>>test

Tuesday, January 5, 2010

Perang Akhir Semester Satu

Hari ini Selasa, 5 Januari.

Pada saaat saya menulis ini, jam menunjukkan pukul 2.23 petang.

Maka saya pasti, rakan-rakan Tahun 1 JUST baru sahaja menarik lafaz lega. Mungkin ada juga yang masih tersemput-semput.

Lega selesai berperang, semput kerana masih berada di medan juang.



Perang apa? Peperiksaan akhir semester? Oh, itu belum lagi. Yang itu, kami masih dalam menajamkan mata dan senjata.

Tapi perang ini, perang dihadapan komputer. Lokasinya, ada yang di bilik sendiri, ada pula yang menyerahkan tanggungjawab kepada senior, dan mejoritinya berada di kedai-kedai internet YANG TELAH DITEMPAH (untuk mengelakkan penuh).

Perang apa? Perang tasjil maddah a.k.a mendaftar subjek.

SUASANA PERANG

12.30 pm :
"K. Shie suruh siapa tasjil?"
"Tasjil sendiri!" (Sambil kelam kabut)
"Kitorang pergi dulu ye. CC yang dekat dengan Subway"

12.45 pm :
"Eh, kenapa jadual aku salah ni? La, salah syu3bah (seksyen) rupanya"

12.55 pm :
Semua mata berada di depan komputer. Skrin menunjukkan 'tasjil tolabah'. Mouse pun sudah diletak pada icon tersebut. Tunggu masa untuk ditekan

1.00 pm :
"Wei, dah pukul 1!!"

1.10 pm :
"Nak masuk mana ni?"
"Apasal semua Bahasa Arab??!"
"K.Shie, tak faham!!!"
"Nak masuk mana ni????!! Nak tekan apa??!!"

1.15 pm :
"Aaaa!! Kenapa kod subjek dia lain dari yang dalam jadual dirasi?"
(Masa berlalu, kebanyakkan syu3bah dah penuh)
"Mana satu subjek Lab??" (Terpaksa merujuk semula ke jadual dirasi, copy & paste nama subjek yang dalam bahasa Arab)

1.30 pm :
"Kita tasjil dulu subjek lain-lain!" (Kerana Lab tidak dijumpai)
(Subjek lain berjaya ditasjil, dan lab baru dijumpai)
"Mak aih, semua dah penuh!"
(Main letak je syu3bah sebab dah pening)
**Maaf, syu3bah yang anda pilih bertindih dengan masa subjek lain. Sila pilih syu3bah seterusnya**
(Masukkan syu3bah lain)
**Maaf, syu3bah yang anda pilih sudah penuh. Sila pilih syu3bah seterusnya**
(Masukkan syu3bah lain)
**Maaf, syu3bah yang anda pilih bertindih dengan masa subjek lain. Sila pilih syu3bah seterusnya**
(Masukkan syu3bah lain!)
**Maaf, syu3bah yang anda pilih sudah penuh. Sila pilih syu3bah seterusnya**

1.45 pm :
(Cuba bertenang, rujuk kembali senarai jadual dan match dengan subjek yang sudah ditasjil)
(Masukkan syu3bah lain)
**Maaf, syu3bah yang anda pilih sudah penuh. Sila pilih syu3bah seterusnya**
"Aaaaa!! Tiqah tolong!!! Ya Allah, macam mana ni!"
(Masukkan syu3bah lain)
(Anda telah mendaftar syu3bah 13)
"Alhamdulillah!" (Sudah tidak kisah dengan tempat dan masa subjek tersebut)

2.00 pm :
"Eh, nak tekan mana ni? Ni kira dah confirm tasjil ke tak?"
"Cuba buka khidmah tolabah."
(Buka, tekan semua menu)
"Fuh, dah ada.." (Satu kelegaan yang maksima..)

.................................................................

LOKASI YANG LAIN

A :
(Sedang tasjil, tiba-tiba..)
*Page not found*
"!!!!!!"

