>>test

Saturday, February 27, 2010

Mencari Diri Dalam Misi Allah




Siapa kita dalam agenda Khalifah?

Soalan itu seharusnya sentiasa ada dalam kepala, sejak kepala dan hati disumbat dengan kefahaman dalam kepimpinan

Soalan itu semakin panas bila jawatan sedang menjerut leher


BEBERAPA TAHUN TERDAHULU

Sejak kecil saya memang selalu dan suka ke depan. Darjah satu saya mengalahkan kaum lelaki dalam 'pilihanraya' ketua darjah.

Di MRSM mendapat undian kedua tertinggi dalam pilihanraya yang paling digeruni warga Maktab, menjadi First Lady di sana.

Di Matrikulasi, baru tamat seminggu berorentasi, saya sudah naik pentas bermanifesto.

Waktu itu saya masih bertanding kerana 'saya suka kepada kepimpinan'.

Beberapa bulan selepas itu, otak diasak dalam tamrin kepimpinan, "Kenapa nak sangat pegang jawatan???" Akhirnya saya menyerah, saya tak punya jawapan!

Bila mana abang Taufik mendesak saya untuk melepaskan jawatan, saya masih enggan. Kerana dalam hati saya tahu, saya pilih untuk menjadi pemimpin bukan kerana sesuatu, tapi itu sudah tanggungjawab saya.

"Dan Allah berfirman : Sesungguhnya Aku ciptakan bagi dunia itu KHALIFAH!


Hari ini.

Setelah kira-kira 4 tahun kefahaman itu disulam dalam, saya masih tercari-cari kedudukan saya dalam agendaNya.

Bila menyedari hakikat ini, kita mula untuk menyempurnakannya. Tapi satu persatu kelemahan diri muncul, yang selama ini tak terlihat oleh mata, tak terfikir dalam kepala.

Saya lemah dalam membuat keputusan. Itu yang paling utama. Kedua, tiap kali nama saya tercatat atas kertas menyandang sesuatu, kalut akan tiba. Saya mula tidak teratur, saya mudah lupa, malah lebih teruk, pertuturan saya sekali pun kadang kala terganggu.

Untuk masalah pertama, saya masih belum jumpa jalan keluarnya. Tapi buat yang kedua, saya cuba menyediakan To Do List, Check List agar kerja saya tersusun dan agar kerja tidak ada yang tertinggal.

Sampai tika ini, saya masih belum berupaya keluar dari 'penyakit' itu.

PEMIMPIN 360 Darjah



K.Dayah, senior UTHM saya, merangkap mantan Timb Presiden organisasi saya dahulu, pernah menyarankan satu buku dari John C Maxwell.

Katanya, pemimpin yang baik ialah mereka yang punya kelemahan, tapi mengoptimumkan kelebihan dan menampal kelemahannya dengan kelebihan rakan setugasnya.

Teringat. Nabi Muhammad SAW juga seorang yang UMMI, tidak pandai membaca apa lagi menulis. Itu sesuatu yang mustahil untuk memimpin. Tapi kelemahan itu Baginda penuhi dengan kebijaksanaan. Baginda tidak mampu membaca, maka sahabatnyalah yang menjadi 'mata'. Baginda tak mampu menulis, maka temannyalah yang menjadi 'tangan'.

Hal ini pernah saya kecapi sewaktu berorganisai bersama K.Dayah, dalam Jawatankuasa Teman Pusat Islam JTPI. Sinergi terbaik, melahirkan organisasi terbaik dalam hidup saya setakat ini.

Ah, bukankah sini dunia, tidak kekal lama. Mana mungkin selamanya saya dan JTPI.

Srikandi JTPI dalam kenangan


Kita terjun dalam bidang ini, kerana kita mengerti akan tanggungjawab dan keperluan. Tanggungjawab sebagai khalifah yang memberi (juga mencari) tarbiyah, dan keperluan di tempat semasa.

Matlamat tarbiyah adalah demi menyelamatkan kawan, keluarga, masyarakat, malah semua, dari azab dunia, juga azab akhirat.

Azab dunia, dari ditipu dengan manusia-manusia yang korup, dari sistem yang rosak.

Azab akhirat, pastinya hasil tuaian kita dalam sistem dunia.

