>>test

Saturday, June 26, 2010

Kita Berbahasa Orang Berbudi



Kita Berbahasa, Orang Berbudi

Tiada yang salah pada peribahasa di atas.

Itu yang kami peroleh sepanjang berdiam di Aqabah.


Jujur, awalnya berat sungguh rasa hati untuk ke sana di musim panas yang membunuh ini. Berkata YA pada undangan ini sama ertinya memanggar kulit sendiri. Sampai saya bergurau, "Jom letak blackpaper dan sedikit rempah pada muka. Mana tahu nanti masak!"

Tapi, bila dinilai setitis ukhuwah, yang boleh menempah syurga, saya turutkan juga. Ini bukan perjalanan biasa, walaupun ia tak sehebat rehlah-rehlah lain yang penuh infomatif. Rehlah ini satu tautan cinta kami sekeluarga.

Kami bertolak pukul 3 pagi. Bila coster keluar ke Syarie3 Jamie3ah, azan Subuh menyambut kami. Tapi janji tetap janji, kita akan berSubuh diperjalanan nanti.

Sepanjang perjalanan aku melihat ufuk langit. Bimbang kalau ia cerah, bermakna kami bergajah Subuh itu.

Saat itu terkeluar satu frasa. "Semua Orang Wajib Merasa Dia Adalah Tentera Allah!". Kenapa? Kerana andai ammu pemandu coster itu merasa demikian, tak perlulah kami berkali-kali warning padanya tentang langit yang semakin mengejek itu! Terasa nak jerkah mukanya 'Hoi! Kau tak solat kah?!'.

Subuh kami adalah di kala bumi sudah terlalu terang. 6 pagi di Jordan, layaknya sudah pukul 8.

Menyumpah juga pada diri, sesal kerana tak mahir bab fiqh. Kelam kabut bila terfikir hendak solat dalam kenderaan. Bolehkah main i3tiqad pada qiblat?

Jentikan Dari Neraka

Siang perjalanan aku tidur panjang. Tapi terbangun-bangun bila dikejut hawa. Hawa yang bukan dari Syurga peneman Adam, tapi hawa panas dari neraka. Tak dapat dibayangkan bagaimana angin itu terlalu haba. Ah, yang sedikit ini sudah mengeluh, masih teruja membuat dosa?

Bila tiba di Aqabah, yang pertama kami mahu adalah terlentang dalam hotel dengan penyaman udara. Tapi malang, kami masih tiada tempat dituju. Coster ditambat dibawah rimbun, tapi hawa masih mampu masuk ke pintu.

Alhamdulillah, lega mengisi dada. Biarpun hotel itu tak layak bergelar hotel, dengan penyaman udaranya hilang baju, menampakkan tulang-temulang, tapi ia mampu menyejukkan kami. Hawa mencebik dari tingkap.

Penat atau tidak, solat tetap diutamakan. Semuanya malas ke bilik air. Yang merasmikannya memberi amaran, "Siapa yang mampu tahan air di bilik itu, memang tip top!". Air yang boleh merebus maggi. Aduhai.

Hanya Kerana Santun

Usai mengisi perut, singgah sekejap di kedai kasut. Entah sejak bila aku mula gila pada kasut, lagi-lagi beg tangan.

Masuk sahaja kedai, pakcik itu berbunyi, "Malizi? Kullu dinarain" (Malaysia? Semuanya dua dinar a.k.a RM10). Melopong.

Kasut raya (sandle) yang dipos Ummi tahun lepas sudah lama tidak berbasuh. Oh, itu masih lagi sandle kesukaan. Tapi sekarang mula mahu meninggalkan zaman sandle. Mata meliar pada baris kasut yang dahulunya terasa dijolok tekak bila memandang. Kasut perempuan.

Satu, dua, tiga, empat, lima, dicuba-cuba. Wawa Aiman nampaknya minat yang sama. Maka aku lepaskan ia ke Wawa Aiman.

Azan Magrib berbunyi. Dua dinar telah pergi. Kasut cokelat aku miliki.


"Saya suka orang Malaysia, sangat berbudi bahasa!"

Kata pembawa bot kaca. Pernah belajar di UUM Sintok. Sekali lagi, harga murah kami peroleh. Jumlah kami dalam 30 orang. Maka pasti 3 bot paling kurang. Kelihatan pakcik itu terpaksa bernagosiasi dengan pembawa bot lain. Setuju dengan harga yang dia tawarkan.

