>>test

Wednesday, March 12, 2008

Sesat Dalam Hutan Kuasa Rakyat




PRU 12 melabuhkan tirainya. Menyaksikan kezutan-kezutan yang pelbagai. Bukan kezutan kemenangan yang saya maksudkan, tapi kezutan kekalahan.

Secara peribadi, kita telah gagal dalam pilihanraya kali ini, walaupun hakikatnya BA merampas 5 jajahan taluk BN. Tapi selagi tampuk pemerintahan dan undang-undang negara tak mampu kita miliki, PAS masih belum berjaya meraih matlamat DAULAH ISLAMIAH.

Saya sedih dan kecewa. Bukan pada keputusan, tapi atas lemahnya diri untuk menyumbang kemenangan. Ya, koreksi perlu dilakukan.

PAS MASIH BELUM LAYAK MEMILIKI

Pada hemat saya, Allah masih belum mengizinkan PAS (kita) untuk menyelia negara. Kenapa? Mari bersama kita renungkan, bukan sekadar dari sudut perancangan dan gerak kerja, tapi dari sudut yang lebih seni.

Sepanjang berkempen, kita membawa pelbagai isu yang sememangnya memanaskan hati rakyat pada BN. Harga barang, minyak, tol, pendidikan, korupsi, jenayah, dan berjuta-juta masalah yang telah Abdullah Badawi dan kroninya contengkan atas kanvas Malaysia.

Isu memang menarik. Maka poster semakin meriah. Gelombang-gelombang semakin rancak.

Tapi kita lupa untuk membawa masyarakat 'keluar dari dunia'. Kita terlalu tekad meraih undi dengan amarah rakyat melalui hal semasa. Dari mata kasar kita melihat mereka sudah bangkit. Namun, dari mata hati, apakah mereka sudah bangun?

NIAT AKAN MENYIMPULKAN SEGALA




Hadith yang biasa kita baca (mungkin sesetengah dah naik mual bila membacanya), tapi jarang-jarang kita guna untuk segenap perkara.

Tanpa sedar, kita sebenarnya telah mendidik masyarakat kali ini untuk keluar mengundi kerana dambakan kesenangan dunia. Tidak dinafikan segelintir jiwa yang benar-benar inginkan Islam dipelihara dan memelihara. Namun peratusannya amat kecil berbanding sebab yang pertama.

Maka dengan niat itu, Allah kabulkan pemintaan kita. Ya, BA menjadi pemerintah di 5 negeri. Kita bakal memiliki sedikit kesenangan dunia. Tapi bagaimana dengan kesenangan akhirat? Dua negeri diperintah oleh DAP yang kita sedia maklum bahawa tampuk pemerintahnnya adalah kaum Cina. Simpati saya pada umat Islam di Pulau Pinang dan Perak. Apakah iman akan turut dijaga dalam agenda pemerintahan mereka?

Fikirkan. Adakah masyarakat masih ingin memilih PARTI ISLAM sekiranya tiada lagi isu dunia yang timbul?

Suka saya mengambil contoh di Kelantan. Allah benar-benar memelihara mereka. Atas sebab mereka mengundi kerana ingin memelihara dan rindukan agama Allah. Mereka takut andai BN yang memerintah, tiada lagi kuliah-kuliah agama, takut dengan nasib pondok-pondok dan madrasah, risau tiada lagi munajat perdana, dan isu negara tidak dijadikan matlamat utama.

Mungkin selepas ini kempen kita ialah membawa rakyat jelata berkunjung seminggu dunia, menghirup udara kepimpinan ulama di Kelantan. Mungkin. Kerana mereka telah dibutakan mata, ditutup telinga oleh media massa.



Kuffar masih memerintah Malaysia. Memiliki segenap kuasa undang-undang dan media (dua kuasa besar yang amat berpengaruh) untuk memutar-belit dan menghancur akidah anak bangsa.

Masih ada 4 atau 5 tahun lagi untuk bekerja. Dan kerja itu bermula dari saat ini. Perjuangan tidak akan ternoktah selagi Islam tidak bertakhta di muka bumi Allah.

Tiba masanya, KITA, AGEN PERUBAH untuk menggembleng usaha, memerah tenaga, mengajak manusia merindui kemanisan iman dan belaian kasih sayang Allah. Fahamilah kembali hakikat BEGIN WITH THE END IN THE MIND. Ya, matlamat kita ialah redha dari NYA!

Walau apa pun, sejuta tahniah dan penghargaan buat jentera yang sudi memberi keringat demi anjakan Islam. Kemenangan dalam PRU 12 diharap menjadi titik tolak untuk kita menyemai nilai akidah kepada masyarakat.


kelawarHijau
Tanah hina yang hampir tak menyumbang apa-apa

1 comments:

haniff said...

assalamualaikum , kelawar hijau

apa yang awak tulis itu adalah apa yang berada dalam hati dan fikiran saya selama ini...

mungkin ramai lagi yang berfikiran spt ini...

kita perlu mendpt redha Allah , then kita tidak perlu risaukan org lain...

tapi kemenangan yg dicapai tanpa mencari keredhaan Allah , maka siapa yang dpt memberi jaminan bahawa ianya akan kekal atau ianya akan dpt membawa kebahagiaan kpd kita ??

kita semua kena berusaha.....jalan masih jauh lagi..

banyak sangat dosa yg telah kita lakukan....

mana mungkin Allah akan mengangkat bala dari bumi Malaysia tanpa kita semua bertaubat dan kembali jadi hambaNya yang sebenar...

walaupun pakatan rakyat dpt tumbangkan BN skrg , saya agak skeptikal bahawa kita semua akan hidup dlm nikmat.

penulisan yg baik drpd awak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright 2009 Terbang | Lihat | Tafsir. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates | Blogger Styles | WP by Masterplan