibunuh dalam usaha tersebut. Mereka fasih berbahasa Melayu. Hingga hari ini mereka kekal sebagai bangsa Cina dan tidak ada satu pun hak istimewa yang mereka peroleh.

Soalan saya, anda rasa anda Melayu?

6 comments:

Hilmi Majid said...

tak best, tak banyak input intelektual. hampir semua panelis kecuali dr asri libatkan politik.

pastu mula la tegang leher. lari tajuk.

----

anyway kita tak patut jadi extremis satu parti atau organisasi, sampai kita menolak semua yg org lain buat/katakan.

Miss X said...

That's why we, youth, should care bout our nation. Should be well prepared to hold any post. Or at least be an intellectual so that if any such program, we can speak.

Yup, don't be too extreme to our side, that's the spirit!

I'm agreed with Ust Asri too. Well minded. But he will be gone one day. Rather than hoping somebody would replace him, why not we try to be one, kan?

Proud that you watch the whole video. Huu.. clap clap clap.. Politik Matang, jom kite yang bagi contoh!

p/s : Sile bersahabat baik dengan Ust Sabran di NZ tu yee

srikandi said...

Salam..

Will u proud of ur origin doc?

Boleh kata gini tak, kuatnya bangsa, maka kuatlah agama.

[ini bukan racist, cuma untuk menegakkan kenyataan since Malaysia majoritinya adalah Melayu]

Wallahua'lam

Miss X said...

Kalau Melayu itu tulen dalam Islamnya, maka saya berkeyakinan Khalifah baru akan terbit dari Asia Tenggara!

Kerana budaya dan adab Melayu sengat similar dengan Islam. Contoh yang saya dapat bila duduk dengan Islam luar negara, bila orang kita selalu tertunduk-tunduk bila lalu di hadapan orang. Mereka tanya, 'Apa kamu buat?'. Bila dijawab ini adalah tanda kerendahan diri (hati) apabila berada di depan orang lain, mereka balas 'Akhlaq kamu sangat cantik'.

Origin mana yang dimaksudkan? Sebab origin saya tidak dikenal pasti, huhu, melainkan yang sohehnya dari rahim ibu. Yang itu pun sukar untuk saya jawab bangga atau tidak, sebab rahim itu bukan milik saya.

Mohd Afiq Mohd Saleh said...

1. Melayu bukan tidak boleh bersatu, tapi dalam kerangka lain ia semakin mencapai status WAJIB bersatu. tidak kiralah jika mahu maju ataupun mahu kehadapan, mereka harus bersatu dengan bangsa mereka sendiri dan juga bangsa lain.

2. Melayu takkan boleh menyatukan bangsa lain jika tak terlebih dahulu menyatukan bangsa sendiri.

3. Saya lebih cenderung kepada Dr Asri kerana beliau lebih memenangi isu dalam debat ini. dan berbaki 2 panel yang kurang prfesional bukan sahaja membelakangi isu debat bahkan membangkitkan isu politk murahan. sehingga kami yg menonton terasa muak dengan kata-kata 'ampu-mengampu' yang acap diulang-ulang.

4. barangkali sebahagian 'panel' masih tidak lagi menemui titik kesefahaman, sudah sering disebut-sebut, Melayu atau apa jua bangsa takkan boleh bersatu kalau dasar penyatuannya adalah selain agama.

5. Panel: jangan bandingkan antara soal 'tahalluf siasi' dan prinsip bersekongkol dengan orang non-muslim jika tidak faham akan dasar tahalluf secara teliti.

6. kalaulah panel di atas pentas sukar bersatu, audiens yang mendengar debat jauh sekali boleh bersatu.

7. Seronok dengan debat kali ini, harap ada susulannya lagi. Namun, harapa tiada lagi dijemput panel yg tak faham-faham akan isu!!

p/s (1): "saya setakat ini takkan masuk UMNO, cukuplah dengan UMNO-UMNO yang sedia ada ini.." (dr Asri) terbaik!!

p/s (2): saya bukan wahabi. tapi seronok mendengar hujah yg matang daripadanya.

sekian.

Miss X said...

Tepat sekali Ust Afiq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright 2009 Terbang | Lihat | Tafsir. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates | Blogger Styles | WP by Masterplan