Dari sudut keperluan, tanyalah dalam hati, siapa yang mampu membawa masyarakat di tempat kita. Secara tepatnya, siapa yang boleh diangkat menjadi pemimpin? Kalau bukan kita, sudah wujudkan orang lain itu?

Melibatkan diri dalam organisasi rasmi, adalah satu jalan pintas melangsaikan hutang tuntutan tanggungjawab khalifah. Kerana tanggungjawab itu sentiasa tergalas di bahu kita, maka landasan persatuan memudahkan kita untuk itu. Sistem yang telah tersedia, cuma memerlukan insan untuk menggerakkan, atau mungkin membaik pulih sistem tersebut.

Ya, dan kita akan terus mencari, siapa kita dalam agenda ini. Di peringkat manakah kita akan paling memberi manfaat?

Dan saya, pasti terkadang terjatuh menangis juga, terasa tak mahu lagi memegang apa-apa, kerana 'penyakit' itu sering menyusahkan organisasi. Tapi bila memandang kembali FirmanNya, saya beranikan diri untuk bertatih kembali.

Saya memohon maaf kepada semua badan yang telah dan sedang saya sertai kerana menyebabkan KITA dalam keadaan terumbang-ambing. Izinkanlah saya, saya ini masih berlatih.

Berlatih menjadi Khalifah.

4 comments:

Anonymous said...

salam..
pndangan..
berlatih jela..berlatih dan berlatih, sampai satu masa, dan lepas masa tu kena berlatih lagi..belajar xpernah habis,walau pada benda yang sama..cukup diniatkan kerana-Nya,biar dia yang menentukan masa henti,iaitu mati. kutip apa2 nilai dalam amanah, sebab mungkin bukan amanah tu hanya wasilah untuk amanah yg lain yg lbh utama,namun skrang ia adlh amanah tamrin..entah trcapai ke x ap yg nk dsmpaikan ni..kih3..jazakillah..

Miss X said...

Waalaikum salam..

Insya Allah, akan terus berlatih dan bertatih. Tapi harapnya, tak me'miserable'kan sangat persatuan lah..

ilusi_Realiti said...

tahniah...anda berjaya mengenali potensi kejayaan diri anda...dengan belajar membuat keputusan....apa pun, bak kata ana punya cikgu, abang dat, " its not about result, its about learning"....tahniah sekali lagi...

*ada membeli buku John C.Maxwell, pemimpin 360 darjah, versi alih bahasa punya, hingga kini masih tidak mampu lagi membelek muka seterusnya, setelah berhenti membaca sewaktu awal sem hari tu...ish3x...bila la nak habis baca nya...

MaUt said...

Salam syi..

Leaders is not about position, it's all about the action..

Setiap saat kita adalah pemimpin..menjadi pemimpin yang paling susah adalah untuk memimpin diri sendiri.Sesusah mana kita mahu memimpin manusia lain, ternyata hawa nafsu,akal serta jasad kita inilah satu kurniaan Allah yang amat sukar , malah mungkin lebih sukar untuk dipimpin berbanding memimpin orang lain..kerana itulah kata-kata khalifah itu terbina daripada keupayaan seseorang untuk memimpin dirinya dulu sebelum dia mampu memimpin orang lain dengan baik..

Kita tidak sempurna, tetapi ketidaksempurnaan bukanlah satu alasan untuk kita mengenepikan tanggungjawab menjadi seorang khalifah, kerana itulah tujuan kita diciptakan. Your tought about being a leader is actually fulfilling the agenda for the reason we r being here in this so-called 'ladang akhirat'.that's true dear.no objection.this is our mission, this is why we r here..

But again..leader is not about the position, its about the action. Jadi tidak kira dimana posisi kita, kita masih pemimpin dan disitulah kita patut menggunakan peluang yang ada untuk buat yang terbaik in any circumstances. Everyone can make a different, no matter in what level he/she is in..u have to believe in yourself.the strenght is within u..its hiding inside u, face any obstacles with a brave heart, u'll find out that marvellous superb woman is actually u yourself..

i've post one simple post just for u..akak terjumpa video tu.try to watch it, n u'll be suprise that its true..
its not about the position that we r in, its all about the action that we put ourselves in...

take care.blaja rajin-rajin..jangan berhenti mengejar pelangi!
Be the shooting star !!! ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright 2009 Terbang | Lihat | Tafsir. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates | Blogger Styles | WP by Masterplan