>>test

Tuesday, July 1, 2008

Tarbiyah : Spicy or Original?



Pilih, mana yang lebih menepati tarbiyah

Seorang naqib memarahi anak usrahnya kerana hadir lewat ke perbincangan.

Organisasi masjid menyuruh anak buahnya mengisi borang SPA (sistem penilaian ahli) yang merangkumi solat dhuha, qiam, ma'thurat, tadabbur Al Quran.

K.Yati mengajak ahli bawahannya untuk mempelajari cara membuat kuah rojak.

Apa jawapan anda?


JENAYAH KITA TEHADAP TARBIYAH

Tarbiyah sering disalah tafsir. Ini bukan tentang salah siapa-siapa. Sesetengahnya didoktrin oleh satu golongan, ada juga yang menafsirnya melalui pembacaan.

Kita sering melihat tarbiyah sebagai rukuk sujud. Penilaian tarbiyah sering kali dilihat dari sudut spiritual. Maka dengan ini, kita sendiri menjadikan agenda tarbiyah itu jumud, tidak syumul.


Bukhari seorang pengerusi masjid. Dia memang tidak dikenali diluar masjid. Dia hanya menonjol pada kuliah Subuh dan Maghrib. Hanya yang kaki surau tahu akan hebatnya dia dalam ilmu dan berpidato. Sekiranya ada program besar yang perlu dilaksanakan oleh organisasi masjid, Bukhari akan mengarahkan anak buahnya menjadi penggerak. Dia hanya memantau.

Bukhari memang suka mengeluarkan arahan mengejut. "Zuraida, petang ini awak kena jadi penceramah dlm tajuk akhlak Islamiyah". Kelam kabut Zuraida mencari isi. Hujung minggu, Bukhari bawa anak buahnya ke tasik. Semua harus terjun, wajib belajar berenang. Jarang sekali dia menilai buahnya dari sudut ibadah, padahal anak buahnya suka tidur lepas subuh, suka dengar Hot FM.

Oh ya, pernah sekali dia keluarkan arahan untuk Ruhiyah Month (RM). Silap sikit, didendanya dengan zikir 1000 kali.

Azim yang awalnya takut-takut untuk mengurus karnival, hari ini menjadi aset penting kolej kediamannya. Afifah yang dahulunya tak mahu menyandang jawatan dalan JPP, hari ini juga wanita yg kuat di gelanggang mahasiswa kampusnya. Zuraida? Tak usah cerita lah, kagum benar manusia sekelilingnya. Ada juga yang dahulunya tak reti menulis, sekarang telah mengeluarkan beratus artikel, dek arahannya dulu menyuruh mengeluarkan buletin RM.

Apa yang kita lihat, Bukhari sedang melatih anak buahnya berani bercakap dan pandai mengurus dalam pimpinan.

Waktu cuti, K.Fuza ajak anak buahnya mengikuti program anak angkat. Bekerjasama dengan orang kampung, anak buahnya diajar cara membuat soya, maruku, muffin, malah ada bengkel enjin. Haha, muslimat belajar enjin, macam-macam jadinya.

K.Anie pula, sangat tegas dalam kerja.

"Unit Risalah! Mana laporan?!"
"Huh, laporan ni salah. Buat balik!"
"Habih orentasi, balik! Tak yah lame-lame duk kat situ!"

Anak buahnya tiap-tiap hari gugur rambut, dek pressure teramat.

Tapi hari ini anak buahnya punya menjadi mentor tentang ilmu pengurusan.

Kelab Iqra sangat menekan tentang ikhtilat (percampuran lelaki perempuan). Lajnah tarbiyahnya sangat menjaga hal ehwal ibadah serta komitmen ahli. Kalau silap, ha.. Paling kurang pun, malu juga si pesalah nak pandang muka lajnah tu.


APA ITU TARBIYAH


Tarbiyah adalah pendidikan yang menyediakan ahlinya untuk terjun ke lapangan ummah, memenuhi kehendak masyarakat, agar dapat menarik orang sekelilingnya kembali ke fitrah.

Maka tarbiyah itu meliputi semua aspek. Bukan setakat ibadah ritual; teknik komunikasi, pengurusan organisasi, bertani, membuat web, menjana ekonomi, latihan pemanduan, sukan, bersosial, pembacaan, semuanya!

Ekoran itu, Nisa' Malaysia menjadikan Unit Tarbiyah sebagai central unit yang mengeluarkan arahan tentang SEMUA program mereka. Tak kira program Nisa' Small Kindness (yang kita rasa diketuai oleh Unit Khidmat dan Kaunseling) hinggalah ke OK 2 Karaoke.

Kesempatan berbual bersama K.Mastura, pengarah Nisa' Malaysia tak dipersia. Banyak ilmu yang sudi dia cerita. Menurutnya, Unit Tarbiyah merangka segala-galanya. Unit yang lain berperanan sebagai pelaksana. Patutlah Nisa' semakin gah, walau pun baru berusia 3 tahun!