Laut itu nama Aqabah. Dalam sejarah ianya Laut Merah. Entah di ceruk mana bersemadinya manusia angkuh berlagak Tuhan bernama Firaun.

Nun jauh dihujung laut sebuah pembangunan, Ilat namanya. Jajahan Israel yang angkuh. Di tepian sana yang terlalu jauh adalah Mesir.

Laut ini laut 3 negara. Palestin, Jordan, Mesir.

Walaupun ini kali kedua berada di atas air biru itu, masih terasa bagai kali pertama. Pertama dengan cerita-cerita.

Habis berpusing-pusing, duit dihulur. Sedang aku bermain di gigi air, nampaknya pakcik tadi sedang bertekak dengan pembawa bot yang lain. Mereka meminta ditambah bayar. Kata mereka, tak berbaloi bayaran itu.

Arab ini pendiriannya kukuh. Apa yang dia percaya, dia pegang sungguh-sungguh. Yang lain percaya bahawa mereka layak dibayar begini-begini, maka mereka pertahankan kepercayaan mereka. Pakcik tadi percaya bahawa kami harus diraikan.

Tapi akhirnya dia mengalah.

Dia buka dompet, hulur duitnya sendiri kepada pakcik lain.

Terkedu.

Jesteru ada diantara kami yang menghulur duit pula pada dia. "Make more money so you can done your phD in Malaysia"

Orang kita, jangan sesekali pudarkan pekerti. Biar ia sebati, tak mungkin terpisah lagi.

Monday, June 7, 2010

SIO : Rehlah Mencari Faham Dalam Agama



Macam mana kalau terlepas kenduri kahwin adik beradik?

Soalan seperti ini timbul. Saya baru sahaja menerima surat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke Jordan. Tempatnya jauh. Perginya, tidak mudah untuk kembali.

Tetapi jika soal majlis kenduri kendara sahaja yang timbul, saya tidaklah terlalu teragak-agak untuk membuat pendirian.

“Insya Allah, sanggup” saya menjawab dengan tenang.

Abang saya yang sulung tersenyum.


“Bagaimana pula jika semasa di perantauan, bonda yang semakin uzur kembali ke Rahmatullah?” soalan ini timbul.

Tersentap jantung saya memikirkannya.

Usahkan bonda, bisa sahaja saya yang mati di perantauan. Dihantar ke pengajian dengan harapan pulang bersama segulung ijazah, tetapi yang pulang sekujur jenazah! Mati di mana-mana dan boleh sahaja untuk sesiapa.

Namun dengan persoalan itu, saya memaksa diri berfikir panjang. Mengapa saya mahu ke Jordan? Harganya bukan murah, selain wang ringgit, pilihan ini perlu dibayar dengan kesunyian seorang ibu bertahun-tahun lamanya, terpisah dari keluarga, kehilangan rakan sebaya dan semakin tidak kenal saudara mara. Mengapa saya perlu ke Jordan?

Adakah semata-mata mahu menaiki kapal terbang?

Sekadar mahu menggomol salji?

Menghantar gambar ke ruangan Salam Perantauan di akhbar-akhbar menjelang hari raya?

Sekadar itu?

Lembaran mushaf diselak, mencari jawapan-jawapan daripada Allah. Kalau-kalau ada panduan tempat berpegang.

MENCARI MANUSIA PALING BERILMU

“Siapakah manusia yang paling berilmu?” seorang lelaki daripada kalangan Bani Israel bertanya.

“Aku!” Musa ‘alayhi al-Salaam menjawab.

Jawapan Musa itu ditegur oleh Allah Subhanahu wa Ta’aala.

“Sesungguhnya, seorang hamba di kalangan para hamba-Ku yang tinggal di pertemuan dua laut, dialah yang lebih alim daripada kamu,” Allah mewahyukannya kepada Musa.

“Wahai Tuhanku, bagaimanakah caranya aku dapat bertemu dengannya?” Musa meminta panduan.

“Bawalah seekor ikan (sebagai bekalan makanan di dalam perjalanan) dan letakkanlah ia di dalam raga. Apabila ia hilang, di situlah tinggalnya dia (Khidir)” Allah memberi panduan.

Hadith riwayat al-Bukhari itu, adalah muqaddimah yang menjelaskan tentang perjalanan Musa bersama pembantunya Yusha’ bin Noon pada mencari ilmu. Rehlah menuntut ilmu adalah Sunnah yang mesti diambil pada mencari FAHAM dalam AGAMA.

