>>test

Tuesday, May 4, 2010

Isteri Perkasa

Saat bunga yang lain menyelimutkan anak dan suami di rumah, bunga ini merencana agenda ummah

Mereka mahukan muslimat perkasa
Yang mampu berdikari
Yang mampu bercakap di tengah demonstrasi
Yang lantang bersuara memberi pandangan
Yang mampu mempertahankan hak dan perjuangan


Cuma dia rasa seperti mahu bertanya


Mahukah mereka pada isteri perkasa?
Yang dirindu di tengah malam
Tapi siang tak kunjung pulang
Yang acapkali terkena sejuknya angin malam
Kadang-kadang panas terik dan juga hujan
Terpaksa bersaing dengan pelbagai kenderaan
Yang selalu memberi pandangan atau kritikan


Namun dia berserah dan cuba
Untuk tidak ambil kisah
Baginya dia mahu jadi seperti saidatina Fatimah
Kuat hatinya seperti Nusaybah
Penuh keibuan seperti saidatina Khadijah
Cerdik aqalnya sepeti saidatina Aishah
Agung cintanya seperti Rabiatul Adawiyah


Dan dia tak boleh duduk diam di dunia sekarang
Kerna musuh itu sedang menyerang
Sister in Islam, Secularisme, Pluralisme
Jadi dia perlu terus bergerak
Mempertahankan Islam dan kebenaran
Membantu para muslimin di medan juang
Walau kadang dia bertanya
Perlukah sebagai muslimat, isteri, ibu
Untuk terus berdiri di medan perjuangan?


Apapun dia sentiasa katakan pada diri
Bahawa hidup ini hanya untuk Tuhan
Manusia itu hanya sandaran
Jadi biarlah Tuhan yang menentukan
Cuma dia ada satu soalan untuk para pejuang
Jika mahukan muslimat perkasa,
Bersediakah menerima isteri perkasa?


- nukilan Busyral Huda


4 comments:

Aishah Nur Hakim said...

mahu jadi isteri perkasa.

juga muslimat yang kental jiwa.

jalan di tanah ini sungguh sukar

T.T

Aeman said...

kentalkan jiwa bjuang d jalanNya..'

kerana kita bakal mnjd perkasa.. :D

salam juang ukhti~

Salsabila said...

"Cuma dia ada satu soalan untuk para pejuang
Jika mahukan muslimat perkasa,
Bersediakah menerima isteri perkasa?"

:)

husna suka laaa puisi yang ni!

mudah-mudahan menjadi seorang isteri yang perkasa!

dan menjadi seorang muslimat yang banyak berjasaaaa!

ameen ameen!

<3

Syahida Majid said...

T.T



Dilema.. dilema..

Moga Allah beri yang terbaik untuk muslimat perkasa, kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright 2009 Terbang | Lihat | Tafsir. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates | Blogger Styles | WP by Masterplan