B :
(Merayau-rayau bilik orang lain sambil kepala risau, 'Akak tu dah tasjilkan ke belum?')

C :
"Supost, E equal to 26, bla.. bla.. bla.."
(Oh, ini dalam kuliah rupanya..)


EPILOG PERANG

"K.Shey!!!!!"
"Jadual berterabur!"
(Share photos via YM)
"Gap panjang yang amat"
"Jadual saye ke K.Shie?"
"K.Shie punye. Nana punye mane?"
"Tu sebelah gambar"
"Tak de pun!"
"Jap"

"Mak ai, lambatnye abis kelas"
"Tu la, penghujung dunia. Saye nak cari yang sama lab dengan saya"

(Setelah beberapa minit menyemak jadual)

"Ok la, saya nak pergi Balad"
"Ok, K.Shie nak makan coklat. Tension!")

Dan hasilnya, inilah jadual saya untuk Sem II

Taraaa!!


Oh, kelas bermula pukul 8 setiap hari. Betapa takutnya! Takut terlepas dek terlajak tidur!

PERANG II

Perang II bakal bermula pada 9 Januari. Banyak pengalaman senior yang menakutkan telah saya dengar. Sedang khusyuk jawab soalan, komputer tiba-tiba down, dan hah! Gagal subjek tersebut. Ya Allah!

Duduk di negara Arab ini, macam-macam boleh berlaku, dek orang sini yang tak menjaga kualiti dalam sistem mereka. Buat ikut selera dan sedap badan mereka, tanpa fikir orang lain.

Pergi kerja lambat, habis kerja awal teramat. Bila jumpa untuk buat urusan, jawapan mereka, "Bukro!" ("Esok"!).

Maka, perlu kuat tawakal padaNya. Jelas nyata rezeki itu hanya berada di tanganNya.

Oh, selamat datang semester dua! Moga kita semua lepas semester ini, semuanya layak ke semester depan. Peperiksaan, ada dua yang menakutkan, i. Takut tak mampu jawab ii. Takut sistem tiba-tiba terganggu.

Ya Allah, berkati perjuangan kami...

**UPDATE 4.10 PM**

Akhirnya setelah melakukan syura dengan askar-askar yang telah pulang ke markaz, beginilah jadual saya.



Alhamdulillah. Lab Anat yang dihujung dunia bak kata Nana. Nana, congrate! We're now classmate in Anat Lab!

p/s : What a day..!


7 comments:

zulaikha said...

hehehe...mmg menarek pngalaman berperang ni kak shee...lab hujung2 xpe..slalunye hbs awal..x gune sepenuh mase yg sepatutnye pon..sejam dah boleh habis..kalau lab histo tu kdg2 x smpi sejam dah habis..hehe

Syahida Majid said...

Tu lah, dekat Malaysia & Al Bayt pun register online, tapi tak la sedahsat ini..

Memang pengalaman betul lah!

hayiwadalutaibar said...

syie.. chayok2!!.. usaha itu penting.. :) awal kelas.. huhu.. takpe.. dun wori.. insyaAllah, kher..

Anonymous said...

salam...k.shie
xtau pon k.shie ada 2lis blog
jgn takut bngun lmbat cz kteorg d sakan kuning sdia mengejutkn k.shie.k.shie tinggal bg green light je n in case k.shie liat sgt,1 air qarurah pon kteorg blh tlg tuangkn utk k.shie (tp bkn utk minum la..)amacam,ok x??

Syahida Majid said...

Siapakah cik anonymous yang masin masam ini?

Oh, saya tak mahu qorurah, saya mahu kopi radix. Ia boleh jadi dua dalam satu, kejut dari tidur dan terus menjadi sarapan..

**Ey, tak senonohlah K.Shey nih**

seremut said...

haha.
be prepared la

Syahida Majid said...

Baik senpai Adah.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright 2009 Terbang | Lihat | Tafsir. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates | Blogger Styles | WP by Masterplan