Rehlah menuntut ilmu bukan rehlah sebarangan.

Ia seumpama seorang mujahid keluar ke medan perang. Justeru Allah namakan ia sebagai NAFAR (Al-Taubah : 122).

Justeru, kemahuan pada memulakan langkah kembara menuntut ilmu memerlukan kepada kesungguhan yang mutlaq. Bukan mencuba-cuba, bukan hangat-hangat tahi ayam.



“Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Musa berkata kepada temannya (Yusha’ bin Noon): “Aku tidak akan berhenti berjalan sehingga aku sampai di tempat pertemuan dua laut itu atau aku berjalan terus ke suatu masa yang tidak pasti” [al-Taubah 18: 60]

Perjalanan Musa mencari Khidir bukanlah pada mencari ilmu biasa-biasa.

Apa yang dicari adalah HIKMAH.

Ilmu yang bukan bertulis dan terus difaham, tetapi ilmu yang dibentuk oleh laku untuk dihadam.

Bukan sekadar menjadi alim, tetapi mahu menjadi hakim, yang bijaksana.

AZAM YANG BESAR

Justeru Musa meletakkan azam yang besar.

Beliau memberitahu temannya Yusha’ bin Noon:

“Aku tidak akan berhenti berjalan sehingga aku sampai di tempat pertemuan dua laut itu…”


Sekali kaki dilangkah, perjalanan akan diteruskan hingga sampai ke destinasi. Cirinya sudah diberitahu, namun lokasinya tiada siapa yang tahu. Musa harus mencari Khidir, untuk belajar ilmu besar tentang kehidupan. Ilmu yang menuntut sabar dan tekun. Ilmu yang perlu kepada melihatnya dengan mata hati yang bertaakul dan bukan ilmu segera yang biasa-biasa.

Andai apa yang dicari tidak ditemui?

“… atau aku berjalan terus ke suatu masa yang tidak pasti!”


Musa tidak akan berhenti.

Beliau akan terus berjalan.

Dalam satu tempoh masa yang luar biasa. Tempoh masa yang tidak pasti.

Huquba yang digunakan di dalam ayat itu, memberi erti satu tempoh masa yang tidak ditentukan penghujungnya.



“Mereka (Ahli Neraka) itu tinggal di dalamnya berkurun lama…!” [al-Naba' 78: 23]




“Sabar ya, emak. Insya Allah empat tahun lagi anakanda pulang” saya memeluk ibu dalam tangisan dan air mata.

Lapangan Terbang Antarabangsa Abdul Aziz Shah, Subang menyaksikan perpisahanku daripada keluarga.

Perjalanan yang kujanjikan empat tahun.

Namun ia adalah sebuah HUQUBA yang tidak dapat ditentukan hujungnya.

Ia bukan empat tahun.

Perpisahan selama 11 tahun.

Dan aku masih meneruskan perjalanan mencari hikmah kehidupan itu. Berbekalkan lidah yang mesti dididik pada bertanya dan berkata.

Mencari hikmah dalam pelbagai keajaiban hidup.

Pada rehlah mencari faham dalam agama.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

Doa Untuk Mati




Terima kasih buat musuh ketat yang menggelarkan saya Doremon, kerana tak putus-putus menghantar emel berbentuk tazkirah.

Semalam saya dapat beberapa siri lagi emel daripada Pikachu, oh, yang ini pula gelaran buat dia.

Emel ini menceritakan pengalaman wartawan TV3, Razali Awang, yang sempat ke Gaza baru-baru ini.


Berikut merupakan emelnya

Salam,

Semalam Razali Awang, pemberita TV3 yg pergi ke Gaza baru-baru ni, datang ke my company tu share his experience. Persatuan Islam Pekerja yg anjurkan. Razali ni tiap kali dia bercerita, mesti tersekat2 sebab dia kata dia tak dpt lupakan pengalaman yg dia akan kenang smpai mati. I ada things yg nak share yg buat I tak boleh tido mlm tadi:

Mesir
Razali kata ni Firaun modern.

Nama je Islam tapi dah very secular. Sanggup kencing di dinding2 masjid. Mesir sekat sempadan ..the only way ke Gaza. Makanan dan ubatan2 sume rosak kat sempadan Mesir-Gaza. Sempadan Gaza and Mesir is 14 km long. Kalau lah tak de sekatan, rakyat Palestine takkan kebuluran... "Mesir lebih rela bersempadan dgn Israel drp bersempadan dengan Hamas!" – Apa punya manusia ni, kata Razali Awang.

