>>test

Tuesday, January 11, 2011

Didikan Rabbani, Didikan Manusiawi




Tenang hati mendengar kalimat rabbani

Tapi tetap galau bila meneliti kerut di dahinya, merah matanya
Hai Tuan Guru, lenakah tidur malam mu?
Dicucuk dipaku tiap penjuru
Dari musuh hinggalah pengikut sendiri


Memamg ulama bukan Nabi
Memang ulama bukan maksum
Memang ada hadith Nabi, bahawa yang bukan Nabi boleh ditolak idea, ditolak kata-katanya

Tapi itu bukanlah tiket untuk tidak beradab
Bukan tiket untuk biadab!

Kalau sungguh pun sang murabbi itu besar salah lakunya
Kalau sungguh pun sang murabbi itu tak layak berada di atas sana
Kenapa
Kenapa tega untuk mengeluarkan kata yang terlalu mendera, terlalu nista

Mungkin selama ini kita dididik dengan isi
Mungkin selama ini kita dididik dengan liqa itu ini
Dengan segala demonstrasi
Teguh melalui segala tribulasi
Tapi rupanya
Kita lupa untuk mendidik menjadi lebih manusiawi
Lupa menjadikan ia sebagai material paling tinggi


Aduhai anak-anak harakah
Penyakit apakah yang melanda kita ini




Melihat wajah tua mereka, terasa mahu berkata,
"Rehatlah Tuan Guru, rehatlah. Biar kami galas tempatmu"

Tapi telinga ini seakan mendengar,
"Hai anakku, apakah dunia ini tempat untuk aku bersantai-santai?"



6 comments:

arif al-bagani said...

Allahurabbi

Sedih ana baca post nie,
sibuk-sibuk tok guru pun
rajin juga membaca drpd
kita yg konon sibuk
tp byk komen sana-sini
merungut sana-sini
nice one

Visit My Blog
Berjalan Menuju Kebenaran

warkahskrin said...

terbaik post ni!

Akhyar said...

tu kalo beliau jwb mcm tu..

kalo beliau jwb

"Sesungguhnya ku risau mempertaruhkan nasub umat pada bahumu."

Najwa Aiman said...

takut bace komen kat atas ni.

Syahida Majid said...

aif al-bagani : Sedih melihat budaya kecam-mengecam oleh orang yang dah menerima tarbiyah



warkahskrin : =)



akhyar : Sungguh pun, tapi rasa belas pada mereka lebih lagi.



najwa aiman : takut harusnya disudahkan dengan cuba membina diri supaya sedia berdepan dengan ketakutan tu. Kalau takut tapi menyorok dalam selimut, alamatnya 'selamatlah' dunia.

Albanna said...

"seandainya kita merasakan kita berfikir tentang jemaah setiap minggu, tok guru mungkin berfikir untuknya setiap hari, jika kita merasakan kita berfikir tentang jemaah setiap jam, tok guru mungkin memikirkannya setiap minit....."

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright 2009 Terbang | Lihat | Tafsir. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates | Blogger Styles | WP by Masterplan