>>test

Monday, December 17, 2012

Meyakini Masa Depan Itu Milik Islam


Dalam satu hari ini saya 'ditemukan' dengan sisi gelap sebuah negara Arab yg pernah saya duduk selama empat tahun; Jordan. Istillah Honour Kilings adalah sesuatu yg baru, tapi amat dasyat. Tak terbayang di kalangan rakan-rakan Arab saya, mereka rupanya dibawah undang-undang gila sebegini.

Teman saya, Fatimah memberitahu :

If you're being raped, these are the choices you have (in Jordan):

You are being subjected to 'honor-killing'
You are being forced to marry the rapist
You keep silent and nothing happen

Dalam setahun, dalam 15-20 orang perempuan telah dibunuh atas nama honor-killing, kerana mereka telah menjadi mangsa rogol. Dan pembunuh perempuan-perempuan ini juga adalah kaum kerabat perempuan itu sendiri (sepupu, etc). Lebih malang, perogol itu juga adalah kaum kerabat mereka sendiri.


Ada juga yang apabila mengadukan dia dirogol kepada ayahnya, ayahnya memaksa dia mengahwini perogol itu, dan apabila dia tak mahu, dia dihalau dan tidak diakui sebagai anak oleh mak dan ayahnya.



Perkara ini disahkan beberapa rakan pelajar perubatan, bahawa mereka sendiri jumpa kes begini dalam round.

Kemudian terbaca pula status kenalan lain yg sedang menuntut di Arab Saudi. Perangai huduh rakyat dan pemimpin yg gila kuasa, gila dunia. Kalau bukan di Saudi itu adanya Mekah, Saudi akan kering kontang seperti Afrika. Orang Saudi mengaut keuntungan dari ibadah muslim seluruh dunia.

Lalu saya terfikir, masakan tidak gerakan feminis muncul. Mereka adalah pejuang bagi nyawa dan suara yang telah dipadamkan oleh lelaki.

Lalu saya terfikir, apakah yang dibanggakan sangat kita muslim akan pemerintahan Islam? Hudud? Nyatakan pada saya satu negara Islam yang membela wanita, menjaga kebajikan rakyat seluruhnya.

Saya muslim, dan saya mukmin. Tapi saya sering skeptikal bila kita terlalu gila mahu mencapai negara Islam atas dasar ingin menegakkan perundangan Islam. Fokus kita pada perundangan Islam telah menutup mata dan telinga kita pada kebajikan orang kurang upaya, pendidikan, malah kebajikan haiwan dalam negara.

Banyak kali doktrinisasi menyinggah dalam kepala, bahawa orang sekular lebih pandai memerintah negara. Bahawa hari ini, sekular itu perlu supaya agama tidak hanya pada nama, tidak menjadi fitnah, terpelihara dan suci. Biar pemimpinnya kafir, tapi wajar akalnya membenarkan agama dikembangkan dan diamalkan dengan bebas. Berbanding pemimpinnya muslim, tapi asyik menyekat itu ini, terjah maksiat sana sini, tapi ada rumah dan sekolah yang tak punya jalan yang baik.

"Saya mesti meyakini masa depan itu milik Islam", adalah bab terakhir dalam Apa Erti Saya Menganut Islam oleh Almarhum Fathi Yakan. Ya saya yakin, cuma saya tidak lagi membayangkan masa depan milik Islam dalam bentuk seperti mana digambarkan dalam cerpen Darrut Taqwa dan Dr. Johar. Ya saya masih berharap, akan lahirnya seorang pemimpin Muslim, yang mampu mengingatkan rakyatnya akan akhirat, juga mampu memaju dan memakmurkan negaranya dari segenap aspek.




0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright 2009 Terbang | Lihat | Tafsir. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates | Blogger Styles | WP by Masterplan