>>test

Sunday, April 3, 2011

Orang Berjuang Patutnya Begini




Analisa siapa kita


Sudah Sunnah Orang Berjuang
Mengembara dan berkelana
Miskin dan papa jadi tradisi
Berenggang dengan anak dan isteri

Sudah Sunnah Orang Berjuang
Mengembara dan berkelana
Miskin dan papa jadi tradisi
Berenggang dengan anak dan isteri

Biasanya para pejuang
Rumah mereka merata-rata
Rezekinya tidak menentu
Tidur baringnya tidak berwaktu

Rezekinya tidak menentu
Tidur baringnya tidak berwaktu

Orang lain membuat harta
Tapi dia membuangnya
Orang lain kawan terbatas
Tapi pejuang kawan merata

Orang lain musuhnya kurang
Pejuang musuhnya tidak terbilang

Sudah Sunnah Orang Berjuang
Mengembara dan berkelana
Miskin dan papa jadi tradisi
Berenggang dengan anak dan isteri

Tidak kurang yang sayang padanya
Orang lain mati dilupa
Para pejuang tetap dikenang
Sejarahnya ditulis orang
Makamnya sentiasa diziarahi
Walau perjuangan tak berjaya

Sudah Sunnah Orang Berjuang
Mengembara dan berkelana
Miskin dan papa jadi tradisi
Berenggang dengan anak dan isteri



-terima kasih buat adik Balqis Samsudin yang memberi lagu ini. Kalau tidak, seperti tak teringat langsung pada jawatan hakiki ini. Masih terbayang raut muka Balqis waktu detik pertama akak tengok muka awak. Juga di malam hari menculik awak dari bilik, hu. Selamat berjuang di bumi Kiwi!


Hampir semuanya tak kena dengan siapa saya hari ini.

Berjuang di tanah orang, pasti jauh bezanya di tanah sendiri. Perbezaan budaya, bahasa dan cara, bukanlah sesuatu yang dirisaukan sangat.

Tapi berbeza keselesaan, itu membahayakan.


Tidur kita harus bertilam, kerana katanya nanti sakit dengan simen dan cuaca sejuk.

Tiada keperluan untuk 'membuang harta', kerana semuanya orang kaya-kaya.

Rezeki tak menentu? Menangis kerana lapar? Sungguh ajaib jika ia berlaku di sini

Musuh? SIapa yang mahu bermusuh dengan kita?


Tapi, semua di atas relevan di tanah air.


Tidur beralaskan sehelai kain nipis. Itu pun kalau cukup baik.

Pergi ke program-program musafir antara negeri. Tiket bertukar, kadang di tengah jalan kehabisan duit, terpaksa buat muka tebal telefon sahabat untuk masukkan duit ke atm. Sampai ke tapak program, bayar lagi untuk pendaftaran.

Jangan kata di tengah bulan, di awal bulan pun duit dah tiada. Ya, pernah menangis kerana kelaparan, tapi selalunya tak sempat kerana diisi dengan makanan sahabat.


Lama lagi akan berkelana di sini.

Bakal jadi manusia bagaimanakah aku?

Takut, risau. Entah pulang ke tanah sendiri, lembik dengan hujan dan matahari. Entah pulang nanti, semangat pemudi yang ada hilang dengan usia.

Ujian yang datang bukan lagi kepayahan, tapi ujian kesenangan.

Allah.. bantu kami, ikat kaki, badan dan tangan kami dalam perjuangan ini!


Malaysia, tetaplah menantiku, kerana aku sedang sabar kembali kepadamu.




p/s : Pilihanraya Umum dah dekat sangat sangat sangat.

6 comments:

Anonymous said...

yeke PRU dah dekat huhuhu..... tak sabar nak memangkah ni

Salam Abdullah said...

Semoga saya, kamu, kita semua terus thabat dalam perjuangan. Ameen..

k.mie said...

rasa insaf plk baca post nie...:'(
mmg cukup selesa keadaan kt cni, hope kita xjd 'monyet', kalah dgn angin sepoi2...
Allahu yuthabbitna,ameen...

Asrar Abduh said...

Kita jarang menghargai segala nikmat kurniaan Allah kerana dikaburi dengan kesenangan.

Susah dan senang adalah nikmat untuk kita syukuri.

Maka berSYUKURlah sentiasa.

Terima kasih atas peringatan. (",)

Jagalah Allah, Allah pasti menjagamu.
Moga Allah redha.~

Syahida Majid said...

bintang27 : Dekat atau jauh, tugas mengejutkan rakyat dari tidur lena adalah yang utama. Memangkah harusnya menjadi tawakal kita.

Sudahkah anda menjalankan tugas? Buatlah, wakilkan saya..


Salam : Amin.. Mudahan mati dalam perjuangan


k.me : Sini, lagilah 'monyet', Menguap tak sudah. Risau sungguh. Alahai.. 6 tahun lagi.. Lama tu!

Mudah-mudahan kita..


asrar_abduh : Moga cik asrar berada dikalangan orang sedikit. Orang bersyukur lagi beringat. Amin!

adik akak said...

kak syi..saya terharu..hehe..
saya pun masih ingat muka akak mencolik saya..
mentarbiyyah saya..sungguh walau pun sekejap..sgt2 terkesan dengan hati ini..sampai skrang, masih terasa dekat meski pun jauh..doakan perjuangan saya kak..=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright 2009 Terbang | Lihat | Tafsir. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates | Blogger Styles | WP by Masterplan