Khutbah Jumaat di Mesir mengharamkan khutbah mengenai keganasan di Gaza. Razali beritahu rakyat Palestin yg dia interview, kat Malaysia tiap Jumaat kami bacakan Qunut Nazilah dan bersolat hajat demi kesejahteraan rakyat Palestine. Berapa banyak checkpoint dia kena lalui kat Mesir, tapi dgn pertolongan Allah SWT lepas pulak. Tapi perit nya.. Yang mintak rasuah, charge naik bas 500 meter is RM70!!! Memang sekutu kuat Amerika and Israel . (Eee…tak ingin hantar anak gi Al Azhar.. Lebih baik hantar ke negara Islam lain.. UIA pun dah bagus!!!)

Gaza ( Palestine )
Terbahagi kepada 2 – Hamas dan Fatah. Belah Fatah ada kasino! Kata wartawan dari Belgium dan Itali, the best strawberry in the world comes from Gaza ! Imam Shafie lahir di sini (sebak pulak bila dengar yg ni). Razali kata rakyat Palestine sgt berpegang teguh kpd ajaran Islam dan mazhab Shafie.

Org Palestine sgt baik dan friendly as compared to other Arabs esp yg kat Mesir tu.. Moyang Rasulullah SAW dikebumikan dia sini (lupa nama ..tapi dia mention Hashim….) Beautiful country, iklim Mediterranean. Boleh kalahkan Los Angeles kalau tak kerana peperangan..

Hamas
Memang kalangan yg rela mati sebab mati syahid. Rela mati anytime. Bila bersalam perpisahan dengan Razali dia org ucap "Kalau anda dtg lagi ke sini, adakah kita akan bertemu lagi"…like they know they can die anytime.

Tulang2 yg melekat kat dinding bangungan rosak, tak busuk walau dah berminggu! Mayat tak reput langsung, bila kubur dibedil oleh Israel …punyalah jahat manusia, kubur pun nak bedil konon tempat simpan senjata.

Hamas ada 25,000 org... Tak de senjata canggih tapi yg mati hanya 100 lebih je!! Hamas ni beroperasi di bawah tanah and they are everywhere. They operate in small groups.

Isteri kepada yg mati syahid, hanya ada satu misi, utk berperang dan mati syahid supaya dapat jumpa suami semula di syurga.. Bagi mereka, kanak2 yg mati berada di sisi Allah SWT. Menurut seorang ibu yg anak nya mati syahid, hari ni sorang mati, esok lahir lagi seorang bayi..

Israel
Memang pengecut sebab tak berani perang one to one ngan Hamas. Kat darat hanya duduk dlm kereta kebal. Pastu serang ngan bom pintar, bom fosforus dari jarak jauh. Dia org tau Hamas ada penembak tepat! So, depa takut nak turun dari kereta kebal.

Kereta kebal Israel musnahkan tanaman seperti anggur dan pokok zaitun sebab tanaman ni makan masa bertahun nak tumbuh balik. Biar rakyat Palestine kebulur dan tak de sumber pendapatan. Semua resolusi PBB, satu pun Israel tak ikut!!! Ada back-up besar lah katakannn...

Rakyat Palestine
Sedih Razali tengok dia org rebus rumput sebab dah tak de makanan. Kanak2 tiada cita-cita lain selain dari ingin menjadi pengebom berani mati kerana trauma melihat ahli keluarga dibunuh di depan mata sendiri!

Di hospital, pembedahan, jahit kulit ke apa ke…terpaksa dibuat tanpa bius. Sebab ubat dah tak de. Razali kata tak tahan dia tengok budak2 menjerit2 kesakitan bila kepala di jahit!

Dia jugak pergi sendiri ke dewan bedah yg telah dibedil dgn bom fosforus.. Sebelum serangan ada few doctors sedang bedah pesakit….Razali kata tak de apa yg tinggal .. Semua dah jadi abu!!! Ada la nampak serpihan tulang sikit2 here and there. Fosforus ni dia hancurkan kulit dan tulang. Nauzubillah. Ada banyak lagi.. But too long to write. Razali Awang memang volunteer nak pergi ke Gaza... So, inilah yg diceritakan oleh beliau.

