>>test

Thursday, September 29, 2011

Angka 20


[Gambar kertas target markah setiap subjek bagi semester ini]


Saya bukan tak mahu update blog.
Sangat-sangat mahu!

Kalau boleh, nak bercakap, kemudian orang taipkan, boleh?

Heh, bajet bizi. Padahal, bila saya terbaca blog post terbaru orang kuat PERMAI, skorer pulak tu, istiqamah lagi dengan hafalan Al Quran, pastilah tertanya pada diri sendiri,

"Kau bajet bizi ape ha Syahida Majid oiiii"

Maka, jawabnya mudah. TAK TAHU MENGURUS DETIK. Noktah


Ya, saya dah naik ke tahun 2. Ha tengok, saya nak balas ucapan Faaein Talip Roy, Salsabila, Along di Tanta, di sini, dengan ucapan, trimas!

Punyalah pemalas saya nak menaip keyboard. Haih!



Untung, ya, untung sebenarnya mengulang tahun. Dengan syarat anda sudah tak risau dengan umur anda, keh keh. Sebab saya memang sudah lama di alam kampus, jadi, kenapa nak gundah gulana, kan?

Untungnya, kita ada kawan rapat merangkap senior, yang telah melalui satu fasa lebih depan dari kita.

Macam, kita lumba lari, dia sudah habis satu pusingan.

Kawan dengan senior lain tahun, pastilah dengan kawan yang kita pernah baling bantal dan kutuk bermesraan lebih kita selesa, kan?

Makanya, dengan kawan itu, lebih selamba untuk kita minta dia beritahu, jalan-jalan apa yang akan kita lalu. Ada lubangkah? Susah senangkah? Segalanya.



Bercakap tentang hal-hal mengulang tahun, rupanya ada ramai yang sedang menanggung kepiluan itu. Di sini, juga nun jauh di seberang sana.

Inbox fb saya diterjah dengan sebuah awan hitam, mengandungi risau. Dia rupanya perhati hidup saya, dan, rupanya, ikut jejak saya. Mengulang tahun, dan kembali gagal dalam peperiksaan yang diulang.

Soalnya, bagaimana boleh saya teruskan langkah?



Jujur, beberapa hari menjelang 13 September, saya sedang berkira-kira. Kalau-kalau, saya tak berjaya lepasi ujian kali itu, apakah saya akan teruskan? Apakah saya masih sanggup duduk bersama adik-adik yang makin jauh beza umurnya dengan saya?

Juga menghitung, duit yang ada, laratkah?

Saya patah. Waktu itu, senyap-senyap kononnya menelaah, tapi sebenarnya, melimpahkan segala air mata. Kebetulan, ada rakan sebaya yang tertelefon waktu itu, makin tak mampu saya menahan jiwa.

Saya kembali meneliti tulisan-tulisan lama. Tulisan zaman gelap saya.

Rupanya, saya pernah berjanji untuk kekal di jalan ini, biar pun merangkak ke hujung jalan. Nak baca ke? Ni ha linknya

Antara perkara yang memberatkan perasaan bila mengulang tahun, ialah menghampakan orang. Adik-adik, orang ramai, yang sangat tertawan pada semangat kita, pada nasihat yang pernah kita kata. Lebih-lebih lagi bagi yang menjadi public figure, yang pernah memegang jawatan mana-mana. Expectation kills.

Pernah dulu seorang sahabat Yarmouk, juga terpaksa mengulang tahun, membisikkan pada saya, 'Macam mana akak boleh sekuat ini?'. Sungguh saya terkejut, kerana sebenarnya waktu itu hati saya musnah, tapi pura-pura berjalan megah!

Bila difikir kembali, gantungan kekaguman orang pada kita, bukan kerana tertawannya mereka pada nilai angka di kertas peperiksaan kita. Ha, macamlah mereka pernah nampak, kan?

Habis tu?

Sebenarnya, orang tertawan pada SEMANGAT YANG ADA pada manusia hebat itu. Ya, itulah anda!! Er, saya pun nak jadi manusia hebat juga, boleh? Hehe



Saya juga pernah fikir, ada mungkinnya kata-kata seperti "Akak tu cakap je banyak, rupanya bengap!" keluar dari hati kecil orang yang melihat. Atau, "Orang mengulang tahun, mesti malas belajar". Well, sebenarnya, yang ini, pernah dengar :)

Soalnya, merekakah yang menilai kita?

Percayalah, orang tahu bagaimana kita telah usaha. Orang tak nampak serabut muka kita, bila sudah belajar di tahap luar biasa bagi diri, walaupun tahap itu terlalu biasa untuk mereka, tapi markah hanya 50 per 100 yang kita dapat!

Cahaya itu, tersimbah dari semangat dan kesungguhan.

Saya terpaksa akur, bahawa saya ini tidak se'pick-up' mana rupanya. Mengulang 4 kali bacaan, markah masih 15 per 30. Sedih, hanya Allah yang tahu bagaimana telah dikuatkan jiwa menjadi pelajar yang asalnya banyak main tapi markah tinggi, kepada budak rajin tapi markah, alahai!

Dan, hanya Allah yang tahu, betapa sakitnya terpaksa mengulang nota lama, yang terkandung tulisan-tulisan zaman semangat, setahun dahulu, 3 bulan dahulu, tapi terpaksa dibaca lagi, untuk melalui peperiksaannya sekali lagi!

Seperti tulisan saya di nota Anatomi suatu ketika dahulu,

"Dear God, just let me past this paper. That's more than anything. Please. Not for me, for my parent"

Dan saya membacanya kembali, kerana saya masih gagal dalam peperiksaan itu.


