>>test

Wednesday, June 6, 2007

Paluan Kompang Buat PM


Akhirnya, lelaki nombor 1 negara, Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi bakal menamatkan zaman 'solo' yang kesekian kalinya.

Pernikahan dijadualkan berlangsung pada Sabtu ini. Berikut adalah kenyataan media yang disiarkan oleh laman rasmi Jabatan Perdana Menteri bertarikh 6 Jun 2007.

Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi akan melangsungkan majlis akad nikah dengan Jeanne Abdullah pada hari Sabtu 9 Jun 2007 bersamaan dengan 23 Jamadilawwal 1428 Hijrah.

Jeanne Abdullah dilahirkan di Kuala Lumpur pada 29 Julai 1953 dan merupakan anak sulung daripada empat orang adik-beradik. Beliau menerima pendidikan di Sekolah Menengah Assunta dan mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pentadbiran dan penghotelan setelah terlibat dalam pengurusan beberapa hotel terkemuka di Malaysia, termasuk Hotel Hilton Kuala Lumpur dan Hotel Pan Pacific. Jeanne juga pernah bertugas sebagai Pengelola kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri dan Pengurus Kompleks Seri Perdana.

Jeanne mempunyai dua orang anak, Nadiah dan Nadene.

Majlis berkenaan akan diadakan di Seri Perdana dan akan dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja. - mr

Selamat pengantin baru Dato' dan Auntie Jeanne, semoga kehadiran sayap kiri ini akan membawa Malaysia dan seluruh rakyat serta isi dalamnya ke arah yang lebih baik. Mana tahu penurunan kadar bayaran biasiswa untuk para pelajar pulak ke =].. gaji kakitangan kerajaan dah diumumkan naik..

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright 2009 Terbang | Lihat | Tafsir. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates | Blogger Styles | WP by Masterplan