Satu lagi antara pembekal rifle ke Israel selain dari USA is negara jiran kita ni ha... Yg paling dekat...SINGAPURA! So Razali kata kalau kita shopping kat sana mcm kita sokong Israel.

So friends, kita terus doa dan berdoa utk keselamatan saudara Islam kita di mana jua mereka berada..

Wasalam.


Terima kasih Pikachu. Mengingatkan doa saya suatu ketika dahulu

Ya Allah, jangan Kau matikan aku selesa di atas pembaringan. Tapi matikan aku kerana bocornya dada ditembusi peluru musuh agamaMu


Hai diri, masih engkau menyimpan impian ini?

Saturday, June 5, 2010

Makin Tahu Makin Tak Tahu


Cik Nana Ketua Bahagian Penyiaran, balai berita nak siarkan apa ya?


Waktu-waktu begini, kebanyakkan orang disini sedang berpening-pening dengan buku.

Tapi ada juga, yang sedang mabuk-mabuk dengan filem macam-macam

Ada pula yang tiba-tiba buat kuih semprit di malam buta bila habis satu paper. (Adui, macam kena baling dengan penguli tepung pula)

Dasat.

Tapi aku, sakit kepala nak sampaikan isu semasa apa pada blog rasmi batch medik aku.



Ketika cik Nana Manis membuat pemilihan menentukan cerita apa yang tiap dari kami perlu hantar ke blog itu, aku cepat-cepat tempah perihal 'Isu Semasa'.

Biasalah, selalu-selalu kadang-kadang jiwa kewartawanan berombak bergelora. Mahu menyampaikan apa yang berlaku di sekitar kita. Kerana yang aku tahu, mahasiswa sekarang malas terlalu sibuk belajar hingga tak sempat buka berita.

Kalau nak tahu, wartawan memang pernah tersenarai dalam list cita-cita aku yang berguni-guni tu. Sejak awal sekolah menengah (ke waktu tu darjah 6?), sejak aku memang bergelumang dengan berita-berita.

Di rumah berkawannya tak selalu. Maka terlantiklah tv dan komputer sebagai kawan sepermainan.

Budak kecik macam aku dulu, boleh pula rancangan kegemarannye MHI dengan Buletin Utama. Tak masuk akal betul.

Lepas tu boleh pula sesawang yang dia suka terjah Mahasiswakini.Net. Duk baca artikel-artikel. Memang tak ada kerja la budak tu (eh, aku ke?)

Patutlah sampaikan masuk kedai beli baju, penjaga kedai tegur, "Ni untuk remaja-remaja kak". Oh, aku baru Tingkatan Tiga lah 'adik'.

Jangan Main-main Dengan Batch Saya

Pening.. Pening..

Berita apa yang aku nak bagi rakan-rakan doktor yang aku kasihi itu.

Tentang perairan Gaza? Oih, ada kemungkinankah rakan-taulan-doktorku-yang-sibuk-belajar itu tak tahu menahu? Lagi-lagi aktivis LL4G dah pun merasmi tanah Irbid yang banyak Shopping Mall ni.

Mestilah mereka tahu.. Mereka semua cakna orangnya. Siap tahu berapa jumlah kapal, nama kapal seperti MS Sofia atau Eleftheri Mesogeios, Sfendoni, Defne Y, dan negara yang menyertai. Mesti punya.. Batch sendirilah katakan..

Habis, apa yang diorang tak tahu?

Em, Kabinet sudah dirombak? Alah, mestilah tahu.

Senarai rombakan kabinet yang rakan-taulan-doktorku-yang-sibuk-belajar pasti tahu


Hah, diorang mesti tahu Perdana Menteri Jepun dah meletak jawatan. Atas sebab Yukio Hatoyama tak berjaya memindahkan pangkalan tentera Amerika Syarikat di Okinawa walaupun belum sampai setahun memerintah.


Uncle Tan orang kaya-kaya


Habis tu, aku nak bagitahu apa? Pasal Malaysia luluskan lesen judi bola? Pasal Vincent Tan nak dermakan RM525 juta hasil judi itu kepada yayasannya Better Malaysia Foundation?

Laa.. Diorang dah tau la..

Tentang yuran sekolah memandu dah naik harga? Ini remeh sangat, mesti diorang ketawakan aku nanti.

Aduhai.. Payah tahu, bila kawan-kawan kita ni tahu semua.

Habis, apa yang kalian tak tahu?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright 2009 Terbang | Lihat | Tafsir. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates | Blogger Styles | WP by Masterplan