Sakit ini, hanya yang melaluinya yang dapat rasa. Kita boleh bercerita berminggu-minggu, tapi yang mendengar tetap tak kan dapat sekejap pun perasaannya.


Dan segala sakit itu, menjadi sesuatu yang terlalu indah, bila diumumkan bahawa kita sudah LULUS. Ya, sekadar LULUS.

Orang lain merasa sangat sedih bila markah serendah 70 peratus. Tapi kita menangis tersedu-sedu bila hanya mendapat 50.



Semangat. Dan jangan berhenti menjadi manusia bermanfaat, biar apa orang kata. Walaupun ada yang mengata, 'Markah dah sikit tu, tak payah la nak aktif persatuan. Tumpu belajar'

Teruskan mujahadah dalam akademik, tapi jangan tinggal terus dari memberi.




Beberapa hari lepas, setelah mendapat input perjalan Tahun 2 ini, saya cuba meletak target, keputusan akhir semester nanti saya perlu dapat 70% bagi setiap subjek.

Disebabkan saya agak fobia dengan angka, Tiqahlah yang membuat kira-kira.

Dan kiraanya, saya harus capai angka 20 dalam peperiksaan yang pertama! 20 per 30!

Tahu apa reaksi saya mendengar angkat itu? MENANGIS! Kerana selama saya duduk di medan ini, angka itu hampir mustahil saya capai, walaupun seluruh alam mendakwa subjek Bio Lab adalah subjek termudah dalam dunia!

Tangan kembali menggigil, perasaannya seakan sama waktu hendak menduduki PMR dahulu. Bezanya, zaman MRSM, latih tubi yang terpaksa itu terlalu banyak membantu. Zaman ini, kitalah penentu!

Serius, saya tak mampu membayangkan setinggi itu.

Tapi As Syahid Hassan Al Banna mengajar saya, utamakanlah pandangan Allah. Allah menilai pada usaha, bukan angka-angka!

Lantaklah, kalau ada yang kata saya tak kisah pada angka. Sebabnya, memang saya dah macam hilang percaya pada angka pun!

Oke oke, mungkin saya yang tak pandai menangkap ilmu. Faham ikut cara lain, bukan cara yang betul, mungkin.



Tiupan semangat saya buat rakan-rakan seperjuangan, adik-adik di benua yang lain, atau sesiapa yang membaca, terkena nasib yang sama.

Usah dihitung bila akan tamatnya larian ini. Biarkan kawan-kawan kita berlari kian jauh, kita, pastikan terus bergerak, walaupun dalam keadaan mengengsot.

Putus asa, bukan sifat mukmin!

Kalau sebut tentang berhenti, saya rasa, sayalah yang paling layak untuk berhenti. Sejak 2006, saya tak pernah tak jumpa GAGAL. Sejak 2006, saya baru jadi pelajar Tahun 2 pada tahun ini. Itu pun masih hampir gagal, diselamatkan oleh hanya DUA markah!

Percayalah, senyap-senyap, ramai mendoakan kesungguhan kita. Bukan setakat manusia, bahkan batu, pokok, segala alam mendoakan orang yang menuntut ilmu tau.



p/s : ops, terpanjang pulak sekali post. hehe.


7 comments:

Anonymous said...

like seribu kali.

Salsabila said...

hee. akak, go go!

inshaAllah, sentiasa mendoakan buatmu. :)

semoga terus terus istiqamah dalam jalan ini.

^_^

husna suka la post ni! suka sukaaaa~

arju sa'adah said...

syie...:')

ye,keperitan tu hanya org2 terpilih shj yg merasainya.bertuah betul syie jadi di antara org yg terpilih tu:)

jgn berhenti lg,masih panjang jalan yang WAJIB kau lalui...^_^

:: siMpLe-sHida :: said...

salam juang!

baca, hayati, semat dalam hati kalam ni...;0 khususan utk adik kak ss ;)

dalam 1000 yg berjaya, aku salah seorang drpdnya,
dalam 100 yg berjaya, aku juga salah seorang drpdnya,
dalam 10 yg berjaya, aku masih lg seorang drpdnya,
dan dalam 1 yang berjaya..maka..
AKULAh orangnya!

keep up ur marvelous momentum dik! 24jam masa diberi, gunakan sebaiknya. waktu siang..waktu malam.. pastikan ada mase utk rehat minda, rehat jasad fizikal..susun atur jadual kita yg sedia padat dgn mnyusun atur sentiasa yg penting, sederhana penting, sangat penting dan terpenting di atas..

nothing impossible but evertin is possible if we CHANGE the theme ;)

dr kauthar said...

aku pula like sejuta kali!

Kun Zalameyh said...

terharu plak... malu sendiri... huhu...

Anonymous said...

hela pelan pelan.

semangat awak,
sungguh sungguh saya kagumi.
jatuh, tetap bangun.
beribu kali tersungkur,
tetap teguh.
makin tersembam ke bumi,
makin gigih berlari.

cuma satu.
satu saja.
yang mungkin awak boleh ubah.

ubahlah cara awak berfikir:
medic is easy!
learning medic is fun!
i understand!
i love this subject!

teruskan berkata perkara yang positif pada diri.

fake it until you make it, yedak?

naishat ikhlas untuk awak,
juga untuk saya.

sungguh, saya faham perasaan sebagai seorang pelajar perubatan.

tak tipu! (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright 2009 Terbang | Lihat | Tafsir. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates | Blogger Styles | WP by Masterplan