PERATURAN PERTAMA : FAHAM

Nah, sekarang pastinya kita merasakan "Beratnya bidang tarbiyah!" Ya. Sangat amat berat.

Sewajarnya kita salute manusia yang diamanahkan dengan bidang ini. Mereka manusia luar biasa!

Jangan salah faham maksud saya. Mereka sama seperti kita, tak pernah sempurna. Tapi kekuatan mereka menjayakan lapangan itu yang kita kagumi.

Dan kita sebagai manusia yang ingin dididik pula, berperanan untuk memudahkan mereka. Mudah bukan sahaja 'Sami'na wa ata'na' (kami dengar, kami ikut..). Hulurkan jua buah fikiran, cadangan atau kritikan membina. Kerana mereka ingin membina KITA.

Agenda tarbiyah ini dipulangkan kepada pemiliknya. Acuan apa yang ingin diguna, agar produknya menempati pasaran. Ianya tergantung pada selera pemilik, tak lupa pula dengan keadaan setempat. Ada kampung yang hanya suka berbentuk bulat. Ada pula yang ingin kelainan. Dan pasti ada yang mahu varaiti pilihan.

Perkukuhkan agenda tarbiyah, hasilkan produk untuk manusia. Yang kita pasti, apa jua elemen tarbiyah yg diberi, pasti membawa kepada khusnul khatimah.

Kalau ditanya; Tarbiyah, spicy or original? Jawapan saya, WHOLE SET!! Anda?


Nur Syahida Abdul Majid
Lajnah Penerbitan, Informasi dan Multimedia
Kelab Iqra
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia UTHM
MEMBINA GENERASI HOLISTIK


4 comments:

Miss X said...

Teringat pula kisah ust hasrizal yg dikejut pukul 3 pagi utk usrah. Dan sepanjang pagi itu, dia langsung tertidur.

Usai subuh, Ust Hasrizal meminta maaf kepada naqibnya. Apa jawab naqib itu?

"Enta dah lulus Rizal. Pagi td ana bukan nk seruh anak usrah ana dengar kuliah, tp komitmen terhadap usrah!"

Tarbiyah with love and care ;)

Anonymous said...

Slm shie.Bleh tahan tulisan artikel tentang tarbiyah.Cuma perlu diingatkan produk utama tarbiyah kit a berbanding jemaah lain,kita ingin melahirkan mujahid(berani berjuang,bersedia tekanan dan bersedia ditarbiyah)bukan seperti yang lain hanya idealisme dan kabur proses pembuatannya.harap terus menulis n kalo bleh kaitkan artikel dengan sebarang kehidupan Nti di matrik dan kampus.wasalam

Nurhidayah Jaafar said...

assalamualaikum pembuka bicara...
terkasima membaca penulisan nti ttg tarbiyyah.

Tarbiyyah pasca PRU-12 menuntut kita mula berfikir bagaimana melahirkan pemimpin negara bukan hanya pemimpin atau pengurus lajnah organisasi kecil.

Tarbiyyah pasca PRU-12 juga menuntut kita menghasilkan kader yang lantang berbicara, mungkin seperti rafidah aziz ataupun makkal sakti reformasi, nurul izzah

Tarbiyyah pasca PRU-12 bukan sahaja menuntut kita menghasilkan para nuqoba' yang baik untuk memimpin usrah, tetapi turut menuntut kita melahirkan saf kepimpinan yg berkarisma

semua itu...memerlukan gerak tari tarbiyyah sepeti yg nti ulaskan,

namun demikian, perlu ingat!
Tarbiyyah ruhiyyah adlh tunjang terpenting kerana dgn tarbiyyah ruhiyyah akan lahirlah satu jiwa yang faham dan sedar bukan sekadar semangat dan protes. Tarbiyyah inilah yg membentuk ruh iman untuk menjana momentum menggerakkan arena tarbiyyah yg lainnya.
Tarbiyyah inilah akan melahirkan satu jiwa yang bersih untuk memberi sesuatu dan menerima sesuatu

tanpanya...
kita hanya menunggu masa untuk futur tercicir di tengah jalan walaupun kini kita sangat mantap berpencak silat mengatur gerak tari perjuangan.

mantapkan tarbiyyah ruhiyyah kita agar kita 'memiliki sesuatu untuk memberikan sesuatu'.

ana kembalikan semua pandangan ini kepada diri ana.

Unknown said...

Shie..mintak artikel nie utk ltk kt blog hajar...
Tapi, Shie..tak semua mampu menerima tekanan tu..bile di push...kita lak yg disalahkan...
bkn senang nk memahamkan org lain...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright 2009 Terbang | Lihat | Tafsir. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates | Blogger Styles | WP by Masterplan