>>test

Thursday, April 1, 2010

Gelap


Sudah dua minggu perasaan ini tak dapat dikawal.

Sudah macam-macam cara dibuat, tapi ia masih begitu.

Ah, jiwa kacau!



Entahlah, jangan ditanya KENAPA, aku sendiri remuk mencari puncanya.

Remuk lagi untuk melawannya.

Memang manusia biasa begini, kadang-kadang.

Rasa berkecamuk, hidup tidak terurus, senyum pun payah nak melekat pada mulut.

Tapi ini sudah masuk dua minggu.

Serasa tak boleh memaaf dan membiarkan rasa kacau ini lagi.

Ia bukan hanya mengacau jiwa sendiri, tapi turut menikam hati insan lain.

Kata-kata makin menjadi tajam dan sinis.

Ketahuilah, gurauan yang kalian dengar, ia hanya sedaya upaya demi menopengkan perasaan ini, agar kalian yang sedang bersenda tak merasa hampa.

Ketahuilah, aku sendiri tak mahu begini!

Oh, berapa harga untuk mendapat damai?

Aku sangka, ia rasa yang biasa.

Boleh aku ubat andai aku tukar atmosfera, tukar warna.

Boleh aku ubat dengan aiskrim, coklat, makan sebanyaknya.

Boleh aku ubat dengan berbelanja bagai nak gila.

Atau mungkin boleh aku ubat andai aku ubah gaya.

Tapi rasa ini degil!

Mungkin benar, aku tak kuat padaNya.

Tapi hakikatnya, sejak mentajdidkan jiwa perjuangan hari itu, aku semakin pulih.

Makin bersenandung denganNya.

Tapi entah kenapa, rasa ini datang. Akhirnya semua hilang!

Serasa tak kenal lagi diri sendiri.

Inikah sebenarnya aku? Inikah?

Ya Allah, Engkau yang memegang hati.

Aku minta Kau genggam hati ini

Kau belai biar lunak

Bukan damai yang sebenarnya aku mohon

Tapi demi damai itu menjadikan aku hamba

Menjadikan aku anak dan sahabat

Dan menjadikan aku khalifah

Yang mana kini, semuanya kian hilang

Jangan Ya Allah, hingga aku jadi manusia yang paling berdosa

Menjadi makhluk yang angkuh padaMu

Jadi anak yang tak berguna

Jadi rakan yang kurang ajar tingkah dan bahasanya


Aku pohon maaf buat sahabat yang memutari ku. Lebih-lebih lagi yang sedulang denganku. Maafkan aku, kelakuan dan mulutku amat celupar akhir ini.

Terima kasih buat Wan yang berusaha menarik ku keluar dari gua. Tapi akhirnya aku terpaksa hantar kau keluar, kerana aku takut kau akan tetap di situ, bersama aku. Aku masih belum mampu merangkak melihat langit! Sebak, kau kata mahu kita sama-sama berjaya. Ketahuilah sahabat, aku tak tahu samada aku mampu menoktahkan jalan ini sebetulnya!

Buat Umi, tika itu anakmu cuba meluah rasa. Tapi ia tak mahu menunjuk dirinya. Kerana itu aku kata aku telefon saja-saja. Awal ini anakmu mohon ampun, andai akhir nanti, jalan yang Ummi dan Abah cuba bina, terpaksa aku kambus. Dan jadilah aku nanti anak yang paling gagal. Maafkan..

Tuhan, izinkan aku keluar menatap cahaya!

5 comments:

Anonymous said...

setiap insan yang berjiwa pasti merasa apa yang enti rasa...kesakitan..kesukaran..kesesakan..tak mampu di luahkan dengan kata2 mahu pun mata pena...setiap benda yang Allah jadikan itu berpasang2...jika ada gelap, maka pasti adanya cerah..cahaya..
sahabatku.. gelap dan cahaya itu ada di dalam diri kamu sendiri...diri kamu sendiri lah penentu segalanya..
semoga kamu berjaya menemui cahaya yang kamu damba kan itu....

Syahida Majid said...

Terima kasih.

Orang pintar pernah berkata, gelap itu tidak pernah wujud. Yang ada hanya nilai cahaya yang berbeza, samada banyak atau kecil.

Maka cahaya terang akan muncul, kalau dipecahkan tembok yg menghalang punca cahaya.

Persoalannya :
1. Di mana tembok itu? Puas ku raba masih tak jumpa
2. Bila? Ini bermain dgn masa. Sedang hidup mengalir laju, habis calar sementara menanti pulih. Periksa tiap minggu, terkorban semua. Galau benar akan natijahnya.

Shazwani Mazuki said...

Salam syg syie..
damai itu bersama tenang..tenang dlm redha dan limpah rahmat ksh syg Allah..
mg syie bertemu jwpn sbnr dlm perjalanan hidup yg kita sndri tdk tahu bagaimana pengakhirannya buat kita..
teruskn perjuangan sygku!

Shathirah said...

saya xpandai la nak wat ayat mantop2..huhu

Tp ringkasnya,
daku disini untuk bersamamu
untuk saling menguatkan andai ada ssorg antara kita memerlukannya

Kita di sini semuanya pelajar
Pelajar kehidupan dan perubatan

Syahida Majid said...

K.Wanie : Kalau damai boleh dibentuk, maka ia adalah kamu! I miss you my dear sis

Shat : Trimas sebab study sekali. Lain kali buat lagi =D. Kredit to Wan also, suplied those questionsss, selalu jenguk-jenguk memastikan adek lekat kat buku.

I found those strength in your eyes dear sobaya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright 2009 Terbang | Lihat | Tafsir. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates | Blogger Styles | WP by Masterplan