>>test

Wednesday, May 15, 2013

Sesuatu Yang Laku

gambar bermotif politik. hahah


hidup
memang banyak pilihan
cuma, tak ramai yg membina jalan

maka jadilah kau perintis
menebas segala semak
cantas tebang pokok besar
tangan kaki luka berdarah
peluh keringat campur nangis tak sudah

kalau akhirnya kau sesat,
atau tengah jalan kau menyerah
ah, tebaslah semak lain!
manalah kau tahu, jalan yang kau rintis itu
dilalu oleh budak sama gila seperti kamu

jalan lagi. jalan lagi


----------------------------------------

banyak benda perlu diambil kira. oh ya, saya dalam proses menyambung (memilih) pengajian.
bidang -- katakan sudah-sudahlah pada sains keras
masa depan kerjaya bidang tersebut -- hey sudah tua, sudah patut kerja sebenarnya
jarak -- ingin terbang sejauh Sabah (atau sejauh UK sebenarnya!); tapi (baca seterusnya)
komitmen -- ingin terus berkhidmat di Selangor (yang sudah diberi ruang) atau teroka tempat lain
circle of influence -- ada tak universiti yang ahlinya sebijak ahli PERMAI? ahah

serta, ada pasung yang asyik mengingatkan kisah lama -- mampukah kau (sambil tergelak sinis)

sungguh panjang perjalanan. samada aku tak bernasib baik, atau memang aku kena lalui tanah tak berturap. sebab aku luarbiasa (peh perasan)

doakan. 5 tahun lagi PRU semula. ingin sekali waktu itu, aku sudah menjadi manusia yang boleh memberi sesuatu. sesuatu yang laku

4 comments:

Unknown said...

mendoakan yang terbaik untuk kaksyi.

tepianmuara said...

hai hai

Anonymous said...

Shie...kamu ada sesuatu itu untuk diberikan.. Mungkin berkaitan politik lebih menarik untuk kamu.

Syahida Majid said...

1. Peh Sadis pakai gugle kejadah tu.. Huyyoo :P

2. Hai hai anep. Tak berasan langsung dah ada komen dalam ni

3. Politik? Urghhh tak minat. Ada banyak lagi jalan nak membina negara selain jadi ahli politik. Urgh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright 2009 Terbang | Lihat | Tafsir. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates | Blogger Styles | WP by Masterplan